You are on page 1of 6

Komunikasi Interpersonal

Maksud Interpersonal secara umum


Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan pelaku atau personal
lebih dari satu orang. R Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi interpersonal
adalah proses komunikasi yang berlangsung antara 2 orang atau lebih secara tatap
muka. Komunikasi akan meningkat apabila sesuatu hubungan itu berlangsung dalam
masa yang lama. Objektif komunikasi interpersonal juga adalah untuk mempengaruhi,
membantu dan mencari, serta untuk berkongsi dan bermain bersama.
Ciri-ciri komunikasi interpersonal

1. Melibatkan dua orang atau lebih.
2. Dalam jarak yang dekat.
3. Secara tatap muka.
4. Peserta yang terlibat mendapat maklumat secara serentak dan spontan.

Cara dan bentuk interaksi antara individu akan tercorak mengikut keadaan-kedaan ini:
Budaya
Konteks psikologi.

Jalaludin Rakhmat (1994) meyakini bahwa komunikasi interpersonal dipengaruhi oleh:
Persepsi
Konsep Diri
Tarikan (Atraksi) Interpersonal
Hubungan Interpersonal

Persepsi
Ada pelbagai objek persepsi yang boleh menjadi penghayatan kita, objek persepsi
adalah sesuatu yang menjadi fokus bagi kita untuk dijadikan satu pemikiran atau
pandangan. Menurut Bower, persepsi ialah tafsiran tentang apa yang diinderakan atau
dirasakan individu. Objek persepsi untuk konteks ini ialah manusia, objek persepsi
manusia adalah rumit untuk ditafsirkan secara tepat berbanding daripada objek
persepsi yang lain. Ini adalah kerana setiap orang berbeza pendapatnya walaupun
berada dalam situasi yang sama.Terdapat dua faktor yang mempengaruhi persepsi kita
terhadap orang lain iaitu faktor luaran dan faktor peribadi.

Faktor luaran ialah faktor yang dapat kita amati secara fizikal, contohnya Afifi sentiasa
memakai jubah dan berserban, jadi kita dapat buat andaian bahawa dia ialah seorang
yang warak.
Faktor peribadi pula ialah pengalaman, motivasi dan keperibadian kita. Biasanya kita
akan membuat persepsi terhadap orang lain melalui sejarah sendiri.
Kesalahan persepsi mungkin terjadi apabila adanya impression management,
sterotaip dan ketidakmampuan seseorang untuk mentafsirkan mesej yang disampaikan
oleh individu lain dengan betul.
Apakah yang dimaksudkan dengan Impression management dan sterotaip?
Impression management ialah proses di mana seseorang cuba mengawal
persepsinya terhadap orang lain.
Sterotaip pula ialah penilaian kita terhadap seseorang bukan berdasarkan pengalaman
tetapi berdasarkan apa yang kita belajar melalui komunikasi. Sterotaip juga ialah kita
mengkategorikan seseorang, maksudnya kita menyifatkan sesorang secara umum
melalui pemikiran kita. Sterotaip juga boleh menjadi positif atau negatif. Walter
Lipmann, wartawan Amerika, menamakannya sebagai picture in our heads. Perkara
ini selalunya terjadi dimana kita baru berkenalan dengan seseorang dan bermulanya
detik perkenalan kita itu terhadap orang baru, maka lahirlah tanggapan pertama.

Konsep Diri
Konsep diri merupakan penilaian terhadap diri sendiri samada positif atau negatif.
Pembentukan dan perkembangan konsep diri dipengaruhi oleh orang-orang sekitar kita
dan paling besar pengaruhnya ialah orang yang rapat atau dekat dengan kita.
Contohnya, ibubapa, sahabat dan orang-orang lain yang mempunyai ikatan dengan
kita. Untuk membina konsep diri, kita harus menerima penilaian daripada orang lain.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding
dengan orang lain dan persekitarannya. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti
yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat bahawa konsep diri dapat dilihat dalam
dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan tingkah
laku seseorang individu. Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan
suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada
interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri
tingkah laku perasaan dan fikiran. Konsep diri ini terbahagi kepada dua iaitu konsep diri
positif dan konsep diri negatif.

Contoh konsep diri positif:
Menghargai
Memuji orang lain
Mudah berkawan dll.
Contoh Konsep diri negatif:
Takut kepada kegagalan
Mudah berkecil hati
Kurang keyakinan dll.

Tarikan Dalam Komunikasi Interpersonal
Tarikan dalam komunikasi interpersonal ialah kesukaan pada orang lain, sikap positif
dan daya tarik seseorang. Daya tarik ini akan membentuk rasa suka pada pada individu
tersebut dan secara umumnya orang yang kita sukai itu akan menjadi signifikan bagi
diri kita. Ada beberapa faktor yang menjadi daya tarik pada seseorang, antaranya ialah
:
1.Faktor Peribadi
Persamaan karakteristik
Tekanan emosional
Harga diri yang rendah
Isolasi sosial
2.Faktor situasi
Daya tarik fizikal
Ganjaran
Keakraban
Kedekatan
Kemampuan



Dalam hubungan atraksi ini, ada empat teori liking iaitu:
1.Teori Reinforcement menjelaskan bahawa seseorang menyukai orang lain adalah
hasil belajar.
2.Teori Equity menyatakan bahwa dalam suatu hubungan, manusia selalu cenderung
menjaga keseimbangan antara harga (cost) yang dikeluarkan dengan ganjaran (reward)
yang diperoleh.
3. Teori Exchange berpendapat bahawa interaksi sosial diibaratkan sebagai transaksi
dagang. Jika orang kenal pada seseorang yang mendatangkan keuntungan ekonomis
dan psikologis, akan lebih disukai.
4. Teori Gain-loss berpendapat bahawa orang cenderung lebih menyukai orang-orang
yang menguntungkan bagi kita dan kurang tertarik pada orang-orang yang merugikan
kita.
Dalam komunikasi interpersonal, daya tarik seseorang sangat penting. Seandainya kita
menyukai seseorang kita akan cenderung melihat segala yang positif dalam diri orang
yang kita suka itu. Kita juga akan merasa gembira apabila berkumpul dalam satu
kelompok yang memiliki kesamaan dengan kita. Jika seseorang itu saling menyukai,
mereka akan mengembangkan komunikasi yang menyenangkan antara satu sama lain.
Sebaliknya jika kita tidak suka pada seseorang itu, kita akan melihatnya secara negatif
dan kita juga akan merasa tegang dan resah bila berada di antara orang-orang yang
tidak disukai. Kita akan menutup diri dan menghindar komunikasi.
Hubungan Interpersonal
Dalam berkomunikasi, kita bukan sahaja menyampaikan mesej tetapi juga menentukan
kadar hubungan antara kita dan orang lain. Perkara ini disebut sebagai
metakomunikasi. Dari segi psikologi komunikasi, semakin baik hubungan interpersonal
itu, semakin terbuka bagi seseorang untuk mendedahkan dirinya dan juga semakin
cermat persepsinya terhadap orang lain yang dikenalinya.
Tentang tahap-tahap tersebut, Jalaluddin Rakhmat menyimpulkan Bahawa
perkembangan hubungan interpersonal melalui tiga tahap:
1. Pembentukan hubungan;
2. peneguhan hubungan; dan
3. Pemutusan Hubungan.



Komunikasi Interpersonal Mediasi melibatkan teknologi yang menghubungkan
pengantar dan penerima mesej. Tidak melibatkan konteks asas tetapi menggunakan
teknologi untuk menyambung pelbagai pihak dalam komunikasi. Contohnya, E-mel dan
telefon bimbit. E-mail menawarkan seketika komunikasi global dan telefon bimbit yang
bersifat mobile. Teknologi komputer memungkinkan orang untuk melakukan pekerjaan
mereka tanpa hadir secara fizikal, yang membolehkan mereka untuk bekerja daripada
rumah mereka ataupun dari seluruh dunia. Seperti komunikasi langsung, komunikasi
yang dimediasi boleh menjadi formal atau tidak formal, peribadi atau awam.
Komunikasi yang efektif ditandai dengan hubungan interpersonal yang baik. Anita
Taylor mengatakan Komunikasi interpersonal yang efektif meliputi banyak unsur, tetapi
hubungan interpersonal barangkali yang paling penting.
Untuk menumbuhkan dan meningkatkan hubungan interpersonal, kita perlu
meningkatkan kualitas komunikasi. Beberapa faktor yang mempengaruhi komunikasi
interpersonal adalah:
1. Percaya (trust)
Bila seseorang punya perasaan bahawa dirinya tidak akan dirugikan, tidak akan
dikhianati, maka orang itu pasti akan lebih mudah membuka dirinya. Percaya pada
orang lain akan tumbuh bila ada faktor-faktor sebagai berikut:
a. Karakteristik dan maksud orang lain, ertinya orang tersebut memiliki
kemampuan, keterampilan, pengalaman dalam bidang tertentu. Orang itu
memiliki sifat-sifat bisa diduga, diandalkan, jujur dan konsisten.
b. Hubungan kekuasaan, ertinya apabila seseorang mempunyai kekuasaan
terhadap orang lain, maka orang itu patuh dan tunduk.
c. Kualiti komunikasi dan sifatnya mengambarkan adanya keterbukaan. Bila
maksud dan tujuan sudah jelas, harapan sudah dinyatakan, maka sikap
percaya akan muncul.
2. Perilaku sokongan (suportif) akan meningkatkan kualiti komunikasi. Beberapa ciri
perilaku sokongan yaitu:
a. Penilaian (Evaluasi) dan deskripsi: maksudnya, kita tidak perlu memberikan
kecaman atas kelemahan dan kekurangannya.
b. Orientasi masalah: mengkomunikasikan keinginan untuk kerja sama, mencari
pemecahan masalah. Mengajak orang lain bersama-sama menetapkan tujuan
dan menentukan cara mencapai tujuan.
c. Spontanitas: sikap jujur dan dianggap tidak menyelimuti motif yang
pendendam.
d. Empati: menganggap orang lain sebagai persona, meletakan diri dalam situasi
atau keadaan orang lain.
e. Persamaan: tidak mempertegas perbezaan, komunikasi tidak melihat
perbezaan walaupun status berbeza, penghargaan dan rasa hormat terhadap
perbezaaan pandangan dan keyakinan.
f. Profesionalisme: kesediaan untuk meninjau kembali pendapat sendiri.
3. Sikap terbuka, kemampuan menilai secara obyektif, kemampuan membezakan
dengan mudah, kemampuan melihat nuansa ( perbezaan yang halus dari segi makna,
warna, perasaan, dan sebagainya ) , orientasi ke isi, pencarian informasi dari berbagai
sumber, kesediaan mengubah keyakinannya, profesional dan lain-lain.
Komunikasi ini terhalang disebabkan terdapatnya gangguan sewaktu proses
komunikasi dan juga berpunca oleh kesombongan, sifat malu, keperibadian seseorang,
dan lain-lain lagi.

You might also like