You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

TUGASAN PROJEK






TARIKH MULA

29 Jun 2013

TARIKH HANTAR


27 Julai 2013

Pendahuluan Kursus ini mengabungkan tajuk tilawah dan tafsir Al-Quran. Tumpuan topik
dalam bahagian tilawah akan membincangkan beberapa kelebihan dan hukum berkaitan al
Quran, isti`azah, basmalah, takbir, dan khatam al Quran. Topik-topik perbincangan dalam
bahagian tafsir pula berkaitan israiliyyat dalam tafsir, tafsir ayat aqidah, tafsir ayat hukum, tafsir
ayat akhlak, tafsir kisah para nabi dari Quran dan tilawah surah-surah pilihan.

Hasi Pembelajaran Kursus
1. Menjelaskan kelebihan dan hukum berkaitan dengan al-Quran dan tilawah.
2. Menghuraikan hukum isti`azah, basmalah dan takbir serta khatam al-Quran.
3. Mengaplikasikan isti`azah, basmalah dan takbir dalam tilawah surah-surah Al-Quran juzuk
Amma.
4. mempersembahkan tilawah al-Quran surah-surah pilihan iaitu surah Ali`Imran, An-Nisa`, Al-
Maidah, Al-An`am dan Al-Kahfi dengan lancar, fasih dan bertajwid.
5. Menjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan Israiliyyat serta bahayanya terhadap ajaran
Islam.
6. Mengaitkan pengajaran ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan aqidah, fiqh , akhlak dan
kisah para nabi yang dipelajari dengan isu-isu semasa. Kerja kursus ini bagi menilai hasil
pembelajaran 1, 2 dan 3










TAJUK PROGRAM: PPG
Program Pengsiswazahan Guru
TAJUK KURSUS: PQE 3101
Pendidikan Al-Quran(Tilawah dan Tafsir)
SEMESTER:
NAMA GURU PELATIH:
Objektif Projek
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menjelaskan konsep dan kemahiran ilmu Usul Fiqh dalam menjadi sandaran ulama
Fiqh mengeluarkan hukum.
2 Mengenalpasti bidang-bidang tertentu dengan merujuk kepada proforma bagi
mengenalpasti hukum-hukum yang berkaitan dalam bidang Fiqh.
3. Mengenalpasti dan mengaitkan dengan isu-isu semasa bagi setiap bidang yang dipilih
dengan hukum Fiqh dan kaedah Usul Fiqh yang digunapakai.

Tugasan Projek (100%)
Islam merupakan agama yang syumul, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Sejajar
dengan itu, al-Quran dfuturunkan sebagai Kitabullah yang mempunyai panduan dan hidayah
kepada seluruh umatr manusia, lengkap dengan segala isi kandungannya sama ada dari segi
akidah, ibadah, perundangan, akhlak , sejarah dan sebagainya.
Berpandukan kepada pernyatan di atas dan rujukan daru pelbagai sumber yang mutabar sama
ada bercetak atau elektronok, anda dikehendaki menyediakan satu kertas kerja yang lengkap
berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama anda juga dikehendaki
membentangkan tugasan berkenaan mengikut jadual yang ditetapkan. (rujuk lampiran)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Tugasan ini adalah tugasan individu dalam bentuk kertas kerja dan pembentangan hasil
tulisan adalah dalam bentuk 2 orang sekumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik).
4. Tugasan kerja kursus adalah diwajibkan dalam bentuk tulisan tangan dengan
menggunakan tulisan jawi terkini yang diselaraskan
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak kurang daripada 15
muka surat (termasuk persembahan visual)
7. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.( Pembentangan 30% dan Kerja
Kursus 70%)
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :
i. Pengenalan yang baik dan dapat mengupas isi-isi berkaitan dengan baik.
ii. Isu-isu yang dipilih untuk membuat penulisan hendaklah yang releven dengan
masa sekarang..
iii. Rumusan dan cadangan hendaklah menjawab isu penulisan.

3. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah
dikemukakan

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan
sokongan ilmiah

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan coheren
6. Penulisan esei dan refleksi harus menunjukkan kefasihan berbahasa, laras bahasa
yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
7. Rujukan hendaklah dari berbagai sumber yang tepat dan dapat memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya dari 3 buah buku, 3 internet dan 2 bahan bercetak yang
lain.
Catatan; Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemberian markah yang sediakan
Disediakan oleh: Disahkan oleh:


______________________ _______________________
(HARUN HAYA ) (ZAMBRI BIN AHMAD)
Penyelaras Kursus PIM3101 Ketua Jabatan Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Moral
IPGK Tuanku Bainun IPGK Tuanku Bainun






Tajuk-Tajuk Kerja Kursus
Mata Pelajaran : Tilawah dan Tafsir Al-Quran
N0.Kod : PQE 3101

1. Sejarah perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran di malaysia dan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di malaysia.

2 Menjelaskan kaedah bacaan Taawwuz, Basmalah dan Takbir berdasarkan Imam
Asim dan Enam Imam lain dalam bidang Qiraat.

3. Menjelaskan perbezaan antara buku-buku iqra 1- 6 dan cara pengunaannya.

4. Israilliyat dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran, pandangan sarjana islam dan
usaha orientalis untuk merosakkan maksud al-Quran.

5. Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 1 5, Pengertian . asbab an-Nuzul dan kaitannya
dengan isu isu semasa.

6. Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 138 141, Pengertian . asbab an-Nuzul , pengajaran
ayat dan kaitannya dengan isu isu semasa.

7. Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 221, (kahwin dengan kafir)Pengertian . asbab an-
Nuzul, pengejaran ayat dan kaitannya dengan isu isu semasa.

8 Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 228 230, ( Talak) Pengertian . asbab an-Nuzul,
pengejaran ayat dan kaitannya dengan isu isu semasa.

9 Tafsir Surah An-Nisa, ayat 11 12, ( Pesaka) Pengertian . asbab an-Nuzul,
pengajaran ayat dan kaitannya dengan isu isu semasa.

10.Tafsir Surah al-Anfal, ayat 24 25, ( meyehut seruan Allah dan
Rasulnya)Pengertian . asbab an-Nuzul, pengejaran ayat dan kaitannya dengan isu isu
semasa.

11.Tafsir Surah al-Muminun, ayat 1 11,(Ciri-ciri Mumin Berjaya) Pengertian . asbab
an-Nuzul, pengajaran ayat dan kaitannya dengan isu isu semasa.

12. Tafsir Surah al-Anbia, ayat 51 56,( Sikap Nabi Ibrahim terhadap bapa baginda
kaumnya) Pengertian . asbab an-Nuzul , pengajaran ayat dan kaitannya dengan isu
isu semasa.

13. Tafsir Surah al-Anbia ayat 57 65, (Nabi Ibrahim menghancurkan kemungkaran)
Pengertian . asbab an-Nuzul, pengajaran ayat dan kaitannya dengan isu isu semasa.

14. Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 66 73, Pengertian . asbab an-Nuzul, pengajaran
ayat dan kaitannya dengan isu isu semasa.

You might also like