You are on page 1of 6

MAT KILAU

LATAR BELAKANG MAT KILAU


Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau
Tawar, Jerantut Pahang.
Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.













Salasilah Mat Kilau
ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU
o Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak
lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca
Quran dengan berbagai lagu.
o Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan
berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah
Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai Dikir
Pahang.
o Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang
pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.


HOBI MAT KILAU
o Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing. Oleh itu kerana Mat Kilau
pandai main gasing, maka dialah yang dijadikan jurumudi, iaitu orang
yang memangkah terakhir. Apabila ada perlawanan main gasing
seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah
Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
o Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan
orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang
pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang
hencang.
o Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang
tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras
apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan
bersemayam di Pulau Tawar .
o Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila peran tua (ketua
berburu) tidak berburu. Mat Kilau dijadikan peran. Akhirnya Mat kilau
dijadikan Tok Peran.
o Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan
bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU
o Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan
seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung
Kedondong, Pulau Tawar.
o Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI
o Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu
kebatinan.
o Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang
lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan
senjata seperti keris dan parang.
o Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu
kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
o Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok
Gajah.
o Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji
Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah
ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU
o Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin, maka beliau telah menjadi
seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
o Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada
bula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford
(Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding
dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan
Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
o Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat
kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk
setempat.
o Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan
kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana
kejujurannya.
o Mat Kilau adalah seorang yang tegas malah dia bukan sahaja disegani
bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu
ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, Teh Ibrahim,
Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini
sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
o Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-
akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
o The Straits Times dan The Free Press menyatakan Ketua
Pendehaka,iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan
Siam pada bulan Oktober,1895.
o The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan
apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan
di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam
perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press
keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah
riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui
kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat
(Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain.



KEMUNCULAN SEMULA MAT KILAU
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris,
maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu
tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-
Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember
1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad
pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,
memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya
daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan
dirinya di kampung kelahirannya.

Gambar semasa mengishtiharkan dirinya sebagai Mat Kilau
Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung
asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969,
Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.
Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian
mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang
menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu
dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi
membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan,
pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai
Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.
Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,
Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122
tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah
perjuangannya lebih lanjut

Mat Kilau pada akhir hayatnya.

Hadir tanpa di julang pergi tanpa
dikenang. Kerana bukan nama yang
dicari. Namun jasa dan pengorbanan
beliau tetap abdi menjadi sanjungan.
Al-Fatihah buat Allahyarham Mat Kilau
bin Iman Rasu dan sama-sama kita
sedekahkan Al fatihah untuk Pahlawan
Mat Kilau

You might also like