You are on page 1of 3

DIY TEKNIK MEMBINA KOLAM

F. FASA KEENAM

i. Memasang pam (tanpa penapis) bagi kolam yang hanya mengandungi
tumbuhan air dan tanpa ikan

Pam yang ingin dipasang mestilah khusus untuk projek air terjun (kat
kotak dia ada gambar air terjun) dan ketinggian air terjun juga perlu
rancang mengikut spesifikasi pam. Sebagai contoh pam di kolam saya tu,
spek nya : Kuasa 40W, 2700 liter/jam dan ketinggian maksima air terjun :
2.2 meter. Kira sesuailah dengan kolam saya yang berukuran 6 x 4 x 2.
Harganya RM 69.00 (Tahun 2000).

Selain dari tujuannya untuk mengepam air terjun, pam juga boleh
digunakan untuk membuang air keluar dari kolam semasa mencuci kolam
sekiranya kolam anda TIADA drain pipe. Seeloknya pam diletakkan
didalam bakul plastik sebelum dimasukkan ke dalam kolam untuk
mengelakkan pam tersumbat dengan daun-daun atau pasir yang boleh
memendekkan jangkahayat pam.

Lepas tu bolehlah test air terjun tu, tengok kalau ada kebocoran dimana-
mana. Kalau tak ada sekali lagi TAHNIAH!!!

Kalau ada kebocoran, macam biasa lah. Check balik dan repair balik.














pam

bakul plastik


Test air terjun. Buat ubahsuai batuan supaya air terjun seperti yang
dikehendaki. Bunyi airterjun juga boleh diubahsuai samada nak kuat atau
perlahan.

ii. Memasang pam dengan penapis bagi kolam yang mengandungi
tumbuhan air dan ikan hiasan

Sekiranya ada ikan hiasan terutamanya kap Jepun, penapis perlu dipasang
kerana air kolam akan cepat dicemari oleh najis ikan dan saki baki
makanan. Kalau air kolam dibiarkan begitu tanpa dirawat, kandungan
ammonia dalam air kolam akan meningkat dan akan membunuh semua
ikan.siapa yang rugi. Penapis ni seperti span dan harganya murah
je...RM 2.50 sepeket.

Terdapat 3 kaedah memasang penapis dari cara yang simple kepada yang
kompleks sikit iaitu :

a. Penapis di bahagian pam (dalam bakul)
b. Penapis di bahagian air terjun
c. Penapis luar (tong)

Penapis paling mudah dipasang adalah (a) dan (b) tetapi kena lebih kerap
mencucinya dalam 2-3 hari sekali dan yang paling susah sikit (sikit je)
adalah penapis jenis (c) tapi hanya buat cucian sekali dalam 2 bulan. So
tepuklah dada tanya selera, pilih lah yang mana satu.....


(a) penapis diletak dalam bakul dan menutup
seluruh pam








penapis



(b) penapis diletak dalam celah batuan sebelum
air turun sebagai air terjun
penapis








(c) penapis berada di dalam housing nya sendiri










penapis









...bersambung...Teknik membina penapis sendiri...

You might also like