You are on page 1of 1

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan
Perniagaan dan Keusahawanan (RBT 3119) yang diberi ini walaupun masa yang diberi agak
terhad. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak pengajaran dan pengalaman dapat
saya ambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup ini di samping menjadikan
saya lebih matang dari segi tahap pemikiran terutamanya apabila telah menjadi seorang
guru dan juga hasil kerja yang akan datang. Banyak juga perkara baru serta tambahan ilmu
dapat saya kuasai hasil daripada tugasan ini.
Saya telah mempelajari cara-cara untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Seseorang itu harus mempunyai beberapa kualiti untuk menguruskan satu perniagaan
ataupun sesebuah syarikat. Antara kualiti yang diperlukan ialah sentiasa bijak merebut
peluang. Seorang usahawan yang kreatif perlu pandai melihat dan merebut peluang yang
ada. Seseorang usahawan perlu melihat suatu masalah itu sebagai satu peluang untuk
membina keuntungan. Kualiti lain yang perlu ada pada seorang usahawan ialah sanggup
menghadapi risiko. Hal ini demikian kerana untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya,
anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Oleh yang demikian,
seseorang itu perlu sentiasa berfikiran positif dan kreatif untuk melahirkan usahawan yang
berjaya.
Pada mulanya, saya tidak berminat untuk belajar mengenai perniagaan kerana
perniagaan memerlukan seseorang yang sanggup menghadapi pelbagai risiko. Setelah
mengikuti dalam kuliah saya masih lagi tidak berminat tentang perniagaan tetapi saya telah
mempelajari beberapa nilai-nilai yang boleh digunapakai di dalam bidang yang lain. Jadi,
saya mengambil isi kuliah dari sudut pandangan yang lain untuk mendatangkan minat
terhadap perniagaan.
Pada pendapat saya, perkara yang dipelajari dalam tugasan ini boleh diaplikasi
dalam kehidupan seharian kita. Saya boleh mengaplikasikan segala ilmu tentang
keusahawanan yang telah dipelajari pada bila-bila masa sama ada ketika masih belajar atau
setelah saya tamat belajar. Saya juga boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-
kecilan berdasarkan pengetahuan yang saya ada di dalam bidang ini. Walaupun cita-cita
saya ialah untuk menjadi seorang guru, tetapi tidak salah sekiranya pada masa yang sama
saya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya sampingan kerana
banyak keuntungan dan kebaikan yang bakal kita peroleh dalam bidang tersebut.

Disediakan oleh,
Amir Hamzah bin Mohamad @ Abd. Latif,
Matematik Kump. 3/Kohort 2

You might also like