You are on page 1of 38

Tujuan kerja kursus RBT 3106 Reka Bentuk Pakaian

Projek penghasilan pakaian ini adalah untuk membolehkan pelajar



1. Menjahit pakaian jenis blaus wanita
2. Mendraf pola asas badan lengan
3. Mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian mengikut stail pakaian
yang direka
4. Memilih fabrik mengikut stail pakaian dari segi corak, warna dan tekstur
5. Mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada pakaian
6. Membuat pengiraan kos pakaian yang dijahit
7. Menggunakan alatan dan bahan mendraf
8. Mereka bentuk dan menghasilkan pakaian rekaan sendiri
9. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan


PENGENALAN

Reka bentuk Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Reka
bentuk dan Teknologi. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan
teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai
kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit
pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai
pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap
positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih
pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak
langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka
dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat.

Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan
hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-
jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar juga
perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itu
pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap
dalam syarat-syarat yang ditetapkan.

Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap
bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada
pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah
dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.








SENARAI UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)
A) GARIS LINTANG
1 Leher 43
2 Dada 71
3 Pinggang 77
4 Punggung 90
5 Bahu 46
6 Bidang belakang 40
7 Keliling hujung lengan 23
8 Keliling atas lengan (ketiak) 48
B) GARIS MENEGAK
12 Garisan tengah belakang 46
13 Labuh baju 52
14 Labuh lengan 50

LAKARAN PAKAIAN

Pandangan Hadapan

LAKARAN PAKAIAN

Pandangan Belakang




CIRI STAIL PAKAIAN

i. Menjahit kolar lurus sebagai kemasan garis leher

Definisi
Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian
dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada
bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah
kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar.

Kegunaan kolar
a) Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaian
b) Memberi gaya atau stail pada pakaian
c) Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarik
d) Memberikan kepanasan kepada pakaian
Ciri-ciri kolar lurus
1. Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik
2. Permukaan kolar rata
3. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher
4. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang
5. Kedua-dua hujung kolar sama lebar
6. Camtuman kelim kolar tidak teratur


ii. Lengan padanan rata dijahit pada bahagian lengan dan dipasang mansit
pada hujung lengan

Definisi
Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi
sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan daripada
badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus
yang terletak di garis atas lengan. Hujung lengan boleh disiapkan dengan
kelepet, lapik atau kun

Fungsi lengan
a) Melindungi kecacatan lengan
b) Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk
c) Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan
fabrik
d) Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk
belangan dan sari




iii. Kelepet belah sama lebar dijahit pada bahagian butang dan lubang butang.

Definisi
Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi
tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.


Jenis jenis penyudah tepi
1. Kelepet
2. Penjuru
3. Lapik
4. Kun
5. Rendah
6. Ikatan pinggang
7. Kasing
8. Jahitan sulaman






iv. Lisu bertentang dipasang pada bahagian hadapan dan belakang baju.











Difinisi
Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak
membelakang di antara satu sama lain. Lipatan lisu-lisu ini hendaklah
bertemu di sebelah dalam pakaian



v. Kancing yang digunakan dalam blaus ini ialah butang dan lubang butang.

Definisi
Kancing ialah sejenis alat yang digunakan untuk menutup belah pada
pakaian lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain lagi supaya dapat mengelakkan
bentuk asal pakaian atau artikel. Ia juga digunakan sebagai perhiasan.
Kancing-kancing yang dipasang pada pakaian atau artikel hendaklah dijahit
dengan kukuh dan kemas. Pemilihannya bergantung kepada fesyen dan
kesesuaian fabrik.

Tujuan menjahit kancing
1) Mengancingkan belah
2) Sebagai perhiasan
3) Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah
belah
4) Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis
kancing yang dipilih
Jenis-jenis kancing
1) Butang katup
2) Butang cangkuk dan kancing
3) Butang cangkuk dan rumah
4) Butang cangkuk dan rumah cangkut bersirat




vi. Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

Definisi
Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk
pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang
hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada
pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis
pakaian
Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim
1) Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian
2) Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan
rupa yang elok
3) Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan
pakaian
4) Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas
5) Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut
6) Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata
dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis
pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

Fabrik Sutera Thai (Sumber Protein)


Ciri umum:
1. Fabrik sutera licin, lembut dan berkilau.
2. Memberi gantungan yang baik dan sederhana kenyal.
3. Sederhana kukuh dan kurang kukuh 20% bila basah.
4. Ia penyerap air yang baik dan\ pengalir haba yang baik oleh itu fabrik cepat
kering dan sejuk dipakai pada hari panas dan hangat dipakai pada hari
sejuk.
5. Fabrik sutera mudah rosak oleh asid dan peluh dan alkali boleh merosakkan
dan mereputkan.
6. Ia juga tidak tahan pada cahaya matahari dan sensitif pada suhu yang tinggi
Sangat lembut dikulit, glamours dan bahannya jatuh (flowing)
7. Menyerap peluh
8. Untuk ketahanan, baju harus di dry cleaning supaya kualiti warna dan
kekuatan bahan bertahan lama




Ulat Sutera Telur Larva
Kokun Kepompong

Tips menjaga sutera :

1. Segera cuci sutera yang terkena peluh, sebab apabila dibiarkan, asam
dan garam dalam peluh akan membuat sutera menjadi kuning.
2. Hindarkan daripada menjemur sutera di bawah sinar matahari langsung.
Cukup di angin anginkan di tempat teduh untuk dikeringkan sehabis
dicuci
3. Sutera hanya bisa dicuci dengan tangan. Jangan menggunakan mesin
cuci kerana akan merosak kehalusan seratnya.
4. Terbalikkan fabrik ketika menyeterika. Gunakan suhu rendah. Bila perlu
alas bahagian yang diseterika dengan kain lain.




PENGIRAAN KOS

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT
(RM)
KOS
(RM)
Fabrik 4 meter 4.00 16.00
Benang jahit (Hijau) 1 buku 1.00 1.00
Butang 5 biji 0.50 2.50
Kertas pola 1 helai 0.50 0.50
JUMLAH 19.50

1) Kos upah
Masa untuk menyiapkan sepasang baju blaus ialah 7 jam.
Kos upah ialah RM 2.00 sejam
Kos upah = 1 orang x 6 jam x RM 2.00
Jumlah = RM 12.00

2) Kos sampingan RM

i. Upah jahit kemas tepi 1.00
ii. Elektrik 0.30
iii. Upah jahit lubang butang 1.50

3) Kos projek

Kos projek = Kos bahan + Kos upah + Kos sampingan
= 19.50 + 12.00 + 1.80
= RM 30.30


Menyusun Atur Pola
1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan :
a) Pola tidak berkedut
b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan
c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik
b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik
c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik
a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas
sebelah dalam fabrik.
b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik.
c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik.
Ukur dari tepi untuk ketepatan.
d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil.
e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan.
f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan
kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu
bahagian kiri atau satu bahagian kanan.
g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10
15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan
menggunting.
h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa
menyemat.
i. Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk
memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

MENYUSUN POLA DI ATAS FABRIK
Lipatan Fabrik















S.D

Pola Yang Lengkap


Pola bahagian belakang Pola bahagian depan




Pola lengan pendek Pola kolar kemeja


Pemilihan bahan:



Benang jahit

Butang






Fabrik



Alatan Jahitan

ALATAN

KEGUNAAN
Roda surih

Digunakan bersama kertas karbon
untuk memindahkan garisan
pemadan ke atas fabrik ataupun pola
Kapur


Membuat dan memindahkan garisan
pemadan
Pensel








Digunakan untuk menanda garisan
pemadan pada permukaan fabrik
Membuat dan juga memindahkan
tanda pola

Kertas karbon

Digunakan untuk memindahkan motif
sulaman ke atas fabrik
Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya
tidak mudah lari terutama sekali pada
fabrik yang licin
Menyemat kepingan fabric sebelum
menjahit
Digunakan untuk kerja mengacu
pakaian
Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik
Mesin jahit





Menjahit lurus
Menjahit sulaman
Menjahit lubang butang dan semua
kerja mencantum fabrik

Penetas


Menetas mata jahitan dan
menanggalkan benang jahitan
Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika
dan menekan fabrik




Seterika


Menekan dan menyeterika fabrik
supaya kemas dan rata
Pita ukur


Mengukur dengan tepat ukuran
badan
Pembaris sesiku Membuat garisan bersudut tepat dan
garisan lurus pada pola atau fabrik
Bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis leher dan


lubang lengan
Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan
lurus pada kertas pola
Mengukur fabrik














Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada
Fabrik

a. Menggunting fabrik
Gambar

i. Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan
menggunakan kuak yang panjang.
ii. Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil.
iii. Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan
kerja dengan gunting menyentuh permukaan.
iv. Gunting tanda pemadan menghala ke luar.
v. Gunting kesemua pola dalam satu masa
vi. Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.




b. Memindah tanda pola pada fabrik
Gambar



i. Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik.
ii. Antara pola yang perlu dipindahkan ialah :
- Garis pemadan / basi kelim
- Lisu pemadan
- Garis kelepet
- Lubang butang








c. Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan :
Gambar


- Kertas karbon dan roda surih
- Kapur tukang jahit
- Jelujur kasar
- Jarum peniti


LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT
Proses menjahit kemaja adalah seperti berikut :

Langkah 1




Langkah 2








Langkah 3






Langkah 4








Langkah 5





Langkah 6







Langkah 7






Langkah 8






Gambar Blaus Pandangan Hadapan





Gambar Blaus Pandangan Belakang



REFLEKSI
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja
kursus Reka Bentuk Pakaian RBT 3106 saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman sangat
berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.
Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa
rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar
pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk
mengenai fabrik yang digunakan untuk membuat baju kemeja, lisu dan kolar yang
digunakan semasa saya menjahit baju kemeja. Selepas itu, saya terpaksa pula
mencari maklumat mengenai rekod kos untuk melihat kos sepasang baju kemeja
untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini
kerana tidak begitu paham untuk menjahit baju kemeja dan membuat rekod laporan
jahitan tetapi setelah di terangkan oleh Pn Fuziah Bte Ishak, saya akhirnya dapat
mengetahui bagaimana cara-cara untuk menjahit kolar, lengan dan membuat pola
baju kemeja.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan
secara indivifu. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan
kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Fuziah Bte Ishak
telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini
merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus
ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran
dalam bidang jahitan kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat sepasang baju
kemeja. Perkara ini tidak mudah kerana banyk langkah-langkah dan teknik yang
saya perlu mahir untuk menyiapkan sepasang kemeja.


Melalui pembuatan baju kemeja yang telah berjaya disiapkan dalam masa
yang ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya
perolehi berkaitan dengan pembinaan pakaian.
Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik yang
sesuai digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan
jenis fabrik dan kesesuaian si pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola.
Selain daripada itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses
menjahit bahagian-bahagian pakaian dengan cara yang betul.
Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus
tersebut ialah kolar lurus, lengan padanan rata berserta mansit, kelepet belah sama
lebar, kelepet bawah baju. Selain itu kelim belah kangkung telah digunakan untuk
mencantum bahagian bahu dan tepi baju manakala lisu cekung pula telah dijahit
pada bahagian hadapan dan belakang baju.
Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk
menghasilkan pakaian ini, namun segalanya dapat diatasi dan blaus ini berjaya
disiapkan. Antara masalah yang wujud ialah kekangan masa dan masalah teknikal
seperti kerosakan mesin yang melambatkan masa menyiapkan proses jahitan.
Namun berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan bantuan daripada rakan-rakan
masalah ini berjaya diselesaikan.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja
kursus Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang diberikan telah
berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka
yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah
saya iaitu Pn Fuziah Bte Ishak.







Isi kandungan
Bil. Perkara Muka
Surat
1 Biodata guru pelatih i
2 Pendahaluan ii
3 Objektif iii
4 Lakaran Pakaian 1-6
5 Ciri Stail Pakaian 7-12
6 Fabrik 12-13
7 Menyusun Atur Pola 15
8 Langkah-langkah Menggunting Fabrik dan Memindah Tanda Pola pada
Fabrik
16-25
9 Langkah-Langkah Menjahit 26-32
10 Gambar Pakaian Kemeja 33-34
11 Pengiraan kos 35
12 Refleksi 36-37
13 Lampiran 38

You might also like