You are on page 1of 8

Pengurusan masa yang berkesan boleh memperbaiki mutu kehidupan anda.

Anda dapat
meningkatkan pencapaian kerja melalui pngurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang
berkesan boleh menyediakan perspektif falsafah dan teknik-teknik yang diperlukan bagi mendapatkan
faedah yang maksimum setiap hari.

Apabila anda gagal menguruskan masa dengan baik dan juga gagal merancang, matlamat jangka
panjang anda hanyalah merupakan angan-angan sahaja. Anda akan menjadi kelam kabut jika
perancangan yang dilakukan tidak disesuaikan dengan tugas harian anda. Anda akan mendapati diri
anda melakukan perkara terdesak yang kurang penting bagi matlamat atau keberkesanan
perancangan jangka panjang anda. Kesimpulannya, hidup ini amat sukar dan anda akan sentiasa
menghadapi kesukaran jika tiada perancangan masa yang berkesan. Melalui pengurusan masa yang
berkesan, pelbagai tugas yang sukar akan mudah untuk diuruskan.

Kepentingan Pengurusan Masa
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan
aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang
berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan
penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan
sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan
penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan
mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.
Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
Membazir banyak masa yang berfaedah
Menjadi tidak produktif
Mendapat stress
Menjadi cemas dan bimbang
Bertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan.
Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Friday, October 01, 2010

Kaitan Masa Dengan Kehidupan
Perkara yang pasti adalah bahawa kehidupan manusia sentiasa dikaitkan dengan suatu bentuk
waktu. Dari itu, masa perlu dibentuk agar ia dapat digunakan dengan sepenuhnya. Masa yang
digunakan dengan cara teratur dan dirancang dengan tepat akan mendatangkan banyak manfaat dan
faedah kepada diri individu itu sendiri. Individu yang menggunakan masanya dengan melakukan
kerja-kerja yang berfaedah akan mendatangkan hasil yang banyak.

Jikalau seseorang individu itu salah dalam mengurus masa bererti bahawa masa yang ada pada
dirinya itu akan terbuang dengan sia-sia. Individu itu tidak akan melakukan kerja-kerja yang berguna
yang mendatangkan faedah bukan sahaja kepada dirinya malah kepada masyarakat. Kehidupan
yang dijalani akan terbazir.


Sumber : Omardin Ashaari (1998). Pengurusan Masa. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Thursday, September 30, 2010 No comments:
Ke mana perginya masa?
Setiap manusia memiliki masa yang sama banyak, iaitu 24 jam sehari.
Anda tidak boleh mencuri, meminjam, menukar atau membeli masa
walaupun anda kaya, berpangkat dan mempunyai kuasa. Walaupun masa
yang dimiliki oleh setiap individu sama banyak, namun ada juga segelintir
yang merungut masa mereka tidak mencukupi dan ada juga yang yang
merasakan masa mereka terlalu banyak. Mengapa perkara ini terjadi?

Anda merungut tidak mempunyai masa yang cukup mungkin disebabkan
anda berada dalam situasi-situasi tertentu yang menarik. Misalnya,
mungkin anda terlalu sibuk atau sedang bergembira. Jadi, anda
merasakan masa berlalu begitu pantas sehinggakan 24 jam itu tidak
mencukupi.

Manakala masa anda terasa terlalu panjang mungkin kerana anda bosan,
tiada tugas-tugas yang perlu dilakukan dan juga tidak sabar untuk
menghadapi sesuatu perkara. Walau apa pun, yang penting adalah anda
perlu menggunakan masa yang diberikan sebaik mungkin.
Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Thursday, August 26, 2010 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Pengurusan Masa
Setiap orang mahu menguruskan masa dengan baik. Ramai pengurus dan
ahli profesional telah berusaha menguruskan masa mereka dengan
berkesan. Malangnya, hanya segelintir sahaja yang berjaya. Pengurusan
masa yang berkesan memerlukan lebih daripada apa yang terdapat dalam
senarai tindakan dan azam yang kuat dan ia bukan sekadar bangun pagi
dan berjanji pada diri sendiri, "hari ini saya akan menguruskan masa
dengan baik." Pendekatan tentang masa dinamakan pengurusan masa
berkesan hebat. Pendekatan ini memerlukan tiga perkara :-

1.Pemahaman tentang nilai masa dan bagaimana masa dihabiskan.
2.Pemahaman tentang cara-cara khusus dan kemahiran masa.
3.Mengamalkan penggunaan alat dan kemahiran pengurusan masa.

Pengurusan masa berkesan hebat dan pendekatan lain dalam pengurusan
mempunyai dua perbezaan utama. Pertama, menghargai pembaziran
masa. Kedua, penggunaan Grid Analisis Masa yang unik dan tulen bagi
mengenal pasti pola penggunaan masa tertentu anda. Mengenal pasti
bagaimana masa dihabiskan adalah langkah pertama dalam memperbaiki
kemahiran penggunaan masa.


Terdapat dua perkara yang sering mengurangkan usaha mengurus masa.
Pertama, aktiviti yang tidak diduga. Contohnya masalah yang tidak
diduga sering menganggu kita melakukan kerja-kerja dalam senarai
tindakan. Kedua, ialah memberi keutamaan dalam kerja orang lain.
Contohnya, sepanjang waktu bekerja adakalanya rakan-rakan akan
meminta bantuan daripada anda.
Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Thursday, August 26, 2010 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

PENGURUSAN MASA DUNIA
Untuk menjaga dan memanfaatkan masa sepenuhnya dan bersesuaian
dengan tempat dan waktunya bukan merupakan sesuatu tugas yang
mudah. Pada zahirnya, ia nampak mudah untuk dilakukan tetapi dari segi
perlaksanaannya adalah sukar kerana manusia susah untuk
mendisiplinkan diri. Berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh manusia
untuk mengelakkan daripada melakukan pekerjaan ataupun untuk
melengah-lengahkan tugas yang diserahkan kepada mereka. Masa yang
ada pada kita itu adalah hak milik kita. Masa itu merupakan satu keadaan
dan ruang di mana kita berada di dalamnya, bermula dari waktu pagi
hingga kita tidur.

Pengurusan masa yang baik menumpukan kepada pencapaian matlamat
peribadi, kekeluargaan dan membuat pekerjaan yang penting serta
mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang membuang masa
dan membuat kerja yang tidak berfaedah. Dengan adanya matlamat
memudahkan seseorang individu merancang masa depannya dan
mendapat pedoman untuk menentukan ke arah mana dan bagaimana
caranya ia dapat mencapai matlamatnya itu. Ada baiknya bahawa
matlamat hidup itu ditulis dengan jelas, boleh diukur pencapaiannya,
mempunyai tempoh untuk melaksanakan tugas dan mempunyai pelan
tindakan.

Mengikut kajian, ada banyak sebab terbuangnya masa seseorang individu
itu. Mereka membuang masa dengan berlagak senang tanpa mengambil
kira perjalanan masa dengan kerja yang sedang dilakukan. Masa yang
digunakan dengan kaedah yang tidak terurus akan membangkitkan
pelbagai masalah dalam hidup manusia.




Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Saturday, August 21, 2010 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Mengapa Pengurusan Masa Penting?
Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi dan diliputi oleh masa. Adalah
jelas bahawa masa memainkan peranan penting dalam arus kehidupan
manusia. Ada golongan yang berpendapat bahawa masa dapat
menentukan sesuatu perkara. Masa menjadikan manusia itu menjadi
lebih matang dari segi perilaku dan daya pemikiran mereka. Masa yang
berlalu tidak sama dengan masa yang akan datang. Manusia akan
sentiasa berlumba-lumba dalam percaturan untuk mencapai suasana
hidup yang lebih terserlah.

Dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya mementingkan soal
penggunaan dan pengurusan masa. Segala perkara yang dilakukan oleh
umat Islam adalah berdasarkan masa dan waktunya. Oleh itu, kita
haruslah menggunakan masa dengan bijaksana dan memanfaatkan masa
yang ada. Dalam hubungan ini, kita juga harus mengorak langkah untuk
mengelakkan pembaziran masa. Dalam kehidupan kita, kita hendaklah
menyusun peruntukan masa bagi setiap gerak laku dan bidang tugas
yang dilakukan dalam hidup kita.


Dengan pengurusan masa secara berkesan akan menjadikan masyarakat
itu maju dalam hidup mereka. Oleh itu, sebagai usaha dan langkah untuk
membina tamadun yang besar, kita haruslah dapat merancang dengan
tepat mengenai pengurusan masa tahunan, bulanan, mingguan dan juga
harian dalam kehidupan dan hendaklah diperluaskan lagi dalam dunia
pekerjaan kita.
Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Saturday, August 21, 2010 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook






KAEDAH BELAJAR KUMPULAN

Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.
Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita
mempunyai peranan di dalam kumpulan.
2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga
memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting
kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan
dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan
kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang
dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru.
Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang
demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.


5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang
sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita
semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan
apabila kita
sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.
Bagaimanakah
perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,
justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang
dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain
merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya
perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan
dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan
sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa
bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya
membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal
dalam membincangkan tajuk tersebut.
Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah
dengan pemahaman kita.


7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari
secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai
ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan
tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas
mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.
Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk.

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.






K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita

You might also like