Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
103Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI.

Ratings: (0)|Views: 3,912 |Likes:
Published by lan_salam
Work
Work

More info:

Published by: lan_salam on Nov 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/24/2013

pdf

text

original

 
 
Pengenalan
Mata pelajaran Seni Visual ini telah diperkenalkan dalam peperiksaan STPM pada tahun 2002. MajlisPeperiksaan Malaysia telah menerima maklum daripada kalangan pengubal kertas soalan, penaksir kertas soalan, pemeriksa, pensyarah universiti, guru dan calon tentang kandungan sukatan pelajaran ini.Berdasarkan maklum balas ini, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengemas kini sukatan pelajaran ini. Justeru, sukatan pelajaran ini telah diubah suai dan dikemas kiniserta di beri wajah baru sebagai pendekatan serampah dua mata kerana diyakini sukatan pelajaran yang baru ini akan lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, dan akan menarik minta lebihramai pelajar terhadap mata pelajaran ini agar dapat bersaing dengan mata pelajaran STPM yang lain.Pengubahsuaian dan pengemaskinian sukatan pelajaran Seni Visual ini adalah usaha berterusanyang dilakukan bagi menjamin sukatan pelajaran ini selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang seni visual pada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi serta keperluan alam pekerjaan. Selain pengubahansuaian terhadap tajuk dan subjek, sukatan pelajaran baru ini jugadimuatkan dengan huraian subtajuk yang lebih terperinci untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Bentuk peperiksaan dalam sukatan pelajaran yang dikemaskinikan ini juga berlainan sedikitdaripada bentuk peperiksaan yang lama. Kertas-kertas yang ditawarkan ialah Kertas 1 (Teori SeniVisual), Kertas 2 (Lukisan), Kertas 3 (Projek Penghasilan Karya), dan Kertas 4 (Teori PenghasilanKarya). Kertas 1 kini dinamakan Teori Seni Visual kerna komponennya terdiri daripada Apresiasi SeniVisual dan Teori Penghasilan. Bagi Kertas 2, perubahan dilakukan dari segi media yang digunakanuntuk calon untuk melukis. Dalam sukatan pelajaran baru ini hanya media kering yang digunakan. Halini demi memastikan kemahiaran calon dalam lukisan benar-benar terserlah. Kertas 3, dalam kerjakursus, menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bidang pengkaryaan atau perekaan. Bagi Kertas 4 pula, calon sekolah swasta dan calon persendirian yangmengambil kertas ini perlu mempunyai kemahiran yang benar-benar sama dengan kemahiran yangditunjukkan oleh calon sekolah. Hal ini bermakna mereka akan disoal tentang hal-hal yang berkaitandengan kerja-kerja kursus bagi menghasilkan karya dan rekaan.Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini telah dilaksanakan olehJawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dipengerusikanoleh Prof Madya Dr Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi MARA. Jawatankuasa
 KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP3093
1
 
 
ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, maktab perguruan dan guru-guru yang mengajar di sekolah. Sukatan pelajaran ini mula digunakan pada tahun 2005 dengan peperiksaan yang pertama pada tahun 2006. Kandungan, huraian, bentuk peperiksaan, dan soalancontoh bagi sukatan pelajaran Seni Visual STPM termuat dalam buku ini. Bagi pihak MajlisPeperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepadaJawatankuasa ini atas khidmat yang diberikan. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya.
Matlamat
Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiranseni visual bagi membolehkan mereka.
(a)
Mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi,
(b)
Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.
 KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP3093
2
 
 
Objektif 
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar 
(a)
Memahami pengertian dan peranan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti sertasumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan,
(b)
Memahami cara-cara memperoleh dan mengolah idea dalam pengkaryaan dan perekaan,
(c)
Memahami kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek estetik dan fungsi, khususnya dalam peningkatan mutu barangan, industri, dan kualiti kehidupansecara menyeluruh,
(d)
Memahami bagaimana faktor sejarah, sosial, agama, politik, dan pesekitaran mempengaruhi penghasilan karya dan reka seni visual, dan menggunakan faktor tersebut sebagai unsu pengembangan idea dalam penghasilan,
(e)
Memahami bahawa seni visual ialah satu bentuk komunikasi, dan meneliti secara kritis pelbagai karya dan rekaan seni visual.
(f)
Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penerokaan dan penghasilan karya dan reka seni visual,
(g)
Menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat, bahan, dan teknologi, serta kaedahseni dalam penghasilan karya dan reka seni visual,
(h)
Mengesan, menghurai, menganalisis, menginterpretasikan, dan membuat pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya dan rekaan seni visual denganmenggunakan laras bahasa seni visual.
 KURIKULUM PENDIDIKAN SENI SSP3093
3

Activity (103)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
aal liked this
firdakhanifah liked this
Wan Mohammad liked this
Suhana Jasmy liked this
Susiah Salam liked this
Bintu Adamhawa liked this
Claire Tee liked this
Che Azizah Jab liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->