You are on page 1of 6

UJIAN MINGGUAN 1

Ujian Mingguan
BAHAGIAN A

PENJODOH BILANGAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin
Mariam.
A biji C jambak
B helai D batang
2. Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi
di ibu Negara.
A sekeping C sehelai
B sepucuk D senaskah
3. Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena
majlis persaraan beliau.
A sebaris C sepatah
B sebuah D serangkap
4. Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk
dimasak.
A pucuk C batang
B ikat D cekak
5. Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai
berhampiran rumahnya.
A keping C bidang
B kajang D rawan
6. Amirah membawa se________ payung ke sekolah supaya tidak kehujanan.
A kaki C batang
B buah D bentuk

UJIAN MINGGUAN 1
7. Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang tahun
hari lahir.
A sebentuk C seutas
B sepasang D sebuah
8. ________ lembu sedang meragut rumput di padang.
A sekawan C sekumpulan
B segerombolan D sepasukan
9. Seniman negara terkenal telah diundang untuk membacakan beberapa
________ puisi sempena sambutan Malam Kemerdekaan.
A cebis C naskhah
B patah D rangkap
10. Pihak berkuasa berjaya memusnahkan dua ________ bom lama yang dijumpai
oleh seorang nelayan.
A biji C buah
B butir D laras
11. Pak Salleh berjalan pulang dari dusunnya sambil memikul se ________ kayu api.
A ketul C berkas
B pucuk D keping
12. Ayah terpaksa menjual ________ tanah pusaka untuk membiayai pelajaran
abang di luar negara.
A sepotong C selembar
B sebidang D sebuah
13. Kak Bedah memberikan beberapa ________ jagung bakar kepada jiran barunya.
A biji C buah
B batang D tongkol
14. Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ________ pantun
nasihat.
A sebuah C serangkap
B seuntai D serangkai


UJIAN MINGGUAN 1
15. Dua ________ gerai baru telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Kelang
untuk memudahkan para peniaga.
A biji C baris
B butir D batang
16. Di dalam beg kecil itu terdapat dompet dan se ________ kunci.
A butir C kuntum
B berkas D helai
17. Tiga ________ permaidani disandarkan pada dinding untuk mengelakkannya
daripada terkena habuk.
A kaki C lembar
B buku D gulung
18. Layang-layang Amin tersangkut pada dahan se________ pokok.
A buah C pohon
B dahan D batang
19. Pak Aziz memakan beberapa ________ pulut sebagai sarapan pagi.
A kepal C genggam
B ketul D cubit
20. Ibu membeli tiga ________ petai di pasar malam.
A butir C rawan
B kepal D papan









UJIAN MINGGUAN 1
BAHAGIAN B
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.











UJIAN MINGGUAN 1
BAHAGIAN C
Tulis beberapa nilai dan pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
HUTAN MELINTANG, Khamis Tiga orang lelaki ditahan kerana membuang sisa
toksik di Sungai Bernam, berhampiran dengan Desa Permai. Mereka dipercayai telah
melakukan perbuatan itu berulang kali. Akibat perbuatan tersebut, banyak hidupan
akuatik mati. Selain itu, air yang kotor telah memberikan kesan buruk kepada kesihatan
penduduk di kawasan ini.
Penangkapan ini berjaya dilakukan berdasarkan laporan orang ramai. Rasa
tanggungjawab yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat ini dapat menyelesaikan
masalah pencemaran sungai yang dilaporkan baru-baru ini.
Pihak berkuasa memuji tindakan bijak yang dilakukan oleh penduduk kampung
yang prihatin terhadap masalah pencemaran. Sekiranya semua pihak bersikap
sedemikian, pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan berani melakukan
kesalahan tersebut sewenang-wenangnya.
Pihak berkuasa juga berharap agar masalah ini menjadi tanggungjawab
bersama-sama.

UJIAN MINGGUAN 1






SOALAN TAMAT

You might also like