You are on page 1of 4

Jurnal Minggu 12 Praktikum Fasa 3 2014

( 13 April 2014 17 April 2014)



Masalah
Pada minggu ini, saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti
kebiasaannya pada murid-murid di kelas 5 Pintar. Murid-murid di dalam kelas ini
tidak menimbulkan banyak masalah bahkan setiap aktiviti yang telah saya dirancang
untuk mereka dapat dijalankan dengan baik. Cuma, apabila ada aktiviti yang
melibatkan pembentangan di hadapan kelas, agak sukar untuk mendapatkan murid
secara sukarela membuat pembentangan di hadapan kelas. Saya merancang
mereka dapat berkongsi di hadapan kelas hasil aktiviti yang telah dijalankan untuk
membiasakan mereka bercakap di hadapan orang ramai. Apa yang mereka perlu
buat adalah membaca hasil tugasan yang telah dihasilkan atau menceritakan
tentang gambar yang telah dilukis. Perkara yang berlaku biasanya adalah
kebanyakan murid akan mula menundukkan kepala atau ada yang menuding jari ke
arah murid-murid lain dan menyebut nama rakan lain apabila diminta bercakap di
hadapan kelas

Analisis masalah
Saya akan menyuruh mereka melakar atau menulis sesuatu sebagai tugasan.
Kemudian, saya meminta murid-murid secara sukarela untuk berkongsi hasil tugasan
yang telah disiapkan dengan rakan sekelas melalui cara membentangkannya yang di
hadapan kelas. Selalunya, mereka akan mula membuat bising dan menyebut nama
murid lain agar keluar dan bercakap di hadapan. Manakala yang selebihnya ada
yang hanya menunduk kepala dan bertingkah seolah-olah sibuk menyiapkan
tugasan yang saya berikan. Kebanyakan murid tidak mahu bercakap di hadapan
kelas. Ada juga yang bersetuju untuk membentang di hadapan. Namun, apabila
berada di hadapan kelas, murid tersebut berdiam diri pula. Selain itu, mereka juga
mungkin tidak biasa untuk bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi
amalan kebiasaan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila guru
mengamalkan interaksi sehala dengan murid-murid. Aktiviti pembelajaran bercorak
pasif di mana hanya guru yang bercakap dan murid-murid hanya mendengar.

Cadangan
Perkara pertama adalah guru perlu bergerak ke tempat murid tersebut duduk dan
memimpinnya bergerak ke hadapan sambil mengatakan kepadanya yang guru akan
menemaninya di hadapan. Jika dia berdiam diri, bantunya dengan mengucapkan apa
yang sepatutnya disampaikan agar murid dapat mengikuti apa yang guru ucapkan.
Perkara kedua, berikan galakan kepada murid-murid yang telah membentang
di hadapan. Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya. Guru
juga boleh memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif seperti
Bagus ! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah contohnya coklat atau apa
sahaja juga boleh membantu menggalakkan murid-murid untuk bercakap di hadapan
kelas. Ia perlu diberikan sejurus selepas murid tersebut telah bercakap di hadapan
agar dapat menyuntik motivasi ekstrinsik dalam diri murid-murid yang lain supaya
mahu membentang dan bercakap di hadapan kelas.
Perkara ketiga, menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai
aktiviti rutin dalam pengajaran dan pembelajaran juga boleh membantu murid
memupuk keberanian dan keyakinan untuk bercakap di khalayak. Apabila ia telah
menjadi sesuatu yang rutin, secara tidak langsung keyakinan dalam diri murid-murid
akan terbina.

Tempoh Masa
Sepanjang tempoh tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Keluang ini, saya akan
berusahakan untuk meningatkan kemahiran dalam proses pengajaran saya. Usaha
yang akan saya lakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan ini adalah dengan
berusaha memperbaiki kelemahan yang saya alami semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, masalah yang saya lihat dalam
minggu ini iaitu keupayaan murid dalam menguasai pelajaran juga akan saya bantu
mereka sedaya upaya. Di samping itu, dengan usaha yang saya akan lakukan dalam
tempoh masa yang ada ini setiap aktiviti dan objektif yang digariskan dapat dicapai
dengan jayanya dan secara tidak langsung murid akan lebih faham terhadap setiap
perkara yang saya ajari.

Penilaian Kejayaan
Dalam meningkatkan kemahiran saya dalam mengajar murid-murid, saya akan
meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang
kejayaan saya. Antara penilaiannya adalah dalam proses pengajaran dalam cara
saya mengawal murid-murid di dalam bilik darjah. Selain penilaian daripada
pensyarah pembimbing, saya juga mendapatkan kerjasama daripada guru
pembimbing untuk menilai kejayaan saya dari semasa ke semasa. Dengan bantuan
guru pembimbing ini juga, saya dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
proses pengajaran saya sepanjang saya berada di sekolah ini.
Selain daripada penilaian yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dan
juga guru pembimbing, saya juga meminta pandangan rakan yang turut menjalankan
praktikum di sekolah saya. Pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan ini dapat
meningkatkan motivasi dan juga semangat saya untuk memberi yang terbaik dalam
proses pengajaran saya kepada murid-murid di sekolah ini. Penilaian yang diberikan
sepanjang saya berada di sekolah ini akan membantu saya meningkatkan lagi cara
saya mengajar dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Tindakan Susulan
Tindakan susulan yang perlu saya lakukan semasa membuat rancangan persediaan
mengajar, saya akan memikirkan objektif dan aktiviti yang sesuai mengikut tahap
pemikiran dan tingkahlaku murid. Objektif dan aktiviti dengan cara mengikut tahap
murid-murid ini sangat penting supaya setiap perkara yang diajar pada hari tersebut
akan difahami oleh murid-murid. Sebagai contoh, aktiviti untuk murid yang pandai
adalah lebih sukar, murid sederhana pula aktivitinya sederhana dan bagi murid yang
lemah aktiviti yang sesuai untuk mereka adalah lebih mudah dan senang untuk
difahami oleh murid-murid tersebut dan mungkin dengan cara menyediakan aktiviti
yang sesuai dengan tahap mereka akan dapat meningkatkan keinginan mereka
untuk melakukan aktiviti yang disediakan kepada mereka. Di samping itu, perkara
yang penting juga adalah dengan merancang aktiviti yang lebih banyak melibatkan
pergerakan murid dalam pembentangan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini,
masalah yang timbul pada minggu ini dapat dielakkan dan diatasi pada masa akan
datang.


Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

You might also like