You are on page 1of 212

1

Struktur Tingkatan 4 :

Nama : ___________________ Tahun : _________________ Markah : ______________

LATIHAN

SUBJEK

Satu jam


Arahan :




2
1 Kaji gambar di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

(a) Apakah nama binaan dalam gambar di atas?
Piramid
[2 markah]
(b) Siapakah yang mengilhamkan binaan tersebut?
Imhotep
[2 markah]
(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang binaan tersebut?
Masyarakat Mesir Purba memiliki kreativiti dalam bidang pembinaan
[2 markah]
(d) Nyatakan dua pencapaian lain dalam tamadun Mesir Purba.
(i) Penggunaan kertas
(ii) Kemajuan pendidikan
[2 markah]
(e) Nyatakan dua bentuk sistem tulisan yang terdapat dalam tamadun Mesir Purba.
(i) Hieroglif
(ii) Hieratik
[2 markah]

2 Kod Undang-Undang Hammurabi merupakan sumbangan besar daripada tamadun
Mesopotamia.
(a) Siapakah raja yang memerintah semasa Kod Undang-Undang Hammurabi ini digubal?
Raja Hammurabi
[1 markah]
(b) Di manakah kod undang-undang ini dipahat?
Tembok dan tiang besar
[1 markah]
(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang binaan tersebut?
(i) Mengandungi kira-kira 282 undang-undang
3
(ii) Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut
susun lapis masyarakat
(iii) Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia
[3 markah]
(d) Nyatakan kepentingan kod undang-undang ini.
(i) Mengelakkan wujudnya permasalahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
(ii) Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi kehidupan
bermasyarakat
(iii) Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang iaitu dari
tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.
[3 markah]
(e) Nyatakan dua sumbangan lain tamadun Mesopotamia.
(i) Perkembangan ilmu astronomi
(ii) Perkembangan ilmu perubatan
[2 markah]

3 Zaman Prasejarah merupakan zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan.
(a) Namakan empat tahap pertama dalam Zaman Prasejarah.
(i) Zaman Paleolitik
(ii) Zaman Mesolitik
(iii) Zaman Neolitik
(iv) Zaman Logam
[4 markah]
(b) Berikan dua ciri Zaman Neolitik yang memperlihatkan ciri-ciri baru dalam kehidupan
manusia.
(i) Penciptaan tembikar
(ii) Penciptaan alat batu yang telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi
[2 markah]
(c) Bagaimanakah bentuk perdagangan yang dijalankan pada Zaman Neolitik?
Sistem barter
[1 markah]
(d) Apakah kesan penggunaan alat logam khususnya daripada besi terhadap kehidupan
manusia pada Zaman Logam?
(i) Terciptanya perahu dan rumah
(ii) Dengan perahu manusia dapat meneroka lautan dan meningkatkan
4
kegiatan perdagangan maritim
(iii) Muncul petempatan besar dan kota pertahanan yang berkembang menjadi bandar
[3 markah]

4 (a) Apakah definisi tamadun menurut pandangan Barat?
Tamadun berkaitan dengan pembangunan lahiriah dalam hal kebudayaan seperti
penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga ciri utama tamadun.
(i) Petempatan kekal
(ii) Pengkhususan pekerjaan
(iii) Bahasa dan sistem tulisan
[3 markah]
(c) Senaraikan dua tamadun yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
(i) Tamadun Mesopotamia
(ii) Tamadun Hwang Ho
[2 markah]
(d) Nyatakan tiga contoh sistem tulisan awal.
(i) Cuneiform
(ii) Hieroglif
(iii) Ideogram
[3 markah]

5 Arkeologi adalah kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau
secara sistematik melalui proses gali cari.
(a) Berikan maksud feature.
Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah
[2 markah]
(b) Nyatakan tahap utama dalam Zaman Prasejarah.
(i) Zaman Paleolitik
(ii) Zaman Mesolitik
(iii) Zaman Neolitik
(iv) Zaman Logam
[4 markah]
(c) Bagaimanakah manusia hidup pada Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik?
5
Mereka hidup secara nomad dan berpindah-randah
[2 markah]
(d) Apakah yang dapat anda katakan berkenaan dengan alat-alat batu ciptaan mereka?
Lebih mementingkan fungsi daripada nilai estetika
[2 markah]

6 Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa. Petempatan kekal yang wujud di
lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.
(a) Apakah ilmu yang digunakan oleh masyarakat Indus untuk merancang pembinaan
kotanya?
(i) Geometri
(ii) Matematik
(iii) Kesenian
(iv) Sumbangan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba
[4 markah]
(b) Apakah usaha yang dijalankan oleh masyarakat tamadun Indus untuk meningkatkan mutu
bahan binaan?
Menghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
[2 markah]
(c) Bagaimanakah petempatan kekal wujud di sini?
Sungai Indus yang menyediakan kemudahan air dan tanah yang subur
[2 markah]
(d) Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan bandar Mohenjo-Daro dan
Harappa?
Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan
hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
[2 markah]

7 Zaman Prasejarah dunia terdiri daripada Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam.
(a) Nyatakan ciri-ciri kehidupan masyarakat pada Zaman Paleolitik.
(i) Hidup secara nomad
(ii) Tinggal di kawasan tepi tasik, sungai atau di dalam gua
(iii) Hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan
[3 markah]
(b) Senaraikan dua kegiatan ekonomi masyarakat Neolitik.
(i) Menternak binatang
6
(ii) Bercucuk tanam
[2 markah]
(c) Senaraikan peralatan besi masyarakat Zaman Logam yang ditemui di Malaysia.
(i) Soket
(ii) Sabit
(iii) Beliung
[3 markah]
(d) Apakah ciptaan penting masyarakat Zaman Logam?
(i) Rumah
(ii) Perahu
[2 markah]

8 Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun dan madain.
(a) Berikan maksud perkataan Arab yang berkaitan dengan perkataan tamadun.
(i) Tinggi budi bahasa
(ii) Pembukaan bandar
[2 markah]
(b) Nyatakan pandangan Barat tentang konsep tamadun.
Pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan,
undang-undang, kesenian dan pembandaran
[2 markah]
(c) Apakah unsur yang ditentukan oleh Islam dalam mengukur tahap ketamadunan sesebuah
masyarakat?
(i) Lahiriah
(ii) Rohaniah
[2 markah]
(d) Apakah pandangan Syed Naquib al-Attas tentang tamadun?
Tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur
oleh sesebuah masyarakat
[2 markah]
(e) Senaraikan dua ciri tamadun.
(i) Petempatan kekal
(ii) Kehidupan berorganisasi
[2 markah]

7
9 Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia.
(a) Nyatakan maksud Mesopotamia dalam bahasa Yunani.
Tanah di antara dua sungai
[1 markah]
(b) Tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, iaitu
(i) Sungai Tigris
(ii) Sungai Euphrates
[2 markah]
(c) Berikan tiga contoh kerajaan dalam tamadun Mesopotamia.
(i) Sumeria
(ii) Akkad
(iii) Ur
[3 markah]
(d) Senaraikan tiga negara kota yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia.
(i) Kish
(ii) Nippur
(iii) Lagash
[3 markah]
(e) Apakah peranan rumah ibadat dalam tamadun Mesopotamia?
Pusat sesebuah kota
[1 markah]

10 (a) Berikan perkataan-perkataan Arab yang berkaitan dengan tamadun.
(i) Mudun
(ii) Madain
(iii) Madana
[3 markah]
(b) Apakah yang dikaitkan oleh masyarakat Barat tentang tamadun dengan hal-hal
kebudayaan?
(i) Penulisan
(ii) Undang-undang
(iii) Kesenian
(iv) Pembandaran
[4 markah]
8
(c) Namakan sarjana Barat yang menekankan pembangunan lahiriah dalam mengukur
kemajuan tamadun.
Gordon Childe
[1 markah]
(d) Berikan maksud tamadun menurut pandangan Syed Naquib al-Attas.
Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh
sesebuah masyarakat.
[2 markah]

11 Sistem sosial masyarakat tamadun awal berbentuk piramid dan bersusun lapis. Lapisan
pertama terdiri daripada raja, lapisan kedua ialah pembesar, diikuti oleh rakyat biasa dan lapisan
paling bawah ialah golongan hamba.
(a) Senaraikan tiga golongan masyarakat yang terdapat dalam lapisan kedua.
(i) Golongan yang menguasai upacara agama
(ii) Ahli pakar dalam bidang kesenian
(iii) Kumpulan pentadbir dan ilmuan
[3 markah]
(b) Apakah kesan aktiviti perdagangan dalam masyarakat tamadun awal?
(i) Berlaku pertukaran budaya antara masyarakat
(ii) Berlaku pertukaran ilmu pengetahuan
[2 markah]
(c) Sebutkan tiga peranan bandar dalam proses pembentukan tamadun.
(i) Pusat bandar
(ii) Pusat pertemuan masyarakat
(iii) Pusat aktiviti ekonomi
[3 markah]
(d) Berikan dua contoh sistem tulisan pada zaman tamadun awal.
(i) Hieroglif
(ii) Ideogram
[2 markah]

12 (a) Nyatakan dua bandar terancang dalam tamadun Indus.
(i) Mohenjo-Daro
(ii) Harappa
[2 markah]
(b) Nyatakan ciri-ciri pembinaan bandar terancang tersebut.
9
(i) Disusun berasaskan blok-blok yang berbentuk segi empat
(ii) Setiap blok dipisah oleh rangkaian jalan raya yang lurus
(iii) Mempunyai sistem kumbahan
[3 markah]
(c) Mengapakah masyarakat tamadun Indus mampu membina bandar yang terancang?
(i) Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik
(ii) Mengetahui teknologi pembakaran batu bata
[2 markah]
(d) Nyatakan tiga dewa yang dilambang oleh patung Proto-Siva.
(i) Dewa Vishnu
(ii) Dewa Brahma
(iii) Dewa Siva
[3 markah]

13 Tamadun Mesir Purba dianggap anugerah daripada Sungai Nil. Limpahan air Sungai Nil ke
daratan menyebabkan bumi Mesir menjadi subur dan seterusnya membentuk tamadun yang
mengagumkan.
(a) Apakah sebab kehidupan di bandar menjadi ciri penting dalam tamadun Mesir Purba?
(i) Pusat pemerintahan dan pentadbiran
(ii) Tempat kediaman Firaun
(iii) Pusat pelabuhan
[3 markah]
(b) Nyatakan tiga buah bandar yang pernah menjadi pusat pentadbiran tamadun Mesir Purba.
(i) Thinis
(ii) Memphis
(iii) Thebes
[3 markah]
(c) Apakah peranan firaun dalam sistem pemerintahan Mesir Purba?
(i) Raja
(ii) Ketua pendeta
[2 markah]
(d) Seorang wanita telah dilantik sebagai firaun iaitu Firaun Hatshepsut. Apakah
sumbangannya?
(i) Membina terusan
(ii) Menjadikan padang pasir sebagai tanah yang subur
10
[2 markah]

14 Masyarakat tamadun Indus berjaya menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi seperti pembuatan,
pertukangan, perdagangan dan pertanian. Kejayaan tersebut melambangkan kerajinan,
kebijaksanaan dan kerjasama masyarakat.
(a) Berikan dua faktor masyarakat Indus berupaya membina bandar terancang.
(i) Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik
(ii) Mengetahui teknologi pembakaran batu bata
[2 markah]
(b) Sebutkan tiga hasil perdagangan dalam tamadun Indus.
(i) Emas
(ii) Manik
(iii) Gading gajah
[3 markah]
(c) Nyatakan dua sumbangan besar tamadun Indus kepada perkembangan ketamadunan
manusia.
(i) Kebolehan mengeksploitasi Sungai Indus
(ii) Mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki/perancangan bandar
[2 markah]
(d) Berdasarkan tamadun Indus, nyatakan aspek-aspek utama yang perlu ditekankan oleh
sesebuah masyarakat untuk membina tamadun yang unggul.
(i) Sikap keterbukaan
(ii) Mementingkan keamanan dan kedamaian
(iii) Menjalin hubungan dengan masyarakat luar
[3 markah]

15

(a) Nyatakan ciri-ciri masyarakat bertamadun.
(i) Petempatan kekal
(ii) Kehidupan berorganisasi
(iii) Pengkhususan pekerjaan
Penyesuaian diri manusia
dengan alam sekitar
Pembentukan
tamadun manusia
Petempatan kekal di lembah sungai
11
(iv) Sistem pemerintahan
[4 markah]
(b) Berikan sebab sungai dianggap penting dalam tamadun awal.
Mendapatkan bekalan air untuk minuman dan keperluan asas serta
kemudahan perhubungan
[2 markah]
(c) Jelaskan maksud tamadun pada pandangan Barat.
Pembangunan lahiriah yang berkaitan dengan kebudayaan seperti penulisan,
undang-undang, kesenian dan pembandaran
[2 markah]
(d) Berikan dua maksud tamadun dalam bahasa Arab.
(i) Tinggi budi bahasa
(ii) Pembukaan bandar
[2 markah]

16 Kaji gambar di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

(a) Apakah nama bangunan di atas?
Colloseum
[2 markah]
(b) Terangkan fungsi bangunan tersebut.
(i) Menjadi tempat pahlawan Rom bertarung
(ii) Menjadi tempat teater
[2 markah]
(c) Namakan empat binaan lain yang turut dihasilkan dalam tamadun awal.
(i) Aqueduct
(ii) Acropolis
(iii) Pantheon
(iv) Tembok Besar China
[4 markah]
12
(d) Pada pendapat anda, apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan bangunan yang
dihasilkan dalam gambar di atas?
Peningkatan dalam bidang seni bina
[2 markah]

17 Dalam tamadun Rom, sistem pemerintahannya bermula dengan sistem beraja dan kemudian
bertukar kepada sistem republik.
(a) Siapakah yang memerintah Rom sebelum sistem republik diperkenalkan?
Raja-raja berketurunan Etruscan
[2 markah]
(b) Mengapakah golongan bangsawan (patrician) bangun memberontak?
Kerana raja-raja Etruscan menjalankan pemerintahan secara mutlak
[2 markah]
(c) Mengapakah terdapat dua orang konsul bagi tempoh yang sama dalam sistem republik
Rom?
Supaya sesama mereka tidak ada yang lebih berkuasa
[2 markah]
(d) Apakah tugas Dewan Senat?
(i) Membincangkan hal-hal pentadbiran negara
(ii) Merangka undang-undang
[4 markah]

18 (a) Nyatakan bentuk sistem pemerintahan di Rom selepas pemberontakan patrician.
Sistem republik
[1 markah]
(b) Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan di atas.
(i) Tidak ada pemerintahan berkuasa mutlak
(ii) Kuasa tertinggi terletak pada dua konsul
(iii) Negara ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat
[3 markah]
(c) Apakah sumbangan Julius Caesar semasa pemerintahannya?
(i) Meluaskan kuasa ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain)
dan beberapa kawasan di Jerman
(ii) Pembentukan sistem pentadbiran berpusat
[2 markah]
(d) Senaraikan empat prinsip dalam Kod Undang-Udang Rom.
13
(i) Keadilan terhadap setiap individu
(ii) Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
(iii) Hukuman berasaskan bukti yang sahih
(iv) Semua manusia sama di sisi undang-undang
[4 markah]

19 Sistem perundangan dan pendidikan dalam tamadun China amat dititikberatkan oleh
pemerintah dan menjadi amalan masyarakat.
(a) Nyatakan dua prinsip utama dalam perundangan zaman Dinasti Chin.
(i) Hukuman berat
(ii) Bercorak kolektif
[2 markah]
(b) Senaraikan peringkat-peringkat pendidikan yang terdapat tamadun China.
(i) Pendidikan tinggi
(ii) Pendidikan menengah
(iii) Pendidikan rendah
[3 markah]
(c) Apakah ajaran Confucius?
Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai budi pekerti yang baik
dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat
[2 markah]
(d) Nyatakan tiga tahap peperiksaan awam di China.
(i) Tahap pertama : Hsiu Tai (Ijazah pertama)
(ii) Tahap kedua : Chun-Jen (Sarjana)
(iii) Tahap ketiga : Chin Shih (Doktor falsafah)
[3 markah]

20 Tamadun Yunani yang berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang
dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean telah menunjukkan peningkatan dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran.
(a) Selain sistem demokrasi, nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan oleh
negara kota tamadun Yunani.
(i) Monarki
(ii) Oligarki
(iii) Aristokrasi
[3 markah]
14
(b) Sebelum sistem demokrasi, negara kota Athens mengamalkan sistem beraja. Berikan dua
peranan raja.
(i) Ketua hakim
(ii) Ketua tentera
[2 markah]
(c) Nyatakan peranan Dewan Perhimpunan dalam sistem demokrasi Athens.
(i) Bersidang tiga kali dalam sebulan
(ii) Setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
(iii) Melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri
(iv) Mempunyai kuasa penuh terhadap ahli Majlis, Majistret dan Juri
[4 markah]
(d) Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negara kota Sparta?
Pemerintahan ketenteraan
[1 markah]

21

(a) Apakah yang anda faham tentang agama?
Pegangan kepercayaan kepada satu-satu tuhan atau dewa
[2 markah]
(b) Dua teras dalam agama Islam ialah akidah dan syariah. Apakah maksud akidah?
Kepercayaan seluruh jiwa terhadap Allah yang Maha Esa
[2 markah]
(c) Apakah kandungan kitab suci agama Buddha yang dikenal sebagai Tripitaka?
(i) Sutta Pitaka
(ii) Vinaya Pitaka
(iii) Abhidhamma Pitaka
[3 markah]
(d) Nyatakan tiga fungsi tuhan mengikut agama Hindu.
(i) Mencipta (Brahman)
(ii) Memelihara (Vishnu)
(iii) Membinasa (Siva)
Buddha Islam Hindu
Agama
15
[3 markah]

22 (a) Nyatakan tiga aspek utama kemajuan tamadun yang dapat diukur melalui pencapaian
manusia.
(i) Sosial
(ii) Politik
(iii) Ekonomi
[3 markah]
(b) Nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan di Athens.
(i) Monarki
(ii) Oligarki
(iii) Aristokrasi
[3 markah]
(c) Senaraikan dua ahli falsafah Yunani.
(i) Herodotus
(ii) Plato
[2 markah]
(d) Nyatakan dua isu utama yang menjadi persoalan ahli falsafah Yunani.
(i) Nilai individualisme
(ii) Kehidupan manusia
[2 markah]

23 Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh
sesebuah negara kota.
(a) Nyatakan dua jenis sistem pemerintahan yang pernah diamalkan di Athens sebelum sistem
demokrasi diperkenalkan.
(i) Monarki
(ii) Oligarki
[2 markah]
(b) Nyatakan ciri-ciri Dewan Perhimpunan di Athens.
(i) Bersidang tiga kali sebulan
(ii) Melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri
[2 markah]
(c) Nyatakan kesan pengamalan sistem pemerintahan tentera di Athens.
(i) Sistem pertahanan diutamakan
(ii) Berjaya melahirkan tentera yang handal dan mempunyai semangat patriotik
16
yang tinggi
[2 markah]
(d) Senaraikan empat perbezaan antara sistem demokrasi di Athens dengan sistem demokrasi
di Malaysia.
(i) Di Athens, warganegara lelaki terlibat dalam pembentukan kerajaan melalui
undian dan berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan
(ii) Di Malaysia, rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil
ini menganggotai Dewan Rakyat
(iii) Di Athens, ahli Dewan Perhimpunan diberi peluang menjadi anggota antara
enam bulan hingga setahun
(iv) Di Malaysia, ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun
[4 markah]

24 (a) Nyatakan tiga kepentingan sistem undang-undang dalam sesebuah tamadun.
(i) Mengawal tingkah laku manusia
(ii) Menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat
(iii) Mewujudkan kehidupan yang aman
[3 markah]
(b) Senaraikan cabang-cabang utama Undang-Undang Rom.
(i) Undang-undang sivil
(ii) Undang-undang rakyat
(iii) Undang-undang natural
[3 markah]
(c) Senaraikan prinsip-prinsip Undang-Undang Rom.
(i) Semua manusia sama di sisi undang-undang
(ii) Keadilan terhadap setiap individu
(iii) Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
(iv) Hukuman berasaskan bukti yang sahih
[4 markah]

25

Peningkatan tamadun manusia
Tamadun Rom
Tamadun India
Tamadun China
Tamadun Yunani
17
(a) Berikan maksud peningkatan tamadun.
Usaha-usaha yang dilakukan oleh manusia bagi melahirkan idea-idea baru
untuk meningkatkan kehidupan sesebuah masyarakat
[2 markah]
(b) Apakah faktor yang mempengaruhi peningkatan tamadun?
(i) Kestabilan dan keamanan dalam sesebuah tamadun
(ii) Kepimpinan yang dinamik dan berwibawa
[2 markah]
(c) Nyatakan empat binaan dalam tamadun awal yang menunjukkan peningkatan dalam seni
bina.
(i) Acropolis
(ii) Aqueduct
(iii) Parthenon
(iv) Colloseum
[4 markah]
(d) Senaraikan dua prinsip utama sistem perundangan tamadun China.
(i) Hukuman berat
(ii) Bercorak kolektif
[2 markah]

26

(a) Di manakah tamadun Rom diasaskan?
Di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di
Lembah Latium
[2 markah]
(b) Apakah kesan kewujudan majlis perbandaran di setiap bandar dalam tamadun Rom?
Membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup penduduk di bandar
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga kemudahan yang terdapat di bandar Pompei.
(i) Mahkamah
Tamadun Rom
Majlis perbandaran
di setiap bandar
Didiami oleh
masyarakat Latin
Pembinaan bandar
yang terancang
18
(ii) Perpustakaan
(iii) Dewan orang ramai
[3 markah]
(d) Senaraikan kegunaan saliran air bawah tanah yang terdapat di bandar Pompei.
(i) Bekalan pada waktu aman
(ii) Bekalan semasa peperangan
(iii) Tujuan perindustrian dan pengangkutan
[3 markah]

27 Athens ialah sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang mengasaskan pemerintahan
demokrasi.
(a) Nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun Yunani sebelum sistem
demokrasi.
(i) Oligarki
(ii) Monarki
(iii) Aristokrasi
[3 markah]
(b) Senaraikan ciri-ciri sistem demokrasi yang diamalkan di Athens.
(i) Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota
Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
(ii) Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
(iii) Setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
(iv) Ahlinya terdiri daripada Ahli Majlis, Majistret dan Juri
[4 markah]
(c) Senaraikan ahli yang terdapat di dalam Majlis yang mengendalikan keputusan Dewan
Perhimpunan.
(i) Ahli Majlis
(ii) Majistret
(iii) Juri
[3 markah]

28
19

(a) Namakan dua kerajaan besar dalam tamadun India antara 600 320 S.M.
(i) Kashi
(ii) Kosala
[2 markah]
(b) Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh raja dalam tamadun India untuk
memperkukuhkan kedudukan mereka.
(i) Mengadakan pelbagai bentuk upacara ritual
(ii) Melantik golongan Brahmin sebagai penasihat
[2 markah]
(c) Apakah sumbangan utama Maharaja Asoka kepada tamadun India?
(i) Menamatkan perang saudara selepas kematian Bindusara
(ii) Menakluk negeri Kalinga yang padat penduduk
(iii) Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
[3 markah]
(d) Terangkan kesan perubahan konsep raja kepada maharaja dalam tamadun China.
(i) Pembentukan birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja
(ii) Pelantikan pegawai yang terdiri daripada rakyat dilakukan oleh sebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam
(iii) Pelantikan pegawai adalah berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam
[3 markah]

29 Sejak abad ke-3 S.M., aktiviti perdagangan berkembang pesat dalam tamadun India.
Perdagangan melibatkan perdagangan dalaman dan luaran.
(a) Berikan tiga contoh pusat kebudayaan dalam tamadun India.
(i) Anga
(ii) Kalinga
(iii) Karusa
[3 markah]
(b) Nyatakan tiga fungsi sresthin yang wujud dalam tamadun India.
Tamadun India Empayar Maurya
Tamadun China Dinasti Chin
Pembinaan negara
yang kuat dan stabil
20
(i) Mengawal harga
(ii) Menjaga kualiti barang
(iii) Mengawal hal ehwal gaji pekerja
[3 markah]
(c) Berikan dua faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta maju dalam
aktiviti perdagangan.
(i) Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
(ii) Perkembangan dalam sektor perusahaan
[2 markah]
(d) Mengapakah pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap hasil perdagangan?
(i) Menyara anggota tentera
(ii) Menyara pentadbir dan raja
[2 markah]

30 Peningkatan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran dibuat melalui idea-idea baru yang
diperkenalkan untuk menjadikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan teratur.
(a) Nyatakan tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan di negara kota Yunani selain
sistem demokrasi.
(i) Monarki
(ii) Oligarki
(iii) Aristokrasi
[3 markah]
(b) Berikan maksud pemerintahan berbentuk oligarki.
Kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul
[1 markah]
(c) Apakah ciri-ciri sistem beraja yang diamalkan di Athens?
(i) Raja dibantu oleh konsul
(ii) Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama
(iii) Kuasa konsul bertambah kuat sehingga peranan raja merosot
[3 markah]
(d) Nyatakan tiga ciri sistem demokrasi yang diamalkan oleh Athens.
(i) Semua warganegara lelaki dewasa diberi peluang menjadi anggota
Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
(ii) Dewan Perhimpunan akan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
(iii) Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
21
[3 markah]

31 Selepas wujudnya perhubungan dengan kerajaan India mulai abad ke-13, masyarakat Asia
Tenggara mula menerima dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan kerajaan tersebut.
(a) Nyatakan tiga aspek kebudayaan kerajaan India yang diamalkan oleh masyarakat Asia
Tenggara.
(i) Sistem kepercayaan dan agama
(ii) Sistem pemerintahan beraja
(iii) Kesenian dan kesusasteraan
[3 markah]
(b) Bagaimanakah raja dalam kerajaan awal meletakkan dirinya pada tahap yang teragung?
(i) Lahirnya konsep dewa-raja
(ii) Lahirnya mitos dan legenda
[2 markah]
(c) Nyatakan peranan candi.
(i) Rumah ibadat
(ii) Tempat menyimpan abu jenazah raja
(iii) Tempat menyimpan patung dewa utama
[3 markah]
(d) Berikan dua perkataan Sanskrit yang mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu.
(i) Dosa
(ii) Rupa
[2 markah]

32 Kerajaan agraria pada awalnya bergantung pada sumber alam seperti tanah dan hasil hutan
untuk meneruskan kehidupan.
(a) Berikan dua contoh kerajaan agraria.
(i) Kerajaan Dvaravati
(ii) Kerajaan Sungai Merah
[2 markah]
(b) Nyatakan dua ciri kerajaan agraria.
(i) Ekonomi berasaskan pertanian
(ii) Petempatan di lembah sungai
[2 markah]
(c) Apakah sebab kerajaan agraria terbentuk di lembah sungai?
(i) Sumber bekalan air untuk pertanian
22
(ii) Kawasan subur
[2 markah]
(d) Senaraikan jenis tumbuhan yang diusahakan oleh kerajaan agraria.
(i) Padi sawah di lembah sungai
(ii) Padi huma di kawasan tanah tinggi
[2 markah]
(e) Apakah kegiatan ekonomi kerajaan agraria yang lain?
(i) Mengutip hasil hutan
(ii) Menangkap ikan di sungai, tasik dan paya
[2 markah]

33

(a) Apakah peranan pelabuhan kerajaan maritim?
(i) Pelabuhan pembekal
(ii) Pelabuhan kerajaan
[2 markah]
(b) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kerajaan Srivijaya.
(i) Memiliki bala tentera laut yang besar
(ii) Keupayaan mengawal perdagangan dan keselamatan kerajaan
[2 markah]
(c) Senaraikan empat faktor yang menyebabkan kerajaan maritim menjadi tumpuan pedagang
luar.
(i) Kedudukan yang strategik
(ii) Terlindung daripada tiupan angin monsun
(iii) Kemudahan menyimpan barang dagangan
(iv) Kaya dengan hasil hutan
[4 markah]
(d) Mengapakah penduduk maritim berjaya menjadi pelaut yang hebat?
(i) Didorong oleh semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang
(ii) Mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar
Ciri-ciri kerajaan
maritim
Laluan perdagangan
Tumpuan pedagang
Pelabuhan
23
[2 markah]

34 (a) Apakah dua bukti kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara?
(i) Peninggalan arkeologi
(ii) Catatan I-Tsing
[2 markah]
(b) Namakan golongan yang membawa pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
(i) Ksyatria/tentera
(ii) Pedagang/vaisya
(iii) Brahmin/pendeta
[3 markah]
(c) Senaraikan tiga aspek kebudayaan kerajaan India yang mempengaruhi kerajaan awal Asia
Tenggara.
(i) Sistem kepercayaan dan agama
(ii) Sistem pemerintahan beraja
(iii) Kesenian/kesusasteraan
[3 markah]
(d) Nyatakan dua monumen yang mempunyai ciri percampuran dengan unsur daripada India.
(i) Candi Angkor Wat di Kemboja
(ii) Candi Borobudur di Indonesia
[2 markah]

35 (a) Apakah peranan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara?
(i) Meningkatkan pencapaian intelek
(ii) Menyampaikan maklumat tentang agama, pemerintahan dan perundangan
(iii) Sebagai bahasa keagamaan
[3 markah]
(b) Nyatakan tempat penemuan batu bersurat di Asia Tenggara.
(i) Kutei
(ii) Sungai Emas
[2 markah]
(c) Senaraikan hasil kesusasteraan di Asia Tenggara yang dipengaruhi oleh unsur India.
(i) Kesusasteraan klasik
(ii) Puisi dan prosa Jawa
(iii) Cerita epik
24
[3 markah]
(d) Berikan dua contoh puisi dan prosa Jawa di zaman kerajaan awal Asia Tenggara.
(i) Nagarakertagama
(ii) Sutasoma
[2 markah]

36 Kerajaan maritim terletak di lembah sungai, pesisir pantai dan kepulauan.
(a) Senaraikan dua kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat maritim.
(i) Perdagangan
(ii) Memungut hasil laut
[2 markah]
(b) Namakan dua buah pelabuhan pembekal yang wujud di Tanah Melayu.
(i) Kuala Berang
(ii) Kuala Selinsing
[2 markah]
(c) Apakah peranan pelabuhan entrepot?
Membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang
antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya
[2 markah]
(d) Nyatakan empat faktor yang menyumbang kepada kemajuan kerajaan maritim.
(i) Kedudukan yang strategik
(ii) Pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
(iii) Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar
(iv) Kemahiran membuat perahu dan kapal layar
[4 markah]

37 (a) Apakah pendapat yang diberikan oleh sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu dan
Buddha ke Asia Tenggara?
(i) Melalui golongan Ksyatria atau tentera
(ii) Melalui golongan pedagang atau vaisya
(iii) Melalui golongan Brahmin atau pendeta
[3 markah]
(b) Nyatakan kesan-kesan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan
awal di Asia Tenggara.
(i) Penggunaan gelaran raja
(ii) Raja berkuasa mutlak
25
[2 markah]
(c) Golongan manakah yang membantu raja Angkor dalam pemerintahan?
(i) Pembesar daerah atau gabenor
(ii) Golongan Brahmin
[2 markah]
(d) Senaraikan tiga kumpulan anak raja yang boleh menggantikan raja.
(i) Yuvaraja
(ii) Pratiyuvaraja
(iii) Raja kumara
[3 markah]

38 (a) Nyatakan tiga kepentingan bahasa Sanskrit.
(i) Meningkatkan pencapaian intelek
(ii) Bahasa keagamaan
(iii) Bahasa ilmu
[3 markah]
(b) Andaikan anda ialah pengkaji batu bersurat. Nyatakan maklumat yang mungkin anda
peroleh daripada batu bersurat berikut.
(i) Batu Bersurat Kutei : Keturunan raja
(ii) Batu Bersurat Sungai Mas : Agama Buddha
[2 markah]
(c) Apakah perkataan bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Sanskrit?
(i) Rupa
(ii) Dosa
(iii) Sengsara
[3 markah]
(d) Senaraikan dua epik yang menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam
kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
(i) Ramayana
(ii) Mahabharata
[2 markah]

39 Pada awalnya kerajaan agraria bergantung kepada sumber alam untuk meneruskan kehidupan
mereka.
(a) Namakan dua contoh kerajaan agraria.
(i) Angkor
26
(ii) Funan
[2 markah]
(b) Nyatakan dua tapak arkeologi yang mana sekam dan bijian padi ditemui.
(i) Lembah Tembeling
(ii) Gua Cha
[2 markah]
(c) Senaraikan kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria selain
menanam padi.
(i) Memungut hasil hutan
(ii) Menangkap ikan
(iii) Menghasilkan pelbagai jenis rempah
(iv) Mengutip sarang burung
[4 markah]
(d) Pada pendapat anda, bagaimanakah pertanian dalam kerajaan agraria berkembang?
Pembinaan sistem pengairan
[2 markah]

40 Sistem pengairan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sektor pertanian
kerajaan Angkor dan Funan.
(a) Nyatakan bentuk kerajaan Angkor.
Kerajaan agraria
[1 markah]
(b) Apakah kegiatan ekonomi kerajaan Angkor selain pertanian?
(i) Menternak binatang
(ii) Memungut hasil hutan
[2 markah]
(c) Berikan tiga kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor.
(i) Mengairi kawasan sawah
(ii) Sumber air minuman
(iii) Sumber protein
[3 markah]
(d) Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Funan menjadi sebuah
kerajaan maritim.
(i) Kedudukan Oc-eo yang terletak di muara Sungai Mekong
(ii) Terlindung daripada tiupan angin dari Teluk Siam
27
(iii) Mempunyai kemudahan pelabuhan
(iv) Mempunyai kemudahan mendapatkan bekalan minuman dan makanan
[4 markah]

41 Candi adalah salah satu monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha yang ditinggalkan
oleh kerajaan awal di Asia Tenggara.
(a) Senaraikan tiga fungsi candi.
(i) Rumah ibadat
(ii) Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
(iii) Tempat menyimpan patung dewa utama sesebuah kerajaan awal
[3 markah]
(b) Namakan dua warisan candi di Asia Tenggara.
(i) Candi Dieng
(ii) Candi Borobudur
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga tahap kehidupan yang dilambangkan oleh satu candi di Jawa Tengah,
Indonesia.
(i) Sila
(ii) Samadhi
(iii) Panna
[3 markah]
(d) Nyatakan isi kandungan inskripsi di Palembang yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.
Berhubung dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak
menderhaka kepada raja
[2 markah]

42 Perkembangan tamadun yang berlaku di Yunani, Rom, India dan China adalah serentak dengan
kemajuan yang berlaku di Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.
(a) Nyatakan kerajaan awal yang terbentuk di Tanah Besar Asia Tenggara.
(i) Ayuthia
(ii) Angkor
(iii) Sukhotai
[3 markah]
(b) Apakah yang dapat dibuktikan bahawa kerajaan Funan merupakan kerajaan terawal di
Asia Tenggara?
(i) Sumber China
28
(ii) Jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha
[2 markah]
(c) Hubungan perdagangan antara kawasan petempatan Asia Tenggara dengan tamadun Rom
dapat dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai. Namakan tiga tempat
penemuan manik tersebut di Asia Tenggara.
(i) Kuala Selinsing, Perak
(ii) Kota Tinggi dan Muar, Johor
(iii) Pantai barat dan selatan Thailand
[3 markah]
(d) Nyatakan dua bukti arkeologi yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang
sejak abad ke-5 S.M.
(i) Jumpaan manik
(ii) Jumpaan tembikar
[2 markah]

43

(a) Berikan dua contoh kerajaan agraria.
(i) Kerajaan Dvaravati di Sungai Menam
(ii) Kerajaan Sungai Merah di Vietnam
[2 markah]
(b) Berikan dua contoh kerajaan maritim.
(i) Kerajaan Srivijaya
(ii) Kerajaan Kedah Tua
[2 markah]
(c) Senaraikan ciri-ciri kerajaan agraria.
(i) Kegiatan ekonominya berasaskan pertanian
(ii) Terbentuk di kawasan pertanian yang subur
(iii) Memungut hasil hutan dan sungai
[3 markah]
(d) Senaraikan ciri-ciri kerajaan maritim.
(i) Kegiatan ekonominya berasaskan perdagangan
Kerajaan di Asia Tenggara
Kerajaan agraria Kerajaan maritim
29
(ii) Berfungsi sebagai pelabuhan
(iii) Terletak di pesisir pantai
[3 markah]

44 Antara pengaruh Hindu dan Buddha yang masih ada di Asia Tenggara yang berbentuk seni bina
ialah monumen iaitu candi, arca dan patung.
(a) Nyatakan tiga fungsi candi dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara.
(i) Sebagai rumah ibadat
(ii) Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
(iii) Tempat menyimpan patung dewa utama
[3 markah]
(b) Namakan tiga candi yang terkenal di Asia Tenggara.
(i) Angkor Wat
(ii) Candi Borobudur
(iii) Candi Dieng
[3 markah]
(c) Nyatakan patung bagi agama berikut.
(i) Agama Hindu : Visnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga
(ii) Agama Buddha : Avalokitesvara
[2 markah]
(d) Senaraikan gaya patung agama Hindu yang terdapat di Asia Tenggara.
(i) Patung yang dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi mempunyai pengaruh
Amaravati
(ii) Patung yang dibuat antara abad kelima hingga ketujuh Masihi mewakili pengaruh
zaman Dinasti Gupta
[2 markah]

45 Pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam bidang sosiobudaya masyarakat Asia
Tenggara ialah bahasa, tulisan Sanskrit dan kesusasteraan India.
(a) Nyatakan dua fungsi bahasa Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat.
(i) Arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
(ii) Menjadi bahasa keagamaan
[2 markah]
(b) Apakah peranan bahasa Sanskrit dalam pentadbiran kerajaan awal?
(i) Bahasa ilmu
(ii) Bahasa komunikasi
30
[2 markah]
(c) Namakan hikayat tempatan yang mempunyai pengaruh daripada epik Mahaharata.
(i) Hikayat Pendawa Jaya
(ii) Hikayat Pendawa Lima
(iii) Hikayat Sang Samba
[3 markah]
(d) Senaraikan tiga faktor yang membantu masyarakat Asia Tenggara berjaya dalam
mempelbagaikan kebudayaan dan membina keharmonian dalam masyarakat.
(i) Sikap inovatif dan reaktif
(ii) Mempunyai pemikiran yang terbuka
(iii) Mengelakkan pergeseran dan perselisihan sesama sendiri
[3 markah]

46 Nyatakan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.
(a) Sosial
(i) Berjudi
(ii) Berzina
(iii) Membunuh anak perempuan
[3 markah]
(b) Ekonomi
(i) Menerima riba dan melakukan penindasan
(ii) Merompak
[2 markah]
(c) Politik
(i) Mengamalkan Sistem Kabilah
(ii) Diketuai oleh syeikh
[2 markah]
(d) Agama dan kepercayaan
(i) Agama wathani (menyembah berhala)
(ii) Animisme (memuja alam seperti pokok)
(iii) Samawi (Kristian dan Yahudi)
[3 markah]

47 Selepas dilantik menjadi pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w. mula merancang untuk
mengubah akidah dan kehidupan masyarakat Arab Quraisy.
(a) Nyatakan peringkat penyebaran Islam di Makkah.
31
(i) Secara rahsia
(ii) Secara terbuka
[2 markah]
(b) Golongan manakah yang terlibat dalam penyebaran Islam pada peringkat pertama?
(i) Ahli keluarga
(ii) Sahabat-sahabat rapat
(iii) Kaum kerabat baginda
[3 markah]
(c) Di manakah dakwah Islamiah peringkat kedua diadakan?
Bukit Safa
[1 markah]
(d) Siapakah orang Islam yang menerima seksaan daripada orang Arab Quraisy?
(i) Bilal bin Rabah
(ii) Zunainah
(iii) Amir bin Fuhairah
(iv) Yassir dan keluarganya
[4 markah]

48 Sebelum kemunculan agama Islam, masyarakat Arab berada dalam Zaman Jahiliah selama
lebih kurang 310 tahun.
(a) Berikan dua maksud jahiliah.
(i) Jahil
(ii) Tidak mempunyai ilmu pengetahuan
[2 markah]
(b) Apakah sebab masyarakat Arab digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah?
(i) Tidak menerima kebenaran
(ii) Tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya
(iii) Tidak menyembah Allah Yang Maha Esa
[3 markah]
(c) Senaraikan kedudukan wanita dalam masyarakat Arab Jahiliah.
(i) Tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa
(ii) Bayi perempuan dibunuh kerana akan menjatuhkan maruah keluarga
[2 markah]
(d) Nyatakan tiga amalan Sistem Kabilah.
(i) Cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
32
(ii) Ahlinya terdiri daripada suku tertentu
(iii) Mereka tinggal dalam sebuah kawasan
[3 markah]

49

(a) Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. mengubah akidah dan kehidupan masyarakat
Makkah?
(i) Membetulkan akidah masyarakat
(ii) Menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa
(iii) Menggesa masyarakat untuk meninggalkan amalan yang keji
[3 markah]
(b) Senaraikan golongan yang menerima dakwah Islamiah secara rahsia.
(i) Ahli keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Sahabat rapat
[2 markah]
(c) Namakan individu yang terawal memeluk Islam.
(i) Khadijah binti Khuwailid
(ii) Ali bin Abu Talib
[2 markah]
(d) Apakah cara dakwah secara terbuka yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
(i) Berdakwah kepada keluarga Abdul Muttalib
(ii) Bermusyawarah dengan para sahabat
(iii) Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib
[3 markah]

50

(a) Nyatakan tiga sebab Islam disebarkan secara rahsia pada peringkat awal.
(i) Agama Islam masih belum dikenali
Penyebaran Islam
Secara terbuka (10 tahun)
Secara rahsia (3 tahun)
Wahyu kedua
Menyampaikan ajaran
Islam kepada seluruh
manusia.
33
(ii) Bilangan penganut Islam masih kecil
(iii) Untuk mengelakkan sebarang penentangan yang mungkin boleh
menghancurkan asas Islam
[3 markah]
(b) Namakan dua tokoh terawal yang memeluk agama Islam.
(i) Khadijah binti Khuwailid
(ii) Ali bin Abu Talib
[2 markah]
(c) Apakah sebab Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam secara terbuka kemudiannya?
Perintah daripada Allah s.w.t.
[2 markah]
(d) Siapakah golongan sasaran dalam penyebaran dakwah Islamiah?
(i) Orang ramai
(ii) Keluarga Abdul Muttalib
(iii) Golongan yang menentang seperti Abu Lahab
[3 markah]

51 Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah dari semasa ke semasa.
(a) Apakah yang anda faham tentang wahyu pertama?
(i) Surah al-Alaq ayat 1-5
(ii) Memerintahkan umat Islam supaya membaca
[2 markah]
(b) Nyatakan dua kepentingan wahyu pertama.
(i) Menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun Islam
(ii) Menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan zaman Islam
[2 markah]
(c) Berikan sebab-sebab amalan membaca sangat penting dalam Islam.
(i) Dapat menambah ilmu pengetahuan
(ii) Dapat membuat kajian terhadap sesuatu perkara
(iii) Dapat meningkatkan tamadun
[3 markah]
(d) Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan usahanya untuk mengubah
kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
(i) Membetulkan akidah masyarakat Arab Jahiliah
(ii) Menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa
34
(iii) Menggesa masyarakat Arab Jahiliah untuk meninggalkan amalan yang keji
[3 markah]

52 Nabi Muhammad s.a.w. telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar sejak
kecil.
(a) Berapakah umur Nabi Muhammad s.a.w. ketika menjadi yatim piatu?
6 tahun
[1 markah]
(b) Berikan dua individu yang pernah menjaga Nabi Muhammad s.a.w. selepas baginda
menjadi yatim piatu.
(i) Abdul Muttalib, datuk baginda
(ii) Abu Talib, bapa saudara baginda
[2 markah]
(c) Senaraikan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w..
(i) Siddiq (berkata benar)
(ii) Amanah (dipercayai)
(iii) Tabliq (menyampaikan)
(iv) Fatanah (bijaksana)
[4 markah]
(d) Nyatakan tiga ciri yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. yang telah menarik hati
Khadijah binti Khuwailid untuk terus memberi modal yang lebih besar kepada baginda
untuk memperkembangkan perniagaan.
(i) Kemuliaan budi pekerti
(ii) Sifat amanah
(iii) Kelembutan tutur kata
[3 markah]

53 Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah.
(a) (i) Apakah yang anda faham tentang Sistem Kabilah?
Cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
[1 markah]
(ii) Siapakah ketua kabilah?
Syeikh
[1 markah]
(iii) Nyatakan peranan ketua kabilah.
Lambang perpaduan kaum
35
[1 markah]
(b) Senaraikan syarat-syarat yang harus dimiliki oleh seseorang yang bakal dilantik sebagai
ketua kabilah.
(i) Disukai oleh ahli kabilah
(ii) Mendapat persetujuan ramai
(iii) Berfikiran matang
[3 markah]
(c) Bagaimanakah wujudnya semangat assabiah dalam masyarakat Arab Jahiliah?
(i) Keadaan geografi
(ii) Sistem Kabilah
[2 markah]
(d) Apakah yang menyebabkan berlakunya peperangan al-Basus?
Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib
[2 markah]

54 (a) Berikan maksud jahiliah.
Jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan
[2 markah]
(b) Bilakah bermula dan berakhirnya Zaman Jahiliah?
Mencakupi jangka masa sejak runtuhnya Empangan Maarib pada tahun 300 Masihi
hingga turunnya al-Quran pada tahun 610 Masihi
[2 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sebab-sebab masyarakat Arab digelar
masyarakat Arab Jahiliah.
(i) Mereka tidak menerima kebenaran
(ii) Mereka tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul
[2 markah]
(d) Senaraikan empat bentuk kepercayaan yang wujud dalam kalangan masyarakat Arab
Jahiliah.
(i) Agama wathani
(ii) Animisme
(iii) Samawi
(iv) Kepercayaan
[4 markah]

55 (a) Nyatakan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah.
36
(i) Amalan animisme
(ii) Adat sunah yang dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul
(iii) Menilik nasib untuk melihat masa depan mereka
[3 markah]
(b) Nyatakan sistem politik masyarakat Arab Jahiliah di bahagian-bahagian berikut.
(i) Bahagian utara : Kerajaan naungan
(ii) Bahagian tengah : Kerajaan negara kota
(iii) Bahagian selatan : Sistem monarki atau negara kota
[3 markah]
(c) Senaraikan pihak yang terlibat dalam Sistem Kabilah yang wujud dalam masyarakat Arab
Jahiliah.
(i) Syeikh sebagai pihak yang memerintah
(ii) Anggota kabilah sebagai pihak yang diperintah
[2 markah]
(d) Nyatakan sistem politik masyarakat Arab Jahiliah yang berikut.
(i) Masyarakat Badwi
Berasaskan kepada kabilah masing-masing
[1 markah]
(ii) Masyarakat Hadari
Mempunyai sistem politik yang lebih stabil dan teratur di bawah seorang
pemerintah atau kerajaan
[1 markah]

56 Nabi Muhammad s.a.w. telah mengasingkan diri daripada masyarakat dengan cara
bertahannuth pada umur 40 tahun.
(a) Berikan maksud bertahannuth.
Mengasingkan diri untuk beribadat
[2 markah]
(b) Nyatakan satu sebab Nabi Muhammad s.a.w. ingin bertahannuth.
Berusaha mencari satu cara yang dapat mengubah nilai yang dipegang oleh
masyarakat sekelilingnya
[2 markah]
(c) Di manakah Nabi Muhammad s.a.w. bertahannuth?
Gua Hirak di Bukit Nur
[2 markah]
37
(d) Berapa lamakah baginda bertahannuth?
6 bulan
[2 markah]
(e) Apakah yang diperoleh oleh baginda semasa bertahannuth?
Wahyu pertama, surah al-Alaq ayat 1 - 5
[2 markah]

57 Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai ciri kehidupan tersendiri yang tidak teratur kerana tidak
ada nabi dan rasul serta wahyu untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.
(a) Berikan empat contoh amalan tidak bermoral masyarakat Arab Jahiliah.
(i) Berjudi
(ii) Berzina
(iii) Meminum arak
(iv) Amalan riba
[4 markah]
(b) Mengapakah bayi perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup dalam masyarakat
Arab Jahiliah?
(i) Beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga
(ii) Anak perempuan boleh membawa sial dalam sesebuah keluarga
[2 markah]
(c) Nyatakan dua bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah.
(i) Agama wathani
(ii) Animisme
[2 markah]
(d) Jelaskan latar belakang agama Hanif.
(i) Disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
(ii) Penganutnya digelar Hunafa
[2 markah]

58 (a) Mengapakah orang Arab Quraisy memanggil Nabi Muhammad s.a.w. dengan panggilan
al-Amin?
(i) Segala kata-kata dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai
(ii) Baginda tidak pernah berbohong
[2 markah]
(b) Apakah empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.?
(i) Siddiq (berkata benar)
38
(ii) Amanah (dipercayai)
(iii) Tabliq (menyampaikan)
(iv) Fatanah (bijaksana)
[4 markah]
(c) Apakah peristiwa penting yang berlaku semasa Nabi Muhammad s.a.w. berumur 35
tahun?
Peristiwa peletakan semula Hajar Aswad
[1 markah]
(d) Terangkan secara ringkas tentang Hajar Aswad.
(i) Terdapat di sisi Kaabah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Orang Islam yang melakukan tawaf dianjurkan untuk mencium batu ini,
menyentuh atau memberikan isyarat kepadanya
(iii) Mencium Hajar Aswad tidak diwajibkan kepada orang Islam
[3 markah]

59

(a) Mengapakah orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam pada
peringkat awal?
(i) Mereka menyangka bahawa penyebaran Islam hanya melibatkan keluarga
Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Mereka tidak mahu mencampuri hal keluarga baginda
[2 markah]
(b) Berikan sebab-sebab dakwah Islamiah dijalankan secara rahsia pada peringkat awal.
(i) Bilangan orang Islam masih sedikit
(ii) Mengelakkan penentangan yang boleh menghancurkan asas Islam
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga sebab penganut Islam terdiri daripada golongan bawahan pada peringkat
awal.
(i) Tertarik dengan ajaran Islam yang memberi layanan sama rata kepada
semua manusia
(ii) Mereka ditindas dan diberi layanan yang buruk oleh tuan mereka
Reaksi masyarakat Arab terhadap Islam
Penerimaan Penentangan
39
(iii) Mereka inginkan keadilan
[3 markah]
(d) Apakah pendekatan dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
berjaya menarik orang ramai memeluk Islam?
(i) Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
(ii) Menunjukkan teladan yang baik
(iii) Membandingkan masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak Islam
[3 markah]

60 (a) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke Gua Hirak sebelum dilantik menjadi rasul?
(i) Berusaha mencari jalan untuk mengubah nilai yang dipegang oleh orang
Arab Quraisy Makkah
(ii) Mengasingkan diri dengan bertahannuth kepada Allah
(iii) Mendapatkan ketenangan semasa beribadat
[3 markah]

(b) (i) Namakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
s.a.w..
Surah al-Alaq, ayat 1 - 5
[1 markah]
(ii) Nyatakan kandungan wahyu tersebut.
Memerintahkan umat Islam supaya membaca
[1 markah]
(c) Nyatakan kepentingan membaca dalam Islam.
(i) Mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran
(ii) Dapat membasmi buta huruf
(iii) Dapat meningkatkan tamadun sesuatu bangsa dan negara
[3 markah]
(d) Nyatakan dua kesan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
(i) Bermulanya era baru dalam sejarah tamadun Islam
(ii) Menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan zaman Islam
[2 markah]

61 Setelah sekian lama ditindas oleh orang Quraisy Makkah, Allah telah mengizinkan umat Islam
untuk berperang.
(a) Namakan dua peperangan yang melibatkan orang Islam dengan orang Quraisy Makkah.
(i) Perang Badar
40
(ii) Perang Uhud
[2 markah]
(b) Senaraikan empat larangan dalam Islam semasa berperang.
(i) Membunuh orang sesuka hati
(ii) Merobohkan tempat ibadat
(iii) Memusnahkan tumbuh-tumbuhan
(iv) Membunuh binatang ternakan
[4 markah]
(c) Nyatakan dua strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan
agama Islam.
(i) Menggunakan cara diplomasi
(ii) Tidak memaksa orang Arab memeluk Islam
[2 markah]
(d) Apakah pengajaran yang boleh dipelajari oleh umat Islam daripada perjuangan Nabi
Muhammad s.a.w. di medan perang?
(i) Umat Islam haruslah mengamalkan akhlak yang mulia
(ii) Umat Islam harus bertolak ansur
[2 markah]

62 Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian yang ditandatangani antara orang Islam Madinah
dengan orang Quraisy Makkah pada tahun 628 M.
(a) Nyatakan dua peristiwa penting yang mendorong kepada termeterainya Perjanjian
Hudaibiyah.
(i) Rombongan orang Islam ke Makkah dihalang di Hudaibiyah
(ii) Orang Quraisy bimbang akan kekuatan orang Islam lalu menandatangani
Perjanjian Hudaibiyah
[2 markah]
(b) Namakan wakil bagi orang Islam Madinah dan orang Quraisy Makkah.
(i) Nabi Muhammad s.a.w. wakil orang Islam Madinah
(ii) Suhail bin Amru wakil orang Quraisy Makkah
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
(i) Gencatan senjata selama 10 tahun
(ii) Kabilah Arab bebas memihak kepada mana-mana pihak
(iii) Orang Islam Madinah hanya boleh mengerjakan umrah dan haji pada
tahun berikutnya
41
[3 markah]
(d) Berikan tiga kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
(i) Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
(ii) Membuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab
(iii) Masyarakat Islam dapat mendalami ilmu pengetahuan Islam
[3 markah]

63 Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12
September tahun 622 M.
(a) Mengapakah berlakunya hijrah?
(i) Perintah Allah menerusi wahyu
(ii) Ancaman daripada orang Arab Quraisy
(iii) Strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam
[3 markah]
(b) Berikan empat kesan daripada peristiwa hijrah.
(i) Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman
(ii) Semangat persaudaraan sesama Islam khususnya Aus dan Khazraj
(iii) Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Mekah dan Madinah
(iv) Kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam
[4 markah]
(c) Bagaimanakah sikap orang Ansar terhadap Muhajirin?
(i) Menjaga keselamatan
(ii) Menyediakan modal untuk berniaga
[2 markah]
(d) Nyatakan tokoh wanita yang membantu semasa proses hijrah.
Asma binti Abu Bakar
[1 markah]

64 Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebarkan Islam dengan pelbagai strategi.
(a) Nyatakan dua cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan
ajaran Islam.
(i) Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah
di sekitar Semenanjung Tanah Arab
(ii) Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga sebab yang membolehkan umat Islam berperang.
42
(i) Apabila diserang oleh musuh
(ii) Mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga
(iii) Menjaga maruah negara
[3 markah]
(c) Apakah garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan?
Untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara
[1 markah]
(d) Senaraikan empat siri peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w..
(i) Perang Badar
(ii) Perang Uhud
(iii) Perang Khandak
(iv) Perang Tabuk
[4 markah]

65 (a) Namakan dua tokoh yang terlibat dalam Perjanjian Hudaibiyah.
(i) Nabi Muhammad s.a.w. (Islam)
(ii) Suhail bin Amru (Quraisy)
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga sebab Uthman bin Affan dipilih untuk ke Makkah setelah orang Islam
disekat di Hudaibiyah.
(i) Uthman mempunyai ramai saudara-mara di Makkah
(ii) Uthman merupakan sahabat yang matang berbanding sahabat lain
(iii) Bersikap lemah lembut dan bertolak ansur
[3 markah]
(c) Senaraikan lima isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
(i) Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
(ii) Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah
atau orang Quraisy Makkah
(iii) Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya
tidak perlu dipulangkan
(iv) Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran
penjaganya perlu dipulangkan semula
(v) Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H.)
[5 markah]

43
66(a) Apakah maksud hijrah dalam konteks tamadun Islam?
(i) Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah
(ii) Strategi baru untuk menyebarkan Islam
(iii) Perjuangan untuk menegakkan kebenaran
[3 markah]
(b) Nyatakan empat hujah yang menafikan hijrah sebagai suatu pelarian.
(i) Penghijrahan berdasarkan jemputan orang Arab Madinah
(ii) Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan meriah oleh
orang Madinah
(iii) Di Madinah, orang Islam diberikan tempat tinggal yang sewajarnya
(iv) Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah
[4 markah]
(c) Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari
Makkah ke Madinah.
(i) Perintah Allah menerusi wahyu
(ii) Meneruskan perjuangan Islam
(iii) Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik
[3 markah]

67 (a) Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam ke Rom Timur, Parsi dan
Mesir?
(i) Menggunakan diplomasi
(ii) Menunjukkan nilai-nilai yang baik
(iii) Menyeru mereka memeluk Islam menerusi warkah
[3 markah]
(b) Apakah prinsip-prinsip yang patut dipatuhi oleh orang Islam untuk menyertai peperangan?
(i) Untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara
(ii) Untuk mencari keamanan
(iii) Untuk menentang kezaliman
[3 markah]
(c) Nyatakan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.
(i) Tidak membunuh orang yang lemah
(ii) Tidak membunuh binatang ternakan
[2 markah]
44
(d) Berikan dua contoh peperangan yang melibatkan orang Islam Madinah dengan orang
Quraisy Makkah.
(i) Perang Badar
(ii) Perang Uhud
[2 markah]

68 (a) Berikan tiga maksud hijrah mengikut perspektif Islam.
(i) Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam dari kota Makkah ke Madinah
(ii) Satu strategi baru untuk menyebarkan agama Islam
(iii) Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan keburukan
dan kejahatan
[3 markah]
(b) Mengapakah berlakunya peristiwa hijrah?
(i) Penentangan orang Quraisy
(ii) Perintah Allah menerusi wahyu
(iii) Jemputan orang Aus dan Khazraj
[3 markah]
(c) Nyatakan empat sebab peristiwa hijrah dianggap penting dalam sejarah perkembangan
Islam.
(i) Kegiatan dakwah Islamiah dapat dijalankan secara bebas dan aman tanpa
sebarang gangguan
(ii) Kaum Aus dan Khazraj dapat didamaikan melalui semangat persaudaraan
sesama Islam
(iii) Hubungan persaudaraan terjalin antara orang Ansar dengan Muhajirin
(iv) Perpaduan wujud dalam kalangan penduduk Madinah yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama
[4 markah]

69 Hijrah telah membawa beberapa perubahan secara mendadak dalam perkembangan Islam.
Perubahan-perubahan itu telah menyentuh aspek-aspek sosial, ekonomi dan politik.
(a) Nyatakan kepentingan undang-undang atau syariah Islam kepada umat Islam.
Syariah Islam menjamin perlindungan dan hak yang saksama bagi semua rakyat
[2 markah]
(b) Nyatakan kedudukan sosial kaum wanita Islam selepas hijrah.
Kaum wanita dihormati dan diberi taraf yang sama dengan kaum lelaki
[2 markah]
45
(c) Pada pendapat anda, apakah kesan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah kepada
golongan lemah dan miskin?
Mereka bebas daripada penindasan golongan kaya dan kuat
[2 markah]
(d) Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menjamin keselamatan agama Islam dan
persefahaman antara puak-puak dalam masyarakat Madinah?
Nabi Muhammad s.a.w. memperkenalkan Piagam Madinah
[2 markah]
(e) Apakah faktor utama lahirnya golongan Ansar setelah tibanya Nabi Muhammad s.a.w. di
Madinah?
Golongan Ansar wujud akibat penyatuan puak Aus dan Khazraj yang merupakan
musuh tradisional
[2 markah]

70 (a) Namakan dua pihak yang terlibat dalam pemeteraian Perjanjian Aqabah Pertama.
(i) Nabi Muhammad s.a.w. Islam
(ii) Orang Arab Madinah Suku Aus dan Khazraj
[2 markah]
(b) Nyatakan dua daripada isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama.
(i) Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan rasul
(ii) Suku Aus dan Khazraj berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
[2 markah]
(c) Apakah sebab Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Musab bin Umair ke Madinah selepas
termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama?
Untuk menyebarkan agama Islam dan menjalankan dakwah Islam
[2 markah]
(d) Nyatakan dua daripada isi kandungan Perjanjian Aqabah Kedua.
(i) Suku Aus dan Khazraj memeluk agama Islam dan mengukuhkan lagi taat setia
kepada Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah
berhijrah ke Madinah
[2 markah]
(e) Nyatakan implikasi Perjanjian Aqabah Kedua.
Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah
[2 markah]

46
71

(a) Namakan dua pihak yang terlibat dalam peperangan di atas.
(i) Orang Quraisy Makkah
(ii) Orang Islam Madinah
[2 markah]
(b) Nyatakan dua sebab peperangan di atas dibenarkan dalam Islam.
(i) Berlangsung demi mempertahankan maruah diri, agama dan negara
(ii) Mendapat keizinan Allah s.w.t. menerusi wahyu
[2 markah]
(c) Senaraikan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.
(i) Tidak membunuh golongan lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang
sakit dan orang yang menyerah diri
(ii) Tidak membunuh haiwan ternakan
(iii) Tidak merobohkan tempat ibadat
[3 markah]
(d) Bagaimanakah tindakan orang Islam sekiranya musuh Islam inginkan perdamaian?
Harus memilih perdamaian juga
[1 markah]
(e) Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
(i) Mengamalkan akhlak yang mulia
(ii) Menunjukkan teladan yang baik
[2 markah]

72 Peristiwa hijrah orang Islam berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.
(a) Dari mana dan ke manakah umat Islam berhijrah pada tahun 622 M.?
Dari Makkah ke Madinah
[2 markah]
(b) Berikan tiga sebab penghijrahan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
(i) Jemputan orang Arab Madinah
(ii) Turunnya wahyu Allah
(iii) Meneruskan penyebaran Islam
[3 markah]
Perang Badar Perang Khandak
Perang Uhud Perang Tabuk
47
(c) Siapakah jurupandu Nabi Muhammad s.a.w. ketika hijrah?
Abdullah bin Arqat
[1 markah]
(d) Nyatakan sebab-sebab penghijrahan orang Islam tidak boleh disifatkan sebagai suatu
pelarian.
(i) Atas jemputan orang Arab Madinah
(ii) Disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah
(iii) Orang Islam Makkah diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatannya
(iv) Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah
[4 markah]

73 Hijrah membawa kesan yang sangat penting dalam peningkatan tamadun Islam.
(a) Apakah kepentingan hijrah?
(i) Dakwah Islamiah dapat disebarkan dengan aman dan bukan secara sembunyi
(ii) Nabi Muhammad s.a.w. dapat mendamaikan suku yang bertelagah di Madinah.
(iii) Terjalinnya hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan
orang Madinah
(iv) Membentuk persaudaraan antara golongan Muhajirin dengan Ansar
[4 markah]
(b) Nyatakan kesan-kesan kewujudan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
Madinah?
(i) Dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan kegiatan lain untuk kemakmuran hidup
(ii) Melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
[2 markah]
(c) Apakah masjid pertama yang dibina dalam sejarah perkembangan Islam?
Masjid Quba
[1 markah]
(d) Senaraikan fungsi masjid dalam Islam.
(i) Tempat beribadat dan belajar
(ii) Tempat pertemuan dan perbincangan tentang masalah negara
(iii) Tempat menjalankan aktiviti harian seperti berjual beli
[3 markah]

74 Kandungan Perjanjian Hudaibiyah kelihatan menguntungkan orang Arab Quraisy tetapi Nabi
Muhammad s.a.w. yakin bahawa Islam akan memperoleh keuntungan dari segi jangka panjang.
(a) Nyatakan dua tokoh yang terlibat dalam menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.
48
(i) Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Suhail bin Amru
[2 markah]
(b) Berikan dua daripada isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah yang kelihatan
menguntungkan orang Arab Quraisy.
(i) Orang Islam Madinah yang memihak kepada Makkah tanpa kebenaran penjaganya
tidak perlu dipulangkan
(ii) Orang Quraisy Makkah yang memihak kepada Madinah tanpa kebenaran
penjaganya perlu dipulangkan
[2 markah]
(c) Berikan implikasi yang dapat dibuat tentang persetujuan orang Arab Quraisy
menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.
(i) Kesanggupan mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
(ii) Mengiktiraf ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin
[2 markah]
(d) Senaraikan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
(i) Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun 629 M
(ii) Tempoh perdamaian membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program
dakwah Islamiah
(iii) Suku Arab boleh menganut sebarang agama tanpa halangan
(iv) Agama Islam dapat berkembang secara meluas dan aman
[4 markah]

75

(a) Mengapakah kerajaan Islam Madinah boleh dijadikan model kepada kerajaan Islam di
dunia?
Perlembagaannya boleh diterima pakai oleh semua golongan masyarakat
[1 markah]
(b) Senaraikan ciri-ciri masyarakat baru yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di
Madinah.
(i) Masyarakat hidup bersatu padu, aman dan damai
Model kerajaan Islam di dunia
Melambangkan kepintaran Nabi Muhammad s.a.w.
Kerajaan Islam
Madinah

49
(ii) Nilai hidup berasaskan semangat persaudaraan Islam
(iii) Setiap masyarakat terikat dengan undang-undang
[3 markah]
(c) Apakah kepentingan Piagam Madinah?
(i) Melambangkan kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. mengaturkan sebuah kerajaan
yang unggul
(ii) Semua rakyat Madinah tertakluk dengan undang-undang yang tersusun
(iii) Melambangkan syariah Islam dapat digunakan secara meluas dalam sesebuah negara
(iv) Amalan dan sifat positif dalam masyarakat dapat membentuk masyarakat harmoni
[4 markah]
(d) Nyatakan dua ciri Piagam Madinah yang terdapat di Malaysia.
(i) Semua anggota masyarakat hendaklah mempertahankan negara daripada ancaman
luar
(ii) Masyarakat Malaysia bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing
[2 markah]

76 Selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, pemerintahan kerajaan Islam diteruskan oleh
kerajaan Bani Umaiyah.
(a) Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah?
Muawiyah bin Abu Sufiyan
[1 markah]
(b) Apakah sistem yang diamalkan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam pemilihan pemerintah?
Sistem warisan
[1 markah]
(c) Namakan pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
(i) Tahap satu: Damsyik
(ii) Tahap dua: Cordova
[2 markah]
(d) Nyatakan empat aspek utama dalam sistem pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah.
(i) Sistem khalifah
(ii) Sistem wazarah
(iii) Sistem urus setia
(iv) Sistem hijabah
[4 markah]
(e) Berikan dua sumber pendapatan baitulmal kerajaan Bani Umaiyah.
50
(i) Kharaj
(ii) Jizyah
[2 markah]

77 Kerajaan Turki Uthmaniyah telah berjaya menyebarkan Islam sehingga ke Eropah.
(a) Nyatakan pusat pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.
Istanbul
[1 markah]
(b) Apakah perubahan yang dibawa oleh kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap sistem sosial
masyarakat di kawasan Balkan?
Sistem kecemerlangan individu
[1 markah]
(c) Nyatakan empat kelebihan yang terdapat dalam sistem ketenteraan empayar Turki
Uthmaniyah.
(i) Penggunaan senjata yang moden
(ii) Mempunyai tentera berkuda dan infantri
(iii) Mempunyai tentera Janissari
(iv) Mempunyai armada kapal laut yang kuat
[4 markah]
(d) Pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah telah menggunakan gelaran Pelindung Dua
Bandar Suci. Namakan dua bandar suci tersebut.
(i) Makkah
(ii) Madinah
[2 markah]
(e) Namakan dua jawatan dalam sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam yang
ditubuhkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah.
(i) Kadi
(ii) Mufti
[2 markah]

78 Khalifah Abu Bakar berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 573 M.
(a) Nyatakan dua sebab Khalifah Abu Bakar digelar al-Siddiq.
(i) Sentiasa meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Bersifat ikhlas
[2 markah]
(b) Siapakah yang pernah membantu beliau dalam usaha mempertahankan Madinah daripada
ancaman kuasa luar?
51
(i) Khalid bin al-Walid
(ii) Usamah bin Zaid
[2 markah]
(c) Senaraikan sumbangan beliau sepanjang pemerintahannya.
(i) Mengatasi masalah orang Islam yang murtad
(ii) Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
(ii) Mempertahankan Madinah daripada ancaman luar iaitu Rom dan Parsi
(iii) Melicinkan pentadbiran dengan membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah
[4 markah]
(d) Apakah yang anda faham tentang golongan mawali?
(i) Orang bukan Arab yang memeluk agama Islam
(ii) Memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim
[2 markah]

79 Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia membawa kesan yang besar dalam
perubahan sistem politik, ekonomi dan sosial.
(a) Kerajaan manakah yang telah mengalami pertembungan dengan kerajaan Islam?
(i) Rom
(ii) Parsi
(iii) Eropah
[3 markah]
(b) Nyatakan cara-cara pertembungan tamadun.
(i) Perdagangan dan perniagaan
(ii) Hubungan diplomatik
(iii) Penaklukan ketenteraan
(iv) Kebudayaan
[4 markah]
(c) Apakah yang anda faham tentang golongan Mozarab?
(i) Orang tempatan
(ii) Beragama Kristian
[2 markah]
(d) Namakan ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan.
Abu al-Aswad al-Duali
[1 markah]

52
80 Islam mula tersebar secara meluas dan kian menjadi kukuh di Eropah semasa zaman kerajaan
Bani Umaiyah dan Turki Uthmaniyah.
(a) Nyatakan sikap yang dimiliki oleh orang Islam yang menjadi tunjang utama dalam
penyebaran Islam.
(i) Pegangan akidah yang kukuh
(ii) Akhlak yang tinggi
[2 markah]
(b) Apakah kelebihan tentera Islam semasa zaman Turki Uthmaniyah dalam usaha
menyebarkan Islam?
(i) Mempunyai semangat ghazi iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar
berkorban jiwa demi penyebaran agama Islam
(ii) Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun serta penggunaan peralatan
senjata moden
[2 markah]
(c) Berikan satu perbezaan antara kumpulan Janissari dengan kumpulan tentera yang lain.
Kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan
[1 markah]
(d) Bagaimanakah keadaan di Eropah yang mendorong perkembangan Islam?
(i) Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat daripada pertelingkahan dan
peperangan dalam kalangan kerajaan-kerajaan kecil
(ii) Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine
(iii) Institusi gereja khususnya Greek Orthodoks tidak lagi menjadi pelindung kepada
masyarakat
[3 markah]
(e) Senaraikan dua dasar kerajaan Uthmaniyah yang mendorong perkembangan Islam.
(i) Dasar politik dan hubungan keagamaan di Eropah yang berteraskan diplomasi dan
toleransi
(ii) Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya
keturunan
[2 markah]

81 (a) Nyatakan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Bani Abbasiyah.
Sistem warisan
[2 markah]
(b) Mengapakah berlakunya kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah?
53
(i) Kelemahan pemerintahan khalifah
(ii) Kebangkitan kerajaan kecil
(iii) Serangan orang Monggol ke atas Baghdad
[3 markah]
(c) Senaraikan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dari segi politik.
(i) Pembentukan empayar
(ii) Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran dunia Islam
[2 markah]
(d) Apakah sebab empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan ajaran Islam ke Eropah?
(i) Pegangan akidah yang kukuh
(ii) Semangat ghazi
(iii) Mempunyai kumpulan Janissari
[3 markah]

82 (a) Nyatakan dua sifat yang dimiliki oleh Khalifah Umar al-Khattab.
(i) Berani
(ii) Tegas
[2 markah]
(b) Khalifah Umar telah membahagi wilayah Islam kepada beberapa kawasan. Nyatakan tiga
daripada kawasan tersebut.
(i) Makkah
(ii) Madinah
(iii) Kufah
[3 markah]
(c) Apakah cukai yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar?
(i) Jizyah
(ii) Kharaj
[2 markah]
(d) Senaraikan tiga langkah yang diambil oleh Khalifah Umar untuk menyusun sistem
ketenteraannya.
(i) Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela
(ii) Memberi gaji dan pakaian seragam kepada tentera tetap
(iii) Membina markas tentera di bandar utama
[3 markah]

54
83 (a) Namakan pengasas kerajaan Bani Umaiyah.
Muawiyah bin Abu Sufyan
[1 markah]
(b) Apakah sistem utama yang wujud dalam sistem pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah?
(i) Sistem khalifah
(ii) Sistem wazarah
(iii) Sistem urus setia
(iv) Sistem hijabah
[4 markah]
(c) Sebutkan tiga jabatan yang ditubuhkan untuk memudahkan sistem pentadbiran kerajaan
Bani Umaiyah.
(i) Jabatan Cukai
(ii) Jabatan Surat-menyurat
(iii) Jabatan Urusan Am
[3 markah]
(d) Senaraikan ciri-ciri sistem perundangan kerajaan Bani Umaiyah.
(i) Hukuman dikenakan berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunah atau
ijmak
(ii) Hakim tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak
[2 markah)

84 (a) Apakah maksud khalifah dalam konteks agama Islam?
Tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan
umat Islam
[2 markah]
(b) Nyatakan dua syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang calon khalifah.
(i) Lelaki yang merdeka
(ii) Beragama Islam
[2 markah]
(c) Senaraikan empat cara pelantikan khalifah.
(i) Musyawarah atau syura
(ii) Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah yang terdahulu
(iii) Melalui pemilihan daripada beberapa calon
(iv) Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
55
[4 markah]
(d) Nyatakan dua tugas khalifah.
(i) Memelihara kedudukan agama Islam
(ii) Mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah
Rasulullah
[2 markah]

85 Kewujudan sistem penggantian pemimpin menunjukkan umat Islam bersatu padu dan dapat
mengatasi masalah kepimpinan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..
(a) Nyatakan istilah yang telah diberi kepada pengganti Nabi Muhammad s.a.w..
Khalifah
[1 markah]
(b) Apakah yang anda faham tentang musyawarah atau syura?
Permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara
[2 markah]
(c) Senaraikan kebaikan mengadakan proses syura dan baiah dalam pelantikan pengganti
Nabi Muhammad s.a.w.
(i) Menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi
(ii) Pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar
(iii) Pemerintah yang dipilih haruslah berusaha menjadi pemimpin yang cemerlang dan
berkemampuan untuk membawa kebahagiaan umat Islam di dunia dan akhirat
[3 markah]
(d) Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seseorang calon pengganti Nabi Muhammad
s.a.w.?
(i) Lelaki yang merdeka
(ii) Beragama Islam
(iii) Berpengetahuan tentang Islam
(iv) Mematuhi perintah Allah
[4 markah]

86 Pemilihan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin dilakukan secara demokrasi atas
persetujuan masyarakat Islam.
(a) Nyatakan syarat-syarat yang perlu ada pada calon khalifah.
(i) Lelaki yang merdeka
(ii) Beragama Islam
(iii) Memiliki pengetahuan Islam
56
[3 markah]
(b) Berikan dua kaedah pemilihan khalifah dalam Islam.
(i) Musyawarah
(ii) Cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
[2 markah]
(c) Apakah maksud baiah?
Perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang dilantik sebagai
pemimpin
[2 markah]
(d) Senaraikan tugas khalifah.
(i) Memelihara kedudukan agama Islam
(ii) Mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah
(iii) Memastikan keseimbangan dalam keperluan jasmani dan rohani
[3 markah]

87 Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dapat dikenal pasti dalam pelbagai aspek termasuk politik,
ekonomi dan sosial.
(a) Senaraikan aspek-aspek utama dalam sistem pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah.
(i) Sistem khalifah
(ii) Sistem wazarah
(iii) Sistem urus setia
(iv) Sistem hijabah
[4 markah]
(b) Apakah sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam aspek sosial?
(i) Perkembangan pesat ilmu pengetahuan
(ii) Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
(iii) Tanda baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran
[3 markah]
(c) Nyatakan perkembangan bidang kesihatan dalam kerajaan Bani Umaiyah.
(i) Khalifah al-Walid bin Abdul Malik membina hospital pertama di Damsyik
(ii) Umar bin Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta
(iii) Buku rujukan kesihatan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab
[3 markah]

88 (a) Apakah sumbangan Khalifah Umar al-Khattab dalam sistem ketenteraan?
57
(i) Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela
(ii) Membina markas tentera di bandar utama
(iii) Membina kubu pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh
[3 markah]
(b) Nyatakan sumbangan Khalifah Umar al-Khattab dalam bidang pertanian.
(i) Membina terusan dan tali air seperti Terusan Amirul Mukminin
(ii) Rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian
(iii) Mengusahakan tanah terbiar
[3 markah]
(c) Senaraikan cukai yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab.
(i) Jizyah
(ii) Kharaj
[2 markah]
(d) Siapakah golongan zimmi?
Golongan bukan Islam yang memilih untuk menganut agama asal tetapi tinggal di bawah
pemerintahan Islam
[2 markah]

89 (a) Apakah sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem ketenteraan?
(i) Penubuhan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan)
(ii) Penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut
[2 markah]
(b) Nyatakan dua fungsi bandar Cordova.
(i) Pusat ilmu pengetahuan
(ii) Pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa
[2 markah]
(c) Bagaimanakah perkembangan dan kemajuan bidang pendidikan pada zaman Bani
Umaiyah?
(i) Pembinaan pusat pengajian di Cordova oleh Abdul Rahman III
(ii) Pembinaan perpustakaan oleh al-Hakam II
(iii) Pusat keilmuan dibina di Seville, Toledo dan Granada
[3 markah]
(d) Nyatakan perkembangan bidang terjemahan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah di
Sepanyol.
(i) Terdapat pusat penterjemahan karya tokoh Yunani ke bahasa Arab
58
(ii) Buku terjemahan dijadikan rujukan oleh masyarakat Islam
(iii) Orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah di Cordova
[3 markah]

90 Kesan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia dapat dilihat melalui
sumbangan tamadun Islam kepada peradaban manusia. Antara sumbangannya ialah perluasan
kawasan penyebaran Islam, kemunculan cendekiawan Islam dan perkembangan kesusasteraan.
(a) Nyatakan kesan-kesan perluasan kawasan penaklukan Islam.
(i) Cendekiawan Islam dan bukan Islam dapat bertukar pendapat antara satu sama lain
(ii) Perkembangan penterjemahan semakin meluas
[2 markah]
(b) Namakan tiga cendekiawan Islam dalam bidang perubatan.
(i) Zakaria al-Razi
(ii) Ibn Sina
(iii) Al-Zahrawi
[3 markah]
(c) Berikan tiga sumbangan seni ukir dan seni bina Islam dalam perkembangan tamadun dunia.
(i) Keindahan seni ukir dan seni bina Masjid Cordova di Sepanyol
(ii) Keindahan Masjid Sultan Ahmed di Istanbul
(iii) Keindahan Istana Alhambra di Granada
[3 markah]
(d) Apakah faktor-faktor yang membantu kemantapan kerajaan-kerajaan Islam?
(i) Perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam
(ii) Ketokohan dan kewibawaan pemimpin Islam
[2 markah]

91 Islam muncul di Makkah dan terus tersebar ke seluruh pelosok dunia termasuklah Asia
Tenggara.
(a) Nyatakan tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
(i) Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab
(ii) Islam datang dari China
(iii) Islam datang dari India
[3 markah]
(b) Apakah amalan orang Arab yang mempengaruhi masyarakat Asia Tenggara?
(i) Menghormati tetamu
(ii) Tarian zapin
59
(iii) Penggunaan alat muzik
[3 markah]
(c) Apakah bukti yang dikemukakan oleh S. Q. Fatimi tentang kedatangan Islam ke Tanah
Melayu?
(i) Unsur seni bina masjid
(ii) Batu Bersurat Terengganu
(iii) Perdagangan dengan Melaka
[3 markah]
(d) Sejarawan manakah yang mengemukakan bukti batu nisan Malik al-Salih dan Malik
Ibrahim?
Snouck Hurgronje
[1 markah]

92 Sikap keterbukaan dan kesediaan masyarakat dalam menerima pembaharuan telah memudahkan
penyebaran Islam di Asia Tenggara.
(a) Nyatakan empat cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.
(i) Perdagangan
(ii) Perkahwinan
(iii) Pengislaman raja dan golongan bangsawan
(iii) Peranan mubaligh
[4 markah]
(b) Bagaimanakah pedagang memainkan peranan mereka dalam menyebarkan agama Islam?
(i) Perkahwinan dengan penduduk tempatan
(ii) Membawa masuk ulama
(iii) Menunjukkan sifat mahmudah
[3 markah]
(c) Senaraikan tiga buah kerajaan Islam yang terawal di Asia Tenggara.
(i) Perlak
(ii) Samudera-Pasai
(iii) Melaka
[3 markah]

93 Acheh merupakan pusat kebudayaan, pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam yang terkenal
di Asia Tenggara.
(a) Senaraikan empat ulama Islam di Acheh.
(i) Hamzah al-Fansuri
60
(ii) Syeikh Nurudin al-Raniri
(iii) Syeikh Syamsudin al-Sumaterani
(iv) Abdul Rauf Singkel
[4 markah]
(b) Apakah peranan ulama Islam dalam politik dan pentadbiran di Acheh?
(i) Penasihat raja
(ii) Membantu pentadbiran
[2 markah]
(c) Senaraikan dua usaha pemerintah Acheh menyekat penyebaran agama Kristian.
(i) Menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara
(ii) Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu
[2 markah]
(d) Berikan dua sebab Acheh digelar Serambi Makkah.
(i) Sebuah kerajaan yang kukuh
(ii) Menjadi pusat perdagangan yang penting
[2 markah]

94 (a) Senaraikan bentuk perkahwinan yang dapat mengembangkan agama Islam di Asia
Tenggara.
(i) Perkahwinan siasah
(ii) Perkahwinan biasa
[2 markah]
(b) Nyatakan dua kesan perkahwinan antara wanita tempatan dengan pedagang Islam.
(i) Islam tersebar dalam kalangan keluarga wanita yang dikahwini
(ii) Islam tersebar dalam kalangan masyarakat sekeliling keluarga yang dikahwini
[2 markah]
(c) Siapakah yang memeluk Islam selepas raja?
(i) Pembesar
(ii) Keluarga diraja
(iii) Rakyat
[3 markah]
(d) Senaraikan dua keistimewaan agama Islam yang dapat menarik masyarakat tempatan
memeluk agama Islam.
(i) Konsep Tuhan Yang Maha Esa
(ii) Keadilan
61
(iii) Hak individu dan masyarakat
[3 markah]

95 (a) Bagaimanakah sistem pendidikan sebelum kedatangan Islam di Asia Tenggara?
Pendidikan hanya terbatas kepada golongan atasan
[1 markah]
(b) Nyatakan dua kesan kedatangan Islam terhadap sistem pendidikan di Asia Tenggara.
(i) Semua golongan masyarakat berpeluang mendapat pendidikan
(ii) Wujudnya institusi pendidikan formal seperti istana, pondok, pesantren, madrasah
dan surau
[2 markah]
(c) Berikan satu kesan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis dari segi pusat pendidikan Islam.
Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam
[1 markah]
(d) Senaraikan dua ciri penting sistem pendidikan di Acheh.
(i) Sistem pendidikan di Acheh lebih sistematik
(ii) Sistem pendidikan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu peringkat rendah,
menengah dan pengajian tinggi atau universiti
[2 markah]
(e) Nyatakan gelaran yang diberikan kepada Acheh kerana usahanya mendalami ilmu
pengetahuan Islam.
Serambi Makkah
[1 markah]
(f) Berikan tiga tokoh ulama yang terkenal di Acheh.
(i) Abdul Rauf Singkel
(ii) Syeikh Nurudin al-Raniri
(iii) Hamzah al-Fansuri
[3 markah]

96 (a) Siapakah yang mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara dari
Semenanjung Tanah Arab?
(i) John Crawford
(ii) Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
[2 markah]
(b) Berikan bukti-bukti Islam datang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab.
(i) Ramai pedagang Arab berdagang secara berterusan di rantau ini
62
(ii) Penemuan perkampungan Islam iaitu Ta Shih di Sumatera Utara
(iii) Persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang
terdapat di Arab
[3 markah]
(c) Nyatakan dua bukti yang dikemukakan oleh S. Q. Fatimi tentang kedatangan Islam ke
Asia Tenggara menerusi China.
(i) Perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton ke Asia Tenggara sekitar
tahun 876 M.
(ii) Penemuan Batu Bersurat Terengganu
[2 markah]
(d) Apakah bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India?
(i) Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara telah lama wujud
(ii) Penemuan batu marmar pada batu nisan dan batu bersurat di Jawa dan Pasai
mempunyai ciri buatan India
(iii) Budaya masyarakat Asia Tenggara berkait rapat dengan budaya India
[3 markah]

97 Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua jenis pendidikan yang
diamalkan iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
(a) Apakah yang anda faham tentang pendidikan formal?
Pendidikan yang dirancang dengan teliti dan mempunyai matlamat khusus serta menjadi
tempat untuk pengajaran dijalankan
[2 markah]
(b) Bagaimanakah pendidikan formal dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat Melayu?
(i) Menerusi cerita-cerita lisan seperti cerita binatang
(ii) Berlaku secara tidak langsung
(iii) Kanak-kanak diajar tentang pantang larang dan adat istiadat menerusi pergaulan
seharian
[3 markah]
(c) Nyatakan tiga fungsi masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
(i) Sebagai tempat pertemuan dan perkumpulan masyarakat
(ii) Tempat perkembangan ilmu pengetahuan
(iii) Tempat kanak-kanak belajar ilmu agama Islam
[3 markah]
(d) Senaraikan dua ciri sistem pendidikan pondok.
63
(i) Menyediakan pelajar untuk bertugas sebagai guru agama dan berkhidmat kepada
masyarakat
(ii) Tidak mempunyai batas waktu untuk menamatkan pengajian
[2 markah]

98 Dakwah Islamiah disebarkan ke Asia Tenggara melalui perdagangan.
(a) Nyatakan fungsi pelabuhan di Selat Melaka dalam penyebaran agama Islam.
Menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat termasuk masyarakat tempatan
[1 markah]
(b) Nyatakan sifat-sifat yang ada pada para pedagang sehingga berjaya menarik penduduk
tempatan memeluk agama Islam.
(i) Berhikmah
(ii) Lemah lembut
(iii) Bersifat mahmudah
[3 markah]
(c) Apakah yang dilakukan oleh para pedagang untuk memanfaatkan masa semasa menunggu
perubahan angin monsun?
Berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang kepercayaan dan agama
[1 markah]
(d) Namakan jawatan yang diberi kepada para pedagang Islam yang amanah dan jujur.
Syahbandar
[1 markah]
(e) Jelaskan peranan syahbandar.
(i) Mentadbir pelabuhan
(ii) Menentukan kemajuan perdagangan
(iii) Menguruskan hal perdagangan
(iv) Mengelolakan keperluan pedagang
[4 markah]

99

(a) Namakan tokoh-tokoh yang memberikan pendapat berkaitan teori di atas.
India
Semenanjung Tanah Arab
China
Teori kedatangan Islam
ke Asia Tenggara
64
(i) Snouck Hurgronje
(ii) Emanuel Gadinho Eredia
(iii) John Crawford
[3 markah]
(b) Apakah bukti tambahan yang mengukuhkan pendapat tentang kedatangan Islam dari
Semenanjung Tanah Arab?
(i) Bahasa yang dipengaruhi gaya Arab
(ii) Tiada unsur India dan China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan
(iii) Kitab tempatan menggunakan bahasa Arab dan sumber rujukan dari Semenanjung
Tanah Arab
[3 markah]
(c) Senaraikan dua bukti yang digunakan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
dalam membuktikan kedatangan Islam di Asia Tenggara adalah dari Tanah Arab.
(i) Persamaan yang terdapat antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara
dengan yang terdapat di Tanah Arab
(ii) Tulisan jawi yang diambil daripada bahasa Arab
[2 markah]
(d) Nyatakan catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai pada tahun
1899 M..
(i) Kewajipan menjalankan hukum syarak
(ii) Peraturan undang-undang kekeluargaan
[2 markah]

100 Penyebaran Islam ke Asia Tenggara dijalankan dengan mudah tanpa mendapat tentangan
daripada penduduk tempatan walaupun ketika itu pengaruh agama Hindu-Buddha sangat
menebal dalam kalangan penduduk Asia Tenggara.
(a) Apakah faktor-faktor yang membolehkan Islam berjaya tersebar ke Asia Tenggara?
(i) Perdagangan
(ii) Perkahwinan
(iii) Pengislaman raja dan golongan bangsawan
(iv) Kelahiran kerajaan Islam
[4 markah]
(b) Nyatakan peranan syahbandar.
(i) Pentadbir pelabuhan yang berurusan
(ii) Menentukan kemajuan pelabuhan
[2 markah]
65
(c) Senaraikan jenis perkahwinan yang terdapat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
(i) Perkahwinan siasah
(ii) Perkahwinan biasa
[2 markah]
(d) Namakan dua buah kerajaan awal Islam yang telah meluaskan pengaruh Islam menerusi
penguasaan terhadap kawasan baru.
(i) Melaka
(ii) Acheh
[2 markah]

101 Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah corak kehidupan masyarakat dengan
memperkenalkan unsur-unsur baru yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
(a) Nyatakan konsep yang diamalkan oleh raja di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam.
Dewa-raja
[1 markah]
(b) Berikan gelaran yang pernah digunakan oleh raja-raja zaman Kesultanan Melayu Melaka
setelah menerima pengaruh Islam.
(i) Khalifatul Mukminin
(ii) Zillullah fil Alam
[2 markah]

(c) Apakah undang-undang yang berasaskan perundangan Islam yang terdapat di Melaka dan
Acheh?
(i) Undang-undang Melaka
(ii) Kanun Mahkota Alam
[2 markah]
(d) Siapakah yang telah menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap umat Islam?
(i) Syeikh Nurudin al-Raniri
(ii) Syeikh Daud al-Pattani
(iii) Abdul Rauf Singkel
[3 markah]
(e) Senaraikan dua institusi pendidikan formal yang terdapat di Asia Tenggara.
(i) Istana
(ii) Pondok
[2 markah]

66
102 Melaka merupakan kerajaan Islam yang terkenal dalam kalangan kerajaan-kerajaan Islam di
Asia Tenggara.
(a) Namakan raja Melaka pertama yang memeluk agama Islam.
Megat Iskandar Syah
[2 markah]
(b) Bagaimanakah raja Melaka tersebut memeluk agama Islam?
Baginda mengahwini Puteri Pasai yang beragama Islam
[2 markah]
(c) Senaraikan dua jenis perkahwinan yang membawa kepada penyebaran agama Islam di
Asia Tenggara khususnya Melaka.
(i) Perkahwinan siasah
(ii) Perkahwinan biasa
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan cara penyebaran Islam yang terpenting
dalam kalangan kerabat diraja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Perkahwinan dalam kalangan kerabat diraja
[2 markah]
(e) Nyatakan cara Bendahara Tun Perak di Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan agama
Islam ke beberapa kerajaan lain di Asia Tenggara.
Penaklukan
[2 markah]

103 Kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempunyai hubungan yang rapat dengan peranan
pelabuhan dan aktiviti perdagangan.
(a) Di manakah terletaknya Asia Tenggara?
Terletak antara China di sebelah timur dengan India di sebelah barat dan dihubungkan
oleh Selat Melaka
[2 markah]
(b) Nyatakan pelabuhan-pelabuhan penting di Asia Tenggara.
(i) Srivijaya
(ii) Perlak
(iii) Pasai
(iv) Melaka
[4 markah]
(c) Apakah pelabuhan penting di Pantai Koromandel, India yang mempunyai hubungan
dengan pelabuhan di Asia Tenggara?
67
(i) Masulipatam
(ii) Pondecherry
[2 markah]
(d) Mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan pedagang luar?
(i) Tiupan angin monsun
(ii) Kekayaan hasil bumi seperti hasil pertanian, hasil hutan dan logam
[2 markah]

104 Aktiviti perdagangan merupakan faktor utama perkembangan Islam di Asia Tenggara.
(a) Bagaimanakah faktor perdagangan menyebabkan Islam berkembang?
(i) Perbualan tentang ajaran Islam sering berlaku di pelabuhan
(ii) Tingkah laku dan kemurnian sikap pedagang Islam
(iii) Semangat dakwah Islamiah yang tertanam di hati pedagang Islam
[3 markah]
(b) Apakah peranan syahbandar di pelabuhan?
(i) Bertanggungjawab berurusan dengan pedagang tentang hal perdagangan
(ii) Menentukan kemajuan perdagangan di pelabuhan
[2 markah]
(c) Nyatakan kesan pengislaman raja dan golongan bangsawan menyebabkan Islam
berkembang.
(i) Amalan yang dilakukan oleh seseorang raja akan diikuti oleh pembesar dan rakyat
(ii) Pengislaman pembesar akan diikuti oleh rakyat di daerah yang ditakluki
[2 markah]
(d) Jelaskan perkembangan Islam melalui faktor perkahwinan.
(i) Islam berkembang melalui perkahwinan siasah iaitu perkahwinan yang berlaku
dalam kalangan kerabat diraja
(ii) Terdapat pedagang Islam dan ulama Islam yang berkahwin dengan penduduk
tempatan
(iii) Islam tersebar dalam kalangan keluarga orang yang baru dikahwini
[3 markah]

105 (a) Apakah aktiviti penterjemahan yang dilakukan oleh Samudera-Pasai?
(i) Menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu
(ii) Banyak kitab Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
68
(iii) Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada ulama dari
luar
[3 markah]
(b) Senaraikan dua buah buku yang mempunyai pengaruh gaya tulisan Arab pada zaman
kerajaan Melayu Melaka.
(i) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
(ii) Hikayat Amir Hamzah
[2 markah]
(c) Terangkan kandungan yang terdapat dalam Bustanus Salatin.
Mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, istana kota dan taman-taman
[1 markah]
(d) Nyatakan dua peranan kerajaan Johor-Riau pada abad ke-18.
(i) Pusat kebudayaan Islam
(ii) Pusat emporium yang penting
[2 markah]
(e) Senaraikan ciri-ciri kitab al-Dur al-Manzum.
(i) Dikarang oleh Abu Ishaq (al-Syirazi)
(ii) Membincangkan tentang sifat-sifat Allah
[2 markah]

106 Terdapat dua jenis undang-undang yang diamalkan oleh negeri-negeri Melayu iaitu undang-
undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.
(a) Nyatakan jenis undang-undang tidak bertulis.
(i) Adat Perpatih
(ii) Adat Temenggung
[2 markah]
(b) Terangkan tentang sistem pelantikan yang diamalkan dalam Adat Perpatih.
(i) Anak Buah melantik Buapak
(ii) Buapak melantik Lembaga
(iii) Lembaga melantik Undang
(iv) Undang melantik Yamtuan atau Yang Dipertuan Besar
[4 markah]
(c) Nyatakan dua prinsip asas yang terkandung dalam Adat Temenggung.
(i) Anak lelaki lebih diutamakan dalam pembahagian harta
69
(ii) Seseorang individu bebas berkahwin dengan sesiapa sahaja pasangan yang
dibenarkan oleh Islam
[2 markah]
(d) Berikan dua contoh undang-undang bertulis.
(i) Hukum Kanun Melaka
(ii) Undang-undang Laut Melaka
[2 markah]

107 Kemunculan Islam telah membawa kesan yang besar kepada masyarakat Melayu dalam bidang
ekonomi.
(a) Namakan jawatan penting dalam kerajaan Melayu Melaka yang berkaitan dengan aktiviti
perdagangan.
Syahbandar
[1 markah]
(b) Apakah bentuk perniagaan yang digunakan dalam urusan perdagangan di Melaka?
(i) Pertukaran barang
(ii) Jual beli
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga jenis mata wang yang digunakan di negeri-negeri Melayu.
(i) Wang timah
(ii) Wang emas
(iii) Wang perak
[3 markah]
(d) Apakah yang dimaksudkan dengan cukai?
Bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau
barang-barang tertentu
[2 markah]
(e) Namakan cukai asas yang mesti dibayar kepada pemerintah di Melaka.
Cukai tetap atau cukai import
[2 markah]

108

Formal
Tidak Formal
Sistem pendidikan
masyarakat Melayu
70
(a) Nyatakan dua kepentingan pendidikan tidak formal.
(i) Pengajaran nilai-nilai moral
(ii) Penerapan nilai-nilai budaya yang murni
[2 markah]
(b) Senaraikan kaedah-kaedah pendidikan tidak formal.
(i) Pendengaran, penglihatan dan pemerhatian
(ii) Cerita-cerita lisan
(iii) Pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial
[3 markah]
(c) Apakah fungsi istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan?
(i) Pusat pengajian agama
(ii) Tempan menyimpan buku hikayat yang penting
[2 markah]
(d) Berikan tiga contoh sekolah pondok yang wujud di Tanah Melayu.
(i) Pondok Pulau Condong
(ii) Pondok Kutan
(iii) Pondok Pulau Manis
[3 markah]

109 (a) Senaraikan ciri-ciri Adat Perpatih.
(i) Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah
(ii) Anak perempuan diberi hak mewarisi harta
(iii) Bersifat matrilineal
[3 markah]
(b) Apakah ciri-ciri utama masyarakat Negeri Sembilan yang dibahagikan kepada 12 suku?
(i) Setiap suku dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar
(ii) Setiap suku dipimpin oleh seorang ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga
(iii) Ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku
yang sama
[3 markah]
(c) Nyatakan dua ciri Adat Temenggung.
(i) Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka
(ii) Bersifat parilineal
[2 markah]
71
(d) Apakah undang-undang yang menjadi asas kepada Undang-Undang Johor?
(i) Hukum Kanun Melaka
(ii) Undang-Undang Laut Melaka
[2 markah]

110 Kedatangan agama Islam membawa pengaruh terhadap bidang bahasa dan kesusasteraan
Melayu.
(a) Senaraikan dua jenis tulisan yang digunakan sebelum kedatangan Islam.
(i) Pallava
(ii) Batak
[2 markah]
(b) Nyatakan tulisan yang wujud selepas kedatangan Islam.
Tulisan jawi
[1 markah]
(c) Perbendaharaan kata bahasa Melayu juga bertambah dengan bertambahnya istilah baru
yang berasal daripada bahasa Arab. Berikan empat contoh perbendaharaan kata tersebut.
(i) Adat
(ii) Daulat
(iii) Hakim
(iv) Hukum
[4 markah]
(d) Berikan tiga jenis kesusasteraan lisan sebelum kedatangan Islam.
(i) Cerita jenaka
(ii) Cerita dongeng
(iii) Cerita asal usul
[3 markah]

111 Selepas kedatangan agama Islam, sistem pemerintahan di Asia Tenggara telah mengalami
perubahan.
(a) Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan di Asia Tenggara sebelum kedatangan
Islam?
(i) Beraja
(ii) Dewa-raja
[2 markah]
(b) Senaraikan dua undang-undang yang terdapat di Asia Tenggara berasaskan syariah Islam.
(i) Hukum Kanun Melaka
72
(ii) Kanun Mahkota Alam
[2 markah]
(c) Nyatakan empat institusi pendidikan yang terdapat di Asia Tenggara.
(i) Istana
(ii) Pondok
(iii) Pesantren
(iv) Surau
[4 markah]
(d) Siapakah yang menerapkan unsur Islam semasa pemerintahannya?
(i) Sultan Malik al-Zahir
(ii) Sultan Ali Mughayat Syah
[2 markah]

112 Secara umumnya terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu iaitu
pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.
(a) Berikan maksud pendidikan tidak formal.
Pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga aspek perubahan sosiobudaya masyarakat Melayu akibat pengaruh agama
Islam.
(i) Pendidikan
(ii) Kesenian
(iii) Bahasa dan kesusasteraan
[3 markah]
(c) Nyatakan peranan masjid dalam perkembangan pendidikan masyarakat Melayu.
(i) Tempat belajar
(ii) Pusat pertemuan dan perkumpulan masyarakat
(iii) Pusat pengajian orang dewasa
[3 markah]
(d) Namakan dua negeri di Tanah Melayu yang menjalankan sistem pengajian pondok dengan
meluas.
(i) Kedah
(ii) Kelantan
[2 markah]

113 Adat bermaksud undang-undang tidak bertulis.
73
(a) Apakah fungsi adat?
(i) Menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat
(ii) Mengawal tingkah laku masyarakat
[2 markah]
(b) Nyatakan asas pentadbiran dan penyelesaian masalah dalam Adat Pepatih.
Musyawarah
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga ciri utama Adat Temenggung.
(i) Berasaskan sistem parilineal (mementingkan jurai keturunan bapa)
(ii) Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka
(iii) Seseorang individu bebas untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan
pilihannya
[3 markah]
(d) Senaraikan tiga ciri utama Adat Perpatih.
(i) Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung,
Sumatera
(ii) Bersifat matrilineal (mengutamakan jurai keturunan sebelah ibu)
(iii) Anak perempuan diberikan hak mewarisi harta
[3 markah]

114 (a) Sebutkan sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum dan selepas
kedatangan Islam.
(i) Sebelum kedatangan Islam institusi beraja
(ii) Selepas kedatangan Islam institusi kesultanan
[2 markah]
(b) Berikan maksud istilah yang berikut.
(i) Zillullah fil-alam : Bayangan Allah di muka bumi
(ii) Khalifatul mukminin : Pemimpin orang mukmin
[2 markah]
(c) Apakah adat istiadat yang diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan seseorang sultan?
(i) Adat pertabalan
(ii) Cara berpakaian
(iii) Jenis pakaian
[3 markah]
(d) Nyatakan tiga orang ulama yang menjadi penasihat kepada pemerintah di Melaka.
74
(i) Makhdum Sayid Abdul Aziz
(ii) Maulana Abu Bakar
(iii) Maulana Sadar Jahan
[3 markah]

115 (a) Nyatakan dua undang-undang adat yang terdapat di Tanah Melayu.
(i) Adat Perpatih
(ii) Adat Temenggung
[2 markah]
(b) Apakah yang menjadi asas undang-undang negeri di negeri-negeri Melayu sebelum
kedatangan pengaruh British menurut Profesor Ahmad Ibrahim?
(i) Undang-undang Islam
(ii) Adat Melayu
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga bahagian daripada Undang-Undang Kedah.
(i) Undang-undang pelabuhan
(ii) Undang-undang tentera
(iii) Hukum Kanun Dato Star
[3 markah]
(d) Nyatakan tiga kandungan dalam Hukum Kanun Melaka.
(i) Tanggungjawab raja dan pembesar
(ii) Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
(iii) Hukuman terhadap kesalahan jenayah
[3 markah]

116

(a) Nyatakan dua jenis pendidikan di Tanah Melayu.
(i) Pendidikan formal
(ii) Pendidikan tidak formal
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga jenis tulisan yang digunakan sebelum penggunaan tulisan jawi.
Bahasa dan kesusasteraan Kesenian Pendidikan
Pengaruh Islam terhadap sosiobudaya
75
(i) Pallava
(ii) Kawi
(iii) Sunda kuno
[3 markah]
(c) Berikan tiga contoh istilah bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab.
(i) Sultan
(ii) Syukur
(iii) Masjid
[3 markah]
(d) Apakah motif ukiran hiasan dalaman binaan sebelum dan selepas kedatangan Islam?
(i) Sebelum kedatangan Islam berdasarkan binatang seperti burung dan ayam
(ii) Selepas kedatangan Islam berdasarkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan
geometri
[2 markah]

117 Islam di Asia Tenggara telah memberi sumbangan dalam bidang kesenian seperti seni bina, seni
halus, seni persembahan, seni tekstil dan busana.
(a) Apakah bukti pengaruh seni bina dan hasil ukiran Hindu-Buddha di Tanah Melayu
sebelum kedatangan Islam?
(i) Penemuan candi-candi di Lembah Bujang
(ii) Hasil ukiran dan arca seperti Avalokitesvara yang ditemui di Lembah Bujang
[2 markah]
(b) Namakan ciri-ciri Islam yang terdapat pada seni bina masjid.
(i) Mihrab
(ii) Mimbar
[2 markah]
(c) Terangkan secara ringkas tentang perkembangan kesenian khat selepas kedatangan Islam.
Tulisan khat digunakan sebagai hiasan di masjid, madrasah, dan mata wang. Jenis tulisan
khat yang digemari ialah jenis kufi dan nasakh
. [(2 markah]
(d) Nyatakan empat contoh seni persembahan yang berpengaruh dari Asia Barat.
(i) Tarian Dabus
(ii) Tarian Mak Inang
(iii) Ghazal
(iv) Nazam atau naban
76
[4 markah]

118 Penggunaan mata wang dalam urusan perdagangan dapat memudahkan urusan jual beli.
Pelbagai jenis mata wang digunakan dalam urusan perniagaan seperti mata wang yang
diperbuat daripada emas dan timah.
(a) Namakan wang emas yang digunakan di Kelantan dan Johor.
(i) Kelantan : Kijang
(ii) Johor : Kupang
[2 markah]
(b) Nyatakan mata wang yang digunakan di Johor dan bentuknya.
Wang katun yang berbentuk bulat atau segi enam
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga ciri mata wang timah di Kedah.
(i) Dikeluarkan untuk kegunaan tempatan
(ii) Berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin
(iii) Boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan
[3 markah]
(d) Senaraikan ciri-ciri mata wang timah yang pernah digunakan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
(i) Berbentuk bulat
(ii) Beratnya ialah satu kati lapan tahil
(iii) Terdapat nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam
[3 markah]

119 Bidang kesenian merupakan bidang yang sangat luas rangkumannya yang dapat dilihat
menerusi keindahan dalam bentuk seni halus, seni rupa, seni tampak, seni persembahan dan
sebagainya.
(a) Apakah bukti orang Melayu telah terbabit dalam dunia seni sejak zaman sebelum
kedatangan Islam lagi?
Penemuan candi-candi di Lembah Bujang
[1 markah]
(b) Nyatakan ciri-ciri penting yang terdapat pada binaan masjid.
(i) Mihrab
(ii) Mimbar
(iii) Telaga
[3 markah]
(c) Apakah bentuk seni bina rumah Melayu yang terdapat di Tanah Melayu?
77
(i) Rumah Perabung Panjang
(ii) Rumah Tiang 12
(iii) Rumah Perabung Lima
[3 markah]
(d) Berikan tiga jenis seni persembahan yang mempunyai pengaruh Arab yang diamalkan
oleh masyarakat Melayu.
(i) Dabus
(ii) Tarian Mak Inang
(iii) Nazam/Naban
[3 markah]

120 Pelantikan dan pertabalan sultan Melaka diadakan mengikut adat istiadat. Namun beberapa adat
telah digugurkan selepas kedatangan agama Islam.
(a) Apakah adat-adat yang masih diamalkan dalam pelantikan dan pertabalan sultan?
(i) Melafaz ikrar oleh sultan dan pembesar
(ii) Bersiram tabal di panca persada
(iii) Berarak lengkap dengan iringan alat-alat kebesaran raja
[3 markah]
(b) Siapakah yang bertanggungjawab menjalankan semua adat istiadat di istana?
Penghulu Istiadat
[1 markah]
(c) Senaraikan dua jenis istiadat yang diadakan bagi kemangkatan serta pemakaman raja.
(i) Seorang pengganti sultan dilantik di hadapan jenazah sebelum dimakamkan
(ii) Pelantikan pembesar utama negeri mengikut taraf dan kedudukan masing-masing
[2 markah]
(d) Berikan maksud adat menjunjung duli.
Istiadat menyembah yang dilakukan oleh pembesar negeri yang bertujuan untuk
menunjukkan kedaulatan sultan dan taat setia mereka
[2 markah]
(e) Senaraikan dua alat kebesaran yang mengiringi istiadat menjunjung duli.
(i) Paluan nobat diraja di balairung seri
(ii) Bedilan meriam
[2 markah]

78
121 Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman mundurnya yang dikenali
sebagai Zaman Gelap.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?
(i) Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom dan masyarakatnya hidup dalam keadaan
mundur
(ii) Mengalami kemerosotan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial
[2 markah]
(b) Apakah peranan yang dimainkan oleh golongan baron?
Golongan tuan tanah yang memberi perlindungan kepada golongan petani
[1 markah]
(c) Nyatakan hierarki masyarakat feudal Eropah.
(i) Raja
(ii) Baron
(iii) Ahli agama
(iv) Knight
(v) Rakyat biasa/hamba
[5 markah]
(d) Nyatakan dua perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah.
(i) Gereja menjadi ejen penyatuan
(ii) Peningkatan dalam aktiviti pertanian
[2 markah]

122 Revolusi Pertanian telah menjadi pemangkin kepada berlakunya Revolusi Perindustrian di
Eropah.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian?
(i) Satu perubahan dalam teknik pengeluaran bahan siap
(ii) Melibatkan skala pengeluaran yang besar
(iii) Penggantian aktiviti ekonomi daripada tenaga manusia kepada mesin
[3 markah]
(b) Nyatakan tiga ciptaan baru dalam perusahaan tekstil di England.
(i) Flying Shuttle
(ii) Spinning Jenny
(iii) Water Frame
[3 markah]
79
(c) Namakan tokoh yang memberi sumbangan dalam penciptaan enjin berkuasa wap di
Eropah.
(i) Thomas Newcomen
(ii) James Watt
[2 markah]
(d) Apakah kesan Revolusi Perindustrian terhadap sistem pengangkutan dan perhubungan di
England?
(i) Pembinaan jalan raya bertar
(ii) Penciptaan lokomotif
[2 markah]

123 (a) Berikan maksud Renaissance.
Berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment yang bermaksud kelahiran semula
[1 markah]
(b) Nyatakan aliran pemikiran yang muncul pada Zaman Renaissance.
Humanisme
[1 markah]
(c) Namakan tokoh yang dikenal sebagai Bapa Humanisme.
Francesco Petrarch
[1 markah]
(d) Namakan tokoh-tokoh yang terkenal pada Zaman Renaissance.
(i) Niccolo Machiavelli
(ii) Leonardo da Vinci
(iii) Michelangelo
[3 markah]
(e) (i) Siapakah yang menjadi patron?
Golongan pedagang kaya
[1 markah]
(ii) Nyatakan fungsi patron.
Menjadi penaung kepada pelukis, penulis dan sebagainya
[1 markah]
(f) Senaraikan dua tokoh Zaman Renaissance yang terkenal di England.
(i) Thomas More
(ii) William Shakespeare
[2 markah]

80
124 (a) Bagaimanakah berlakunya perubahan ekonomi pada Zaman Kemuncak Pertengahan?
(i) Pertambahan penduduk
(ii) Peningkatan aktiviti pertanian
(iii) Kemunculan perdagangan
[3 markah]
(b) Namakan tiga bandar yang muncul di Itali pada Zaman Kemuncak Pertengahan.
(i) Venice
(ii) Milan
(iii) Florence
[3 markah]
(c) Nyatakan tiga golongan kelas pertengahan kesan daripada perkembangan bandar pada
Zaman Kemuncak Pertengahan.
(i) Artisan
(ii) Pedagang
(iii) Ahli perbankan
[3 markah]
(d) Bagaimanakah status sosial seseorang itu ditentukan pada Zaman Kemuncak Pertengahan?
Kekayaan
[1 markah]

125

(a) Berikan maksud revolusi.
(i) Perubahan besar yang berlaku secara mendadak
(ii) Menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi atau sosial
(iii) Memberi kesan kepada kehidupan manusia
[3 markah]
(b) Bagaimanakah tercetusnya Revolusi Pertanian?
(i) Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah
(ii) Penggunaan kaedah dan teknik saintifik
(iii) Penanaman yang lebih efisien
[3 markah]
(c) Senaraikan dua sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian.
Revolusi Pertanian
Revolusi Perindustrian
81
(i) Penyediaan modal
(ii) Penyediaan bahan makanan
[2 markah]
(d) Nyatakan dua kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
(i) Pertanian sebagai punca ekonomi
(ii) Peningkatan perdagangan antarabangsa
[2 markah]

126 (a) Apakah yang anda faham tentang Zaman Gelap di Eropah?
(i) Zaman selepas kejatuhan tamadun Rom di Eropah
(ii) Peringkat awal Zaman Pertengahan
(iii) Zaman mundur yang dialami oleh masyarakat Eropah
[3 markah]
(b) Senaraikan empat ciri Zaman Gelap di Eropah.
(i) Masyarakat Eropah mengalami kemerosotan dalam ilmu pengetahuan, perdagangan,
dan kehidupan perbandaran
(ii) Tidak mempunyai pusat pentadbiran yang berkesan
(iii) Ekonomi masyarakat Eropah merosot
(iv) Persaingan kuasa dalam kalangan bangsawan menyebabkan peperangan sering
berlaku
[4 markah]
(c) Bagaimanakah keadaan hidup para petani pada Zaman Gelap?
(i) Mereka terpaksa mencari perlindungan daripada golongan tuan tanah
(ii) Mereka terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
(iii) Mereka yang tidak mampu membayar cukai kepada tuan tanah terpaksa menjadi
hamba
[3 markah]

127 Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani.
(a) Namakan tokoh yang berusaha mengadakan perjanjian di atas.
Paus di Rom
[1 markah]
(b) Nyatakan dua kuasa yang terlibat dalam perjanjian ini.
(i) Portugal
82
(ii) Sepanyol
[2 markah]
(c) Berikan dua sebab perjanjian tersebut ditandatangani.
(i) Portugal dan Sepanyol bersaing untuk menguasai tanah jajahan
(ii) Supaya kedua-dua kuasa ini tidak berperang kerana merebut tanah jajahan
[2 markah]
(d) Senaraikan dua kesan perjanjian ini.
(i) Kawasan ke Timur dari Kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan
Atlantik dianggap sebagai kawasan Portugal
(ii) Kawasan ke baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol
[2 markah]
(e) Apakah faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat untuk menjelajah ke Timur?
(i) Mendapatkan rempah ratus dan sutera
(ii) Menyebarkan agama Kristian
(iii) Semangat kebanggaan bangsa
[3 markah]

128 Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah di Britain pada abad ke-18 telah
membawa kepada Revolusi Pertanian.
(a) Apakah sistem pemilikan tanah di Britain sebelum Revolusi Pertanian?
(i) Tanah awam
(ii) Tanah persendirian
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga kegiatan yang dijalankan oleh rakyat biasa di tanah awam.
(i) Bercucuk tanam
(ii) Memburu binatang
(iii) Memelihara ternakan
[3 markah]
(c) Mengapakah tuan tanah meminta Parlimen meluluskan Akta Pemagaran Tanah?
(i) Pertambahan penduduk
(ii) Peningkatan harga gandum
[2 markah]
(d) Senaraikan tiga kesan Akta Pemagaran Tanah kepada petani kecil di Britain.
(i) Kehilangan punca rezeki
(ii) Menjadi buruh ladang
83
(iii) Berhijrah ke bandar
[3 markah]

129 (a) Nyatakan dua sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan dan perkembangan
Revolusi Perindustrian di Britain.
(i) Penyediaan modal
(ii) Menyediakan bahan makanan
[2 markah]
(b) Mengapakah pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revolusi Pertanian dapat
dilakukan?
(i) Sistem pemilikan tanah
(ii) Penggunaan kaedah saintifik
(iii) Kaedah pemasaran bahan pertanian secara berkesan
[3 markah]
(c) Nyatakan sistem pemilikan tanah sebelum Revolusi Pertanian di Britain.
(i) Tanah persendirian
(ii) Tanah awam
[2 markah]
(d) Berikan tiga kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian kepada masyarakat
Eropah.
(i) Peningkatan perdagangan antarabangsa
(ii) Kemajuan bidang pengangkutan
(iii) Kemunculan golongan buruh dan majikan
[3 markah]

130 (a) Berikan dua contoh yang menunjukkan bahawa gereja mengongkong kehidupan
masyarakat Zaman Pertengahan.
(i) Gereja sangat berkuasa dan memiliki tanah yang banyak
(ii) Gereja terlalu memberi penumpuan kepada kegiatan agama dan ilmu akhirat sahaja
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga cara perkembangan kegiatan ekonomi pada Zaman Pertengahan.
(i) Kegiatan perdagangan tidak meluas
(ii) Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam
(iii) Terpaksa menumpukan kepada sektor pertanian
[3 markah]
(c) Mengapakah Zaman Pertengahan di Eropah dianggap sebagai Zaman Gelap?
84
(i) Pusat pemerintahan yang lemah
(ii) Kegiatan ekonomi yang terhad
(iii) Sifat gereja yang terlalu mengongkong
[3 markah]
(d) Jelaskan ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan.
(i) Gereja menjadi ejen penyatuan
(ii) Kemunculan bandar
[2 markah]

131 Zaman Renaissance yang didorong oleh semangat inkuiri telah meninggalkan kesan mendalam
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
(a) Nyatakan dua kesan kemunculan monarki baru.
(i) Kuasa raja semakin kukuh
(ii) Kuasa gereja dan golongan bangsawan berkurangan
[2 markah]
(b) Senaraikan dua kesan Zaman Renaissance terhadap kegiatan ekonomi.
(i) Kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus
(ii) Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
[2 markah]
(c) Apakah ciri-ciri yang wujud dalam semangat Renaissance sehingga merintis
perkembangan pelbagai ilmu sains?
(i) Inkuiri
(ii) Keobjektifan
(iii) Eksperimen
[3 markah]
(d) Berikan tiga kesan semangat Renaissance dalam bidang sosial.
(i) Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia
(ii) Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan
(iii) Berani meneroka perkara baru untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang
[3 markah]

132 Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara
telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aspek politik, ekonomi dan sosial.
(a) Apakah kesan imperialisme Barat dalam bidang politik?
(i) Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat Barat
(ii) Sistem perundangan tempatan diubah suai agar selaras dengan sistem Barat
85
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga kuasa Barat yang menjajah negara-negara di Asia.
(i) British
(ii) Perancis
(iii) Amerika
[3 markah]
(c) Senaraikan dua kesan imperialisme Barat dalam bidang ekonomi.
(i) Penanaman getah dan perlombongan bijih timah diusahakan secara komersil
(ii) Kegiatan ekonomi peribumi ditukar untuk memberi manfaat kepada ekonomi Barat
[2 markah]
(d) Jelaskan ciri-ciri pendidikan Inggeris di Tanah Melayu.
(i) Terhad di kawasan bandar
(ii) Memberikan pendidikan asas sahaja
(iii) Melahirkan golongan pentadbir rendah
[3 markah]

133 Kejatuhan Rom Barat telah membawa kepada berakhirnya zaman Yunani dan Rom serta
membawa kepada permulaan Zaman Pertengahan di Eropah.
(a) Nyatakan nama lain bagi Zaman Pertengahan.
Zaman Gelap
[1 markah]
(b) Apakah kesan-kesan kejatuhan Rom Barat?
(i) Kemunculan golongan baron
(ii) Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah
(iii) Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah
[3 markah]
(c) Mengapakah Gereja Katolik pada Zaman Pertengahan di Eropah dianggap mengongkong
kehidupan masyarakat Eropah?
Terlalu memberi fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu
keakhiratan sahaja
[2 markah]
(d) Senaraikan empat faktor yang menghalang perluasan kegiatan perdagangan pada Zaman
Pertengahan.
(i) Sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar
(ii) Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan
86
Mediterranean dikuasai oleh orang Islam
(iii) Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang
(iv) Mata wang yang terdapat dalam pasaran amat terhad
[4 markah]

134 (a) Apakah perubahan yang berlaku pada masyarakat Eropah pada Zaman Gelap?
(i) Kemerosotan dalam ilmu pengetahuan
(ii) Tidak terdapat pentadbiran yang berkesan
(iii) Kemunculan golongan tuan tanah
(iv) Masyarakat telah dikongkong oleh institusi gereja
[4 markah]
(b) Nyatakan asas utama sistem feudal masyarakat Eropah.
Tanah
[1 markah]
(c) Senaraikan dua pengaruh institusi gereja kepada masyarakat Eropah.
(i) Memfokuskan kepada bidang keagamaan dan akhirat sahaja
(ii) Mengongkong kehidupan masyarakat Eropah
[2 markah]
(d) Mengapakah kegiatan perdagangan pada Zaman Pertengahan tidak dapat dijalankan secara
meluas?
(i) Sering diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
(ii) Tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean dikuasai
oleh orang Islam
(iii) Tidak berupaya menyaingi penguasaan orang Islam
[3 markah]

135 (a) Nyatakan tiga barangan utama yang terdapat di luar Eropah yang menjadi perhatian utama
orang Eropah.
(i) Emas
(ii) Sutera
(iii) Rempah ratus
[3 markah]
(b) Apakah negara yang menjadi perintis kepada aktiviti penerokaan ke kawasan luar?
(i) Portugal
(ii) Sepanyol
[2 markah]
87
(c) Nyatakan perjanjian yang ditandatangani di Paus yang telah membahagikan dunia kepada
dua kawasan pengaruh.
Perjanjian Tordesillas
[1 markah]
(d) Senaraikan kesan-kesan zaman penjelajahan kepada masyarakat setempat.
(i) Penguasa tempatan membuat perjanjian dengan kuasa Eropah
(ii) Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat Eropah
(iii) Ramai masyarakat peribumi telah menerima agama Kristian
(iv) Mengubah kehidupan dunia baru di Asia Tenggara
[4 markah]
136 Tanah Melayu kaya dengan hasil buminya dan menjadi rebutan kuasa-kuasa penjajah.
(a) Apakah gelaran yang digunakan oleh pedagang India terhadap Tanah Melayu?
Suvarnabhumi
[1 markah]
(b) Senaraikan tiga jenis galian yang terdapat di Tanah Melayu.
(i) Bijih timah
(ii) Emas
(iii) Arang batu
[3 markah]
(c) Siapakah yang mengusahakan perlombongan bijih timah pada peringkat awal?
(i) Pelombong Melayu
(ii) Pelombong Cina
[2 markah]
(d) Apakah kelebihan yang ada pada pelombong Eropah?
(i) Mempunyai modal yang banyak
(ii) Menggunakan kapal korek
[2 markah]
(e) Nyatakan dua kawasan perlombongan utama bijih timah di Tanah Melayu.
(i) Taiping
(ii) Kuala Lumpur
[2 markah]

137 Dasar-dasar pentadbiran British di Tanah Melayu memperlihatkan perubahan dari aspek
pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial.
(a) Namakan tiga syarikat yang terlibat dalam sektor perkilangan di Tanah Melayu.
(i) Syarikat Shum Yip Leong
88
(ii) Syarikat Kasut Bata
(iii) Fung Keong
[3 markah]
(b) Nyatakan sumbangan sistem pengangkutan terhadap ekonomi Tanah Melayu pada awal
abad ke-20.
(i) Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah
(ii) Pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah
(iii) Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah
[3 markah]
(c) Apakah langkah yang diambil British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?
(i) Mendirikan hospital di bandar bagi mengawal wabak penyakit berjangkit
(ii) Membina pusat kesihatan di luar bandar
(iii) Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur
(iv) Menubuhkan lembaga Sanitary Board
[4 markah]

138 (a) Berikan maksud ekonomi dagangan.
(i) Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk
tujuan pemasaran
(ii) Pengeluaran dalam skala yang besar
[2 markah]
(b) Nyatakan ciri-ciri ekonomi dagangan.
(i) Penggunaan sumber tenaga buruh yang banyak
(ii) Penggunaan modal yang besar
(iii) Penggunaan teknologi yang tinggi
[3 markah]
(c) Senaraikan tiga usaha yang diambil oleh pihak British untuk mengembangkan ekonomi
dagangan di Tanah Melayu.
(i) Membawa masuk buruh dari China dan India
(ii) Menggalakkan pemodal asing menanam modal dalam sektor perladangan dan
perlombongan
(iii) Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah
[3 markah]
(d) Apakah kesan perkembangan ekonomi dagangan di Tanah Melayu?
89
(i) Pembentukan bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban
(ii) Pembentukan masyarakat berbilang kaum
[2 markah]

139 (a) Berikan tiga ciri sistem ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebelum
kedatangan British.
(i) Ekonomi berbentuk sara diri
(ii) Kegiatan ekonomi dijalankan dalam skala yang kecil dengan pengeluaran yang
sedikit
(iii) Menggunakan kaedah dan teknologi yang mudah
[3 markah]
(b) Apakah yang dilakukan oleh orang Melayu sekiranya terdapat lebihan pengeluaran hasil
yang diusahakan oleh mereka?
(i) Membayar zakat
(ii) Bertukar barang
(iii) Disimpan untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan
[3 markah]
(c) Senaraikan empat perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi di negara kita setelah
kedatangan British.
(i) Kegiatan ekonomi yang dijalankan bersifat komersil untuk tujuan eksport
(ii) Kegiatan ekonomi dilakukan dalam skala besar dan pengeluaran secara besar-
besaran
(iii) Modal yang besar dilaburkan oleh pengusaha Barat dan Cina
(iv) Penggunaan teknologi yang moden
[4 markah]

140 (a) Apakah faktor-faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah di negara
kita mulai pertengahan abad ke-19?
(i) Bijih timah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dunia
(ii) Hasil bijih timah mendatangkan keuntungan yang lumayan
(iii) Kaedah yang digunakan oleh pelombong Cina iaitu menggunakan pam kelikir dapat
mendatangkan hasil yang lebih banyak
(iv) Kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai untuk mengusahakan sektor
perlombongan
[4 markah]
90
(b) Mengapakah perusahaan bijih timah dapat dikuasai oleh pelombong Barat pada awal abad
ke-20?
(i) Mereka mampu menyediakan modal yang besar
(ii) Mereka menggunakan teknologi kapal korek yang dapat menjalankan kegiatan
perlombongan secara besar-besaran
(iii) Beberapa enakmen dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh British telah
memanfaatkan perlombongan Eropah
[3 markah]
(c) Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diperoleh daripada perkembangan perusahaan bijih
timah di negara kita dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20.
(i) Kita mesti bersedia mengumpul modal, kemahiran dan membuat perancangan
ekonomi jangka panjang yang jelas
(ii) Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dan terus berpuas hati dengan pencapaian
yang sedia ada
(iii) Kita mesti sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan persaingan
di peringkat antarabangsa
[3 markah]

141 Masyarakat Melayu mula menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
(a) Nyatakan dua kepentingan sistem mata wang pada masa itu.
(i) Melicinkan urusan perdagangan
(ii) Mengembangkan kegiatan perdagangan
[2 markah]
(b) Namakan mata wang yang dikeluarkan oleh negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan
orang Inggeris.
(i) Dinar emas Kelantan
(ii) Wang dan kupang emas Terengganu
(iii) Jongkong tampang Pahang
[3 markah]
(c) Senaraikan peranan institusi kewangan dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu
pada zaman pemerintahan British.
(i) Menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur
(ii) Dana dari luar negara disalurkan ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat melalui
institusi kewangan
91
(iii) Bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport bagi
melicinkan urusan perdagangan
[3 markah]
(d) Apakah kepentingan perkhidmatan insurans dalam perkembangan ekonomi di negara kita
pada zaman pemerintahan British?
(i) Insurans maritim melindungi dagangan dan kapal-kapal dagangan semasa pelayaran
(ii) Insurans kebakaran melindungi peniaga atau pengusaha menghadapi risiko
kebakaran
[2 markah]

142 Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri.
(a) Nyatakan tiga kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Melayu.
(i) Melombong
(ii) Bercucuk tanam
(iii) Memungut hasil hutan
[3 markah]
(b) Senaraikan tiga tindakan masyarakat Melayu terhadap lebihan pengeluaran.
(i) Menukar barangan
(ii) Kenduri-kendara
(iii) Membayar zakat
[3 markah]
(c) Bagaimanakah masyarakat Melayu menggerakkan teknologi pertanian?
(i) Tenaga binatang
(ii) Tenaga manusia
[2 markah]
(d) Mengapakah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tidak melibatkan pengkhususan kerja?
Dilakukan bersama-sama oleh ahli keluarga
[2 markah]

143 Sebelum abad ke-20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada
pengeluaran bahan mentah.
(a) Mengapakah sektor perkilangan di Tanah Melayu berkembang perlahan?
Persaingan daripada barangan import
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga syarikat yang terlibat dalam pengeluaran barangan berasaskan getah di
Tanah Melayu.
92
(i) Syarikat Kasut Bata
(ii) Kinta Rubber Works
(iii) Fung Keong
[3 markah]
(c) Apakah tujuan Syarikat United Engineers mendirikan kilang?
(i) Membina kapal korek
(ii) Membina kapal kecil
(iii) Membina mesin memproses getah
[3 markah]
(d) Siapakah yang menjadi pemilik kilang di Tanah Melayu?
(i) Pemodal Cina
(ii) Pemodal Eropah
[2 markah]

144 (a) Mengapakah kuasa Eropah datang ke Tanah Melayu pada abad ke-18?
Mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan
perindustrian mereka
[2 markah]
(b) Berikan makna ekonomi sara diri.
Pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan secara kecil-kecilan
[1 markah]
(c) Nyatakan ciri-ciri ekonomi tradisional.
(i) Dilakukan dalam skala kecil
(ii) Menggunakan teknologi yang mudah
(iii) Modal yang kecil
(iv) Jumlah buruh yang terhad
[4 markah]
(d) Senaraikan tiga sebab masyarakat Melayu tradisional menjalankan aktiviti ekonomi.
(i) Menggunakan teknologi mudah
(ii) Sistem pengairan berasaskan sumber air sungai atau hujan
(iii) Teknologi digerakkan oleh tenaga binatang atau tenaga manusia
[3 markah]

145 (a) Apakah sumbangan Henry N. Ridley terhadap penanaman getah di Tanah Melayu?
(i) Mengadakan pameran
(ii) Mengagihkan benih getah secara percuma
93
(iii) Memperkenalkan sistem menoreh secara ibidem
[3 markah]
(b) Bagaimanakah berlakunya peningkatan permintaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-
20?
(i) Kemasukan modal asing khususnya modal milik pelabur Eropah
(ii) Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta api
(iii) Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna
[3 markah]
(c) Namakan dua syarikat Eropah yang telah membuka ladang dan menguruskan eksport
getah.
(i) Harrisons and Crosfield
(ii) Boustead Buttery Estate Agency
[2 markah]
(d) Nyatakan dua sebab Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan.
(i) Menahan kejatuhan harga getah secara berterusan
(ii) Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar
[2 markah]

146 Perkembangan pesat ekonomi terutamanya perdagangan antarabangsa telah meningkatkan hasil
perkhidmatan insurans secara tidak langsung di Tanah Melayu
(a) Berikan tiga peranan insurans dalam meningkatkan ekonomi Tanah Melayu.
(i) Insurans maritim dapat melindungi dagangan dan kapal pedagang
(ii) Insurans kebakaran dapat melindungi harta dan nyawa individu daripada kebakaran
yang sering berlaku
(iii) Insurans memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada individu
daripada pelbagai risiko
[3 markah]
(b) Apakah perkhidmatan insurans yang diperkenalkan di Tanah Melayu?
(i) Insurans maritim atau kelautan
(ii) Insurans nyawa
(iii) Insurans kebakaran
(iv) Insurans harta
[4 markah]
(c) Senaraikan dua syarikat insurans yang terdapat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.
(i) Straits Insurance Limited
(ii) Khean Guan Insurance Limited
94
[2 markah]
(d) Nyatakan perubahan undang-undang perkhidmatan insurans yang telah dikemaskinikan
oleh kerajaan British pada tahun 1917.
Insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran
[1 markah]

147 (a) Berikan maksud perbandaran.
Perubahan daripada pekan kecil kepada bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan
ekonominya
[2 markah]
(b) Apakah yang mendorong wujudnya proses pembandaran?
(i) Perkembangan perusahaan perlombongan
(ii) Perkembangan pertanian komersil
[2 markah]
(c) Nyatakan kesan-kesan pembandaran.
(i) Kewujudan masyarakat berbilang kaum
(ii) Pekerjaan berbeza mengikut kaum
(iii) Menyulitkan proses untuk mewujudkan perpaduan
[3 markah]
(d) Senaraikan tiga faktor yang menarik minat kedatangan imigran ke Tanah Melayu.
(i) Kekayaan sumber alam
(ii) Perkembangan ekonomi
(iii) Kestabilan politik
[3 markah]

148 Revolusi Perindustrian di Eropah telah menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi
terhadap getah.
(a) Di manakah pokok getah mula-mula ditanam?
Di halaman kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak
[1 markah]
(b) Nyatakan tiga jenis pembuatan barangan pengguna yang meningkatkan permintaan getah.
(i) Kasut
(ii) Tayar basikal
(iii) Peralatan elektrik
[3 markah]
95
(c) Berikan dua cara kerajaan British memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing
dalam usaha memperluas kawasan penanaman getah di Tanah Melayu.
(i) Kadar sewa tanah rendah
(ii) Tarif cukai rendah
[2 markah]
(d) Senaraikan empat usaha yang telah dijalankan oleh Henry N. Ridley dalam perkembangan
perusahaan getah.
(i) Meyakinkan para peladang
(ii) Mengadakan pameran
(iii) Mengagihkan benih getah secara percuma
(iv) Menemui sistem menoreh secara ibidem
[4 markah]

149 Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh tempatan, pihak British telah membawa
tenaga buruh dari India dan China.
(a) Berikan tiga faktor penarik kedatangan imigran ke Tanah Melayu semasa zaman penjajah.
(i) Kekayaan sumber alam
(ii) Kestabilan politik
(iii) Perkembangan ekonomi
[3 markah]
(b) Nyatakan cara-cara kemasukan buruh ke Tanah Melayu.
(i) Sistem kontrak
(ii) Sistem pengambilan rumah kongsi
[2 markah]
(c) Nyatakan sektor yang diceburi oleh buruh dari India dan China.
(i) India : Perusahaan getah
(ii) China : Perlombongan bijih timah
[2 markah]
(d) Nyatakan tiga sebab tidak wujud kesepaduan dan interaksi antara kaum imigran dan
peribumi pada zaman penjajahan.
(i) Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
(ii) Petempatan yang berbeza mengikut kaum
(iii) Bahasa pertuturan yang berbeza
[3 markah]

150 Pihak British telah memperkenalkan pelbagai dasar di Tanah Melayu yang bertujuan untuk
mengaut keuntungan ekonomi di Tanah Melayu.
96
(a) Apakah kesan positif kepada orang Melayu akibat daripada dasar yang diperkenalkan oleh
British?
(i) Orang Melayu telah diperkenalkan dengan tanaman yang baru
(ii) Tanaman tradisional orang Melayu telah dikomersialkan
[2 markah]
(b) Berikan tiga ciri sistem pemilikan tanah sebelum zaman penjajahan British.
(i) Mesti mendapat kebenaran pembesar Melayu terlebih dahulu sebelum
mengusahakan tanah
(ii) Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik pembesar Melayu
(iii) Tanah akan menjadi miliknya jika ia mengusahakan tanah tersebut dan diwarisi oleh
generasi kemudiannya
[3 markah]
(c) Berikan tiga ciri sistem pemilikan tanah yang diperkenalkan oleh British.
(i) Cukai dikenakan terhadap tanah
(ii) Tanah dibahagikan mengikut kegunaan dan nilai komersialnya
(iii) Permohonan di Pejabat Tanah diperlukan sebelum mengusahakan tanah
[3 markah]
(d) Nyatakan dua jenis tanah yang terdapat di dalam Land Order 1948.
(i) Tanah campuran
(ii) Tanah simpanan
[2 markah]

Tingkatan 5:

Nama : ___________________ Tahun : _________________ Markah : ______________

LATIHAN

SUBJEK

Satu jam


Arahan :




97
1

Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, apabila kuasa Barat di atas
menguasai Asia Tenggara.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan
menjajah negara lain demi kepentingan tertentu.
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga faktor yang mendorong kuasa Barat menjalankan
imperialisme di Asia Tenggara.
(i) Kekayaan bahan mentah
(ii) Revolusi Perindustrian
(iii) Sistem pengangkutan dan perhubungan
[3 markah]
(c) Jelaskan sebab China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat.
Untuk dijadikan pasaran yang luas bagi barangan Barat
[1 markah]
(d) Lengkapkan jadual di bawah.

Kuasa Barat Tanah Jajahan
Portugal Melaka dan Timur-timur
Belanda Melaka/Indonesia
Sepanyol Filipina
Perancis Vietnam
Portugal
Sepanyol
Belanda
Britain
Perancis
Amerika Syarikat
Kuasa imperialis
98
[4 markah]


2 Penjajahan imperialis Barat di Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya
perubahan ketara terutama dalam sistem politik di negara-negara yang dijajahnya.
(a) Apakah bentuk pemerintahan tradisional yang diamalkan oleh negara-negara
di Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajah Barat?
Sistem pemerintahan beraja
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga ciri umum yang terdapat dalam sistem birokrasi Barat yang
diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara.
(i) Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah
(ii) Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
(iii) Pelaksanaan sistem biro
[3 markah]
(c) Senaraikan dua tugas Encomiendero dalam sistem birokrasi Sepanyol di
Filipina.
(i) Menjaga keamanan
(ii) Mengutip cukai
[2 markah]
(d) Namakan tiga sistem pemerintahan British di Tanah Melayu.
(i) Negeri-Negeri Selat
(ii) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(iii) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
[3 markah]


3

Imperialisme Barat
Portugal
Sepanyol
Britain
Perancis
Amerika Syarikat
99

(a) Apakah yang anda faham dengan konsep imperialisme?
Dasar perluasan pengaruh dan wilayah sesebuah negara melalui penjajahan
ke atas negara lain demi kepentingan tertentu
[2 markah]
(b) Nyatakan tujuan imperialisme Barat pada peringkat awal.
Menguasai kepentingan perdagangan rempah
[2 markah]
(c) Senaraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara pada abad ke-
19.
(i) Berlakunya Revolusi Perindustrian Eropah
(ii) Kekayaan hasil bumi Asia Tenggara
(iii) Pembukaan Terusan Suez
[3 markah]
(d) Apakah slogan Perancis semasa menjajah IndoChina?
Tugas Menyebarkan Tamadun / Mission Civilisatrice
[2 markah]
(e) Apakah dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah Belanda di
Indonesia?
Sistem Tanaman Paksa
[1 markah]


4

(a) Berikan makna nasionalisme.
Perasaan cinta akan bangsa dan negara
[2 markah]
(b) Nyatakan dua peristiwa di Asia yang mempengaruhi semangat kebangsaan di
Asia Tenggara.
(i) Perang Rusia-Jepun 1905
(ii) Perjuangan Mahatma Gandhi menentang British di India
Nasionalisme di Asia Tenggara berlaku pada awal abad ke-19.
Nasionalisme ini boleh dibahagikan kepada tahap pertama dan tahap kedua.
100
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga ciri tahap pertama gerakan kebangsaan di Asia Tenggara.
(i) Bersifat setempat
(ii) Pimpinan golongan pertengahan berpendidikan Barat dan Asia Barat
(iii) Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik
[3 markah]
(d) Terangkan dengan ringkas isu yang digunakan oleh orang Burma untuk
membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Burma.
Masalah kasut, keengganan/kedegilan orang Eropah untuk menghormati adat
istiadat orang Burma
[2 markah]
(e) Apakah peristiwa yang menandakan permulaan gerakan nasionalisme di
Filipina pada tahap kedua?
Penubuhan Katipunan
[1 markah]


5

Rajah di atas menunjukkan antara negara Asia Tenggara yang dijajah oleh
imperialis Barat.
(a) Namakan dua kuasa imperialisme Barat yang terlibat di Asia Tenggara.
(i) British
(ii) Belanda
[2 markah]
(b) Apakah keistimewaan Asia Tenggara sehingga menjadi fokus imperialisme
Barat?
(i) Kedudukan Asia Tenggara strategik kerana terletak di antara laluan
China dengan India
Negara Asia Tenggara
yang dijajah oleh Barat
Tanah Melayu Filipina Indonesia
101
(ii) Pasaran yang luas kerana penduduk Asia Tenggara yang ramai
(iii) Tanah di Asia Tenggara amat subur
[3 markah]
(c) Apakah kekuatan imperialis Barat yang mendorong mereka melakukan
imperialisme?
(i) Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan
(ii) Penggunaan kapal berkuasa wap mampu membawa muatan lebih
banyak dan mempercepat perjalanan Barat ke Timur
(iii) Terusan Suez yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut
Merah memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dengan Timur
[3 markah]
(d) Mengapakah kuasa imperialis Barat berpegang kepada prinsip beban orang
putih?
Mereka bertanggungjawab memimpin orang Timur untuk maju
[2 markah]


6

Senarai di atas menunjukkan antara faktor yang mencetuskan gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara.
(a) Namakan hasil karya sastera tokoh berikut.
(i) Jose Rizal Noli Me Tangere
(ii) Pak Sako Putera Gunung Tahan
(iii) Chairil Anuar Kerikil-kerikil Tajam/Ke Makam Bonda
[3 markah]
(b) Nyatakan dua pengaruh luar yang mencetuskan nasionalisme.
(i) Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia
(ii) Perjuangan Mahatma Gandhi menuntut kemerdekaan India
[2 markah]
Karya kesusasteraan
Pengaruh luar
Kemunculan golongan intelektual
102
(c) Nyatakan tuntutan golongan intelektual terhadap kuasa penjajah.
(i) Peningkatan taraf hidup bangsa
(ii) Kemerdekaan negara
[2 markah]
(d) Bagaimanakah kesedaran nasionalisme muncul dalam kalangan golongan
intelektual?
(i) Melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat
(ii) Terdedah dengan idea falsafah Barat dan Islam
(iii) Pengalaman di luar negara menyedarkan mereka bahawa penjajah tidak
mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir negara mereka sendiri
[3 markah]


7

Kuasa Penjajah Kawasan Jajahan
Sepanyol Filipina
British Tanah Melayu
Perancis Vietnam
Belanda Indonesia

Jadual di atas mengaitkan kuasa penjajah dengan kawasan jajahannya.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan
menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
[2 markah]
(b) Nyatakan faktor yang mendorong kuasa imperialisme Barat menjalankan
penjajahan di Asia Tenggara.
(i) Perkembangan revolusi perindustrian
(ii) Kekayaan bahan mentah
(iii) Pasaran yang luas
[3 markah]
103
(c) Senaraikan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh kuasa penjajah
British semasa menjajah Tanah Melayu.
(i) Penubuhan Negeri-Negeri Selat
(ii) Pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(iii) Pengenalan Sistem Penasihat di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu
[3 markah]
(d) Pada pendapat anda, apakah kesan birokrasi Barat terhadap negara jajahan?
Tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
[2 markah]


8

Kawasan berlorek dalam peta di atas merupakan negara yang pernah dijajah oleh
Sepanyol dan Amerika Syarikat.
(a) Nyatakan ciri-ciri pemerintahan Sepanyol di negara tersebut.
(i) Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
(ii) Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi
[4 markah]
(b) Bagaimanakah boleh terdapatnya dua kuasa penjajah di negara tersebut?
Pada mulanya, ia dikuasai oleh Sepanyol. Aguinaldo telah mengadakan
kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengusir Sepanyol dari Filipina.
Penyingkiran Sepanyol memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap
Filipina
[2 markah]
104
(c) Apakah cara yang digunakan oleh negara tersebut untuk menuntut
kemerdekaan dari Amerika Syarikat pada tahun 1930-an?
Melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar
kepada lebih liberal
[2 markah]
(d) Terangkan tentang ciri gerakan nasionalisme di negara tersebut.
Tahap pertama gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal
Tahap kedua penentangan secara radikal
[2 markah]


9 Thailand merupakan sebuah negara yang tidak dikuasai oleh penjajah Barat. Raja
Chulalongkorn telah memperkenalkan birokrasi Barat.
(a) Senaraikan tiga perubahan yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut dalam
pentadbirannya.
(i) Melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
(ii) Penasihat kewangan serta pelabuhan dan polis
(iii) Penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Perancis
[3 markah]
(b) Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn, baginda telah memperkenalkan
dua majlis. Apakah fungsi majlis-majlis tersebut?
(i) Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi.
Merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara
[2 markah]
(ii) Kabinet Menteri
Terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang
mengetuai kementerian
[2 markah]
(c) Namakan perubahan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn dalam tahun
1932.
Sistem Raja Berperlembagaan
[1 markah]
(d) Apakah kesan terhadap sistem pemerintahan di Thailand akibat perubahan
yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn?
Mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja
105
[2 markah]


10 Gerakan nasionalisme telah berlaku di Asia Tenggara akibat daripada perubahan
sistem politik yang diperkenalkan.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air
[2 markah]
(b) Mengapakah dasar penjajah Barat mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia
Tenggara?
Tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran
moden
[2 markah]
(c) Mengapakah gerakan nasionalisme di Asia Tenggara menjadi lebih tersusun
pada tahap kedua?
(i) Dipimpin oleh golongan berpendidikan
(ii) Luas pengetahuan dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan
Barat
[4 markah]
(d) Nyatakan dua matlamat yang ingin dicapai oleh golongan nasionalis pada
tahap kedua.
(i) Menuntut kemerdekaan
(ii) Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
[2 markah]


11 Negara Burma dijajah oleh kuasa imperialis British.
(a) Apakah sistem pentadbiran di Burma sebelum dijajah oleh kuasa British?
Sistem pemerintahan beraja
[1 markah]
(b) Nyatakan kesan penguasaan British ke atas Burma.
(i) Menamatkan Dinasti Konbaung
(ii) Institusi raja tersingkir
106
(iii) Jawatan pembesar tradisional terhapus
[3 markah]
(c) Namakan dua undang-undang yang melenyapkan sistem pentadbiran
tradisional di Burma.
(i) Akta Kampung Ulu Burma 1887
(ii) Akta Perkampungan Burma 1889
[2 markah]
(d) Jelaskan tentang ciri gerakan nasionalisme di Burma pada tahap pertama.
Diperjuangkan oleh golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan
Barat. Isu kasut digunakan untuk membangkitkan semangat nasionalisme
rakyat
[4 markah]


12

Rajah di atas menerangkan tentang perkembangan gerakan nasionalisme di
Thailand.
(a) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berlainan dengan gerakan
nasionalisme di negara lain?
Tidak pernah dijajah oleh kuasa asing
[2 markah]
(b) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Parti Rakyat pada tahap pertama
gerakan nasionalisme Thailand?
Melancarkan Revolusi Thai bagi menamatkan sistem raja berkuasa mutlak
[2 markah]
(c) Nyatakan tindakan Phibul Songram dalam gerakan nasionalisme tahap kedua.
(i) Meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan
ekonomi oleh orang Cina
Gerakan Nasionalisme di Thailand
Tahap Pertama
Penentangan terhadap kekuasaan raja
Tahap Kedua
Penentangan terhadap cengkaman ekonomi
oleh kapitalis Barat dan orang Cina
107
(ii) Menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti
ekonomi
[4 markah]
(d) Bagaimanakah Thailand menghadapi Perang Dunia Kedua?
Bekerjasama dengan Jepun dan berjaya mendapatkan semula wilayah di
IndoChina dan di Tanah Melayu.
[2 markah]


13

Rajah di atas menunjukkan dua tahap gerakan nasionalisme di Burma.
(a) Nyatakan dua golongan yang mempelopori gerakan nasionalisme Burma.
(i) Sami Buddha
(ii) Elit berpendidikan Barat
[2 markah]
(b) Namakan tiga tokoh yang terlibat dalam gerakan nasionalisme tahap kedua.
(i) Saya San
(ii) Aung San
(iii) Dr. Ba Maw
[3 markah]
(c) Mengapakah isu kasut membangkitkan semangat nasionalisme?
Orang Inggeris memakai kasut memasuki kuil Buddha membangkitkan
kemarahan orang Burma
[2 markah]
(d) Apakah tindakan radikal golongan nasionalisme Burma dalam gerakan tahap
kedua?
(i) Mencetuskan revolusi pelajar yang menuntut penubuhan universiti
(ii) Mencetuskan pemberontakan Saya San
Gerakan Nasionalisme
di Burma
Tahap pertama Tahap kedua
108
(iii) Liga Antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India
melambatkan kemerdekaan
[3 markah]


14 (a) Terangkan maksud imperialisme.
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan
menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
[2 markah]
(b) Apakah keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat imperialis Barat
untuk menguasainya?
(i) Kedudukan strategik
(ii) Tanahnya subur
(iii) Kaya dengan bahan mentah / pasaran yang luas
[3 markah]
(c) Nyatakan tiga kebaikan penggunaan kapal berkuasa wap.
(i) Boleh membawa muatan yang lebih banyak
(ii) Mempercepatkan pelayaran antara Barat dengan Timur
(iii) Pelayaran lebih selamat
[3 markah]
(d) Senaraikan dua slogan yang sering dilaungkan oleh kuasa Barat dalam
menjalankan imperialisme.
(i) Beban Orang Putih
(ii) Tugas Menyebarkan Tamadun
[2 markah]


15 (a) Nyatakan sistem pemerintahan yang diamalkan di negara-negara Asia
Tenggara sebelum kedatangan kuasa Barat.
Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak
[1 markah]
(b) Apakah pembaharuan umum yang diperkenalkan oleh imperialis Barat dalam
bidang pentadbiran di Asia Tenggara?
(i) Gabenor Jeneral dilantik sebagai ketua pentadbir
109
(ii) Perlaksanaan pentadbiran melalui biro
(iii) Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
(iv) Pengenalan undang-undang Barat
[4 markah]
(c) Senaraikan tiga tugas penting Encomiendero di Filipina.
(i) Menjaga keamanan
(ii) Mengutip cukai
(iii) Mengkristiankan penduduk barangay
[3 markah]
(d) Nyatakan dua sebab Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
(i) Cukai yang tinggi dikenakan
(ii) Kerahan tenaga diamalkan
[2 markah]


16


(a) Nyatakan empat faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.
(i) Dasar penjajahan Barat
(ii) Karya kesusasteraan
(iii) Sistem pendidikan
(iv) Kemunculan golongan intelektual
[4 markah]
(b) Nyatakan sistem tanaman yang diperkenalkan Barat di Indonesia dan
Filipina.
(i) Indonesia Sistem Tanaman Paksa
(ii) Filipina Sistem Polo
[2 markah]
(c) Nyatakan dua gerakan aliran agama yang menjadi pencetus gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara.
(i) Gerakan Islah Indonesia
Kemasukan
Imperialis Barat
Perubahan
Sistem Politik
Kebangkitan
Nasionalisme
110
(ii) Persatuan Belia Buddha Burma
[2 markah]
(d) Siapakah nasionalis Filipina yang bergiat cergas melalui gerakan dakyah dan
juga karya-karyanya?
Jose Rizal; Noli Me Tangere
[2 markah]


17 Gerakan nasionalisme merupakan usaha rakyat tempatan menentang apa sahaja
bentuk tekanan penjajah ke atas mereka. Di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak
penentangan ini telah bermula sejak abad ke-19 lagi.
(a) Nyatakan empat tokoh pejuang tempatan yang telah menentang penjajah di
negara kita.
(i) Dol Said
(ii) Dato Maharaja Lela
(iii) Rentap
(iv) Mat Salleh
[4 markah]
(b) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan penentangan tersebut berlaku.
(i) Dasar penaklukan British
(ii) Campur tangan British dalam adat resam tempatan
[2 markah]
(c) Siapakah Residen British yang telah mati dibunuh di Pasir Salak?
J.W.W. Birch
[2 markah]
(d) Apakah punca Dato Bahaman dan rakan-rakannya menentang Residen
Inggeris di Pahang?
British melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan adat resam
dan politik tempatan
[2 markah]


18 (a) Nyatakan peranan pemimpin tempatan sebelum penjajahan British di Negeri-
Negeri Melayu.
(i) Dilantik oleh sultan untuk mentadbir sesuatu kawasan/daerah
111
(ii) Berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran,
perundangan, ekonomi dan sosial
[2 markah]
(b) Apakah kesan yang dialami oleh pemimpin tempatan apabila British
menjajah kawasan mereka?
(i) Mereka kehilangan kuasa untuk mentadbir kawasan mereka
(ii) Mereka hilang pengaruh terhadap anak buah mereka
[2 markah]
(c) Berikan tiga sebab penduduk tempatan menentang penjajahan British di
negara mereka.
(i) British mengeksploitasi ekonomi tempatan
(ii) British memaksa penduduk tempatan mematuhi sistem pentadbiran
Barat yang diperkenalkan
(iii) British campur tangan dalam adat resam tempatan
[3 markah]
(d) Senaraikan pemimpin tempatan yang mengetuai gerakan menentang pihak
British di negeri-negeri yang berikut:
(i) Pahang : Dato Bahaman
(ii) Terengganu : Haji Abdul Rahman Limbong
(iii) Kelantan : Tok Janggut
[3 markah]


19


Senarai di atas mengaitkan daerah dengan tokoh-tokoh perjuangan.
(a) Nyatakan sebab Penghulu Dol Said menentang penguasaan British di Naning.
Tidak setuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian
daripada wilayah takluk mereka
[2 markah]
Naning - Penghulu Dol Said
Saribas - Linggir
Tambunan - Mat Salleh
Pasir Puteh - Tok Janggut
112
(b) Bagaimanakah Linggir menentang kuasa penjajah?
Linggir menyerang kapal Nemesis
[2 markah]
(c) Jelaskan tentang kerajaan yang dibentuk oleh Tok Janggut.
(i) Tok Janggut berjaya menyerang dan menaklukinya
(ii) Sebuah kerajaan dibentuk
(iii) Engku Besar Jeram sebagai raja
(iv) Che Ishak sebagai Pegawai Daerah
[4 markah]
(d) Apakah nilai yang boleh kita contohi daripada tokoh-tokoh pejuang di atas?
(i) Semangat setia negara
(ii) Semangat berkorban
[2 markah]


20


(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka oleh
kuasa luar
[2 markah]
(b) Beri empat sebab berlakunya penentangan terhadap British.
(i) Dasar penaklukan British
(ii) Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
(iii) Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
(iv) Kesulitan penduduk tempatan
[4 markah]
Penentangan
penjajahan British
di Tanah Melayu
Pejuang tempatan
Dol Said
Rentap
Tok Janggut
Mat Salleh
113
(c) Mengapakah peraturan tanah yang diperkenalkan oleh British dikatakan
bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan?
Bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan
mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai
[2 markah]
(d) Apakah kesan kepada pemimpin tempatan apabila British menjajah kawasan
mereka?
Pemimpin tempatan kehilangan kuasa
[2 markah]


21


Rajah di atas menunjukkan pemimpin tempatan yang menentang pentadbiran
James Brooke di Sarawak.
(a) Namakan lokasi kebangkitan tokoh-tokoh tersebut.
(i) Rentap Sugai Skrang/Bukit Sadok
(ii) Linggir Sungai Saribas/Batang Lupar
(iii) Syarif Masahor Kanowit/Kuching/Sarikei
[3 markah]
(b) Apakah sebab penentangan Syarif Masahor?
(i) Hilang kuasa memungut cukai
(ii) Hilang pengaruh terhadap penduduk tempatan
[2 markah]
(c) Mengapakah Rentap menentang James Brooke?
(i) James Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
(ii) James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun
[2 markah]
Penentangan
di Sarawak
Rentap
Linggir
Syarif Masahor
114
(d) Bagaimanakah tindak balas James Brooke untuk menghapuskan kebangkitan
tersebut?
(i) Membakar kampung
(ii) Menyerang kawasan kekuasaan
(iii) Meminta kerjasama Brunei
[3 markah]


22

(a) Nyatakan empat buah akhbar yang telah digunakan untuk menggerakkan
kesedaran kebangsaan sekitar 1930-an.
(i) Warta Malaya
(ii) Lembaga Malaya
(iii) Majlis
(iv) Fajar Sarawak
[4 markah]
(b) Siapakah pengarang majalah Bulan Melayu?
Zainon Sulaiman
[2 markah]
(c) Novel Anak Mat Lela Gila karya Ishak Hj. Muhammad telah berjaya
membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk tempatan.
Nyatakan dua isu yang cuba ditekankan oleh pengarangnya dalam novel
tersebut.
(i) Semangat pemuda tempatan menjaga maruah negara
(ii) Mencintai tanah air
[4 markah]


23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islah?
Gerakan yang mendorong orang Melayu membetulkan pandangan mereka
terhadap Islam
[2 markah]
Akhbar
Majalah
Novel
Kesedaran Kebangsaan
115
(b) Senaraikan tiga tokoh penting yang mencetuskan Gerakan Islah di Tanah
Melayu.
(i) Syed Syeikh al-Hadi
(ii) Sheikh Tahir Jalaludin
(iii) Dr. Burhanuddin al-Helmy
[3 markah]
(c) Nyatakan dua cara yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyampaikan
idea mereka kepada masyarakat Melayu.
(i) Melalui penerbitan akhbar dan majalah
(ii) Menubuhkan madrasah
[2 markah]
(d) Berikan tiga idea perjuangan Kaum Muda menerusi Gerakan Islah.
(i) Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
(ii) Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu
(iii) Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang
Melayu
[3 markah]


24

Pernyataan di atas berkaitan dengan penentangan di negeri Perak.
(a) Jelaskan tindakan J.W.W. Birch yang menimbulkan kebencian penduduk
tempatan.
Tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu
[2 markah]
(b) Nyatakan dua sebab penentangan penduduk Pasir Salak terhadap British.
(i) Residen memungkiri fungsi sebagai penasihat
(ii) Sistem cukai menghapuskan hak pembesar
[2 markah]
(c) Namakan tokoh yang melakukan pembunuhan ke atas J.W.W. Birch.
Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum dan Pandak Lam
[2 markah]
Pasir Salak dikenali kerana pembunuhan J.W.W. Birch.
116
(d) Bagaimanakah British menghadapi penentangan di Pasir Salak?
(i) British menghantar tentera dan melancarkan serangan terhadap Pasir
Salak
(ii) British mengadakan perbicaraan terhadap yang terlibat
(iii) British menjatuhkan hukuman gantung ke atas Dato Maharaja Lela
bersama Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut
(iv) Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor
[4 markah]


25 Penentangan terhadap British oleh pejuang tempatan adalah disebabkan dasar
penaklukan British terhadap daerah mereka.
(a) Nyatakan dua arahan British yang dikuatkuasakan di Naning.
(i) British meletakkan Naning sebagai sebahagian wilayah takluknya
(ii) Meminta Naning menghantar 1/10 hasil sebagai ufti
[2 markah]
(b) Terangkan punca yang menyebabkan Dato Bahaman menentang penguasaan
British di Pahang.
Menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat
resam dan sistem politik tempatan
[2 markah]
(c) Namakan dua tempat yang dikaitkan dengan penentangan Rentap di
Sarawak.
(i) Nanga Skrang
(ii) Bukit Sadok
[2 markah]
(d) Berikan dua langkah yang diambil oleh British untuk mematahkan
penentangan Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya.
(i) Menghantar tiga pembesar yang membawa perintah sultan
(ii) Menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya
[4 markah]


26

117
Tokoh Negeri
Tok Janggut Kelantan
Haji Abdul Rahman Limbong Terengganu

Jadual di atas menunjukkan pemimpin tempatan yang menentang pentadbiran
British di Kelantan dan Terengganu.
(a) Namakan lokasi penentangan.
(i) Tok Janggut Pasir Puteh/Saring
(ii) Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Telemong/Kuala Berang
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga sebab penentangan Tok Janggut.
(i) Pengenalan Sistem Penasihat British
(ii) British memaksa penduduk tempatan menerima sistem cukai
(iii) Tok Janggut enggan membayar cukai
[3 markah]
(c) Nyatakan dua cara penentangan Haji Abdul Rahman Limbong terhadap
British.
(i) Mengetuai penduduk tempatan membersihkan tanah di Kuala
Telemong tanpa kebenaran British
(ii) Membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin
III
[2 markah]
(d) Bagaimanakah British bertindak balas terhadap penentangan tersebut?
(i) Mengguna nama sultan untuk menamatkan penentangan
(ii) Menangkap/memburu sesiapa sahaja yang menghalang
(iii) Menghukum Haji Abdul Rahman Limbong dengan membuang negeri
ke Makkah
[3 markah]


27 Penentangan terhadap British di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman
Limbong.
(a) Jelaskan tentang latar belakang Haji Abdul Rahman Limbong.
118
(i) Seorang ulama
(ii) Mendapat gelaran Limbong kerana beliau sering mengajar agama di
Limbong
[2 markah]
(b) Nyatakan punca tidak puas hati tokoh tersebut.
(i) Sistem cukai
(ii) Pengenalan undang-undang tanah British
[2 markah]
(c) Bagaimanakah British menghadapi penentangan yang ditimbulkan oleh tokoh
tersebut pada tahun 1928?
(i) Menghantar tiga orang pembesar dengan membawa perintah sultan
(ii) Menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya
[4 markah]
(d) Apakah kesudahan penentangan tokoh tersebut?
Mengalami kekalahan. Beliau ditahan dan dibuang negeri ke Makkah
[2 markah]


28 Gerakan nasionalisme terus berlaku di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
sehingga Perang Dunia Kedua.
(a) Nyatakan empat faktor yang menjadi pemangkin nasionalisme di Tanah
Melayu.
(i) Pengenalan sistem politik Barat
(ii) Perkembangan sistem pendidikan
(iii) Dasar British
(iv) Pendudukan Jepun
[4 markah]
(b) Bagaimanakah kemunculan mesin cetak menjadi pemangkin nasionalisme?
Penyebaran melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain
[2 markah]
(c) Senaraikan gerakan-gerakan yang telah memainkan peranan aktif dalam
menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
(i) Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA)
(ii) Force 136
119
[2 markah]
(d) Apakah matlamat gerakan Pan-Islamisme?
Membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk
menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
[2 markah]


29

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan
Islah?
Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan
pandangan mereka terhadap Islam/menyeru orang Melayu kembali kepada
ajaran Islam sebenar yang berdasarkan Quran dan hadis
[2 markah]
(b) Namakan dua tokoh yang memimpin Gerakan Islah.
(i) Sheikh Tahir Jalaluddin
(ii) Syed Sheikh al-Hadi
[2 markah]
(c) Apakah idea perjuangan Kaum Muda?
(i) Menyampaikan idea ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
(ii) Menggesa orang Melayu memajukan ekonomi, pendidikan, politik, dan
sosial
(iii) Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah
[3 markah]
(d) Mengapakah gerakan Kaum Muda tidak aktif di negeri-negeri Melayu?
(i) Undang-undang melarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran sultan
(ii) Undang-undang melarang membawa masuk risalah dan buku Kaum
Muda
(iii) Tentangan daripada Kaum Tua
[3 markah]
Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh
golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Mesir. Mereka
mengasaskan Gerakan Islah.
120


30

Rajah di atas menunjukkan dua buah kesatuan Melayu yang wujud pada awal abad
ke-20.
(a) Nyatakan tujuan penubuhan kesatuan berikut:
(i) Kesatuan Melayu Singapura menjaga kepentingan sosioekonomi
penduduk Melayu Singapura
(ii) Kesatuan Melayu Muda menggalakkan perpaduan dalam kalangan
pemuda Melayu
[4 markah]
(b) Namakan pengasas kepada kedua-dua kesatuan tersebut.
Mohammad Eunos Abdullah, Ibrahim Haji Yaakob
[2 markah]
(c) Mengapakah Kesatuan Melayu Muda bekerjasama dengan Jepun?
Untuk menghalau British dari Tanah Melayu
[2 markah]
(d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan kedua-dua kesatuan tersebut?
Menggalakkan kesedaran untuk bersatu membela kepentingan dalam semua
bidang
[2 markah]


31

Rajah di atas menunjukkan beberapa persatuan yang wujud pada awal abad ke-20.
Persatuan-persatuan Melayu
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Kesatuan Melayu Singapura
(KMS)
Kesatuan Melayu Muda
(KMM)
Persatuan-persatuan Melayu
121
(a) Siapakah pengasas persatuan-persatuan tersebut?
(i) Kesatuan Melayu Singapura Ibrahim Haji Yaakob
(ii) Kesatuan Melayu Muda Mohammad Eunos Abdullah
[2 markah]
(b) Senaraikan dua aspek perbezaan yang terdapat pada pertubuhan-pertubuhan
di atas.
(i) Corak pergerakan
(ii) Latar belakang pendidikan
[2 markah]
(c) Berikan dua kejayaan yang telah dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura
pada tahun 1930-an.
(i) Mendapatkan kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di
Singapura
(ii) Menubuhkan cawangan di Pulau Pinang dan Melaka
[4 markah]
(d) Mengapakah KMM bekerjasama dengan Jepun?
Untuk menghalau British dari Tanah Melayu
[2 markah]


32

(a) Apakah aspek persamaan dalam gerakan anti-British oleh pejuang-pejuang di
atas?
(i) Penentangan setempat
(ii) Dapat dipatahkan oleh British
[2 markah]
(b) Mengapakah pejuang-pejuang tersebut menentang British?
(i) Dasar penaklukan British
(ii) British membolot ekonomi tempatan
[2 markah]
Gerakan anti-
British
Tok Janggut
Haji Abdul Rahman Limbong
Dato Maharaja Lela
122
(c) Selain pejuang-pejuang di atas, namakan pejuang-pejuang lain di:
(i) Sabah Mat Salleh
(ii) Sarawak Dato Bahaman
(iii) Pahang Rentap
(iv) Naning Dol Said
[2 markah]
(d) Berikan dua sebab Dato Maharaja Lela menentang J.W.W. Birch.
(i) Campur tangan dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
(ii) Tidak menghormati sistem sosial tempatan
[2 markah]
(e) Jelaskan dua sebab pemimpin tempatan gagal dalam penentangan mereka.
(i) Senjata kurang moden
(ii) Ilmu pengetahuan kurang
[2 markah]


33

(a) Huraikan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
(i) Sekatan kebebasan bersuara
(ii) Pengharaman semua akhbar
(iii) Nilai budaya Jepun diperkenalkan
[3 markah]
(b) Terangkan kesan dasar pemerintahan Jepun.
(i) Tekanan dan penindasan
(ii) Menyemarakkan semangat kebangsaan
[2 markah]
(c) Senaraikan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu.
(i) Force 136
Tanah Melayu (1942 1945)
Pendudukan Jepun
123
(ii) Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA)
(iii) Pasukan Wataniah Pahang
[3 markah]
(d) Mengapakah Jepun mengemukakan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia?
Menekankan kebebasan negara-negara Asia menentukan kemajuan masing-
masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut.
[1 markah]
(e) Namakan badan yang akan membincangkan persediaan kemerdekaan Tanah
Melayu dengan Indonesia.
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
[1 markah]


34 Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di
Eropah.
(a) Nyatakan tiga peristiwa sejarah di Eropah yang mencetuskan idea negara
bangsa.
(i) Revolusi Inggeris 1688
(ii) Perang Kemerdekaan Amerika 1776
(iii) Revolusi Perancis 1789
[3 markah]
(b) Namakan dua tokoh yang terlibat dalam pembinaan negara dan bangsa di
Eropah.
(i) Jerman Otto Eduard von Bismarck
(ii) Itali Count Camillo Benso di Cavour
[2 markah]
(c) Bagaimanakah negara Itali membentuk negara bangsanya?
(i) Menyatukan wilayah
(ii) Menghalau orang Austria
(iii) Mengamalkan realpolitik
[3 markah]
(d) Apakah konsep realpolitik yang diamalkan oleh Jerman dalam membentuk
negara bangsa?
124
(i) Menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen,
provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan
(ii) Menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan
membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang
[2 markah]


35 Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-
ciri negara bangsa moden pada hari ini.
(a) Nyatakan dua ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
(i) Wilayah pengaruh
(ii) Kedaulatan
[2 markah]
(b) Apakah maksud negara dalam ciri negara bangsa moden?
Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang
berwibawa
[2 markah]
(c) Nyatakan empat perkara yang dapat melambangkan kebesaran sultan semasa
Kesultanan Melayu Melaka.
(i) Alat regalia
(ii) Nobat
(iii) Warna
(iv) Bahasa
[4 markah]
(d) Huraikan tentang kerajaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak
institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang
tugas masing-masing
[2 markah]


36
125

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa di Malaysia.
(a) (i) X adalah Negara
(ii) Y adalah Bangsa
[2 markah]
(b) Apakah peranan kerajaan?
(i) Menggubal dan melaksanakan dasar negara
(ii) Menjadi pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat
[2 markah]
(c) Apakah maksud negara?
(i) Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan, dan pemerintah yang
berwibawa
(ii) Institusi pemerintahan yang tersusun dan bertanggungjawab membuat
dan melaksanakan keputusan politik
(iii) Institusi yang menguatkuasakan undang-undang
[3 markah]
(d) Nyatakan tiga badan dalam sistem pemerintahan Malaysia.
(i) Badan Perundangan
(ii) Badan Pelaksana
(iii) Badan Kehakiman
[3 markah]


37 (a) Apakah karya yang mencatatkan segala peradaban dan peraturan
ketatanegaraan Melayu?
Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin
[2 markah]
Ciri-ciri negara dan bangsa Kerajaan Perlembagaan
Y
X
126
(b) Siapakah yang memegang tampuk pemerintahan dan dianggap berdaulat
dalam pemerintahan Kesultanan Melayu tradisional?
Sultan/Raja
[2 markah]
(c) Nyatakan dua sumber undang-undang Kesultanan Melayu Melaka yang
dipengaruhi oleh hukum adat dan agama.
(i) Hukum Kanun Melaka
(ii) Undang-Undang Laut Melaka
[2 markah]
(d) Nyatakan empat jawatan pembesar utama yang menjadi tonggak sesebuah
pemerintahan dalam sistem Kesultanan Melayu tradisional.
(i) Bendahara
(ii) Penghulu Bendahari
(iii) Temenggung
(iv) Laksamana
[4 markah]


38

(a) Konsep negara bangsa tercetus akibat daripada:
(i) Revolusi Inggeris 1688
(ii) Perang Kemerdekaan Amerika 1776
[2 markah]
(b) Huraikan idea-idea yang muncul di Eropah pada abad ke-18 dan abad ke-19.
(i) Hak rakyat
(ii) Kerajaan berperlembagaan
[2 markah]
(c) Tokoh-tokoh manakah yang berjaya menyatukan Itali dan Jerman?
(i) Itali Count Camillo Benso di Cavou
(ii) Jerman Otto Eduard von Bismarck
Negara Bangsa
Itali Jerman
127
[2 markah]
(d) Selain Itali dan Jerman, berikan contoh-contoh negara bangsa lain yang
terbentuk.
(i) Madinah
(ii) Tanah Melayu
[2 markah]
(e) Jelaskan makna amalan realpolitik.
Amalan yang mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan
bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik
[2 markah]


39
Pembinaan negara bangsa Malaysia
X Y Bangsa Kerajaan
Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa Malaysia.
(a) Lengkapkan rajah di atas.
(i) X Negara
(ii) Y Perlembagaan
[2 markah]
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan bangsa?
(i) Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
(ii) Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam dan kesenian
(iii) Mempunyai persamaan dalam pengalaman sejarah
[3 markah]
(c) Namakan tiga badan dalam pemerintahan negara kita.
(i) Badan Perundangan
(ii) Badan Pelaksana
(iii) Badan Kehakiman
[3 markah]
(d) Apakah tugas kerajaan dalam sesebuah negara?
128
(i) Merupakan institusi pemerintahan
(ii) Menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara
[2 markah]


40

Sejarah perkembangan negara kita memperlihatkan bahawa proses pembinaan
negara dan bangsa adalah berasaskan empat ciri yang tergambar di atas.
(a) Apakah maksud negara?
Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang
berwibawa
[2 markah]
(b) Nyatakan dua peranan kerajaan.
(i) Menggubal dan melaksanakan dasar negara
(ii) Menjadi pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah
negara
[2 markah]
(c) Jelaskan kepentingan perlembagaan Malaysia.
(i) Dijadikan rujukan untuk mentadbir
(ii) Bertujuan memberi jaminan perlindungan
[4 markah]
(d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan konsep bangsa kepada negara kita?
Melahirkan perasaan bersatu padu dalam kalangan rakyat yang berbilang
kaum demi membentuk Malaysia yang kukuh
[2 markah]

Ciri-ciri negara
dan bangsa
Negara
Kerajaan
Bangsa
Perlembagaan
129

41 (a) Siapakah yang memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor?
Sultan Abu Bakar
[1 markah]
(b) Apakah syarat-syarat untuk menjadi raja menurut Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor?
(i) Seorang lelaki
(ii) Berbangsa Melayu
(iii) Beragama Islam; waris pemerintah Johor
[3 markah]
(c) Nyatakan ciri-ciri Majlis Negeri menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan
Johor.
(i) Dipengaruhi oleh Menteri Besar
(ii) Berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri
[2 markah]
(d) Mengapakah Sultan Zainal Abidin memperkenalkan perlembagaan bertulis
pada tahun 1911?
Untuk menghalang perluasan kuasa British di Terengganu
[2 markah]
(e) Mengapakah dikatakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu?
(i) Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
(ii) Mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu
[2 markah]


42
130

(a) Apakah adat yang dipakai dalam sistem pemerintahan di atas?
Adat Perpatih
[2 markah]
(b) Nyatakan empat daerah jajahan utama di Negeri Sembilan yang
mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Perpatih.
(i) Sungai Ujong
(ii) Rembau
(iii) Johol
(iv) Jelebu
[4 markah]
(c) Siapakah yang terlibat dalam pemilihan pembesar-pembesar?
(i) Undang
(ii) Lembaga
(iii) Buapak
(iv) Anak Buah
[4 markah]


43

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Yang Dipertuan Besar
Undang
Lembaga
Buapak
Anak Buah
131
(a) Mengapakah kedua-dua undang-undang di atas digubal?
Mengelak campur tangan British
[2 markah]
(b) Tokoh yang menggubal:
(i) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Sultan Abu Bakar
(ii) Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Sultan Zainal Abidin III
[2 markah]
(c) Huraikan tiga perkara yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor.
(i) Keturunan sultan sebagai pewaris takhta
(ii) Orang Melayu diiktiraf rakyat Johor
(iii) Agama Islam sebagai agama negeri
[3 markah]
(d) Terangkan perubahan-perubahan yang dibuat pada Undang-undang Tubuh
Kerajaan Terengganu.
(i) Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu,
lelaki dan waris sultan Terengganu
(ii) Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri akan membantu sultan
[2 markah]
(e) Apakah kejayaan kedua-dua undang-undang tubuh kerajaan tersebut?
Memantapkan pentadbiran
[1 markah]


44 Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara
dan bangsa Malaysia.
(a) Namakan sumber yang memberi maklumat berkaitan dengan peradaban dan
peraturan kerajaan Melayu Melaka.
Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin
[1 markah]
(b) Namakan tiga negeri Melayu yang melaksanakan sistem pemerintahan
berdasarkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
132
(i) Johor
(ii) Perak
(iii) Pahang
[3 markah]
(c) Senaraikan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
(i) Wilayah pengaruh
(ii) Kerajaan
(iii) Lambang-lambang
[3 markah]
(d) Apakah yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?
(i) Bidang kuasa raja dan pembesar
(ii) Pantang larang anggota masyarakat
(iii) Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
[3 markah]


45

Senarai di atas adalah perlembagaan bertulis.
(a) Nyatakan inti pati penting dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
(i) Sultan sebagai pewaris takhta
(ii) Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
[2 markah]
(b) Senaraikan syarat-syarat untuk menjadi raja menurut Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor.
(i) Berbangsa Melayu
(ii) Seorang lelaki
(iii) Beragama Islam
(iv) Waris pemerintah Johor
[4 markah]
(c) Mengapakah Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu diperkenalkan?
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
133
Untuk menghalang perluasan kuasa British
[2 markah]
(d) Apakah kesan pengenalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
terhadap negeri Terengganu?
(i) Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
(ii) Mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu
[2 markah]


46 Sistem Jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan
Muhammad I.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Jemaah Menteri?
Beberapa orang pembesar dilantik untuk mengetuai badan-badan pentadbiran
[2 markah]
(b) Apakah tujuan pembentukan Sistem Jemaah Menteri?
Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan
[2 markah]
(c) Nyatakan peranan menteri-menteri di bawah.
(i) Jemaah Penasihat Raja:
Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia
(ii) Jemaah Menteri Istiadat:
Menguruskan istiadat diraja
[4 markah]
(d) Apakah yang telah dilakukan oleh Sultan Muhammad II ke atas kerabat diraja
yang terlibat dalam pertikaian perebutan kuasa?
Menyingkirkan mereka dan digantikan dengan golongan pembesar yang
bergelar Nik dan Wan
[2 markah]


47

(a) Siapakah yang memperkenalkan perlembagaan di atas?
Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk
134
Sultan Zainal Abidin III
[1 markah]
(b) Apakah tujuan utama perlembagaan tersebut diperkenalkan?
Menghalang perluasan kuasa British di Terengganu
[2 markah]
(c) Senaraikan empat ciri yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah
mengikut perlembagaan tersebut.
(i) Lelaki
(ii) Waris sultan yang memerintah Terengganu
(iii) Berbangsa Melayu
(iv) Beragama Islam
[4 markah]
(d) Nyatakan tiga kepentingan perlembagaan tersebut.
(i) Menjamin sistem pentadbiran yang berkesan
(ii) Mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu
(iii) Menggambarkan kebijaksanaan pemerintahan untuk meningkatkan
kecekapan sistem pentadbiran
[3 markah]


48 Negeri Kelantan mengamalkan sistem Jemaah Menteri.
(a) Nyatakan tujuan utama pembentukan sistem tersebut.
Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan
[2 markah]
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Jemaah Menteri?
Beberapa orang pembesar dilantik untuk mengetuai badan-badan pentadbiran
[2 markah]
(c) Terangkan peranan menteri-menteri di bawah.
(i) Jemaah Menteri Perbendaharaan
Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul
[2 markah]
(ii) Menteri Luar
Mengendalikan dasar dan hal ehwal luar negeri
135
[2 markah]
(d) Jelaskan bagaimanakah golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan
mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II?
Memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada sultan.
[2 markah]


49 Amalan realpolitik yang diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya
The Prince amat terkenal di Eropah pada abad ke-15.
(a) Berikan maksud realpolitik.
Amalan politik yang mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah,
kekerasan bersenjata, dan peperangan untuk mencapai matlamat politik
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga negara bangsa baru yang muncul di Eropah selepas Perang
Dunia Pertama (1914-1918).
(i) Finland
(ii) Latvia
(iii) Poland
[3 markah]
(c) Siapakah yang menyatukan Jerman dan Itali?
(i) Otto Eduard von Bismarck
(ii) Count Camillo Benso di Cavour
[2 markah]
(d) Nyatakan tiga taktik yang digunakan oleh tokoh yang telah menyatukan
Jerman.
(i) Tipu helah
(ii) Pemalsuan dokumen
(iii) Ugutan
[3 markah]


50 (a) Nyatakan tiga sebab kerajaan British memperkenalkan Malayan Union.
(i) Melicinkan pentadbiran
(ii) Menjimatkan kos pentadbiran
(iii) Mengawal kuasa politik orang Melayu
136
[3 markah]
(b) Senaraikan ciri-ciri Malayan Union.
(i) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan dua buah Negeri-Negeri Selat disatukan
(ii) Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
(iii) Malayan Union diketuai oleh seorang gabenor British yang dilantik
oleh Ratu England
[3 markah]
(c) Nyatakan syarat-syarat yang membolehkan golongan imigran mendapat
kerakyatan Malayan Union.
(i) Dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura
(ii) Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15
tahun
(iii) Berumur kurang daripada 18 tahun, anak kepada warganegara Tanah
Melayu dan Singapura
(iv) Rakyat British dari tanah jajahan takluknya
[4 markah]


51 Selepas Malayan Union diperkenalkan, terdapat pelbagai reaksi daripada
penduduk tempatan. Kebanyakan daripadanya menentang gagasan ini. Namun
begitu, terdapat juga sebilangan kecil yang menyokong Malayan Union.
(a) Namakan empat kumpulan yang menyokong Malayan Union.
(i) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
(ii) Angkatan Pemuda Insaf (API)
(iii) Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
(iv) Barisan Tani Malaysia (BATAS)
[4 markah]
(b) Apakah gelaran yang diberikan kepada golongan ini?
Golongan radikal Melayu
[1 markah]
(c) Nyatakan dua sebab mereka menyokong Malayan Union.
(i) Dasar sama rata dalam Malayan Union
(ii) Hak kerakyatan yang terbuka
137
[4 markah]
(d) Siapakah Presiden pertama PKMM?
Mokhtaruddin Lasso
[1 markah]


52 (a) Apakah tujuan British memperkenalkan Malayan Union?
Satu usaha British untuk menghancurkan negara dan bangsa.
[1 markah]
(b) Nyatakan dua kesan penubuhan Malayan Union.
(i) Kuasa raja berkurangan
(ii) Penghapusan warisan tamadun
[2 markah]
(c) Senaraikan dua akhbar yang menentang Malayan Union.
(i) Majlis
(ii) Warta Negara
[2 markah]
(d) Apakah implikasi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu?
Kejayaan orang Melayu menentang Malayan Union
[2 markah]
(e) Terangkan tiga aspek perbezaan antara Malayan Union dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
(i) Penglibatan orang tempatan
(ii) Syarat kerakyatan
(iii) Kedudukan raja-raja Melayu
[3 markah]


53 Kerajaan British telah memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Ini
merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa.
(a) Nyatakan faktor-faktor British memperkenalkan Malayan Union.
(i) Persediaan membentuk kerajaan sendiri
(ii) Membentuk bangsa Malayan Union
(iii) Mengawal kuasa politik orang Melayu
138
(iv) Melahirkan pentadbiran yang licin
(v) Menjimatkan kos pentadbiran
[5 markah]
(b) Senaraikan tiga bentuk pentadbiran British di Tanah Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua.
(i) Negeri-Negeri Selat
(ii) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(iii) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
[3 markah]
(c) Mengapakah British berhasrat untuk membentuk bangsa Malayan Union?
(i) Golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka
(ii) Golongan pendatang menumpukan taat setia kepada Malayan Union
[2 markah]


54

Majlis-majlis di atas merupakan sebahagian dalam sistem pentadbiran Malayan
Union.
(a) Namakan X dan Y.
(i) X ialah Parlimen British
(ii) Y ialah Gabenor British
[2 markah]
(b) Apakah fungsi Majlis Raja-Raja Melayu dalam sistem tersebut?
Membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
[2 markah]
X
Y
Majlis Undangan Majlis Eksekutif Majlis Raja-Raja Melayu
139
(c) Mengapakah sistem pentadbiran Malayan Union diperkenalkan di Tanah
Melayu?
(i) Persediaan ke arah pemerintahan sendiri
(ii) Melahirkan pentadbiran yang licin
(iii) Menjimatkan kos pentadbiran
(iv) Membentuk bangsa Malayan Union
[4 markah]
(d) Pada pendapat anda, apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkenaan sistem
pentadbiran di atas?
Berusaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh pemerintah
pusat. Pentadbiran tidak lagi tertakluk kepada Singapura sebaliknya terus
kepada parlimen British di London
[2 markah]


55 Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk
menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak Zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
(a) Nyatakan tiga sebab British memperkenalkan Malayan Union di Tanah
Melayu.
(i) Persediaan membentuk kerajaan sendiri
(ii) Menginginkan pentadbiran yang licin
(iii) Menjimatkan kos pentadbiran
[3 markah]
(b) Senaraikan tiga syarat dalam Perjanjian Malayan Union 1946.
(i) Semua Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu, dua Negeri-Negeri Selat disatukan
(ii) Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan
mengetuai Malayan Union
(iii) Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk
[3 markah]
(c) Nyatakan syarat-syarat kerakyatan Malayan Union.
(i) Jus soli iaitu sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
(ii) Berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 hingga 15 tahun
140
[2 markah]
(d) Apakah kesan pengenalan Malayan Union ke atas kedudukan raja-raja
Melayu?
(i) Hilang kuasa sebagai ketua negeri
(ii) Menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
[2 markah]


56 (a) Sebutkan tiga sebab orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang
longgar kepada orang dagang.
(i) Mengancam status quo Melayu
(ii) Jumlah orang Melayu menjadi kecil
(iii) Ekonomi dan pendidikan mereka bertambah mundur
[3 markah]
(b) Nyatakan penghakisan kuasa raja-raja Melayu dengan pelaksanaan Malayan
Union.
(i) Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa
sebarang kuasa
(ii) Raja hilang takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
(iii) Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union, bukan
sultan
[3 markah]
(c) Senaraikan empat pertubuhan Melayu yang menyokong konsep Malayan
Union.
(i) Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(ii) Angkatan Pemuda Insaf
(iii) Angkatan Wanita Sedar
(iv) Barisan Tani Malaya
[4 markah]


57
141

(a) Apakah X?
Jawatankuasa Eksekutif
[1 markah]
(b) Siapakah pemimpin Melayu yang mewakili UMNO?
Dato Onn Jaafar
[1 markah]
(c) Namakan empat orang pegawai Inggeris yang mendorong pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu.
(i) Sir Frank Swettenham
(ii) Sir R.O.Winstedt
(iii) Sir George Maxwell
(iv) Sir Cecil Clementi
[4 markah]
(d) Bilakah Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi?
1 Februari 1948
[2 markah]
(e) Nyatakan dua ciri Persekutuan Tanah Melayu.
(i) Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri
(ii) Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
[2 markah]


58
UMNO Pegawai Inggeris Wakil Raja-Raja Melayu
X
142

(a) Mengapakah terdapat perubahan dari P ke Q?
(i) Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British
(ii) Desakan British
[2 markah]
(b) Apakah kedudukan Sarawak pada tahun 1946?
Tanah jajahan Mahkota British
[1 markah]
(c) Mengapakah orang Sarawak menentang Q?
(i) Perlembagaan 1941 menjanjikan kerajaan sendiri
(ii) Q akan melambatkan pencapaian kemerdekaan Sarawak
[2 markah]
(d) Apakah kemuncak penentangan orang Sarawak?
Pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli Dhobi
[2 markah]
(e) Apakah persatuan yang menentang penyerahan Sarawak?
(i) Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
(ii) Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
(iii) Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
[3 markah]


59 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.
(a) Selepas perjanjian dimeterai, siapakah yang mengetuai Persekutuan Tanah
Melayu?
Pesuruhjaya Tinggi British
[2 markah]
Sarawak
1841
Keluarga Brooke
1946
Kerajaan British
P
Q
143
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pembahagian kuasa?
Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai kuasa-kuasa tertentu dalam
menjalankan pentadbiran pada peringkat pusat dan negeri
[2 markah]
(c) Apakah yang dimaksudkan dengan syarat kerakyatan diperketatkan?
Prinsip kerakyatan jus soli hanya diberi kepada Rakyat Raja Melayu di
Negeri-Negeri Melayu dan Rakyat British di Negeri-Negeri Selat
[2 markah]
(d) Apakah persatuan yang menentang penyerahan Sarawak?
(i) Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri
(ii) Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
(iii) Konsep raja berperlembagaan dibentuk
(iv) Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
[4 markah]


60 (a) Nyatakan dua ciri dalam Malayan Union yang menimbulkan kebencian
orang Melayu.
(i) Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli
(ii) Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu sahaja
[4 markah]
(b) Mengapakah demonstrasi di atas disokong oleh raja-raja Melayu?
Raja-raja Melayu diugut akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan
menerima Malayan Union. Raja-raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti
sebagai ketua orang Melayu
[2 markah]
(c) Sebutkan dua tindakan lain yang diambil oleh orang Melayu selain
melancarkan demonstrasi dalam menentang Malayan Union.
(i) Menyuarakan bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu
(ii) Menghidupkan semula persatuan-persatuan Melayu
[2 markah]
(d) Apakah kesan tindakan di atas terhadap perkembangan politik di Tanah
Melayu?
Menyatukan orang Melayu dan menggagalkan rancangan Malayan Union
144
[2 markah]


61 Pengenalan Malayan Union selama dua tahun oleh British telah menyedarkan
orang Melayu tentang maksud penjajahan yang sebenar.
(a) Nyatakan empat tindakan orang Melayu untuk membantah Malayan Union.
(i) Bantahan melalui akhbar secara berterusan
(ii) Mengadakan demonstrasi secara damai
(iii) Menghantar telegram dan surat bantahan
(iv) Menubuhkan United Malays Organization (U.M.O)
[4 markah]
(b) Nyatakan dua peristiwa demonstrasi orang Melayu menentang Malayan
Union.
(i) Seramai 10 000 orang terlibat di Kota Bharu, Kelantan
(ii) Seramai 50 000 orang berarak di Kedah
[2 markah]
(c) Apakah kesan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union?
(i) Mendorong British mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu
dan UMNO
(ii) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
[2 markah]
(d) Nyatakan iktibar daripada peristiwa penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union.
(i) Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
(ii) Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
[2 markah]


62 British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif di King House, Kuala
Lumpur untuk mengkaji tuntutan orang Melayu.
(a) Nyatakan tuntutan orang Melayu tersebut.
(i) Raja-raja Melayu menolak semua syarat Malayan Union
(ii) Mereka ingin menubuhkan sebuah persekutuan yang sama konsep
dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(iii) Mereka sama sekali menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union
145
[3 markah]
(b) Nyatakan tiga pihak yang mewakili Jawatankuasa Eksekutif tersebut.
(i) Pegawai kanan British
(ii) Pemimpin UMNO
(iii) Wakil-wakil raja-raja Melayu
[3 markah]
(c) Namakan dua pertubuhan yang menentang Jawatankuasa Eksekutif.
(i) AMCJA
(ii) PUTERA
[2 markah]
(d) Mengapakah keputusan Jawatankuasa Eksekutif ditentang oleh orang
dagang?
Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai
oleh perwakilan orang dagang
[2 markah]


63 Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1 Februari 1948.
(a) Nyatakan dua faktor yang mendorong pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu.
(i) Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
(ii) Sikap politik Melayu yang sederhana
[4 markah]
(b) Jelaskan sebab pihak British memilih UMNO dan raja-raja Melayu untuk
menjalankan rundingan tentang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British
[2 markah]
(c) Nyatakan langkah pertama ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada 12 orang
[2 markah]
(d) Mengapakah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dapat diterima oleh orang
Melayu?
Syarat kerakyatan diperketatkan, ketuanan Melayu diakui, dan institusi raja
Melayu dikekalkan
[2 markah]
146


64 Tindakan keluarga Brooke dan SBUB menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada
British sebagai tanah jajahan mahkota telah menimbulkan bantahan penduduk
tempatan.
(a) Nyatakan dua alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British.
(i) Vyner Brooke telah tua dan uzur
(ii) Penggantinya iaitu Anthony Brooke tidak layak
[2 markah]
(b) Senaraikan dua persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada
British.
(i) Persatuan Melayu Sarawak
(ii) Persatuan Dayak Sarawak
[2 markah]
(c) Apakah tindakan yang diambil oleh penduduk tempatan bagi menentang
penjajahan British di Sarawak?
(i) Persatuan-persatuan menentang pengisytiharan secara terbuka
(ii) Berdemonstrasi
(iii) Menghantar surat bantahan
(iv) Kakitangan awam meletak jawatan
[4 markah]
(d) Mengapakah penyerahan Sabah oleh SBUB kepada British tidak mendapat
bantahan yang jelas daripada penduduk tempatan?
(i) Kesedaran politik yang amat perlahan
(ii) Persatuan yang ditubuhkan adalah persatuan sosioekonomi yang
bersifat sederhana
[2 markah]


65 Di Tanah Melayu, orang Melayu berjaya menolak penjajah tetapi di Sabah dan
Sarawak terpaksa menerima penjajah British secara mutlak.
(a) Namakan Raja Sarawak yang menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
Vyner Brooke
[1 markah]
147
(b) Namakan persatuan-persatuan kaum tempatan yang membantah tindakan
penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
(i) Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
(ii) Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
(iii) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
[3 markah]
(c) Apakah peranan kaum ibu dalam Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
dalam isu penyerahan Sarawak?
Membantah dengan berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada
kerajaan British
[2 markah]
(d) Mengapakah kerajaan British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9?
Memberi amaran bahawa tindakan yang diambil terhadap kakitangan
kerajaan yang terlibat
[2 markah]
(e) Apakah reaksi penduduk terhadap Surat Pekeliling Bil. 9?
Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda
bantahan
[2 markah]


66 Perkembangan politik di Sarawak adalah berlainan dengan politik di Tanah
Melayu.
(a) Namakan Raja Sarawak yang menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
Vyner Brooke
[1 markah]
(b) Mengapakah penyerahan Sarawak kepada pihak British bercanggah dengan
perlembagaan 1941?
Perlembagaan 1941 menjanjikan pemberian berkerajaan sendiri dan kuasa
mentadbir kepada Majlis Negeri
[1 markah]
(c) Nyatakan tiga tindakan yang telah diambil oleh golongan antipenyerahan
Sarawak.
(i) Berdemonstrasi
(ii) Menghantar surat bantahan kepada British
148
(iii) Membunuh gabenor Sarawak iaitu Sir Duncan Stewart
[6 markah]
(d) Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan British dalam menghadapi
gerakan anti- penyerahan Sarawak?
British telah mengeluarkan surat Pekeliling Bil. 9 yang memberi amaran
kepada kakitangan kerajaan agar tidak telibat dalam demonstrasi
[2 markah]


67 (a) Apakah makna Sistem Ahli?
Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain untuk memimpin
Tanah Melayu.
[2 markah]
(b) Huraikan dua ciri Sistem Ahli.
(i) Anggotanya dikenali sebagai Ahli
(ii) Satu sistem Kabinet ditubuhkan
[2 markah]
(c) Senaraikan dua tugas Ahli dalam Sistem Ahli.
(i) Menjaga satu portfolio yang terdiri daripada beberapa jabatan
(ii) Menjalankan pentadbiran harian jabatan
[2 markah]
(d) Mengapakah Sistem Ahli dianggap penting dalam sejarah Tanah Melayu?
(i) Melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri
(ii) Menyumbang kepada perpaduan kaum
[2 markah]
(e) Apakah sebab British memperkenalkan Sistem Ahli?
(i) Menjalankan dasar dekolonisasi
(ii) Mengurangkan tekanan komunis
[2 markah]


68

Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum
lain untuk menerajui pentadbiran Tanah Melayu
Sistem
Ahli
149
Rajah di atas berkaitan Sistem Ahli.
(a) Idea penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh
Dato Onn bin Jaafar
[1 markah]
(b) Wakil orang Melayu yang turut serta dalam rundingan membentuk Sistem
Ahli ialah
(i) Dato Hamzah Abdullah
(ii) Raja Uda
(iii) Dato Nik Ahmed Kamil
[3 markah]
(c) Nyatakan ciri-ciri Sistem Ahli.
(i) Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang
pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang
dibentuk
(ii) Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli
(iii) Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
(iv) Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang
penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris
[4 markah]
(d) Mengapakah Sistem Ahli ditubuhkan?
(i) Melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran
Tanah Melayu
(ii) Jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum
[2 markah]


69 Sistem Ahli dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada tahun
1950.
(a) Apakah yang kamu faham dengan sistem tersebut di atas?
Sistem di mana ahli-ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio
yang mengandungi beberapa buah kerajaan
[2 markah]
150
(b) Nyatakan ciri-ciri Sistem Ahli.
(i) Setiap ahli diberi satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan
kerajaan
(ii) Ahli menguruskan pentadbiran harian jabatan
(iii) Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan
dengan jabatan
[3 markah]
(c) Terangkan tiga kepentingan Sistem Ahli.
(i) Melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri
(ii) Asas untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai
(iii) Memulakan proses perpaduan kaum
[3 markah]
(d) Mengapakah sistem di atas dikenali sebagai sistem kabinet bayangan?
Sistem di atas adalah seperti sistem kabinet yang ada pada hari ini di mana
seorang ahli atau menteri dilantik untuk menjaga satu-satu portfolio
[2 markah]


70 Sistem Ahli merupakan sistem yang dilaksanakan berdasarkan model dari negara
luar.
(a) Nyatakan dua negara tersebut.
(i) Kenya
(ii) Rhodesia Utara di Afrika
[2 markah]
(b) Nyatakan kepentingan Sistem Ahli 1951.
(i) Melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri
(ii) Asas kepada proses perpaduan kaum
[2 markah]
(c) Lengkapkan nama tokoh dan portfolio Sistem Ahli berikut.
(i) Dato E.E.C. Thuraisingam : Ahli Pelajaran
(ii) Dr. Lee Tiang Keng : Ahli Kesihatan
(iii) J.D. Mead : Ahli Perumahan dan Kerja Raya
151
(iv) J.D. Hodgkinson : Ahli Perindustrian dan Hubungan
Sosial
[4 markah]
(d) Nyatakan dua ciri Sistem Ahli 1951.
(i) Anggota Sistem Ahli dipanggil Ahli
(ii) Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
[2 markah]


71 (a) Terangkan maksud Sistem Ahli.
Satu sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui
pentadbiran Tanah Melayu
[2 markah]
(b) Berikan dua sebab pihak British memperkenalkan Sistem Ahli.
(i) Dasar dekolonisasi
(ii) Mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga ciri Sistem Ahli.
(i) Sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir
dan tokoh masyarakat
(ii) Anggotanya dipanggil Ahli
(iii) Perlantikan Ahli dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
[3 markah]
(d) Nyatakan tiga kepentingan Sistem Ahli.
(i) Tapak asas melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri
(ii) Memulakan proses perpaduan kaum
(iii) Asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai
[3 markah]


72 Sistem Ahli diperkenalkan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955.
(a) Siapakah yang memperkenalkan idea pembentukan Sistem Ahli di Tanah
Melayu?
152
Dato Onn Jaafar
[1 markah]
(b) Nyatakan dua ciri utama Sistem Ahli.
(i) Ahli-ahli dalam Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli
(ii) Sistem kabinet bayangan dibentuk yang terdiri daripada pegawai tadbir
dan tokoh masyarakat
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga portfolio yang terdapat dalam Sistem Ahli.
(i) Ahli dalam Negeri
(ii) Ahli Ekonomi
(iii) Ahli Pelajaran
[3 markah]
(d) Berikan dua kesan pelaksanaan Sistem Ahli.
(i) Dapat melatih orang tempatan dan merupakan tapak asas ke arah
berkerajaan sendiri
(ii) Permulaan kepada proses perpaduan kaum kerana ahli-ahlinya
merupakan gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum di Tanah
Melayu
[4 markah]


73

(a) Mengapakah Suruhanjaya Reid dibentuk?
Menyusun dan membincangkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka.
[2 markah]
(b) Siapakah yang mengetuai Suruhanjaya Reid?
Lord Reid
[1 markah]
Rombongan rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman berlepas ke London pada tahun 1956. Salah satu hasil rundingan ini
ialah pembentukan Suruhanjaya Reid.
153
(c) Senaraikan dua isu yang dijadikan panduan oleh suruhanjaya ini.
(i) Pembentukan Kerajaan Persekutuan yang kuat
(ii) Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
[2 markah]
(d) Terangkan dengan ringkas kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran
negara.
Sistem Ahli merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang
tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Sistem ini juga memulakan proses
perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Proses perpaduan kaum ini
merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai
mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Sistem
Ahli memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk
mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British
[3 markah]
(e) Senaraikan dua pihak yang memberikan memorandum kepada Suruhanjaya
Reid.
(i) Raja-raja Melayu
(ii) Parti Perikatan
[2 markah]


74

(a) Apakah peranan Suruhanjaya Reid?
Membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka
[1 markah]
(b) Senaraikan empat orang ahli yang menganggotai Suruhanjaya Reid.
(i) Lord Reid
(ii) Sir Ivor Jennings
(iii) Sir William Mckell
(iv) Tuan B. Malik
[4 markah]
Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956.
154
(c) Nyatakan tiga isu yang menjadi panduan kepada Suruhanjaya Reid.
(i) Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
(ii) Pemberian kuasa autonomi kepada negeri
(iii) Kedudukan raja-raja Melayu
[3 markah]
(d) Mengapakah orang Melayu menentang prinsip kerakyatan jus soli?
(i) Kerakyatan jus soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum
(ii) Dianggap boleh melemahkan kedudukan orang Melayu
[2 markah]


75 Antara langkah merealisasikan pakatan murni ialah penubuhan Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (CLC) dan penubuhan Persidangan Kebangsaan.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni?
Suatu usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk menghasilkan satu
kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
[2 markah]
(b) Namakan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara
Kaum pada peringkat penubuhan.
(i) Orang Cina
(ii) Orang Melayu
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga hasil daripada perundingan UMNO CLC.
(i) Penubuhan RIDA
(ii) Pilihan raya di peringkat perbandaran
(iii) Kerakyatan negeri 1951 diberi kepada imigran yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu
[3 markah]
(d) Terangkan tentang Persidangan Kebangsaan yang dijalankan untuk
merealisasikan pakatan murni.
(i) Ditubuhkan oleh Sir Malcom MacDonald di King House, Kuala
Lumpur
(ii) Bertujuan mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan
perkauman
155
(iii) Pengerusinya ialah Dato Panglima Bukit Gantang
[3 markah]

76 Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan Mac 1956 untuk membincang dan
menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
(a) Berikan nama dua tokoh bukan Inggeris yang menjadi ahli Suruhanjaya
Reid.
(i) Tuan B. Malik
(ii) Tuan Abdul Hamid
[2 markah]
(b) Nyatakan tugas Suruhanjaya Reid.
Merangka sebuah Perlembagaan bagi Perseketuan Tanah Melayu.
[1 markah]
(c) Berikan empat isu yang diberikan kepada Suruhanjaya Reid sebagai panduan.
(i) Hak istimewa orang Melayu
(ii) Kedudukan raja-raja Melayu
(iii) Pemberian kuasa autonomi kepada Kerajaan Negeri dalam bidang
tertentu
(iv) Penubuhan sebauh Kerajaan Persekutuan yang kuat
[4 markah]
(d) Apakah syarat yang diberikan oleh raja-raja Melayu membolehkan jus soli
diterima?
Kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran di negara itu.
[1 markah]
(e) Apakah syarat yang diberikan oleh raja-raja Melayu yang membolehkan
konsep jus soli diterima?
Orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
[2 markah]

77 (a) Nyatakan tiga perkara yang dipersetujui hasil daripada perundingan UMNO
dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949.
(i) Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
(ii) Kerakyatan negeri diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan
Tanah Melayu
156
(iii) Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai
[3 markah]
(b) Nyatakan usaha-usaha untuk mengadakan pakatan murni dalam kalangan
penduduk Tanah Melayu.
(i) Pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu
(ii) Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
(iii) Penubuhan Persidangan Kebangsaan
[3 markah]
(c) Apakah manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955?
(i) Mewajibkan pendidikan
(ii) Kemerdekaan dicapai dalam masa empat tahun
(iii) Menjaga hak asasi manusia
(iv) Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
[4 markah]

78 Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) merupakan suatu usaha
untuk mengadakan pakatan murni.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni?
Merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu
kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
[2 markah]
(b) Namakan dua kaum yang menganggotai CLC pada peringkat permulaan.
Kaum Melayu dan Cina
[2 markah]
(c) Nyatakan keanggotaan CLC pada tahun 1949.
(i) 6 orang pemimpin Melayu
(ii) 6 orang pemimpin Cina
(iii) Wakil kaum India, wakil dari Sri Lanka, wakil dari kaum Serani, wakil
dari kaum Eropah
[3 markah]
(d) Nyatakan hasil perundingan UMNO CLC.
(i) Penubuhan RIDA
(ii) Pilihan raya di peringkat perbandaran
157
(iii) Kerakyatan negeri 1951 diberi kepada imigran yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu
[3 markah]


79 (a) Terangkan bagaimana kerjasama antara kaum terbentuk dalam Pilihan Raya
Majlis Perbandaran yang pertama.
UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah bergabung dalam
menghadapi pilihan raya ini. Gabungan UMNO MCA telah memenangi
sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan
[2 markah]
(b) Nyatakan tentang keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan pada
peringkat penubuhan.
Dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA,
MIC dan pegawai-pegawai tinggi British
[2 markah]
(c) Apakah cadangan yang telah dikemukakan oleh MPP terhadap pemilihan
keanggotaan?
52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh
Pesuruhjaya Tinggi British
[2 markah]
(d) Apakah manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan yang pertama?
(i) Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
(ii) Mewajibkan pendidikan
(iii) Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
(iv) Menjaga hak asasi manusia
[4 markah]


80 Pada Mac 1956 sebuah suruhanjaya yang diwakili oleh beberapa orang hakim
telah dibentuk.
(a) Apakah tujuan suruhanjaya ini dibentuk?
Merangka sebuah perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
[2 markah]
158
(b) Nyatakan isu-isu yang menjadi panduan kepada suruhanjaya ini untuk
menjalankan tugasnya.
(i) Pembentukan Kerajaan Persekutuan yang kuat
(ii) Pemberian kuasa autonomi kepada negeri-negeri dalam bidang tertentu
(iii) Kedudukan raja-raja Melayu
(iv) Kewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
[4 markah]
(c) Namakan pihak-pihak yang terlibat dalam memberi memorandum kepada
suruhanjaya tersebut.
(i) Raja-raja Melayu
(ii) Orang perseorangan
[2 markah]
(d) Namakan dua orang ahli suruhanjaya ini.
(i) Lord Reid
(ii) Tuan Abdul Hamid
[2 markah]


81

Senarai nama di atas terlibat dalam Suruhanjaya Reid.
(a) Apakah peranan suruhanjaya di atas?
Membincang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
[2 markah]
(b) Nyatakan isu yang menjadi panduan suruhanjaya di atas.
(i) Pembentukan Kerajaan Persekutuan yang kuat
(ii) Pemberian kuasa autonomi kepada negeri-negeri dalam bidang tertentu
[4 markah]
Lord Reid
Sir Ivor Jennings
Sir William Mckell
Tuan B. Malik
Tuan Abdul Hamid
159
(c) Namakan pihak-pihak yang terlibat dalam memberi memorandum kepada
suruhanjaya ini.
(i) Raja-raja Melayu
(ii) Orang perseorangan
[2 markah]
(d) Bagaimanakah isu kerakyatan diselesaikan melalui suruhanjaya tersebut?
Raja-raja Melayu menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan
Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan
[2 markah]


82 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu
dan British pada 15 Ogos 1957.
(a) Nyatakan dua kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
(i) Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja
Berperlembagaan dibentuk
(ii) Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana
mereka menyedari bahawa pakatan ini akan mewujudkan perpaduan
yang jitu
[4 markah]
(b) Apakah bidang kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan?
(i) Senarai Persekutuan
(ii) Senarai Negeri
[2 markah]
(c) Namakan dua prinsip Perlembagaan Kemerdekaan 1957 yang dikatakan
istimewa.
(i) Menggabungkan unsur Kesultanan Melayu dengan birokrasi Barat
untuk membentuk identiti negara dan bangsa
(ii) Satu penerusan kepada pembinaan negara bangsa yang kukuh, tersusun
dan berperundangan
[2 markah]
(d) Berikan dua faktor yang menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu
menghadapi masalah perpaduan kaum.
(i) Perbezaan kebudayaan
160
(ii) Perbezaan fahaman politik
[2 markah]


83

(a) Apakah harapan Tunku Abdul Rahman melalui pembentukan Malaysia?
(i) Menjamin satu kedudukan politik yang kukuh
(ii) Mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga faktor politik yang mendorong pembentukan Malaysia.
(i) Memenuhi dasar dekolonisasi British
(ii) Mengurangkan ancaman komunis
(iii) Mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
[3 markah]
(c) Berikan tiga kebaikan pembentukan Malaysia dari segi ekonomi.
(i) Mewujudkan pasaran yang lebih luas
(ii) Menggalakkan pelaburan
(iii) Memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada
[3 markah]
(d) Apakah kebaikan pembentukan Malaysia dari aspek sosial?
(i) Mengimbangkan jumlah dan pertumbuhan kaum
(ii) Mewujudkan kesepakatan dan semangat setia kawan
[2 markah]

84

(a) Apakah reaksi Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis?
Penubuhan Malaysia
Reaksi dalam negeri (parti-parti politik)
Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan
gagasan Malaysia pada 27 Mei 1961.
161
Meminta supaya idea penubuhan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu
[1 markah]
(b) Apakah reaksi UMNO?
Bersetuju dengan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah
dan Sarawak serta Brunei tanpa Singapura
[1 markah]
(c) Bagaimanakah reaksi awal Brunei terhadap gagasan penubuhan Malaysia?
Menyokong gagasan Malaysia dan menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk
meminjam pendapat rakyat Brunei
[2 markah]
(d) Siapakah pemimpin Parti Rakyat Brunei yang menentang gagasan penubuhan
Malaysia?
A.M. Azahari
[2 markah]
(e) Berikan dua sebab Parti Rakyat Brunei menentang penubuhan Malaysia.
(i) Parti Rakyat Brunei berhasrat menubuhkan Persatuan Borneo
(ii) Menganggap gagasan Malaysia sebagai neokolonialisme
[4 markah]

85

Rajah di atas menunjukkan tokoh-tokoh yang mengemukakan cadangan
pembentukan Malaysia.
(a) Lengkapkan rajah di atas.
(i) X Lord Brassey
Idea pembentukan
Malaysia
Dato Onn Jaafar
Y
Z
Lee Kuan Yew
Tunku Abdul Rahman
X
162
(ii) Y Sir Malcolm MacDonald
(iii) Z LimYew Hock
[3 markah]
(b) Apakah cadangan Dato Onn Jaafar berkaitan dengan pembentukan
Malaysia?
(i) Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia
(ii) British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei, dan Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu
[2 markah]
(c) Apakah tindakan Lee Kuan Yew untuk merealisasikan pembentukan
Malaysia?
(i) Mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman
(ii) Menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
(iii) Tunku Abdul Rahman tidak setuju dengan idea penggabungan tersebut
[3 markah]
(d) Mengapakah Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan
Malaysia?
(i) Menjamin kedudukan politik yang kukuh
(ii) Mewujudkan kerjasama ekonomi dan sosial
[2 markah]

86

Senarai di atas merupakan antara faktor politik yang membawa kepada
pembentukan Malaysia.
(a) Jelaskan tentang masalah keselamatan yang mendorong kepada pembentukan
Malaysia.
(i) Perkembangan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura
membimbangkan
(ii) Ancaman komunis yang wujud di Singapura dan juga Sarawak
[2 markah]
(b) Namakan negeri yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan kesan
daripada pembentukan Malaysia.
Masalah keselamatan
Mempercepatkan
kemerdekaan
Proses dekolonisasi
163
(i) Sabah
(ii) Sarawak
(iii) Brunei
(iv) Singapura
[4 markah]
(c) Bagaimanakah perjuangan Clandestine Communist Organization (CCO)
memberi masalah keselamatan?
CCO bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai negara komunis
[2 markah]
(d) Apakah kaitan proses dekolonisasi dengan pembentukan Malaysia?
Proses memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan seperti Sabah, Sarawak,
dan Brunei dengan cara bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
[2 markah]

87 Cadangan penubuhan Malaysia telah disuarakan sejak awal abad ke-19 lagi.
(a) Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Sir Malcolm MacDonald?
Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu
digabungkan
[2 markah]
(b) Mengapakah Dato Onn Jaafar mencadangkan agar Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dinamai Malaysia?
British akan menggabungkan negeri-negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
[2 markah]
(c) Mengapakah pada mulanya Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan
penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu?
Tunku Abdul Rahman khuatir akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
[2 markah]
(d) Namakan negeri-negeri yang bergabung dalam gagasan Malaysia pada tahun
1963.
(i) Singapura
(ii) Sabah
(iii) Sarawak
(iv) Tanah Melayu
164
[4 markah]

88

(a) Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Sir Malcolm MacDonald tentang
pembentukan Malaysia?
Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
digabungkan.
[2 markah]
(b) Nyatakan dua aspek penting dalam faktor politik pembentukan Malaysia.
(i) Keselamatan/ancaman komunis
(ii) Pencapaian kemerdekaan
[2 markah]
(c) Jelaskan perkembangan yang berlaku di Singapura yang mendesak Lee Kuan
Yew menyokong pembentukan Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Hong Lim di Singapura, Barisan Sosialis yang berhaluan
kiri yang kuat telah menang. Ini menggugat parti pimpinan Lee Kuan Yew
iaitu Parti Tindakan Rakyat. Ini sangat merisaukan Lee Kuan Yew. Demi
mengukuhkan kedudukannya, beliau menyokong kuat pembentukan Malaysia
[3 markah]
(d) Jelaskan secara ringkas faktor penubuhan Malaysia dari aspek ekonomi.
Penubuhan Malaysia menggalakkan pelaburan serta perkembangan industri
pertanian. Keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di setiap negeri dapat
dimanfaatkan melalui kerjasama serantau
[2 markah]
(e) Apakah sebab idea penggabungan Singapura oleh Lee Kuan Yew pada
awalnya ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?
Akan menyebabkan ketidakseimbangan penduduk
[1 markah]

89 (a) Senaraikan tiga buah parti politik di Singapura yang tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia.
Sosial Ekonomi Politik
Pembentukan Malaysia
165
(i) Barisan Sosialis
(ii) Parti Buruh
(iii) Parti Rakyat Bersatu
[3 markah]
(b) Mengapakah Parti Tindakan Rakyat di Singapura menyokong pembentukan
Malaysia?
(i) Bimbang pengaruh parti berhaluan kiri iaitu Barisan Sosialis yang
semakin kuat
(ii) Bimbang ancaman komunis
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga buah parti di Sarawak yang menentang penyertaan Sarawak
dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal.
(i) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
(ii) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
(iii) Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
[3 markah]
(d) Mengapakah ramai pemimpin dan rakyat Sarawak dan Sabah menyokong
pembentukan Malaysia menjelang akhir tahun 1961?
(i) Penjelasan diberikan oleh kerajaan British dan Persekutuan Tanah
Melayu
(ii) Semangat perpaduan dan sikap toleransi para pemimpin
[2 markah]

90 Idea penubuhan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-18 lagi.
(a) Nyatakan dua orang tokoh di Tanah Melayu yang mengemukakan cadangan
penubuhan tersebut.
(i) Dato Onn Jaafar
(ii) Tunku Abdul Rahman
[2 markah]
(b) Apakah cadangan dan alasan Dato Onn Jaafar tentang penubuhan
Malaysia?
(i) Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia
(ii) Pihak British pasti akan menggabungkan Sabah, Sarawak, dan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
166
[2 markah]
(c) Siapakah tokoh British di Singapura yang turut mencadangkan penubuhan
Malaysia?
David Marshall
[1 markah]
(d) Apakah cadangan Lee Kuan Yew dalam isu penubuhan Malaysia?
Mendesak British agar mengadakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman
untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
[2 markah]
(e) Mengapakah cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?
Tunku Abdul Rahman bimbang berlaku ketidakseimbangan penduduk
[1 markah]
(f) Nyatakan dua impian Tunku Abdul Rahman tentang penubuhan Malaysia.
(i) Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih
kukuh dan disegani di rantau ini
(ii) Penggabungan tersebut dapat mewujudkan kerjasama ekonomi dan
sosial
[2 markah]

91

Pernyataan di atas merujuk kepada Perjanjian Malaysia.
(a) Di manakah Perjanjian Malaysia ditandatangani?
London
[1 markah]
(b) Apakah maksud Akta Malaysia?
(i) Akta yang memperuntukkan penggabungan negeri
(ii) Dinamai Malaysia
[2 markah]
(c) Senaraikan badan yang terlibat dalam memperkenankan Perjanjian Malaysia?
(i) Ratu Elizabeth II
Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963.
167
(ii) Parlimen Britain
(iii) Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis
Undangan Sarawak, dan Majlis Undangan Sabah
[3 markah]
(d) Nyatakan inti pati Perjanjian Malaysia.
(i) Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan persekutuan
(ii) Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan kecuali Sarawak dan
Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
(iii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan
bahasa lain masih boleh digunakan
(iv) Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak adalah bahasa Inggeris sehingga 10
tahun, selepas Hari Malaysia
[4 markah]

92 Rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah memberi reaksi segera
selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan.
(a) Nyatakan reaksi parti politik Persekutuan Tanah Melayu terhadap
pembentukan Malaysia.
Kebanyakannya menyokong
[2 markah]
(b) Mengapakah pada mulanya Sabah dan Sarawak menolak cadangan
pembentukan Malaysia?
Telah lama di bawah pemerintahan British
[2 markah]
(c) Apakah perkara penting dalam tuntutan Sabah dan Sarawak dalam
penggabungan Malaysia?
(i) Ketua Negeri
(ii) Bahasa kebangsaan
(iii) Agama Islam
(iv) Kedudukan istimewa penduduk asal negeri
[4 markah]
(d) Mengapakah menjelang akhir tahun 1961 rakyat Sarawak dan Sabah
menyokong Malaysia?
(i) Usaha kerajaan menjelaskan gagasan Malaysia
168
(ii) Semangat perpaduan oleh para pemimpin
[2 markah]

93

(a) Berikan dua faktor politik yang menyebabkan pembentukan Malaysia.
(i) Ancaman komunis
(ii) Mempercepatkan kemerdekaan
[4 markah]
(b) Bagaimanakah faktor ekonomi mendorong kepada pembentukan Malaysia?
(i) Mewujudkan pasaran yang luas
(ii) Dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber ekonomi
[2 markah]
(c) Bagaimanakah kemasukan Sarawak, Sabah, dan Brunei dapat
mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum?
Jika Singapura sahaja yang bergabung dengan Tanah Melayu dikhuatiri
penduduk Cina akan berlebihan, jadi kemasukan Sarawak, Sabah dan Brunei
dapat mengimbangkan penduduk bumiputera
[2 markah]
(d) Pada 27 Mei 1961, pengumuman tentang cadangan gagasan Malaysia telah
dibuat. Siapakah yang membuat pengumuman tersebut?
Tunku Abdul Rahman
[2 markah]

94 (a) Huraikan dua tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold.
(i) Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan
Malaysia
(ii) Membuat penilaian kepada British
[2 markah]
(b) Apakah keputusan yang diperoleh Suruhanjaya Cobbold?
Sosial Ekonomi Politik
Faktor-faktor pembentukan Malaysia
169
1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi, 1/3 lagi
inginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
[2 markah]
(c) Senaraikan tiga cadangan Suruhanjaya Cobbold.
(i) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
(ii) Sabah dan Sarawak berhak menentukan dasar imigresennya
(iii) Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948
[3 markah]
(d) Apakah kepentingan penubuhan MAPHILINDO kepada Malaysia?
Bersetuju menyelesaikan perselisihan faham antara Malaysia dengan Filipina
dan Indonesia dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
[2 markah]
(e) Golongan manakah yang mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya
Cobbold?
Pelbagai pertubuhan
[1 markah]

95

Rajah di atas menunjukkan negeri yang memberi reaksi terhadap penubuhan
Malaysia.
(a) Mengapakah pada peringkat awal Sabah dan Sarawak menolak cadangan
pembentukan Malaysia?
(i) Sabah dan Sarawak telah lama di bawah pemerintahan British
(ii) Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British
(iii) Belum ada keyakinan untuk bentuk kerajaan sendiri
[3 markah]
(b) Nyatakan parti yang bergabung membentuk Parti Perikatan Sabah.
(i) UNKO
(ii) USNO
Reaksi dalam negeri
Sabah
Sarawak
170
[2 markah]
(c) Apakah perjuangan Parti Perikatan Sarawak?
(i) Menyokong penyertaan Sarawak dalam Malaysia
(ii) Berusaha menyekat pengaruh SUPP
[2 markah]
(d) Apakah kepentingan tuntutan dalam Perkara 20 Sabah?
(i) Asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru
(ii) Dapat melindungi hak penduduk Sarawak dan Sabah
(iii) Dapat melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
[3 markah]

96

Rajah di atas menunjukkan reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia.
(a) Namakan parti politik di negara Brunei yang membantah penubuhan
Malaysia.
Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari
[2 markah]
(b) Nyatakan sebab Indonesia membantah pembentukan Malaysia.
Berpendapat pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme
[2 markah]
(c) Apakah yang menjadi asas tuntutan Filipina terhadap Sabah?
Perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul
Alam dengan Baron Von Overbeck
[2 markah]
(d) Bagaimanakah tentangan dari negara Indonesia dapat dibendung?
(i) Menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa
Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah
Filipina
Indonesia Brunei
Reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia
171
(ii) Menghantar perwakilan ke beberapa negara Afrika bagi menjelaskan
masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia
(iii) Perundingan untuk memulihkan hubungan Malaysia Indonesia di
Bangkok pada tahun 1966
(iv) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
[4 markah]

97 (a) Senaraikan dua parti politik di Sarawak yang ditubuhkan sebelum
pengumuman penubuhan Malaysia.
(i) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
(ii) Parti Negara Sarawak (PANAS)
[2 markah]
(b) Namakan dua parti politik Sarawak yang terlibat dalam penggabungan
membentuk Parti Perikatan Sarawak.
(i) PANAS
(ii) BERJASA
[2 markah]
(c) Mengapakah kaum peribumi di Sabah dan Sarawak menentang gagasan
pembentukan Malaysia?
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
[1 markah]
(d) Nyatakan tiga perkara penting dalam tuntutan Sabah dan Sarawak dalam hak
wilayah asingan.
(i) Ketua negeri
(ii) Bahasa kebangsaan
(iii) Agama Islam
[3 markah]
(e) Mengapakah rakyat Sarawak dan Sabah menyokong Malaysia menjelang
akhir tahun 1961?
(i) Usaha kerajaan dalam menjelaskan gagasan Malaysia
(ii) Semangat perpaduan oleh para pemimpin
[2 markah]

98
172

Senarai di atas berkait dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia.
(a) Nyatakan peranan utama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum.
Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan
pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan
Malaysia
[2 markah]
(b) Apakah tujuan utama penubuhan Suruhanjaya Cobbold?
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia
serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
[2 markah]
(c) Nyatakan cadangan yang telah dikemukakan dalam laporan Suruhanjaya
Cobbold.
(i) Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
(ii) Jaminan hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
(iii) Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu
(iv) Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
[4 markah]
(d) Terangkan peranan perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah akibat tentangan
dari Indonesia dan Filipina
[2 markah]

99 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada Februari 1962.
(a) Nyatakan sebab Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan.
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
Suruhanjaya Cobbold
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
173
Untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan
Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada
pihak British
[2 markah]
(b) Berikan dua tokoh British yang menjadi ahli Suruhanjaya Cobbold.
(i) Lord Cobbold
(ii) Sir Anthony Abell
[2 markah]
(c) Berikan dua tokoh tempatan yang menjadi ahli Suruhanjaya Cobbold.
(i) Wong Pow Nee
(ii) Tan Sri Ghazali Shafie
[2 markah]
(d) Senaraikan dua hasil laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikemukakan
kepada kerajaan British.
(i) Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan
Malaysia tanpa syarat
(ii) Satu pertiga menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka harus
dilindungi atau satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum
menyertai Malaysia
[4 markah]

100

Maklumat di atas ialah lirik lagu Negaraku.
(a) Siapakah yang telah mengubah lirik lagu tersebut?
Negaraku
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.
174
Encik Saiful Bahri
[1 markah]
(b) Mengapakah lagu kebangsaan negeri Perak dipilih?
Mempunyai unsur kemelayuan
[1 markah]
(c) Bagaimanakah pemilihan lagu dilaksanakan?
(i) Tunku Abdul Rahman mengetuai jemaah hakim
(ii) Pasukan Pancaragam Polis Diraja memainkan empat lagu
(iii) Lagu Terang Bulan telah dipilih
(iv) Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim
[4 markah]
(d) Nyatakan empat kepentingan lagu Negaraku.
(i) Kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi
(ii) Menuntut kita supaya bersyukur
(iii) Menuntut kita agar taat setia kepada raja
(iv) Sanggup berkorban demi negara
[4 markah]

101

(a) Berikan satu huraian tentang sistem republik.
Sistem republik tidak mempunyai institusi beraja. Kerajaannya diketuai oleh
presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
[2 markah]
(b) Apakah maksud demokrasi berparlimen?
(i) Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
(ii) Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
Sistem republik
Sistem raja
Berperlembagaan
Pemerintahan
negara demokrasi
175
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga ciri demokrasi berparlimen.
(i) Perlembagaan
(ii) Raja Berperlembagaan
(iii) Kuasa pemerintahan
[3 markah]
(d) Apakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara?
(i) Memelihara kestabilan sesebuah negara
(ii) Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran
[2 markah]
(e) Siapakah yang menjadi lambang taat setia rakyat kepada negara?
Yang di-Pertuan Agong
[1 markah]

102

Rajah di atas merupakan beberapa ciri utama dalam mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi berparlimen?
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara
[2 markah]
(b) Nyatakan dua kepentingan perlembagaan.
(i) Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran
(ii) Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara
[4 markah]
(c) Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja
Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir
[2 markah]
Raja Berperlembagaan Parlimen Perlembagaan
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
176
(d) Nyatakan komponen-komponen dalam Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
[2 markah]

103 Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan.
(a) Nyatakan empat perkara yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.
(i) Senarai Persekutuan
(ii) Senarai Kerajaan Negeri
(iii) Institusi Yang di-Pertuan Agong
(iv) Parlimen
[4 markah]
(b) Apakah maksud keluhuran perlembagaan?
Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri
[2 markah]
(c) Apakah perkara-perkara yang tidak boleh dipinda dalam Perlembagaan
Malaysia?
Raja, agama Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu
[2 markah]
(d) Mengapakah berlakunya pindaan pada perlembagaan?
Melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara, dan melicinkan
urusan pentadbiran negara
[2 markah]

104 Pilihan raya merupakan satu daripada ciri penting dalam sistem demokrasi
berparlimen.
(a) Siapakah yang bertanggungjawab mengelolakan pilihan raya di Malaysia?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
[1 markah]
(b) Berikan tiga fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya.
(i) Menentukan sempadan bahagian pilihan raya
(ii) Menjalankan pendaftaran pemilih
(iii) Mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan
raya kecil
177
[3 markah]
(c) Apakah tujuan pilihan raya umum diadakan?
Memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara
serentak di seluruh Semenanjung dan secara berasingan di Sabah dan
Sarawak
[2 markah]
(d) Nyatakan empat syarat bagi seseorang yang ingin menjadi calon pilihan raya.
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Berumur 21 tahun
(iii) Bermastautin di Malaysia
(iv) Tidak muflis
[4 markah]

105 (a) Terangkan maksud perlembagaan.
Undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga ciri Perlembagaan Malaysia.
(i) Mengandungi 183 perkara
(ii) Memperuntukkan Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan
Senarai Bersama
(iii) Memperuntukkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman
[3 markah]
(c) Senaraikan perkara-perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak boleh
dipersoalkan.
(i) Pemerintahan beraja
(ii) Agama Islam
(iii) Kedudukan bahasa Melayu
[3 markah]
(d) Mengapakah perlembagaan Malaysia perlu dipinda?
(i) Melindungi kepentingan rakyat
(ii) Menjaga keselamatan negara
178
[2 markah]

106

Gambar di atas menunjukkan jata negara.
(a) Lambang pokok pada jata negara dikaitkan dengan
(i) Negeri Melaka
(ii) Negeri Pulau Pinang
[2 markah]
(b) Jelaskan warna yang melambangkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
(i) Merah
(ii) Kuning
[2 markah]
(c) Apakah maksud lambang-lambang berikut?
(i) Harimau Keberanian
(ii) Bunga raya Bunga Kebangsaan
(iii) Bintang pecah 14 Gabungan 14 buah negeri dalam Persekutuan
Malaysia
(iv) Bersekutu Bertambah Mutu Semangat permuafakatan akan
mengeratkan
lagi perpaduan antara negeri di Malaysia
[4 markah]
(d) Mengapakah jata negara penting kapada negara?
(i) Lambang kemegahan penduduk
(ii) Lambang rasmi negara
[2 markah]

179
107 Pilihan raya merupakan salah satu ciri penting dalam sistem demokrasi
berparlimen.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya?
Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan
[2 markah]
(b) Mengapakah pilihan raya diadakan?
Untuk memilih ahli bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
[2 markah]
(c) Nyatakan dua syarat untuk menjadi seorang pengundi.
(i) Daftar nama dalam senarai daftar pemilih
(ii) Berumur 21 tahun ke atas
[2 markah]
(d) Pada pendapat kamu, mengapakah pilihan raya penting kepada semua
warganegara?
(i) Bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa
(ii) Memilih pemimpin negara
[4 markah]

108

(a) Namakan badan yang menguruskan pilihan raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya
[1 markah]
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya?
Proses memilih rakyat untuk memerintah sama ada di peringkat negeri atau
peringkat persekutuan
[2 markah]
180
(c) Namakan tiga pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya di negara kita.
(i) Suruhanjaya Pilihan Raya
(ii) Calon
(iii) Pengundi
[3 markah]
(d) Nyatakan empat syarat yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi calon
dalam pilihan raya.
(i) Warganegara
(ii) Umur
(iii) Mastautin
(iv) Sempurna
[4 markah]

109 Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, kuasa pemerintahan
dibahagikan kepada tiga komponen.
(a) Nyatakan komponen-komponen tersebut.
(i) Legislatif (badan perundangan)
(ii) Eksekutif (badan pelaksana)
(iii) Judisiari (badan kehakiman)
[3 markah]
(b) Berikan tiga komponen utama badan perundangan.
(i) Yang di-Pertuan Agong
(ii) Dewan Rakyat
(iii) Dewan Negara
[3 markah]
(c) Nyatakan dua ciri Dewan Rakyat.
(i) Memegang jawatan bagi tempoh lima tahun
(ii) Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum
[2 markah]
(d) Apakah nama undang-undang yang dibuat oleh Parlimen?
Akta
[1 markah]
(e) Apakah nama undang-undang yang dibuat oleh Dewan Negeri?
181
Enakmen
[1 markah]

110 (a) Senaraikan tiga jenis mahkamah di negara kita.
(i) Mahkamah Majistret
(ii) Mahkamah Sesyen
(iii) Mahkamah Tinggi
[3 markah]
(b) Nyatakan tiga tugas mahkamah.
(i) Melaksanakan tugas kehakiman
(ii) Mentafsir perlembagaan negara
(iii) Mentafsir undang-undang
[3 markah]
(c) Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam politik?
Menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang
[1 markah]
(d) Nyatakan peranan peguam negara.
(i) Penasihat undang-undang kerajaan
(ii) Pendakwa Raya bagi kerajaan
[2 markah]

111

Gambar di atas menunjukkan bendera kebangsaan Malaysia.
(a) Siapakah yang telah mereka bentuk bendera kebangsaan?
Encik Mohamad Hamzah, seorang arkitek kerajaan Johor
[1 markah]
182
(b) Apakah nama lain bagi bendera Malaysia?
Jalur Gemilang
[1 markah]
(c) Nyatakan maksud bagi lambang-lambang berikut.
(i) Warna kuning Kedaulatan raja-raja Melayu
(ii) 14 jalur Gabungan 14 buah negeri dalam Malaysia
(iii) Bulan sabit Agama Islam agama rasmi persekutuan Malaysia
(iv) Warna biru Perpaduan rakyat berbilang kaum
[4 markah]
(d) Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
(i) Membangkitkan semangat perjuangan
(ii) Menimbulkan rasa bangga akan negara
(iii) Tanda ketaatan kepada raja dan negara
(iv) Menjadi rakyat yang lebih patriotik
[4 markah]

112

Rajah di atas menunjukkan sistem hierarki kehakiman Malaysia.
(a) Berdasarkan rajah di atas, X dan Y merujuk kepada
(i) X ialah Mahkamah Majistret
(ii) Y ialah Mahkamah Sesyen
[2 markah]
(b) Apakah kuasa yang ada pada badan kehakiman?
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi
Sarawak dan Sabah
Mahkamah Tinggi Malaya
Y
X
183
Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
[2 markah]
(c) Bagaimanakah untuk menjadi seorang hakim?
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
[2 markah]
(d) Apakah kuasa yang ada pada mahkamah?
(i) Mentafsirkan perlembagaan negara
(ii) Mentafsirkan undang-undang
(iii) Melaksanakan tugas kehakiman
(iv) Mengisytiharkan undang-undang bertulis kerajaan Persekutuan atau
Negeri
[4 markah]

113

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Raja Berperlembagaan?
Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia
[2 markah]
(b) Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih?
Dipilih dari kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah
negeri
[2 markah]
(c) Nyatakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan
Malaysia.
(i) Mengetuai badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman
(ii) Berkuasa memanggil persidangan parlimen dan membubarkan
parlimen
(iii) Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
Sistem Raja Berperlembagaan merupakan antara ciri
pemerintahan negara demokrasi.
184
(iv) Berkuasa mengampun sesuatu kesalahan yang dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera
[4 markah]
(d) Mengapakah Raja Berperlembagaan menjadi tonggak keagungan kerajaan
Malaysia?
Membantu memantapkan kewibawaan institusi-institusi beraja dan memberi
keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi
oleh raja
[2 markah]

114

Rajah di atas menunjukkan penubuhan parti-parti politik sehingga tahun 1963.
(a) Apakah yang anda faham tentang politik?
Sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai
matlamat bersama
[2 markah]
(b) Senaraikan tiga parti politik di Tanah Melayu sehingga tahun 1963.
(i) Malayan Democratic Union (MDU)
(ii) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(iii) Malayan Indian Congress (MIC)
[3 markah]
(c) Namakan parti politik di Sarawak yang dikaitkan dengan tokoh berikut.
(i) Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
(ii) Datu Bandar Abang Haji Mustapha
Parti Negara Sarawak (PANAS)
Sabah
Sarawak
Tanah Melayu
Parti-parti politik
sehingga 1963
185
(iii) Temenggung Jugah Anak Barieng
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
[3 markah]
(d) Apakah dua tujuan penubuhan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) di
Sabah?
(i) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
(ii) Memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi
[2 markah]

115 Badan pelaksana (Eksekutif) penting dalam pentadbiran negara.
(a) Apakah tugas utama badan pelaksana?
Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
[2 markah]
(b) Nyatakan keanggotaan dalam sesebuah kementerian.
(i) Diketuai oleh seorang menteri
(ii) Dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha
politik
[2 markah]
(c) Huraikan tentang badan berkanun.
(i) Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu
(ii) Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri
(iii) Ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada
menteri yang berkenaan
(iv) Mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatkan
pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun
kerajaan
[4 markah]
(d) Mengapakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam diperkenalkan?
Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin
kakitangan perkhidmatan awam
[2 markah]

116 (a) Senaraikan tiga jenis mahkamah di negara kita.
186
(i) Mahkamah Majistret
(ii) Mahkamah Sesyen
(iii) Mahkamah Tinggi
[3 markah]
(b) Bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang hakim?
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
[2 markah]
(c) Apakah caranya untuk memastikan badan kehakiman menjamin keadilan?
Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan di bawah kuasa
Yang di-Pertuan Agong
[2 markah]
(d) Apakah tanggungjawab seorang peguam negara?
(i) Penasihat undang-undang kerajaan
(ii) Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi
kerajaan
(iii) Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang
dan Kehakiman
[3 markah]

117

(a) Namakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk tujuan di atas.
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
[1 markah]
(b) Nyatakan tiga keperluan penting dalam perusahaan berat.
(i) Pelaburan modal tinggi
(ii) Penggunaan teknologi tinggi
(iii) Penggunaan tenaga kerja mahir
[3 markah]
(c) Nyatakan langkah kerajaan untuk menggiatkan perindustrian dan
menggalakkan pelaburan modal asing.
Dalam Rancangan Malaysia Keempat kerajaan mula memberi
tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat.
187
(i) Pembukaan perusahaan baru di Skudai (Johor), Senawang (Negeri
Sembilan), Bintulu (Sarawak) dan Menggatal (Sabah)
(ii) Memperkenalkan zon perdagangan bebas di Bayan Lepas (Pulau
Pinang) dan Sungai Way (Selangor)
[2 markah]
(d) Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian, kerajaan telah
melancarkan dua program pada tahun 1983. Sebutkan dua program tersebut
serta peranannya.
(i) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
Peranan: Mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian
negara
[2 markah]
(ii) Pelan Induk Perindustrian
Peranan: Menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi
pelaksanaannya
[2 markah]

118 Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua bermula pada tahun 1971-
1990 meliputi Rancangan Malaysia Kedua hingga Kelima.
(a) Nyatakan matlamat Rancangan Malaysia Kedua dan Kelima.
(i) Kedua: Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum,
kawasan dan wilayah
(ii) Kelima: Menekankan peningkatan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan, mengawal hak milik syarikat dan pelesenan
dalam sektor swasta
[2 markah]
(b) Nyatakan dua program yang dilancarkan oleh Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Keempat yang bertujuan memastikan keberkesanan projek
perindustrian.
(i) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
(ii) Pelan Induk Perindustrian
[2 markah]
(c) Nyatakan langkah kerajaan untuk mengimbangi pemilikan harta dan saham
perindustrian antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera dalam
Rancangan Malaysia Keempat.
188
(i) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
(ii) Pelancaran Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
[2 markah]
(d) Nyatakan dua agensi yang terlibat dalam pembukaan tanah secara besar-
besaran dalam Rancangan Malaysia Ketiga.
(i) DARA Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara
(ii) KEJORA Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
[2 markah]
(e) Bila dan apakah tujuan pembentukan Dasar Pertanian Negara?
Tahun 1984. Memoden dan menggiatkan semua sektor pertanian secara
bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
[2 markah]

119

(a) Rajah di atas menunjukkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun pada tahap
pertama.
Apakah X dan Y?
(i) X Rancangan Malaya kedua
(ii) Y Rancangan Malaysia Pertama
[2 markah]
(b) Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama?
(i) Membangunkan kawasan luar bandar
(ii) Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk bandar
dengan
luar bandar
[2 markah]
Rancangan Lima Tahun
Tahap Pertama
Rancangan Malaya Pertama
X
Y
189
(c) Senaraikan dua agensi yang terlibat dalam pembangunan ekonomi tahap
pertama.
(i) MARA
(ii) FELDA
[2 markah]
(d) Nyatakan fungsi FAMA dalam pembangunan luar bandar.
(i) Merupakan agensi khidmat sokongan pemasaran pertanian
(ii) Menyelaraskan pemasaran hasil pertanian
(iii) Membangunkan pasaran hasil pertanian
(iv) Memajukan pengurusan perusahaan pertanian
[4 markah]

120 Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama melibatkan Rancangan
Malaya Pertama, Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama.
(a) Nyatakan dua matlamat Rancangan Malaya Pertama.
(i) Membangunkan kawasan luar bandar
(ii) Mengurangkan kadar kemiskinan
[2 markah]
(b) Jelaskan langkah yang diambil oleh FELDA untuk membangunkan kawasan
luar bandar dalam Rancangan Malaya Pertama.
(i) Tanah baru dibuka secara besar-besaran
(ii) Penduduk luar bandar dipindahkan ke penempatan baru dan menjadi
petani moden
[4 markah]
(c) Mengapakah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
menubuhkan Bilik Gerakan Negara semasa Rancangan Malaya Kedua?
Menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan
kampung
[2 markah]
(d) Apakah yang dipentingkan dalam Rancangan Malaysia Pertama?
(i) Integrasi nasional
(ii) Kemajuan bersepadu
[2 markah]

190
121 Rancangan Pembangunan Lima Tahun dimulakan oleh Parti Perikatan sejak
sebelum merdeka lagi.
(a) Namakan dua matlamat Rancangan Malaya Pertama.
(i) Membangunkan kawasan luar bandar yang dipinggirkan oleh penjajah
British
(ii) Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar
dengan penduduk bandar
[2 markah]
(b) Mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang
memberangsangkan?
Ancaman komunis menyebabkan perbelanjaan negara dialirkan kepada
keselamatan negara dan kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di
pasaran dunia
[2 markah]
(c) Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh FELDA untuk membangunkan
kawasan luar bandar.
(i) Tanah baru dibuka secara besar-besaran
(ii) Mengurangkan kadar kemiskinan
[4 markah]
(d) Apakah peranan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar semasa
Rancangan Malaya Pertama?
Menyelaras dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar
[2 markah]

122

(a) Mengapakah Rukun Negara dibentuk?
Akibat peristiwa 13 Mei 1969 yang menjejaskan keamanan dan
keselamatan negara. Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan kaum
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
191
[1 markah]
(b) MAGERAN ditubuhkan pada tahun 1969. Apakah dua peranan
MAGERAN?
(i) Mengembalikan keamanan
(ii) Mengembalikan keharmonian kaum
[2 markah]
(c) Huraikan tiga matlamat Rukun Negara.
(i) Mengukuhkan perpaduan
(ii) Mencipta masyarakat adil
(iii) Memelihara corak hidup demokratik
[3 markah]
(d) Terangkan prinsip kedua secara ringkas.
Setiap rakyat Malaysia harus memberikan kesetiaan kepada raja dan
negara. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara dan menjadi simbol
penyatuan rakyat. Penderhakaan kepada raja turut bermaksud penderhakaan
kepada negara.
[2 markah]
(e) Apakah sebab prinsip ketiga menekankan keluhuran perlembagaan?
Menuntut supaya rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan
mempertahankan perlembagaan
[2 markah]
123 (a) Mengapakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan?
(i) Mengembalikan keamanan
(ii) Melicinkan pentadbiran
(iii) Mengembalikan keharmonian kaum
[3 markah]
(b) Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara.
(i) Mengukuhkan perpaduan
(ii) Memelihara corak hidup demokratik
(iii) Mencipta sebuah masyarakat yang adil
[3 markah]
(c) Sebutkan empat prinsip Rukun Negara.
192
(i) Kepercayaan kepada Tuhan
(ii) Kesetiaan kepada raja dan negara
(iii) Keluhuran perlembagaan
(iv) Kedaulatan undang-undang
[4 markah]

124

(a) Apakah X dan Y?
X Laporan Fenn Wu 1951
Y Penyata Razak 1956
[2 markah]
(b) Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 mengalami kegagalan?
(i) Tentangan masyarakat India dan Cina
(ii) Kekurangan kewangan
(iii) Ancaman komunis
[3 markah]
(c) Nyatakan dua elemen dasar pendidikan yang dikemukakan dalam langkah Y
yang bertujuan menyuburkan semangat perpaduan negara.
(i) Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
(ii) Kurikulum yang seragam serta bercorak kebangsaan
[2 markah]
(d) Nyatakan isi kandungan Laporan Barnes.
Semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan
digantikan dengan sekolah kebangsaan
[2 markah]
Laporan Barnes 1950
X
Ordinan Pelajaran 1952
Y
193
(e) Mengapakah Laporan Barnes mendapat tentangan daripada kaum lain di
Malaysia?
Masyarakat Cina beranggapan pelaksanaan Laporan Barnes akan
menghapuskan bahasa ibunda mereka
[1 markah]

125

Carta masa di atas menunjukkan Rancangan Malaysia pada tahap kedua.
(a) Lengkapkan carta masa di atas.
(i) X Rancangan Malaysia Ketiga
(ii) Y Rancangan Malaysia Kelima
[2 markah]
(b) Apakah matlamat Rancangan Malaysia Kedua?
(i) Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan
wilayah
(ii) Memberi tumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum
(iii) Menambahkan pendapatan rakyat
(iv) Menyediakan peluang pekerjaan
[4 markah]
(c) Senaraikan agensi yang terlibat dalam Rancangan Malaysia Kedua.
(i) Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
(ii) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
[2 markah]
(d) Apakah tumpuan utama pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia
Keempat?
Rancangan Malaysia Kedua
X
Rancangan Malaysia Keempat
Y
194
(i) Perkembangan perusahaan berat
(ii) Pelaburan modal
[2 markah]

126 MAGERAN menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenali sebagai
Rukun Negara.
(a) Apakah peranan penubuhan MAGERAN?
(i) Mengembalikan keamanan
(ii) Melicinkan pentadbiran
(iii) Mengembalikan keharmonian kaum
[3 markah]
(b) Berapa lamakah pentadbiran MAGERAN berkuat kuasa?
21 bulan
[1 markah]
(c) Apakah matlamat Rukun Negara?
(i) Mengukuhkan perpaduan
(ii) Memelihara corak hidup demokratik
(iii) Mencipta masyarakat yang adil
(iv) Menjamin sikap liberal
[4 markah]
(d) Nyatakan kepentingan prinsip kelima dalam Rukun Negara.
Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan
keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan kesusilaan menjamin
kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati
[2 markah]

127

(a) Senarai di atas merupakan dasar yang dilancarkan oleh negara untuk
meningkatkan pembangunan. Nyatakan matlamat Dasar Pertanian Negara.
(i) Meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum
menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan
Dasar Pertanian Negara (1984)
Dasar Penswastaan (1983)
Dasar Kependudukan (1984)
195
(ii) Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dengan menggunakan
segala sumber yang ada
[2 markah]
(b) Nyatakan strategi yang dijalankan untuk mencapai matlamat Dasar Pertanian
Negara.
(i) Menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan
FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri
(ii) Memperkenalkan program pembangunan in-situ untuk memulihkan
kawasan berproduktiviti rendah
(iii) Menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran,
kredit, subsidi dan penyelidikan
[3 markah]
(c) Apakah kelebihan Dasar Penswastaan?
(i) Memberikan peluang kepada sektor swasta membuat pelaburan,
mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan
(ii) Mengurangkan beban kewangan kerajaan
(iii) Meningkatkan produktiviti
[3 markah]
(d) Apakah kepentingan Dasar Kependudukan terhadap kemajuan negara?
(i) Penduduk sebagai sumber penting dalam pembangunan negara
(ii) Pertambahan penduduk memastikan bekalan tenaga kerja
[2 markah]

128

Pernyataan di atas berkait dengan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang
diperkenalkan.
(a) Nyatakan dua matlamat Dasar Pertanian Negara yang diperkenalkan pada
tahun 1984.
(i) Meningkatkan pendapatan sektor pertanian
(ii) Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
[4 markah]
Dasar pembangunan ekonomi memenuhi keperluan ekonomi
moden yang berteraskan perindustrian.
196
(b) Apakah kelebihan daripada perlaksanaan Dasar Penswastaan?
(i) Mengurangkan beban kewangan kerajaan
(ii) Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan
[2 markah]
(c) Mengapakah diadakan Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara?
Untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan
[2 markah]
(d) Apakah yang dapat mempengaruhi keberkesanan dasar ekonomi negara yang
diperkenalkan oleh kerajaan?
(i) Kerjasama sektor awam dan sektor swasta
(ii) Kefahaman rakyat dan kakitangan kerajaan
[2 markah]

129

(a) Nyatakan tiga matlamat Dasar Pertanian Negara.
(i) Meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum
menerusi pengurusan sumber ekonomi yang cekap dan berkesan
(ii) DPN bermatlamat untuk memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
(iii) Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport
[3 markah]
(b) Terangkan maksud pembangunan in-situ.
Merupakan strategi untuk meningkatkan produktiviti kawasan pertanian yang
sedia ada
[2 markah]
(c) Mengapakah Dasar Penswastaan dilancarkan?
(i) Mengurangkan beban kewangan kerajaan
(ii) Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan
(iii) Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan
modal
[3 markah]
Dasar pembangunan ekonomi digubal untuk memastikan
keperluan ekonomi moden dapat dicapai.

197
(d) Apakah peranan Unit Perancangan Ekonomi?
Memberi garis panduan kepada kementerian yang ingin menjalankan
penswastaan
[2 markah]

130 Wawasan 2020 dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 28 Februari 1991.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020?
Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi negara maju secara
bersepadu mengikut acuan sendiri dalam semua bidang
[2 markah]
(b) Nyatakan matlamat Wawasan 2020.
(i) Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan
menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia
(ii) Mencapai kemajuan yang bersepadu dengan menitikberatkan kemajuan
fizikal dan spiritual
[2 markah]
(c) Senaraikan empat cabaran yang perlu ditangani untuk mencapai Wawasan
2020.
(i) Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
(ii) Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
(iii) Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
(iv) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
[4 markah]
(d) Apakah tanggungjawab para pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
(i) Menuntut ilmu sebanyak yang mungkin
(ii) Menjauhi segala gejala yang tidak mendatangkan faedah atau yang
merugikan
[2 markah]

131 Dasar Pendidikan Kebangsaan bermula sebelum kemerdekaan lagi.
(a) Terangkan cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes.
(i) Semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan
(ii) Satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan
198
[2 markah]
(b) Apakah yang menyebabkan cadangan dalam Ordinan Pelajaran 1952 tidak
dapat dijalankan?
(i) Tentangan masyarakat Cina dan India
(ii) Kekurangan kewangan
[2 markah]
(c) Nyatakan dua elemen penting yang dikemukakan oleh Penyata Razak 1956.
(i) Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
(ii) Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
[4 markah]
(d) Mengapakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dipentingkan?
Untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional
[2 markah]

132 Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991.
(a) Apakah tujuan utama Wawasan 2020?
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan
menggunakan acuan sendiri
[2 markah]
(b) Nyatakan empat dasar kerajaan yang memupuk perpaduan rakyat Malaysia.
(i) Dasar Pembangunan Nasional
(ii) Dasar Bahasa Kebangsaan
(iii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(iv) Dasar Pendidikan Kebangsaan
[4 markah]
(c) Nyatakan dua ciri yang penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang
dan budaya penyayang.
(i) Kepatuhan kepada agama
(ii) Institusi kekeluargaan
[2 markah]
(d) Apakah maksud Wawasan 2020?
199
Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju
menjelang tahun 2020
[2 markah]

133 (a) Nyatakan matlamat utama penubuhan MARA.
Membangunkan masyarakat luar bandar
[1 markah]
(b) Senaraikan empat strategi yang dijalankan oleh MARA untuk mencapai
matlamatnya.
(i) Membantu usahawan bumiputera
(ii) Menambah guna tenaga bumiputera
(iii) Menambah ekuiti bumiputera
(iv) Menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera
[4 markah]
(c) Nyatakan tiga agensi yang ditubuhkan berkaitan dengan sektor perindustrian.
(i) PETRONAS
(ii) Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
(iii) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
[3 markah]
(d) Terangkan masalah-masalah yang timbul semasa pelaksanaan Rancangan
Malaysia Pertama.
(i) Peristiwa rusuhan kaum telah menyebabkan terbantutnya peningkatan
pertumbuhan ekonomi negara
(ii) Masalah perpaduan kerana terdapatnya jurang ekonomi yang berbeza
antara kaum
[2 markah]

134

200
Gambar di atas menunjukkan logo Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau
Non Align Movement (NAM) yang ditubuhkan pada bulan September 1961.
(a) Senaraikan tiga prinsip perjuangan NAM.
(i) Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
(ii) Menghormati kedaulatan sesebuah negara
(iii) Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan
kesefahaman
[3 markah]
(b) Apakah usul Malaysia dalam membela kepentingan negara-negara sedang
membangun pada Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987?
(i) Isu Palestin
(ii) Kerjasama ekonomi
[2 markah]
(c) Nyatakan empat kejayaan Sidang Kemuncak NAM ke-13 di Kuala Lumpur.
(i) Catatan tertinggi kehadiran 63 pemimpin negara ahli iaitu 31 ketua
negara dan 32 ketua kerajaan
(ii) Menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC
(iii) Berjaya mendaftarkan dua negara anggota baru iaitu Timur Leste dan
Pulau Catalina
(iv) Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali
NAM

[4 markah]
(d) Mengapakah Malaysia tidak menganggotai NAM sebelum tahun 1970?
Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis
[1 markah]

135

Pernyataan di atas menerangkan peristiwa yang menamatkan perang.
(a) Namakan dua pakatan yang timbul semasa Perang Dunia Kedua.
(i) Kuasa Bersekutu
(ii) Kuasa Paksi
Bom atom menamatkan Perang Dunia Kedua
201
[2 markah]
(b) Apakah tindakan Adolf Hitler yang mengingkari Perjanjian Versailles?
Membina angkatan tentera yang besar
[2 markah]
(c) Mengapakah Jepun melibatkan diri dalam Perang Dunia Kedua?
(i) Ingin menguasai bahan mentah untuk perkembangan industrinya
(ii) Ingin menjadi sebuah kuasa yang terkuat di Asia
[4 markah]
(d) Mengapakah Harry Truman mengambil tindakan menggugur bom atom?
Dasar ingin mengelakkan tempoh peperangan yang lama dan kehilangan
nyawa yang ramai
[2 markah]
136 (a) Nyatakan dua pakatan yang wujud semasa Perang Dunia Kedua.
(i) Kuasa Bersekutu
(ii) Kuasa Paksi
[2 markah]
(b) Apakah peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama?
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary
dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia
[2 markah]
(c) Apakah alasan Jepun untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Kedua?
Jepun muncul sebagai kuasa yang ingin menguasai negeri-negeri tersebut
daripada penjajahan Barat
[2 markah]
(d) Senaraikan empat kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.
(i) Negara-negara terlibat mengalami inflasi
(ii) Negara-negara yang terlibat terpaksa berhutang kerana perbelanjaan
perang yang tinggi
(iii) Pasaran dunia mula diambil oleh Jepun dan Amerika Syarikat
(iv) Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya
[4 markah]

137
202

(a) Apakah yang anda faham dengan Perang Dingin?
(i) Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua
(ii) Perang Dingin hanya tamat pada1989 apabila sistem komunis Soviet
Union musnah
(iii) Perang Dingin disebabkan perbezaan ideologi dan fahaman politik
[3 markah]
(b) Nyatakan perbezaan antara Blok Kapitalis dengan Blok Komunis dari segi
politik.
(i) Blok Kapitalis Negara demokratik, pemilihan kerajaan melalui
pilihan raya
(ii) Blok Komunis Pemerintahan oleh diktator
[2 markah]
(c) Mengapakah Perang Dingin tercetus sejak tamatnya Perang Dunia Kedua?
Wujudnya ideologi dan fahaman politik yang berbeza
[1 markah]
(d) Bagaimanakah kedua-dua blok ini membuktikan kekuatan masing-masing?
(i) Melalui propaganda
(ii) Bantuan ekonomi
(iii) Ketenteraan
[3 markah]
(e) Apakah kesan tercetusnya Perang Dingin?
Pembentukan blok dunia
[1 markah]

138
Perang Dingin
Soviet Union
Amerika Syarikat
203

(a) Semenjak merdeka, Malaysia telah menyertai tiga pertubuhan serantau
seperti dalam rajah di atas.
X mewakili
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
[1 markah]
(b) Senaraikan empat negara ASEAN selain Malaysia.
(i) Indonesia
(ii) Singapura
(iii) Brunei
(iv) Filipina
[4 markah]
(c) Apakah persetujuan yang telah dicapai dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971?
Negara ASEAN sebagai zon aman, bebas, dan berkecuali (ZOPFAN)
[2 markah]
(d) Nyatakan tiga kerjasama negara ASEAN dalam bidang ekonomi.
(i) Baja urea
(ii) AFTA
(iii) EAEC
[3 markah]

139 (a) Nyatakan tiga faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.
(i) Kemunculan nasionalisme
(ii) Kemunculan sistem pakatan negara-negara Eropah iaitu Pakatan
Bertiga dan Perikatan Kuasa Tengah
(iii) Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
[3 markah]
Malaysia
ASA
MAPHILINDO
X
204
(b) Apakah peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama?
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-
Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914
[2 markah]
(c) Namakan perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama.
Perjanjian Versailles
[1 markah]
(d) Sebutkan empat kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.
(i) Negara-negara terlibat mengalami inflasi
(ii) Negara-negara yang terlibat terpaksa berhutang kerana perbelanjaan
perang yang tinggi
(iii) Pasaran dunia mula diambil oleh Jepun dan Amerika Syarikat
(iv) Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya
[4 markah]

140 (a) Senaraikan dua moto ASEAN.
(i) Keamanan
(ii) Kestabilan
[2 markah]
(b) Apakah tujuan pengisytiharan konsep ASEAN?
(i) Mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
(ii) Tidak bersekongkol dengan blok Barat atau blok Timur bagi
mengelakkan campur tangan kuasa besar
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga bentuk kerjasama ASEAN dalam kebudayaan.
(i) Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
(ii) Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
(iii) Pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan
[3 markah]
(d) Apakah kejayaan ASEAN dalam kerjasama ekonomi?
205
(i) Negara-negara ASEAN bekerjasama dalam projek perindustrian.
Contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan Acheh
(Indonesia)
(ii) Kerjasama ekonomi ASEAN diwujudkan melalui Zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA)
(iii) Malaysia mengemukakan idea East Asian Economic Caucus (EAEC)
[3 markah]

141 Malaysia melalui tiga tahap perkembangan dasar luar Malaysia.
(a) Namakan pemimpin yang terlibat dalam tahap-tahap tersebut.
(i) Tahap 1 Tunku Abdul Rahman
(ii) Tahap 2 Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn
(iii) Tahap 3 Tun Dr Mahathir Mohamad
[3 markah]
(b) Nyatakan dua prinsip yang diamalkan pada tahap pertama.
(i) Pro-Barat
(ii) Antikomunis
[2 markah]
(c) Terangkan nilai yang boleh dipelajari daripada Dasar Pandang ke Timur yang
diperkenalkan pada tahap ketiga.
(i) Semangat untuk negara
(ii) Kesungguhan pekerjaan
(iii) Etika pengurusan kerja yang baik
[3 markah]
(d) Apakah yang menyebabkan dasar luar Malaysia berubah kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara?
(i) Kurangnya pengaruh Britain di Timur
(ii) Kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA
[2 markah]

142 Perang Dunia Kedua membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang
Dingin.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan blok dunia?
206
Negara-negara yang bersehaluan berusaha untuk bersatu dan bertindak secara
bersama bagi menjaga kepentingan ahli
[2 markah]
(b) Apakah asas pembentukan blok dunia semasa Perang Dingin?
Geopolitik
[1 markah]
(c) Apakah yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin?
Pembezaan ideologi dan fahaman politik
[2 markah]
(d) Namakan negeri yang menyertai blok komunis.
Rusia
[1 markah]
(e) Nyatakan kesan Perang Dingin selain pembentukan blok dunia.
(i) Penubuhan NATO
(ii) Pakatan WARSAW
(iii) Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
(iv) Perlumbaan senjata
[4 markah]

143

(a) Senaraikan tiga matlamat penubuhan PBB.
(i) Memastikan keamanan dan keselamatan dunia
(ii) Berbaik-baik dengan negara anggota
(iii) Tempat mengharmonikan tindakan negara anggota
[3 markah]
(b) Nyatakan tugas Sekretariat dalam carta organisasi PBB.
Melaksanakan kerja pentadbiran seperti yang diarahkan oleh Perhimpunan
Agung
[1 markah]
Liga Bangsa dibubarkan pada tahun 1945. Tempatnya digantikan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beribu
pejabat di New York.
207
(c) Huraikan sumbangan Malaysia dalam PBB.
(i) Menyertai pasukan pendamai di Congo pada 1960
(ii) Menyertai pasukan pengaman ke Namibia
(iii) Menyertai pasukan keselamatan ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea
[3 markah]
(d) Apakah matlamat Bank Negara yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan
Disember 1945?
Membantu negara-negara ahli yang sedang membangun dari segi kewangan
dan memajukan ekonomi negara-negara tersebut
[2 markah]
(e) Mengapakah Liga Bangsa digantikan dengan PBB?
Gagal memainkan fungsi sebagai badan pendamai apabila Perang Dunia
Kedua tercetus
[1 markah]

144 Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan telah menyediakan peruntukan
belanjawan sebanyak RM5.2 bilion untuk melaksanakan projek berasaskan ICT.
(a) Nyatakan satu projek ICT berkenaan yang telah dilaksanakan.
Koridor Raya Multimedia (MSC)
[1 markah]
(b) Berikan empat bidang utama Koridor Raya Multimedia (MSC).
(i) E-pendidikan
(ii) Pemasaran tanpa sempadan
(iii) E-dagang
(iv) Penyiaran digital
[4 markah]
(c) Bilakah Koridor Raya Multimedia dilancarkan?
27 Jun 1998
[1 markah]
(d) Di manakah kawasan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC)?
Sebuah kawasan yang merangkumi KLCC hingga ke Lapangan Terbang
Kuala Lumpur (KLIA)
[2 markah]
208
(e) Nyatakan tujuan pelaksanaannya.
Untuk memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia
global dan seterusnya melahirkan masyarakat berilmu
[2 markah]

145 (a) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada tahun 1945.
Apakah matlamat penubuhan PBB?
(i) Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
(ii) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota
(iii) Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna
kulit
(iv) Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota
[4 markah]
(b) Senaraikan negara-negara yang mempunyai kuasa veto dalam Majlis
Keselamatan PBB.
(i) Britain
(ii) Perancis
(iii) Amerika Syarikat
[3 markah]
(c) Nyatakan peranan penting Malaysia dalam PBB bagi menyelesaikan konflik
antarabangsa.
(i) Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk
menamatkan perang saudara di Congo
(ii) Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara
itu mencapai kemerdekaan
(iii) Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
[3 markah]

146
209

Rajah di atas menunjukkan cara Malaysia menghadapi cabaran masa depan.
(a) Apakah tujuan penubuhan Koridor Raya Multimedia?
(i) Meningkatkan perkembangan teknologi maklumat
(ii) Melahirkan masyarakat bermaklumat
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga usaha penyusunan semula sistem pendidikan negara bagi
melahirkan k-masyarakat.
(i) Sekolah Wawasan
(ii) Sekolah Bestari
(iii) Penekanan kurikulum, kreatif, dinamis dan pemikiran kritis
[3 markah]
(c) Apakah cara bagi mengukur kemajuan dan kekayaan sesebuah negara?
(i) Simpanan emas
(ii) Keluasan tanah jajahan
[2 markah]
(d) Bagaimanakah untuk mencapai matlamat k-ekonomi?
(i) Membangun modal intelek
(ii) Melahirkan pekerja yang berpengetahuan
(iii) Membuat inovasi
[3 markah]

147 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan secara rasmi pada tahun
1945.
(a) Namakan ibu pejabat asal bagi PBB.
San Francisco
[1 markah]
(b) Nyatakan tiga matlamat penubuhan PBB.
Cabaran masa
depan Malaysia
Koridor Raya Multimedia
K-ekonomi
K-masyarakat
Cabaran masa
depan Malaysia
210
(i) Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
(ii) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota
(iii) Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
[3 markah]
(c) Buktikan Malaysia mengambil pendirian teguh memerangi gejala
penyalahgunaan dadah.
Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangaan antarabangsa
di Vienna
[2 markah]
(d) Kemukakan empat contoh yang menunjukkan Malaysia memainkan peranan
penting dalam penyelesaian konflik antarabangsa.
(i) Menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di
Congo
(ii) Dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia
(iii) Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
(iv) Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
[4 markah]

148 Perkembangan dasar luar Malaysia dibahagikan kepada tiga tahap.
(a) Nyatakan dasar luar Malaysia semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana
Menteri Malaysia.
Dasar pro-Barat yang antikomunis dan dasar berbaik-baik dengan negara
jiran dan Komanwel
[2 markah]
(b) Nyatakan dua matlamat dasar luar Malaysia.
(i) Menjamin keselamatan rakyat dan negara
(ii) Memelihara kepentingan nasional
[4 markah]
(c) Berikan contoh dasar luar berkecuali yang diamalkan pada tahap dua.
Pengisytiharan ZOPFAN dalam ASEAN
[2 markah]
(d) Apakah nilai yang boleh diperoleh daripada Dasar Pandang ke Timur?
(i) Kesungguhan bekerja
211
(ii) Etika pengurusan kerja yang baik
[2 markah]

149 (a) Nyatakan matlamat penubuhan ASEAN.
(i) Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
(ii) Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan
(iii) Meningkatkan taraf hidup penduduk
(iv) Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan
[4 markah]
(b) Mengapakah negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati dalam
ASEAN?
Negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam zon
Asia Tenggara
[2 markah]
(c) Nyatakan dua nilai yang menjadi moto ASEAN.
(i) Keamanan
(ii) Kestabilan
[2 markah]
(d) Huraikan tentang ASEAN + 3.
Kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara
Timur iaitu China, Jepun dan Korea
[2 markah]

150

(a) Namakan dua pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia sebaik
sahaja mencapai kemerdekaan 1957.
(i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(ii) Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
[2 markah]
Malaysia mendukung dasar mencintai keamanan dunia
212
(b) Nyatakan tiga sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC).
(i) Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo pada 1960
(ii) Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia pada tahun
1989
(iii) Menyertai pasukan Malaysia sebagai pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
pada tahun 1990-an
[3 markah]
(c) Nama tiga projek dalam kumpulan 15 (G 15) yang disertai oleh Malaysia.
(i) Menjaga keamanan dan keselamatan dunia
(ii) Melindungi hak asasi manusia
(iii) Menyelesaikan masalah antarabangsa melalui kerjasama
[3 markah]

(d) Apakah matlamat utama penubuhan Negara-Negara Selatan?
Mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan kerjasama
ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada
negara-negara maju
[2 markah]

You might also like