You are on page 1of 1

Minda Pengarang: Langkah bijak USM teroka kepakaran India

KITA mengalu-alukan langkah Universiti Sains Malaysia (USM) memperluaskan


kerjasama dengan Universiti Perubatan Jawaharlal Nehru di Belgaum, India, bagi
pengajian perubatan di universiti berkenaan. Meskipun kerjasama seperti ini bukan
baru, ia sekurang-kurangnya membuat pilihan tepat seperti juga dilakukan oleh
beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sebelum ini. Management and
Science University (MSU) misalnya membuka kampus antarabangsanya, iaitu
International Medical School (IMS) di Banglaru , India beberapa tahun lalu - hasil
kerjasama MSU dengan Gokula Education Foundation yang mempunyai kepakaran
dalam bidang perubatan lebih 20 tahun menawarkan program Sarjana Muda Perubatan
dan Pembedahan (MBBS). Pemilihan India oleh USM dan MSU adalah langkah bijak
kerana negara itu mewarisi kekayaan India dari segi kepakaran dalam bidang
pendidikan perubatan serta teknologi maklumat (IT). Malah, ia juga digelar 'Lembah
Silikon India' kerana ratusan syarikat IT dan komunikasi dunia serta tempatan
menjadikan bandar raya seperti Banglaru pusat pembangunan dan inovasi.

Pada 2008, USM mencipta sejarah menjadi universiti awam pertama dipilih sebagai
Universiti Apex dan ia menyasarkan untuk disenaraikan dalam 100 universiti terbaik
dunia dalam tempoh lima tahun dan 50 terbaik menjelang 2020. Kita berharap
pengembangan sayap USM ke India akan membantunya mencapai cita-cita itu dan
seperti kata Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abd Razak, Universiti
Perubatan Jawaharlal Nehru mengundang USM menawarkan pengajian perubatan di
universiti itu berikutan tempat bagi kursus berkenaan agak terhad di situ. Dengan itu,
USM hanya menyediakan kursus manakala segala prasarana dan pembiayaan
disediakan oleh universiti berkenaan. Tawaran untuk USM menyediakan kursus
perubatan di universiti itu juga bersandarkan kepada keunikan kurikulum perubatan
bersepadu yang dijalankan universiti selama ini. Sepatutnya, banyak lagi universiti
tempatan mengadakan program serupa bukan saja akan menaikkan lagi rankingnya
nanti bahkan memberi manfaat kepada negara dari segi pemindahan teknologi. Semua
tahu bahawa lulusan perubatan dari India memang dihormati dan ambillah peluang itu
untuk pemindahan teknologi. Kita mahu suatu hari nanti, program pengajian perubatan
USM dengan kerjasama Universiti Perubatan Jawaharlal Nehru itu menjadi pilihan
utama pelajar Malaysia, kerana ia juga diiktiraf oleh kerajaan kerana ijazah dikeluarkan
atas nama USM sebagai pihak menawarkan kursus itu. Malah, ia juga membuka
peluang kepada pelajar USM untuk menjalani latihan amali di universiti berkenaan yang
mempunyai kemudahan makmal yang mencukupi. Dengan usaha terbaru itu, kita
berharap USM berjaya mengejar impiannya menjadi sebuah Universiti Apex
sepenuhnya menjelang 2013.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Rencana/20100222234732/Arti
cle/index_html

You might also like