• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
KIAMAT HAMPIR TIBA?
Oleh: Haslinda bin Lukman
Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Harikiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitumanusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, HariKiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akanmati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud:
“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”
Dalam ayat lain Allah berfirman:
“Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang,maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik”
(al-Hijr:85)Remaja semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku padamanusia ketika ini.
Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya,
“Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”
(Sahih Bukhari)
Zina Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang”
(Sahih Muslim)
Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka.
Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab:“Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyiwanita”
( HR Ibnu Majah)
Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalammendirikan masjid”
( H.R Nasai)
Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskanhubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran”
(H.R Ahmad dan Hakim)
Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahliagama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina danburuk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
( H.R Ahmad)
Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia”
(H.R Thabrani)
Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahumengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.”
(H.R Ahmad)
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...