You are on page 1of 23

LINUS

MUHAMAD SYAFUDDIN BIN ALI


MUHAMAD FARIS EDHWAN BIN ZAKARIA
SITI NAZIRAH BT MUSTAPAR KAMAL
MUTIARA A/P MEGAT
L
I
N
U
S
LATAR BELAKANG
RASIONAL
DEFINISI LINUS
MATLAMAT
OBJEKTIF
KUMPULAN SASARAN
STRATEGI PELAKSANAAN
PROGRAM LINUS
PEMANTAUAN DAN
PENYELIAAN
KANDUNGAN PROGRAM
BAHAN DAN INSTRUMEN
LITERASI DAN NUMERASI
PELAPORAN
PERJAWATAN
PENUTUP
Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin
Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan
Utama *National Key Result Areas (NKRAs)+ Kementerian
Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan
menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2
KPM iaitu semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga
tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula
dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan
kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan
itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun
1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas
literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada
program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis
(KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun
2006.
Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan,
masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah
fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.
Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang
diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan
berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang
lebih tinggi.
Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000
murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca
dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula
menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi)
sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum
menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).
RASIONAL
Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran murid sekolah
rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2008
adalah sebanyak 31,939.
KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu
dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi
seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius
kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang
berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran
memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy and
Numeracy Screening. LINUS merupakan program intervensi
yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas
literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di
sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Definisi Literasi: Definisi literasi adalah keupayaan untuk
membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal
dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung),
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran
serta komunikasi harian.
DEFINISI LINUS
Matlamat program ini adalah untuk
memastikan semua murid Tahap I sekolah
rendah berkeupayaan untuk menguasai asas
literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012
kecuali murid berkeperluan khas.
MATLAMAT
Objektif Program Literasi

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;

ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka
dan tertutup; dan

iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat
majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.
OBJEKTIF
Objektif Program Numerasi:

Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:

i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor
hingga 1000;

ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam
lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor;

iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;

iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam
wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.
Kumpulan sasaran ialah murid Tahap 1 yang
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang
mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan
(Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah
Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan
Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan
Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
KUMPULAN SASARAN
Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan
enam strategi utama LINUS iaitu:

i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2
dan 3;
ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan
program pemulihan dan komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;
iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya
asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan
warga sekolah dan komuniti;

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan

vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran
Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya
membaca, menulis dan mengira.

Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai
kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara
intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS.
Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2
pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan September (jika
perlu).
Pemilihan Guru LINUS
Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru
Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu
oleh Guru Pemulihan Khas.
Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah
murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah
1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada
murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru
pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid
sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi.
Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik)
yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus
dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani
murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.
Jadual Waktu
Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia
dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia
ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa
Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di
Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi
Matematik.
Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk
menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan
kemudahan sekolah. Namun, pihak sekolah hendaklah
memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan
mencapai matlamatnya.
Kemudahan ICT
Kemudahan ICT yang terdiri daripada
komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah
perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah
terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan
sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri
daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di
setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari
semasa ke semasa.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
Satu mekanisme sistem pelaporan untuk
memantau kemajuan murid LINUS diadakan.
Status penguasaan murid perlu dilaporkan
menggunakan sistem yang dibangunkan oleh
KPM setiap kali saringan dilaksanakan.
Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai
asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran
dan pembelajaran.
Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan
pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat
tunggal dan ayat majmuk mudah.
Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi
aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000,
yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan
bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam
pengiraan dan pengukuran.
KANDUNGAN PROGRAM
Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan
modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan
numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan
murid bagi memastikan kejayaan program ini.
Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian
murid dan kreativiti.
Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk
menentukan sama ada murid telah menguasai asas
literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen
saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN
NUMERASI
Pengumpulan data saringan dan analisis data
dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan
pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti (JNJK).
PELAPORAN
Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk
membantu guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Program LINUS di sekolah.
Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah
di sekolah bagi melaksanakan Program LINUS.
PERJAWATAN
Program ini menegaskan usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi dalam kalangan murid
yang berkeupayaan kecuali murid
berkeperluan khas pada peringkat awal
persekolahan. Komitmen semua pihak adalah
diharap untuk memastikan program ini
berjaya selaras dengan sasaran NKRA.





















PENUTUP

You might also like