3.0 Bahasa Melayu Klasik 3.1 Definisi
Takrifan tentang Bahasa Melayu Klasik perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kitamemahaminya. Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan ( !986 : 590 )mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyaisifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagi perkataan moden.Takrifan ini menjelaskan kepada kita bahawa bahasa Melayu Klasik diakuikepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Namun, perubahan masa dan zamanmenyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai bahankajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya.
3.2 Ruang Lingkup Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Zaman permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu BerangKuala Terengganu bertarikh 702 H bersamaan 1303 Masehi. Selain penemuan prasastitersebut terdapat juga prasasti bahasa Melayu Klasik terutamanya di negeri Kedah,Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Kempas. Ada juga prasastiyang ditemui di Sumatera, contohnya di Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh dan lain-lain lagi (Amat Juhari Moain. 1994).Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapisemuanya tersimpan di luar negara .Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku yang2