You are on page 1of 1

Burung Merak yang Sombong

Seekor burung merak sangat cantik. Bajunya berwarna-warni. Oleh sebab itu, ia sangat
angkuh dan tidak suka berkawan dengan burung lain.
Kata itik kelabu kepadanya, "Wahai, merak! Marilah kita bermain bersama-sama."
"Eh, badan engkau hitam macam arang. Usahlah mengotorkan baju aku yang cantik ini."
Itik kelabu pun pergi dari situ dengan perasaan kecewa. "Ka......"
Tidak lama kemudian, datanglah seekor anak ayam jantan. Burung merak berhenti lalu
bertanya," Apakah yang ingin kau buat?"
"Wu....., aku ingin berjalan-jalan dengan kamu!"
"Kolot benar baju kau! Pergilah kamu dari sini! Anak ayam jantan berasa marah lalu
terus pergi dari tempat itu.
Sejak hari itu, tiada sesiapa pun yang ingin berkawan dengan burung merak. Setiap hari,
ia bersiar-siar di hutan ataupun duduk sendirian di tepi sungai. (nyanyian)
Pada suatu hari, burung merak ternampak seekor burung undan yang cantik sedang
berenang-renang di sungai. Ia pun berkata,"Wahai undan yang cantik, marilah kita bermain
bersama-sama."
Tetapi burung undan mengejeknya dan tidak mahu berkawan dengan burung merak yang
sombong itu. Burung merak berasa malu dan pergi dari situ.
Wahai kawan-kawan, setiap hidupan mempunyai kecantikan dalam diri masing-masing.
Usahlah berbangga akan kecantikan diri sendiri. Yang penting ialah kita berasa gembira
selalu.
*Aku burung, tinggal di hutan,
Tiada kawan, hatiku susah.
Ingin aku, berkawan-kawan,
Hidup gembira, beramai-ramai.

You might also like