MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DADAH
Penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negaramembangun. Dadah juga disifatkan sebagai musuh utama negara-negaratersebut. Di negara kita, masalah dadah menjadi masaalah nasional.Pemerintah telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk memeranginya. Selain daripada itu, banyak tenaga kerja diperlukan bagimembasmi penyalahgunaan dadah itu.Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenalpastiterdiri daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi olehkawan-kawan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayaldengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak kedalam perangkap dadah. Kesudahannya mereka tidak dapatmembebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia- belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersebab dari keadaansekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kocar-kacir. Mereka inihidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidupini, mereka menagih dadah.Terdapat juga penagih-penagih yang terlibat dengan jenayah-jenayahlain seperti mencuri, merompak, pecah rumah, merosak harta awam,mencabul kehormatan dan kegiatan kumpulan haram.Di negara ini, berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masaalah penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah dengan mengadakan program pendidikan pencegahan. Dalam program ini, belia-belia disedarkan darisegi mental dan fizikal supaya menjauhi dadah. Program ini juga cubamembentuk suasana sekitar yang menjadikan penyalahgunaan dadahsebagai satu perkara jelek, antisosial dan musuh negara. Melalui program tersebut juga, semua golongan masyarakat dilibatkan sama bagilangkah pencegahan dan pengawasan dadah yang lebih menyeluruh.Kertas ilmiah ini melihat keadaan semasa penyalahgunaan dadah dikalangan penduduk Malaysia sejak tahun 1990 hingga 1993. Laporandadah mencatatkan angka seramai 20,236 penagih dadah sepanjangtahun 1992 termasuk 60 hingga 70 peratus golongan belia berumur antara 20-29 tahun. Seramai 12,486 penagih dadah telah kembalimenagih dadah selepas pulih dari pusat serenti. Keadaan ini