You are on page 1of 6

KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SABAK BERNAM 2014.

KARNIVAL SUKAN PERMAINAN


PENDIDIKAN KHAS DAERAH SABAK BERNAM 2014

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1.0 PERATURAN AM.

1.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-undang permainan Futsal sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Peraturan Am
Majlis Sukan Sekolah Malaysia.
1.2 Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Teknikal Karnival Sukan Permainan Pendidikan
Khas 2014.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Karnival Sukan Permainan
Pendidikan Khas 2014 adalah muktamad.

2.0 TARIKH DAN MASA.

Tarikh : 14. MEI 2014
Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi.

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN.

Padang Sekolah Kebangsaan Seri Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor.

4.0 PENYERTAAN.

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah yang mempunyai Program Pendidikan
Khas Integrasi di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam.
4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan bagi setiap kategori.
4.3 Pegawai dan pemain wajib mempunyai perlindungan insuran kemalangan diri, hospital
dan surgeri.

KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SABAK BERNAM 2014.

5.0 KELAYAKAN PESERTA.

5.1 Pemain terdiri dari WARGANEGARA MALAYSIA dan pelajar berdaftar di sekolah-
sekolah kerajaan sahaja.
5.2 Hanya pemain yang telah didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh
bermain.
5.3 Hanya pemain yang masih bersekolah di sekolah Menengah layak didaftarkan oleh
sesuatu pasukan dalam kategori Menengah.
5.4 Hanya pemain yang masih bersekolah di sekolah Rendah layak didaftarkan oleh
sesuatu pasukan dalam kategori Rendah.

6.0 BILANGAN PEMAIN.

6.1 Setiap pasukan mestilah mengandungi 7 orang pemain. (5 orang pemain termasuk
penjaga gol dan dua orang pemain simpanan)
6.2 Bilangan pemain yang mencukupi :
6.2.1 Setiap Pasukan mesti mempunyai tiga (3) pemain termasuk seorang Penjaga Gol.
Sekiranya kurang dari tiga (3) orang pemain dari salah satu pasukan turun ke
padang apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada
waktu yang diiklankan, maka pasukan yang mempunyai tiga (3) orang pemain
yang berada di dalam gelanggang, hendaklah diberi kemenangan percuma dan
jaringan 3-0 dan pasukan yang mempunyai kurang daripada tiga (3) orang
pemain akan dikira kalah.

7.0 FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN

7.1 Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak menentukan format pertandingan dan jadual
pertandingan berasaskan kepada pengesahan jumlah pasukan.
7.2 Pertandingan Kategori Menengah.
7.2.1 Pertandingan kategori menengah akan dijalankan dalam sistem liga.
7.2.2 Pemenang akan ditentukan mengikut kedudukan pasukan dalam liga iaitu
Pemenang 1, Pemenang 2 dan Pemenang 3.
7.3 Pertandingan Kategori Rendah
7.3.1 Perlawanan peringkat kumpulan
KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SABAK BERNAM 2014.

7.3.1.1 Pasukan akan diundi ke dalam empat (4) kumpulan-kumpulan dengan
minimum tiga (3) pasukan atau maksimum lima (5) pasukan dalam setiap
kumpulan.
7.3.1.2 Pasukan Tuan Rumah, jika bukan pasukan pilihan boleh memilih mana-
mana kumpulan dengan syarat undian kumpulan berkenaan belum tamat.
7.3.1.3 Perlawanan diperingkat kumpulan akan diadakan secara liga satu
pusingan.
7.3.1.4 Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.
7.3.2 Perlawanan peringkat suku akhir.
7.3.2.1 Perlawanan Peringkat Suku Akhir akan diadakan secara Kalah Mati Satu
Pusingan.
7.3.2.2 Pemenang-pemenang dalam Perlawanan Suku Akhir layak ke
Perlawanan Separuh Akhir.
7.3.3 Perlawanan peringkat separuh akhir.
7.3.3.1 Perlawanan Peringkat Separuh Akhir akan diadakan secara Kalah Mati
Satu Pusingan.
7.3.3.2 Pemenang-pemenang dalam Perlawanan Separuh Akhir layak ke
perlawanan Akhir.
7.3.4 Perlawanan akhir
7.3.4.1 Perlawanan Akhir diadakan secara kalah mati satu pusingan.
7.3.4.2 Pasukan yang menang dan kalah dalam Perlawanan Akhir diisytiharkan
sebagai Johan dan Naib Johan KARNIVAL SUKAN PERMAINAN
PENDIDIKAN KHAS SABAK BERNAM 2014.
7.4 Jadual Pertandingan
Jadual pertandingan seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang wajib
dipatuhi oleh semua pasukan. Pasukan wajib mendapat rehat minimum satu (1)
perlawanan selepas sesuatu perlawanan kecuali diputuskan berlainan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.

8.0 WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN

8.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat didalam jadual
pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa
Pertandingan sahaja.
KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SABAK BERNAM 2014.

8.2 Jika waktu bermula sesuatu perlawanan hampir atau sama dengan waktu kedengaran
azan, maka perlawanan hendaklah dimainkan selepas tamat azan tersebut. Jika permainan
sedang dijalankan dan azan kedengaran, permainan hendaklah dihentikan dan disambung
semula selepas azan tamat.
8.3 Waktu bermulanya bagi semua perlawanan terakhir Peringkat Kumpulan, hendaklah
dimainkan pada masa dan tarikh yang sama kecuali ditetapkan berlainan oleh
Jawatankuasa Pertandingan.

9.0 PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS.

9.1 Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri dan tiada
(0) mata bagi yang kalah.
9.2 Dalam Pertandingan liga satu pusingan atau peringkat kumpulan, penentuan Pasukan
teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah
mengikut susunan hirarki seperti berikut:-
9.2.1 Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang; jika
sama;
9.2.2 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak dikira sebagai
pemenang; jika sama;
9.2.3 Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak dikira sebagai
pemenang jika sama;
9.2.4 Keputusan perlawanan di antara Pasukan-pasukan yang terlibat mengikut
susunan hiraki berikut;
i. Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak, dikira sebagai pemenang;
jika sama;
ii. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak dikira sebagai
pemenang; jika sama
iii. Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak dikira sebagai
pemenang jika sama;
iv. Diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan kaedah-kaedah
mengikut peraturan kelolaan Karnival Sukan Permainan Pendidikan
Khas Sabak Bernam 2014 dan keputusan ini adalah muktamad.
9.3 Dalam perlawanan kalah mati satu pusingan atau Perlawanan Akhir satu pusingan,
penentu pemenang adalah mengikut hirarki berikut:-
KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SABAK BERNAM 2014.

9.3.1 Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa permainan, jika seri;
9.3.2 Pasukan yang menang sepakan dari tanda penalti mengikut Peraturan FIFA dikira
sebagai pemenang.

10.0 TEMPOH MASA PERLAWANAN

10.1 Masa perlawanan ialah 4 minit bagi separuh masa pertama dan 4 minit bagi separuh
masa kedua. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 2 minit kecuali dengan
izin Pengadil.

11.0 PENGGANTIAN PEMAIN

11.1 Tiada had bagi penggantian pemain ketika didalam sesuatu perlawanan.

12.0 BANTAHAN.

12.1 Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dibuat secara
bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh
(30) minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan dengan disertai wang tunai RM250.00
yang dikembalikan jika bantahan itu berjaya.
12.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang
diputuskan oleh Pengadil di gelanggang permainan.

13.0 BOLA PERTANDINGAN.

13.1 Setiap pasukan yang akan bertanding di WAJIB kan membawa bola ke venue
pertandingan yang akan dikira sebagai Bola Pertandingan.

14.0 WARNA DAN NOMBOR JERSI.

14.1 Semua pasukan wajib mendaftar sekurang-kurangnya dua (2) set jersi yang berlainan
warna dan mengisytiharkan warna jersi yang wajib dipakai semasa menjadi Pasukan
Tuan Rumah. Pasukan Tuan Rumah adalah nama pasukan yang disebut dahulu didalam
KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SABAK BERNAM 2014.

jadual pertandingan.Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada
warna jersi Pasukan Tuan Rumah.
14.2 Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Tuan Rumah tidak memakai warna
jersi yang diisytiharkan, maka Pasukan Tuan Rumah Wajib menukar warna jersinya. Jika
berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Pelawat memakai warna jersi yang sama
dengan Pasukan Tuan Rumah, maka Pasukan Pelawat yang wajib menukarkan warna
jersinya. Jika tiada penyelesaian, Jawatankuasa Pertandingan akan membuat keputusan
mengenai warna jersi tersebut dan keputusan adalah muktamad.
14.3 Pemain wajib memakai nombor jersi yang didaftarkan sahaja. Nombor jersi yang
didaftarkan hendaklah bermula daripada nombor 1 hingga 18 sahaja. Jersi Penjaga Gol
mestilahmempunyai warna yang berlainan daripada pemain-pemain lain, tetapi warna
jersi Penjaga Gol 1 dan 2 hendaklah sama. Nombor 1 & 18 ialah khusus bagi Penjaga
Gol. Nombor jersi di hadapan hendaklah berukuran 10 cm tinggi. Pemain-pemain yang
didapati memakai nombor jersi lain daripada yang didaftarkan akan dikenakan tindakan
tatatertib. Saiz nombor belakang jersi hendaklah tidak kurang 10 inci tinggi, manakala
nombor sebelah kanan seluar hendaklah 2 inci.

15.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN.

15.1 Semua hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau semua perkara-perkara
di luar jangka atau termasuk sebarang pengecualian peraturan ini serta termasuklah
mengenai perbezaan tafsiran, akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang
mana keputusannya adalah muktamad.




Disediakan Oleh,
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS SABAK BERNAM 2014.

You might also like