Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
UCAPAN PERASMIAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAHDAERAH HULU LANGAT 2009.Oleh: Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian Jabatan Pelajaran NegeriSelangor
.
Yang Berusaha Encik Sharudin in b Yusof,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat,Pengetua-pengetuaGuru-guru Besar Guru-guru Penolong Kanan KokurikulumGuru-guru,dan murid-murid yang dikasihi.Saya ucapkan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah HuluLangat kerana mengundang saya ke Majlis Perasmian HariKokurikulum Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat. Sayadimaklumkan bahawa program ini dianjurkan oleh UnitKokurikuluum Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dengankerjasama Badan Pemuafakatan Guru-guru Penolong Kanan sekolahmenengah dan sekolah rendah. Tahniah dan syabas saya ucapakan .Tuan-tuan dan puan-puan.Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan..Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum adalah wajib dijalankan di sekolah.
 
Tujuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah adalah untuk menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaankepada tuhan.Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat mengimbangkan antara perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid-murid.Aktiviti kokurikulum juga dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid di sekolah dan antara sekolah.Aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan disiplin murid.Akhirnya aktiiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integriti nasional.Tuan-tuan dan puan-puan,Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf murid-murid sekolahmenengah yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Sebanyak 10 peratus markah keseluruhan kekasukan ke IPTA adalah diambil darikegiatan kokurikulum.Bagi murid-murid sekolah rendah pula, keaktifan dan pencapaiandalam aktiviti kokurikulum adalah menjadi salah satu daripada kriteria pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh.Oleh hal yang demikian, murid-murid yang aktif dalam kegiatankokurikulum serta memperolehi pencapaian yang baik dalam bidang
 
akademik mempunyai peluang yang cerah untuk memasuki IPTA atauSekolah Berasrama Penuh.Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha untuk memperkasaaktiviti kokurikulum di sekolah. Selain daripada peruntukankewangan , Kementerian Pelajaran juga telah menyalurkan bantuan pakaian seragam kepada murid-murid yang kurang mampu. Denganadanya bantuan seperti ini, diharapkan aktiviti kokurikulum dapat berjalan lancar.Tuan-tuan dan puan-puan,Kokurikulum merupakan suatu aktivi yang terancang.. Gerak kerjaini merupakan lanjutan daripada proses pembelajaran di dalam bilik darjah.. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepadamurid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.Berdasakan hakikat ini saya ingin mengingatkan pengurus-penguruskokurikulum di peringkat sekolah supaya dapat merancang aktivitikokurikulum dengan teliti supaya aktivit kokurikulum ini dapatmemberi impak yang maksimum.Aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam merancang danmenjalankan aktiviti kokurikulum ialah tentang keselamatan murid-murid. Guru-guru disaran mematuhi semua prosidur keselamatansemasa menjalankan aktiviti kokuriklum.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more