Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Terapi

Terapi

Ratings: (0)|Views: 402 |Likes:
Published by Hikari Sota

More info:

Published by: Hikari Sota on Nov 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2012

pdf

text

original

 
Terapi
Maklumat dikumpul oleh:Sumber : PelbagaiTarikh :
1. Terapi Fisio dan Terapi Cara kerja2. Terapi Muzik dan Nyanyian3. Pergerakan Kreatif dan Drama4. Terapi Seni5. Terapi Hidro
Maklumat dikumpul oleh: Rohayu SK Setapak, KL.Sumber : PelbagaiTarikh : 26 Mei 208Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selaindaya apungan air sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapatdiatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebihdalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid"water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembanganfizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkandaya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.Sepanjang pengalaman saya mengendalikan murid-murid pendidikan khas untuk menjalaniterapi air ini, kebanyakkan murid ADHD dilihat tidak lagi berkelakuan aktif ketika berada didalam air. Mereka kelihaan leka dan ashik bermain dengan pasir dan juga objek-objek yangterapung di dalam air.5.1. PENGENALANPemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan KhasPembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain.Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Muriddiajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam dikolam tersebut berukuran 1 meter.5.2. OBJEKTIFAktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikapkerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu,
 
renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKP ini.5.3. DEFINISI DAN KONSEPHidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak merekadapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani sepertikeperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapatdilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlakudidapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Disinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melaluihidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktivitiseperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkandi dalam air.Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukanoleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air  berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur  pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadapindividu berkeperluanyang unik ini.5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPIHidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yanglebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:i. Menghilangkan tekananii. Keupayaan berkomunikasiiii. Simulasi sistem otak iv. Bina keyakinan diriv. Kreativitivi. Kawalan dirivii. Latihan ‘Social skill’viii. Merangsang pertuturanix. Melatih sikap bekerjasamax. Meningkatkan kesabaranxi. Pengamatanxii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lainxiii. Latihan daya kepimpinanxiv. Manipulasi tangan dan jari-jemarixv. Daya konsentrasixvi. Pembentukan ‘body image’
 
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’5.5. PANDUAN KESELAMATANSebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKP ini, faktor yang paling pentingdan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalamsudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.i. Ketidakupayaan FizikalGuru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam.Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dankepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dansentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada muridsewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut.Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihanhendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.ii. Ketidakupayaan IntelektualKetidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKP di mana tahap tumpuan yang singkatmenyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKP yang kurang persepsikemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsiyang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKP tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaanatau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPIi. Pendahuluan• Memanaskan badan dan meregangkan otot.• Mengenakan jaket keselamatan.ii. Isi Pelajaran• Bermain-main di tepi air.• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.• Aktiviti renang dengan bantuan guru.• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.iii. Penutup• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
rosellah liked this
sjamuna liked this
hebatf liked this
Rahayu Mat Tahar liked this
kucheng_parsi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->