You are on page 1of 10

TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu


Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku
pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok
Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk
Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah
Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan
segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan
negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang
gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang
lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga
telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang
Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah
disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan
Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi
mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.
Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam
menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah
yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu
dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan
orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan
dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta
kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan
Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih
mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh
yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang
Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam
segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang
berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau
Tawar.

MAT KILAU



Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu
beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai
lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau
pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana
yang dikenali sebagai Dikir Pahang.Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing
dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang
gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil
perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah
berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,
bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti
keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan
hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu
daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama
banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji
Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.Mat
Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang
telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888
semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar
dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai
idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat
dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan
mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang
yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh
pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui
namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib),
Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat
Kilau.


Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar
Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press
menyatakan Ketua Pendehaka, iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan
pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula
memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat
parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan
kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh
akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum
tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku
tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang
Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai
penderhaka oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan
berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu
5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang
pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad
bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan
dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju
mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin
Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung
Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah
pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas
sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah
mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari
1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat
Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari
Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri
Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan
terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya
ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan
kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
HANG TUAH

Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka.
Ayahnya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati.
Ibubapa beliau mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan
Kampung Bendahara. Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja
sebagai pemotong kayu di gerai keluarganya.
Hang Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat,
Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi dan dikenali sebagai lima
perwira. Lima sahabat karib ini telah berlajar berguru daripada
Guru Ali Putera yang tinggal diatas bukit. Keperwiraan Hang Tuah
terserlah apabila beliau dapat mengalahkan orang yang mengamuk
di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak yang datang menyiasat
berkenaan perkara tersebut juga telah diserang. Keadaan tersebut
dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan kawan-kawannya.
Hang Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja
dan sanggup berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada
raja dan negerinya. Beliau juga merupakan seorang yang bijaksana
dan pintar, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu serta
dipercayai oleh Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak
musuh yang ingin menawan Melaka. Kata-kata Tak Melayu Hilang
di dunia akan sentiasa hidup dengan bersama-sama dengan wira
Hang Tuah






DOL SAID

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku
Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan
Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun
1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah
Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas
daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang
kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British
dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku
pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani
yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu
seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning
yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831
iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut,
Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama
kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan
orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol
Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam
perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan
akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning
kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat
pada 27 Oktober 1832.

You might also like