You are on page 1of 8

SAUDAGAR BESAR

DARI KUALA LUMPUR

MESEJ;
• Mesej dikenali sebagai pesanan, amanat atau
pengajaran yang berisi pandangan moral,
nasihat atau pesanan yang hendak
disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

Antara mesej yang terdapat dalam novel ini ialah;


• Bersopan santun ketika berkunjung
ke rumah orang;
Cth; Mahani yang berkunjung ke rumah
Cik Puan Tipah bersopan santun dan
menghormati Cik Puan Tipah sebagai
tuan rumah.

• Janganlah mengamalkan judi;


Sebagai orang islam kita tidak boleh
berjudi kerana haram di sisi agama.
Cth; Sudin yang berjudi tanpa
memikirkan larangan daripada agama
islam.
•Jangan terlalu memandang rendah
kepada orang lain.
Sebagai seorang manusia,kita hendaklah
mengenali terlebih dahulu seseorang itu
sebelum menganggap yang bukan-bukan
kepadanya.
Cth; Sudin yang memandang rendah terhadap
Ali yang sedang membersihkan kawasan di
Jeram Medang.
•Orang melayu hendaklah aktif dan
berani menceburkan diri dalam bidang
perniagaan;
Sebagai orang melayu kita hendaklah
menceburkan diri dalam dunia perniagan
supaya dapat mengubah nasib disamping
dapat mengubah pandangan kaum lain
terhadap bangsa melayu.
Cth; Tan Sri Syed Aris merupakan salah
seorang bangsa Melayu yang berjaya dalam
bidang perniagaan.
•Jangan mudah percaya dengan kata-kata
orang lain;
Kita tidak boleh terlalu percayai orang lain, sebelum
mempercayai kata-kata tersebut kita mestilah
menyiasat terlebih dahulu.
Cth; Imam Saad bulat-bulat mempercayai kata-kata
orang kampung tentang anaknya, Sudin yang menyuruh
Gayah melarikan diri.

•Jangan suka menganiaya orang lain;


Kita tidak boleh menganiaya orang lain kerana ini ialah
perbuatan yang tidak baik dan dimurkai oleh Allah.
Cth; tindakan Mat Akil menganiaya pasangan
penganting baru, iaitu Sudin dan Gayah dengan
membuang najisnya di atas katil pengantin.
NILAI;
Terdapat nilai kemanusian,
kemasyarakatan, keagamaan dan moral,
dalam novel ini yang berfungsi sebagai
pengetahuan dan wajar dipraktikkan
dalam kehidupan seharian.

Nilai kemanusiaan;
• Pemurah-Lebai Maarup telah mewakafkan
tanah pusakanya untuk didirikan surau
walaupun dia tahu akan mendapat wang
yang banyak sekiranya tanah itu dijual
kepada syarikat Lembah Tualang.
Nilai Kemasyarakatan;
Masyarakat yang mementingkan kekeluargaan;
• Ini dapat dilihat melalui watak Tuk Empat Dahlan yang
mengambil berat tentang Mat Akil setelah kedua ibu bapanya
meninggal.

Nilai Keagamaan dan moral;


Bertaubat;
• Kehidupan En.Muhammad yang sibuk mengejar kemewahan
telah berubah setelah mendekati masyarakat Kampung Pulai.
Dia telah insaf kerana kelalaiannya tidak menunaikan
sembahyang dan tidak mendekati tuhan, dia juga telah
meninggalkan perbuatan minum arak,menipu,menganiaya orang .
SEKIAN
TERIMA

KASIH…

You might also like