Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
272Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kbsr Dan Klsr

Kbsr Dan Klsr

Ratings: (0)|Views: 11,953 |Likes:
Published by TUN HARMADI
KBSR DAN KLSR
KBSR DAN KLSR

More info:

Published by: TUN HARMADI on Nov 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
Struktur kurikulum KBSR Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapaikemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yangdikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaituAbdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikankebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telahmencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama disetiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib inikemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalamAkta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalahberdasarkankepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolahumum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolahjenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil bolehmenggunakanbahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semuasekolah.Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaituTahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertamamerupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam AktaPelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawahRancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosialyang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakankemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf  pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa,kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi sertauntuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduandi kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari
 
konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semulamatlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebihsesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedikonflik perkauman itu daripada berulang kembali.
Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR 
Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum LamaSekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satutempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedahkeseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi danmeja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaranmenggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yangdigantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.
Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).
Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis denganmenggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduandalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umumyang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE),Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian
 
dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagimenjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh LaporanJawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajianyang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyaikaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehinggamembosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabilamenjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan bukuteks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankansecara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Padatahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum BersepaduSekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masihsama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagaialat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaanterhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa MalaysiaSekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->