Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
18Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Terapi Air

Terapi Air

Ratings: (0)|Views: 1,822|Likes:
Published by Hikari Sota

More info:

Published by: Hikari Sota on Nov 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/18/2012

pdf

text

original

 
Menurut teman sekerja setiap hari dia akan duduk berehat mendengar bunyi percikan dan aliranair dari kolam mini di halaman rumahnya untuk menenangkan fikiran. Bunyi aliran air yangmenggunakan kuasa elektrik itu tidaklah semerdu alunan muzik tetapi ia memberi kesan positif kepada emosi dan minda.Air yang menjadi tonggak utama kehidupan mempunyai banyak manfaat lain termasuklah dalam bidang perubatan. Beribu tahun dulu secara tradisionalnya, air digunakan untuk merawat danmengurangkan penderitaan pesakit artritis dan kaedah ini dikenali sebagai terapi air atau hidro. Ia juga dipanggil balneoterapi.Terapi hidro bermakna menggunakan air dalam sebarang bentuk untuk mengembalikan tenaga,mengekal dan menjaga kesihatan. Ada banyak jenis terapi air yang ditawarkan termasuklahsauna, mandi wap, mandi sitz (hanya merendamkan punggung dan paha) atau sekadar berendamdalam air suam. Malah, penggunaan pek panas atau sejuk bagi melegakan kesakitan otot jugadianggap sebahagian daripada hidro terapi.Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awalabad ke-19 yang menghidap batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkandengan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada badan.Ketika sakit dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatanmengatakan penyakitnya itu boleh dirawat dengan berendam dua atau tiga kali seminggu diSungai Danube yang sejuk bagi merangsang sistem imun. Terbukti selepas melakukannya,kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam mengenai terapiair dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4,500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. Manakala rumah mandi awam dikatakanmenjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah, pakar perubatan Rom, Galen danCelsus menulis makalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadiikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan jugatercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah.Kini air masih menjadi antara kaedah utama dalam rawatan moden untuk pelbagai jenis masalahkesihatan. Perunding Rehabilitasi dan Senaman, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir berkata, walaupun ia terbukti berkesan tetapi terapi air perlu dilakukandalam persekitaran selamat dan sempurna di bawah penyeliaan jurulatih fisioterapi air.Katanya, terapi air yang dijalankan di kolam renang khas mempunyai kelebihan tersendiri keranaada pergerakan yang tidak boleh dilakukan di atas tanah (darat) terutama bagi individu yangalami masalah kecederaan tulang belakang, strok dan artritis boleh dilakukan dengan mudah didalam air.
 
Bagaimana air boleh menjadi ejen rawatan? Sifat air sangat unik. Ia boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair (air), pepejal (ais) dan wap. Air boleh menyimpan dan mengalirkan haba sertatenaga. Ia juga boleh melarutkan bahan lain seperti garam galian.Pada suhu bilik air tidak menyakitkan walaupun anda seorang yang amat sensitif pada perubahan persekitaran. Inilah sebabnya kita boleh mandi beberapa kali sehari tanpa sebarang masalah.Asas dalam terapi air ialah suhu air yang digunakan. Air sejuk akan memberi rangsangan kepadasalur darah yang dekat dengan kulit untuk mengecut dan mengalihkan lebih banyak aliran darahke organ dalam badan.Manakala air suam pula akan merehatkan otot, mengembangkan salur darah dan membantumenyingkirkan bahan buangan daripada tisu badan. Menggunakan air sejuk dan suam secara berselang seli dikatakan boleh memperbaiki proses penyingkiran bahan kumuh, mengurangkankeradangan dan merangsang aliran darah. Namun, ada beberapa ciri penting yang membolehkan air menjadi medium rawatan iaitu:# Daya apungan - Dalam air, badan akan menjadi 90 peratus lebih ringan kerana ia ditampungoleh daya apungan air. Secara automatik beban yang ditanggung otot tulang belakang dan kakiakan berkurang.Ciri ini amat berguna membantu pesakit yang tidak boleh bersenam akibat sakit pada senditerutama pada lutut, tulang belakang dan pinggul selain dapat membantu merawat pesakit yangmengalami keretakan tulang dan masalah berlebihan berat badan. Daya apungan inimembolehkan pesakit menggerakkan anggota yang sakit dengan menggunakan sedikit tenagadan mengurangkan ketegangan otot.# Kelikatan air - Memberi halangan pergerakan. Bagaimanapun, gabungan daya apungan dankelikatan, ia membolehkan seseorang pesakit melakukan pergerakan mengikut kemampuannya.Halangan ini tanpa disedari membantu pesakit membina kekuatan pada otot yang cedera danlemah tanpa perlu mengangkat beban.Pada peringkat permulaan, senaman boleh dilakukan mengikut arus air (arah pergerakan air dankurang halangan) tetapi apabila apabila otot sudah kuat, senaman bolehlah dibuat melawan arus.Pergerakan air ini juga dianggap sebagai urutan. Apabila berada dalam air, seluruh badan akanmenerima urutan. Jadi seluruh badan akan menerima manfaatnya.# Tekanan hidrostatik - Air memberi tekanan dari semua arah. Tekanan ini membantumeningkatkan kepekaan pesakit terhadap pergerakan semua ototnya. Apabila mengalamikecederaan otot, kebanyakan pesakit tidak mahu menggerakkan otot berkenaan bagimengelakkan rasa sakit tetapi perkara ini sebenarnya hanya akan menyebabkan otot menjaditegang. Terapi air membantu pesakit menggerakkan otot yang cedera dan pada masa sama iamengurangkan masalah bengkak pada otot.
 
# Suhu air - Suhu air yang sesuai untuk terapi ialah antara 32 hingga 34 darjah Celsius (air terasasuam). Air suam akan merehatkan otot dan membolehkan ia digerakkan tanpa berasa sakit.Apabila berendam dalam air suam, salur darah akan menjadi kembang dan melancarkan alirandarah yang secara tidak langsung mempercepatkan proses penyembuhan. Keadaan ini jugamembolehkan enzim dan endorfin (ejen penahan sakit semula jadi dalam badan) bekerja denganlebih baik khususnya pada anggota yang sakit, bengkak atau cedera.Haba juga membantu sel menyingkirkan bahan kumuh dan digantikan dengan oksigen sertanutrien. Bagaimanapun jangan berendam dalam air yang dirasakan terlalu panas kerana ia bolehmendatangkan kemudaratan terutama kepada pesakit yang ada masalah jantung.“Kedalaman berbeza akan memberi tekanan, halangan dan daya apungan yang berbeza. Jadi pesakit boleh memilih berada pada kedalaman mengikut kemampuan dan masalah yangdihadapi. Pesakit tidak perlu bimbang kerana pakar fisioterapi akan bersama mereka ketikamelakukan terapi air,” katanya.
Terapi air untuk siapa?
Dr Taayah berkata hampir semua orang tanpa pada semua peringkat umur boleh mendapatmanfaat daripada terapi air termasuklah individu sihat. Justeru itulah pusat rawatan kecantikandan kesihatan seperti spa menawarkan sauna, mandi bunga atau mandi wap untuk menghilangkan tekanan. Namun, oleh kerana kemudahan terapi air yang agak terhad (hanya ada di beberapa hospitalseperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), HospitalSerdang dan satu atau dua pusat perubatan swasta), maka hanya pesakit tertentu saja yang akandiberikan terapi air.Pemilihan ini dibuat berdasarkan keperluan setiap pesakit dan pemeriksaan rapi termasuklah pengambilan tekanan darah, tahap kesihatan dan penyakit lain akan dilakukan terlebih dulu bagimengelakkan sebarang masalah.
Terapi air boleh membantu pesakit yang mengalami masalah:
# Sakit belakang atau mengalami kecederaan pada anggota badan (termasuk tangan dan kaki)# Semua jenis artritis# Pesakit yang ada masalah urat saraf (neuro) seperti yang alami kecederaan tulang belakang,strok, Parkinson, kanak-kanak serebral palsi (bagi meningkatkan kepekaan deria dan menguatkanotot seluruh badan), pesakit jantung, pernah menjalani pembedahan penggantian lutut, pesakityang jalani pemulihan rawatan jantung.# Wanita hamil (terutama yang kerap alami masalah sakit belakang)Bagaimanapun ada golongan yang tidak sesuai menjalani terapi air iaitu

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nabihah_mohd liked this
Tun Mohd Hilmi liked this
Tun Mohd Hilmi liked this
jangok liked this
biesalll liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->