Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
44Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Faktor Perubahan Ejaan Bahasa Melayu

Faktor Perubahan Ejaan Bahasa Melayu

Ratings: (0)|Views: 1,522 |Likes:
Published by AyulAshrul
Ejaan bahasa Melayu sedang mengalami perubahan yang mendadak. Perubahan-perubahan ini adalah disebabkan beberapa faktor.
Ejaan bahasa Melayu sedang mengalami perubahan yang mendadak. Perubahan-perubahan ini adalah disebabkan beberapa faktor.

More info:

Published by: AyulAshrul on Nov 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/15/2012

pdf

text

original

 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN SISTEM EJAANRUMI BAHASA MELAYU
Perubahan ke atas Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Lama (1972) berlaku kerana inginmewujudkan bahasa Melayu standard yang boleh digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi negara-negara yang mengamalkan bahasa Melayu. Terdapat tiga faktor utama yangdifikirkan menyumbang ke atas perubahan ini.3.1 Menyesuaikan sistem ejaan.Pertama, untuk menyesuaikan sistem ejaan sekarang dengan perkembangan semasa yang pesat membangun. Bahasa mencerminkan tahap tamadun sesuatu bangsa, oleh itu perubahan-perubahan seperti ini perlu wujud supaya bahasa Melayu boleh diterima pakaidi dalam mana-mana bidang. Istilah - istilah baru dicipta berpandukan sistem ejaan yangtersusun.3.2 Pentingnya ejaan dalam pendidikan.Kedua, sejajar dengan dasar negara yang merasakan pendidikan amat penting untuk kemajuan negara, maka terdapat langkah untuk menyamakan sistem ejaan Rumi bahasaMelayu Malaysia dan Indonesia. Kalau sebelum pengisytiharkan penggunaan sistemejaan baru, timbul masalah kefahaman antara bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan darikedua-dua negara tetapi setelah wujudnya ejaan bersama, masalah ini tidak ketara lagi.Perubahan sebegini amat penting kerana ia akan dapat menentukan aliran ilmu antarakedua-dua negara. Sumber-sumber ilmiah yang digunakan di institusi-institusi pengajiantinggi tidak lagi perlu diterjemah dari sistem ejaan Malaysia kepada sistem ejaanIndonesia atau sebaliknya. Penuntut-penuntut di universiti pengajian tinggi dapatmemahami dengan jelas dan teratur maklumat yang cuba disampaikan oleh rakan merekadari negara jiran. Kerjasama yang erat dan dipergiatkan antara universiti-universiti danmaktab-maktab di kedua-dua negara akan dapat membantu negara masing-masing berkembang dengan pesat. Hal ini dapat diperkukuhkan apabila sejak pengisytiharandibuat penggunaan Sistem Ejaan Rumi Baharu digunakan secara meluas di akhbar-akhbar, surat rasmi, undang-undang, dokumen-dokumen dan buku teks yang dicetak semula.3.3 Memperbaiki kekurangan yang ada.Ketiga ialah untuk memperbaiki sistem yang sedia ada, iaitu mengubah beberapa cara penggunaan tanda baca dan ejaan supaya lebih mantap dan mudah. Sistem ejaan yangmudah tidak akan membebankan ingatan pengguna dan ianya akan mudah diterima olehmasyarakat. Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan konsep ilmiah dalam bidangilmu bahasa memberikan pedoman-pedoman baru untuk pakar-pakar bahasa bagi penyusunan ejaan yang baik.Beberapa tanda baca yang biasa digunakan semasa sistem Ejaan Za'ba telah dimansuhkanseperti penggunaan tanda diakritis pada huruf e untuk membezakan sebutan e pepet dan e
 
taling. Penggunaan tanda diaktiris ini dirasakan tidak sesuai kerana ia melambatkan proses penulisan dan proses percetakan.3.3.1 Kelemahan dari aspek fonemEjaan Rumi mengalami proses standardisasi disebabkan oleh beberapa faktor yang timbulakibat arus peredaran zaman atau berpunca daripada kelemahan sistem ejaan Rumi itusendiri. Antara kelemahan tersebut termasuklah:i). Kodifikasi fonem Melayu tidak tepat dan tidak jelas kerana penulis atau penyusunnyatidak mengetahui sistem bunyi atau fonologi Melayu yang sebenar, serta pendekatan yangmencampuradukkan antara bunyi, fonem dan huruf atau ejaan. Jadi, kodifikasi fonemdiperlakukan berdasarkan nilai sebutan bahasa asal penyusun atau penulisnya yang berkenaan seperti Inggeris, Belanda, Itali, Perancis dan seumpamanya. Kodifikasi fonemtersebut turut dilambangkan dengan huruf yang terdapat dalam sistem ejaan bahasa penulis terbabit.ii). Pelambangan fonem dibuat dengan pelbagai grafem, iaitu menggunakan satu grafem bagi lebih daripada satu fonem, dan sebaliknya, melambangkan satu fonem dengan lebihdaripada satu grafem, banyak menggunakan digraf dan geminasi, serta banyak menggunakan tanda diakritik.iii). Pengejaan kata sering tidak tepat kerana kebanyakannya tidak berdasarkan sebutan penutur asli yang sebenar atau penutur yang terpelajar, sebaliknya banyak berdasarkan bahasa pasar.iv). Perumian atau pengejaan vokal sering tidak tepat kerana dibuat berdasarkan proses penukaran huruf daripada tulisan jawi yang sistemnya tidak dapat menggambarkankesemua bunyi enam vokal Melayu baku dengan sahih.v). Penulisan kata banyak yang tidak seragam dan tidak berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul kerana kejahilan penulis atau penyusunnya tentang perkara berkenaan. Ini merangkumi aspek pembentukan kata,fungsi serta kelas kata.vi). Perlakuan terhadap fonem asing, khususnya konsonan daripada bahasa Arab, tidak seragam dan tidak jelas dalam kebanyakan sumber kerana penulis atau penyusunnyatidak tidak memahami dan tidak dapat menyebut bunyi konsonan asing dengan betulseperti dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian penulis terbabit memberikan petuasebutan yang tidak tepat dan melambangkannya dengan grafem yang janggal pula.
 
3.3.2 Kelemahan dari aspek lainSelain kelemahan yang berpunca daripada aspek bunyi, terdapat juga kelemahan-kelemahan lain pada sistem ejaan terdahulu yang menyebabkan perlunya prosesstandardisasi dilaksanakan. Antara kelemahan dan kekurangan berkenaan diperlihatkandengan ciri-ciri seperti yang berikut:i). Tidak ekonomis: Banyak menggunakan digraf iaitu dua huruf berturut-turut yangmewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy). Selain daripada itu, penggunaan tanda sempangdalam penulisan imbuhan atau bentuk terikat dan pengunaan grafem baru terutamanyadalam tulisan Za’ba turut dilihat sebagai tidak ekonomis kerana memerlukan biaya yang besar apabila dilaksanakan.ii). Tidak praktis: Pengunaan grafem baru yang janggal, sukar ditulis dan membebankaningatan pengguna serta penggunaan tanda diakritik yang menyukarkan penulisan dan percetakan.iii). Tidak fonemik: penggunaan satu grafembagi satu fungsi, penggunaan digraf yangtidak sesuai dengan fonem dan transkripsi satu fonem dengan dua grafem.iv). Penulisan kata yang mencampuradukkan unsur bentuk terikat dengan unit bentuk  bebas.v). Tidak fleksibel iaitu penolakan fonem asing seperti /f/, /v/, dan /s/.vi) Tidak jelas: Penulisan kata ulang berimbuhan dengan menggunakan angka dua, penulisan kata depan <di> dan <ke> yang serupa dengan awalan <di>dan <ke> serta penulisan frasa dan kata majmuk yang tidak tetap bentuknya kerana tidak jelaskategorinya.vii) Tidak simple: Penggunaan tanda trema <"> diatas <i> sebagai akhiran selepas <a>, penggunaan tanda koma di atas (‘) dan peraturan pengejaan keselarasan vokal yang berbagai-bagai.viii) Tidak seragam: Menggunakan dua cara bagi penulisan kata depan <di> dan <ke>serta penulisan kata depan <di>yang berbeza daripada <ke>. Penulisan kata ulang jugadilakukan dengan menggunakan tanda sempang disamping dengan penggunaan angkadua.ix). Tidak menyeluruh: Senarai fungsi atau kegunaan bagi tanda baca, penulisan huruf,lambang dan angka tidak lengkap.3.4 Kesan-kesan sampinganPenggunaan sistem Ejaan Rumi Baharu ini telah meluas ke negara jiran selain Indonesia.Melalui Kongres Kebangsaan Singapura, sebuah jawatankuasa ejaan bahasa Melayu telah

Activity (44)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nurul Nabila liked this
Alias Sidek liked this
Ainol Altintop liked this
Ainol Altintop liked this
jash2787 liked this
tiqz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->