You are on page 1of 37

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
JABATAN SAINS SOSIAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 7/2012

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 4 PINTAR TERHADAP
KEBERSIHAN DIRI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TUNJUK CARA.


OLEH:
MUHAMMAD AFIQ SYAHMI BIN MOHD SALLEH

PENYELIA:
EN. ADNAN BIN BAHAROM


NAMA PENYELIDIK : MUHAMMAD AFIQ SYAHMI BIN MOHD SALLEH
NAMA INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUANKU BAINUN
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG
BULOH, 13220
KEPALA BATAS, PULAU PINANG.




Pendahuluan

Dalam kehidupan sehari hari kebersihan merupakan hal yang sangat
penting dan harus diperhatikan karena kebersihan akan mempengaruhi
kesehatan dan psikis seseorang.Kebersihan itu sendiri sangat
dipengaruhi oleh nilai individu dan kebiasaan.Hal hal yang sangat
berpengaruh itu diantaranya kebudayaan, sosial, keluarga, pendidikan,
persepsi seseorang terhadap kesehatan, serta tingkat perkembangan.
Jika seseorang sakit, biasanya masalah kebersihan kurang diperhatikan,
hal ini terjadi karena kita menganggap masalah kebersihan adalah
masalah, padahal jika hal tersebut dibiarkan terus dapat mempengaruhi
kesehatan secara umum. (Tarwoto, Watonah, 2006 :78)

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan amalan kebersihan
diri dalam kalangan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Permatang
Buloh, kesan daripada penggunaan kaedah tunjuk cara. Melalui subjek
Sivik Dan Kewarganegaraan, murid-murid belajar cara untuk membentuk
sikap dan mempelajari nilai-nilai murni melalui proses kematangan
emosi.

Kebersihan merupakan salah satu nilai murni yang dipelajari oleh murid-
murid tahun 4 di dalam subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.
Melalui subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan murid-murid
diajar cara-cara untuk menjaga kebersihan diri mereka menggosok gigi
dengan betul dan mencuci tangan merka dengan betul.

Menurut Imam al Ghazali pernah mengungkapkan:Apabila menilai
seseorang lihatlah pada kebersihan dirinya terlebih dahulu. Kebersihan
adalah keadaan bebas dari kotoran, termasuk di antaranya,
debu,sampah, dan bau.

Di zaman moden, setelah Louis Pasteur (1987) menemukan proses
penularan penyakit atau infeksi disebabkan oleh mikroba, kebersihan
juga bererti bebas dari virus, bakteri patogen, dan bahan kimia
berbahaya. Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan yang baik.
Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar
sihat, tidak bau dan tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan
kuman penyakit bagi diri sendiri dan orang lain. Kebersihan badan
meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menyikat gigi, mencuci
tangan, dan memakai pakaian yang bersih

Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) yang diasaskan oleh John Dewey,
menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,
pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji
aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya
kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat
deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan (Zaiton Zanariah Hamid, 2000).

Menurut Dywer (1978), pelajar yang membaca sambil melihat gambar
boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja. Ini dapat
dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi dalam
kajian Ng Ying (2004) bahawa, pancaindera penglihatan berupaya
memproses 4,300,000 maklumat manakala pancaindera pendengaran
berupaya menerima 50,000 maklumat.

















1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Melalui pemerhatian sepanjang menjalani praktikum, pengkaji
mendapati keadaan penjagaan diri dilihat kurang memuaskan apabila
selepas rehat. Sebagai contoh, di dapati murid-murid tahun 4 Pintar ini
akan bermain dan makan dengan tidak membasuh tangan dengan cara
yang betul. Pengkaji mendapati, baju dan diri mereka akan tidak terurus
selepas waktu rehat.

Walaupun telah ditegur oleh guru untuk membasuh tangan sebelum
makan, masih terdapat segelintir pelajar tahun 4 Pintar tidak membasuh
tangan ketika makan.Ini menyebabkan pengkaji sering menasihati
murid-murid sewaktu rehat. Pengkaji juga telah mengambil inisiatif
dengan menampal poster mengenai cara-cara untuk membasuh tangan.

Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa sikap murid 4 Pintar yang
kurang bertanggungjawab terhadap kebersihan diri mereka perlu diubah
dengan segera supaya tidak menghadapi masalah kesihatan kelak.

Bagi guru, amalan kebersihan mudah disampaikan kepada murid-murid
tahun 4 yang mempraktikkan amalan menjaga kebersihan diri. Namun
bagi murid-murid yang tidak mengikut cara-cara menjaga kebersihan
diri dengan betul dan menguruskan penampilan diri dengan baik akan
menyebabkan objektif yang cuba disampaikan tidak tercapai. Oleh itu,
guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan
setiap masalah dapat diatasi dengan baik.








Pemerhatian Tingkah laku Murid : Mencuci Tangan Sebelum Makan
Masa : 10.00 Pagi (Sebelum Rehat)
Tarikh : 16 Februari 2012
Tempat : Kantin Sekolah Permatang Buloh

Responden Basuh Tangan Tidak Basuh Tangan
A /
B /
C /
D /
E /
F /
G /
H /

Rajah 1.1: Pemerhatian Tingkah Laku Murid Mencuci Tangan Sebelum
Makan


















Latar Belakang Kajian


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk
semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah
bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan
pengetahuankemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk
melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk
dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk
melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan
dalam keluarga dan masyarakat.
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai
satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah
dan menengah. Pada masa dahulu, Pendidikan Sivik bertumpu pada
struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi
tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa
depannya. Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan (PSK) tahun 4 terdapat tema Sayangi Diri yang
merangkumi Kesihatan dan penampilan diri yang memberi penekanan
terhadap penjagaan kesihatan , kebersihan diri dan penmapilan diri
yang kemas.
Melalui tunjang ini, murid-murid tahun 4 dilatih untuk membina tabiat
menjaga kebersihan diri dan kesihatan.Pendedahan terhadap
pembelajaran kebersihan di peringkat ini dapat membentuk murid-murid
tahun 4 khususnya 4 Pintar supaya lebih bertanggungjawab terhadap
kebersihan diri mereka.
Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang
(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat
peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi
(2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).




Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga
berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit
iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada
tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang
berlaku pada tahap praoperasi.


Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak
mengendahkan keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada
peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta
bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu,
Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami
pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula
memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan
akhirnya mengamati proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan
ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu
yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka
mula menerima pendapat orang lain.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep
pengekalan. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti
rugi dan prinsip keterbalikan. Prinsip Identiti adalah mereka sudah tahu
jika tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek,maka
bilangannya tetap sama walaupun bentuknya berubah.

Di dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khusunya di dalam
bilik darjah. Teknik demonstrasi atau tunjuk cara merupakan satu teknik
yang dapat memudahkan lagi murid untuk mengikut kerana fasa murid
yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 11 merupakan murid yang
lebih bersifat konkrit. Pada waktu ini murid perlu mengetahui

PernyataanMasalah

Kebanyakan murid 4 Pintar dilihat kurang menjaga kebersihan kelas
mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Sharifah Alwiyah (1985), tingkah
laku dan sikap murid dibilik darjah adalah hasil daripada berbagai-bagai
pengaruh, iaitu pengaruh di sekolah dan luar sekolah. Pengaruh yang
dimaksudkan ialah didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, taraf
sosioekomi, sekolah, taraf pendidikan dan budaya masyarakat.
Mengikut kajian-kajian yang pernah dibuat sebahagian besar aspirasi
pendidikan kanak-kanak dipelajari daripada keluarga. Ini bermaksud jika
ibu bapa mereka kurang menitik beratkan aspek kebersihan, maka
pendidikan kanak-kanak tentang kebersihan berada di tahap yang
kurang memuaskan. Malah ibu bapa pada zaman sekarang meletakkan
pendidikan kebersihan kepada pembantu rumah, nenek atau guru.

Kebanyakan kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang mempunyai
taraf sosioekomi yang rendah, biasanya kurang mendidik anak-anak
mereka Kenyataan ini disokong oleh Hashima dan Amato (1994) dalam
Rozumah dan Zarinah (2011), iaitu ibu bapa dari keluarga miskin
mempamerkan sikap kurang mendidik dan tidak konsisten dalam
mendisiplinkan anak. Mereka juga mengamalkan tingkahlaku
menghukum dan tidak memberikan sokongan kepada anak-anak.

Maksud mendidik ini bukan sahaja dari segi didikan agama dan
akademik, malah bermaksud mendidik dari segi menjaga kebersihan
diri, pakaian dan persekitaran. Masalah yang biasa berlaku di kalangan
guru ialah menggunakan kaedah yang kurang sesuai untuk
menyelesaikan masalah kebersihan yang ditimbulkan oleh kanak-kanak.
Noran Fauziah (1993) dalam Hamdan et.al (2006) menegaskan bahawa
peranan guru akan lebih berkesan di sekolah dan di bilik darjah. apabila
guru haruslah menguasai beberapa aspek dalam pengajaran mereka.
Antaranya ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan mengenai mata
pelajaran yang diajar, kaedah mengajar, pengurusan bilik darjah dan
pengetahuan psikologi dan sosiologi pendidikan serta mempunyai
pengetahuan terkini yang berkaitan dengan pendidikan. Ini
menunjukkan guru yang kurang berkemahiran dalam mengurus bilik
darjah akan memberi kesan kepada sikap dan tingkah laku murid
mereka.

1.4 Tinjauan Awal
Daripada hasil tinjauan yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap
murid-murid 4 Pintar , didapati murid-murid 4 Pintar kurang
menitikberatkan aspek kebersihan kelas. Apabila selesai sesuatu aktiviti
yang dijalankan, pengkaji melihat keadaan pakaian kurang bersih
dimana baju-baju murid akan mempunyai tompok-tompok samada
sambal, kicap ataupun kotoran tanah. Melalui permasalahan yang
dilihat, pengkaji terdorong untuk mencari kaedah atau teknik bagi
mengatasi masalah tersebut. Pengkaji berpendapat, mungkin terdapat
kelemahan pada kaedah yang diguna oleh guru kelas menyebabkan
kanak-kanak 4 Pintar kurang bertanggungjawab terhadap aspek
kebersihan.

Mengikut George Morrison (1995), behavior modification means the
conscious application of the methods of behavioral science with the
intent of changing childrens behavior. Ini menunjukkan bahawa teknik
modifikasi tingkah laku merupakan salah satu strategi yang boleh
digunakan oleh guru 4 Pintar untuk mengatasi masalah yang timbul di
dalam kelas.


Refleksi Sorotan Literatur

Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan adalah suatu aspek
penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengikut KSPK (2009),
penekanan kepada amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kesihatan
persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat dapat memberi manfaat
kepada kanak-kanak sepanjang usia mereka. Melalui pembelajaran
tentang penjagaan kesihatan, kanak-kanak dapat belajar untuk
mengurus tingkah laku mereka supaya lebih bertanggungjawab
terhadap aspek kebersihan diri dan persekitaran.

Pada peringkat ini dapat dilihat sesetengah pelajar kelihatan comot
atau selekeh ketika berada di sekolah. Kebanyakkan murid-murid
memandang ringan mengenai perkara ini. Mereka tidak begitu
mengambil berat tentang penjagaan diri. Ada di antara murid-murid
yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Isnin
hingga Jumaat), ada yang tidak mandi sebelum ke sekolah, tidak gosok
gigi juga tidak menggosok pakaian ke sekolah.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada diri seorang murid
sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan menjaga kebersihan
diri untuk keselesaan dan kebaikan diri masing-masing. Namun, amat
menyedikan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah
bau badan yang amat ketara hingga mengganggu pernafasan orang lain.
Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap
Satu, malah juga berlaku kepada murid Tahap Dua, Tiga dan Empat.
Lebih menyedihkan apabila murid Tahun Enam yang sepatutnya
menjadi contoh kepada murid-murid lain juga berkeadaan yang hampir
sama.


Keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera.
Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Maka,
mereka mampu dan boleh belajar dengan tenang dan bersemangat. Bau
yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-
rakan lain. Oleh itu, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu
diselesaikan secepat mungkin. Kebersihan diri adalah antara elemen
terpenting yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu khususnya
murid-murid sekolah.

Sekiranya murid-murid bersikap tidak kisah dengan perkara ini, mereka
sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana
setiap sekolah meletakkan syarat murid berpakaian kemas serta
menjaga kebersihan diri apabila ke sekolah. Ini membuktikan bahawa
kebersihan sangat penting dalam diri murid-murid.

Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan bahawa Kebersihan adalah salah
satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga
kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak berbau,
tidak malu, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman
berpenyakit bagi diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan
meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi,
mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih. Kita juga tahu
bahawa kebersihan itu dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan
penyakit. Selain itu, kebersihan juga sangat penting bagi semua agama
dan kepercayaan tidak terkecuali Agama Islam.

Menurut Al-Quran, surah Al Baqarah ayat ke dua puluh dua (22) Allah
berfirman, "Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang banyak
bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri"

Memandangkan masalah ini berkaitan dengan para murid sekolah, guru
guru memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan dan
kesedaran melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran. Salah satu
daripadanya ialah kaedah tunjuk cara atau demonstrasi. Guru tidak
seharusnya membiarkan masalah sedemikian terus melanda para murid
terbabit, tetapi haruslah mengambil langkah untuk membendungnya
daripada terus dibawa ke sekolah menengah. Hal ini penting bagi
mengelakkan pelajar terbabit disindir, kurang keyakinan diri, pelajaran
yang lemah dan ditertawakan oleh rakan sebaya. Mengikut sumber yang
dipetik daripada Majalah Pendidik oleh Farisazmi (2009), guruguru
perlu mengambil langkahlangkah berikut bagi membendung gejala
kurang memberangsangkan ini.

Mengingatkan pelajar tentang kepentingan menjaga diri. Gunakan
sebanyak mungkin bahan sama ada dari surat khabar, majalah, video,
cakera padat dan lain-lain untuk mengajar murid-murid tentang
penjagaan kebersihan diri. Galakkan mereka supaya kerap
membersihkan rambut dengan syampu, memakai pakaian yang bersih,
membasuh tangan selepas melawat tandas, menutup mulut apabila
batuk, dan menggunakan kertas tisu atau sapu tangan untuk mengesat
peluh, hingus atau hidung yang berair.


Selari dengan kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak
pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini
kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan
penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi
kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang
lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan Kaedah
Tunjukcara (Demonstrasi) yang melibatkan pancaindera akan lebih
mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran.

Bercakap secara individu dengan pelajar yang didapati tidak prihatin tentang
penjagaan kebersihan dirinya. Bantulah pelajar yang berkenaan supaya dia sedar
bahawa penjagaan kebersihan diri itu penting untuk mengelakkan dirinya
daripada jangkitan kuman. Sekiranya dia tidak mengubah sikapnya, dia mungkin
akan dipulaukan oleh rakan-rakannya. Beritahu pelajar yang berkenaan tentang
kepentingan dan cara-cara menjaga kebersihan diri secara umum sebelum
menyatakan masalah yang dihadapi oleh pelajar itu secara khusus.

Menyenaraikan kepada pelajar apa yang perlu pelajar lakukan setiap hari untuk
menjaga kebersihan diri. Senarai-senarai ini merangkumi mandi, mencuci rambut,
menyikat rambut, memakai pakaian yang bersih dan sebagainya. Minta pelajar
melaksanakan tugasan ini sebagaimana menyiapkan tugasan kerja rumah.

Membuat pemantuan dan memastikan pelajar ini melakukan kerja rumahnya.
Jika tugasan yang diberikan dilakukan dengan baik, beri kata-kata rangsangan dan
pujian supaya kerja yang baik ini terus dilaksanakan oleh pelajar.

Seorang guru juga boleh menyediakan peralatan yang berkaitan seperti sikat,
kertas tisu, pewangi di dalam kelas. Membenarkan pelajar menggunakan
peralatan tersebut pada bila-bila masa yang sesuai asalkan digunakan secara
berhemah. Guru juga perlu membuat pemantuan untuk memastikan pelajar yang
berkenaan itu tahu menggunakan peralatan yang disediakan.





2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 ISU KAJIAN

Kajian ini menjurus kepada kaedah tunjuk cara kepada murid-murid bagi
memudahkan lagi pengajaran terhadap murid untuk memahami lebih
mendalam tentang penjagaan kebersihan diri yang betul. Dengan
menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih memudahkan murid
memahami penjagaan diri yang betul.

Diaz Corner (2007) mengatakan bahawa kesihatan sangat berkaitan erat
dengan kebersihan. Seseorang akan sihat, jika selalu hidup bersih.
Oleh yang demikian pendapat diatas telah menunjukkan bahawa
kesihatan yang baik bermula dari kebersihan diri kita. Kebersihan
memainkan peranan yang besar dalam kehidupan setiap manusia.
Tanpa kebersihan dan penampilan diri yang baik maka keyakinan diri
tidak akan wujud malah pelbagai penyakit akan menyerang.

Menurut Bandura (1994), sebagian besar manusia belajar melalui
pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain.
Teori belajar ini dikenal sebagai teori pemodelan tingkah laku. Manusia
dapat belajar dari contoh (model) sebelum melakukan tingkah laku yang
dimodelkan itu. Koh Boh Boon (1985), di dalam buku Pedagogi Asas
Pendidikan, menyatakan pula pengajaran adalah satu proses yang
kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar,
kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan
dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid ini, pelbagai strategi dan kaedah
yang boleh digunakan, antaranya ialah dengan menggunakan kaedah
tunjukcara atau demonstrasi.









3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti amalan yang biasa dilakukan oleh murid-murid tahun 4
Pintar terhadap kebersihan diri

Menilai amalan kebersihan dalam kalangan murid tahun 4

Meningkatkan amalan kebersihan dalam kalangan murid menerusi
penggunaan kaedah tunjuk cara.


3.1 Soalan Kajian

Sejauh manakah murid-murid tahun 4 mengamalkan amalan
menjaga kebersihan diri?

Sejauh manakah murid-murid mengaplikasikan amalan kebersihan di
sekolah?

Sejauh manakah kaedah tunjuk cara dapat meningkatkan amalan
kebersihan dalam kalangan murid tahun 4?

Kepentingan Kajian\
Kajian ini sangat penting bagi melihat sejauh mana pemberian tunjuk
cara dapat meningkatkan amalan kebersihan diri dalam kalangan murid
4 Pintar. Pembentukan amalan kebersihan ini amat penting supaya
murid 4 Pintar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap
kebersihan di rumah, kelas dan persekitaran mereka.

Kajian ini juga diharap dapat membantu guru 4 Pintar dalam menangani
masalah murid 4 Pintar yang tidak menjaga kebersihan diri dan tidak
bertanggungjawab terhadap barang-barang mereka. Selain itu, melalui
kajian ini, pengkaji berharap ibu bapa akan mendapat pendedahan
tentang kaedah tunjuk cara ini. Malah melalui kaedah ini, sikap positif
murid 4 Pintar dapat dibentuk manakala sikap negatif merekadapat
dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Definisi operasional

Definisi operasional adalah bermaksud kepada pendefinisian istilah
dalam tajuk iaitu amalan kebersihan diri dalam kalangan murid 4 Pintar,
kesan daripada kaedah tunjuk cara.

3.4.1 Kebersihan
Kebersihan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),
keadaan bersih (tidak kotor). Kebersihan merupakan salah satu amalan
yang perlu diamalkan oleh murid-murid 4 Pintar supaya mereka apat
belajar dengan selesa dan terhindar dari penyakit yang berbahaya.
Tunjuk Cara
Teknik tunjuk cara ini juga dikenali sebagai demonstrasi (Mok Soon
Sang , 2008). Tunjuk cara atau demonstrasi merupakan kaedah
pengajaran seseorang individu membuat sesuatu di hadapan individu
lain untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan (
Ee Ah Meng , 1991 ) .

Amalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), amalan bermaksud sesuatu yang
dilakukan sebagai suatu kebiasaan. Meningkatkan amalan kebersihan diri dalam
kalangan murid 4 Pintar supayamenjadi kebiasaan dalam kehidupan harian
mereka.

Modifikasi

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), modifikasi bermaksud proses
mengubah sesuatu supaya sesuai dengan keperluan yang dikehendaki. Mengubah
tingkah laku murid yang kurang sesuai supaya dapat disesuaikan dengan keadaan
dan suasana kelas.


Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bersifat terhad dan mempunyai batasan-batasan
tertentu. Oleh itu, ia tidak seharusnya terlalu meluas kerana adanya batasan-
batasan dalam kajian ini yang perlu dipatuhi supaya kajian ini berjaya
dilaksanakan. Kajian ini hanya tertumpu di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh
(SKPB), Kepala Batas.

Responden untuk kajian ini hanya melibatkan murid tahun empat yang terdiri dari
lapan orang responden. Disamping itu, kajian ini hanya akan mengkaji penggunaan
kaedah tunjuk cara (demonstrasi) untuk melihat perubahan tingkah laku dalam
kalangan murid tahun 4. Tajuk utama dalam kajian ini telah ditetapkan iaitu
Meningkatkan Amalan Kebersihan Diri Dalam Kalangan Murid tahun 4 SK.
Permtang Buloh, Kepala Batas Kesan Daripada Penggunaan Kaedah Tunjuk Cara.

Tempat Kajian

Tempat kajian adalah di tahun 4 Pintar SKPB. Kelas responden terdiri daripada 30
orang murid .

4.0 KUMPULAN SASARAN
Responden atau kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 8 orang
murid Tahun 4 Pintar Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh sesi tahun
2012. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 4 orang
murid perempuan. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu. Pemilihan
responden dibuat berdasarkan permasalahan yang dikaji dan
berdasarkan hasil pemerhatian yang dijalankan.


5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Kajian ini mengapilkasikan model kajian tindakan yang dibangunkan
oleh Kemmis & Mc Taggart (1988). Model ini menggunakan empat
langkah dalam proses penyelidikan iaitu mereflek, merancang, bertindak
dan memerhati.
i. Peringkat Pertama :Mereflek
Kajian dijalankan berdasarkan refleksi terhadap proses P&P yang telah
dilaksanakan. Melalui refleksi, pengkaji telah mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan dalam proses P&P. Antara kelemahan yang dikenalpasti
ialah masih terdapat murid 4 Pintar yang kurang menjaga kebersihan
diri mereka.
Pengkaji mendapati masalah ini perlu diatasi dengan segera supaya
amalan kebersihan diri dapat dipupuk di dalam diri murid 4 Pintar sejak
kecil lagi dan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap
aspek kebersihan.
ii. Peringkat Kedua :Merancang
Kajian ini memberi tumpuan kepada meningkatkan amalan kebersihan
diri dalam kalangan murid 4 Pintar. Rawatan yang digunakan ialah
pemberian tunjuk cara berbentuk video mengenai cara-cara menjaga
kebersihan diri dan ceramah yang diberikan oleh guru yang dipilih.
Rawatan akan bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari Jumaat.

iii. Peringkat Ketiga : Bertindak
Rawatan menggunakan kaedah tunjuk cara ini dilaksanakan selama tiga
minggu. Jadual Penilaian Kebersihan berdasarkan jadual yang telah di
tetapkan seperti dalam lampiran G.
iv. Peringkat Keempat :Memerhati
Pada peringkat keempat, pengkaji telah membuat pemerhatian yang
lebih terperinci untuk mengumpul data bagi menilai tahap keberkesanan
tindakan. Pengkaji membuat pemerhatian menggunakan borang senarai
semak sebelum dah selepas rawatan dijalankan seperti dalam lampiran
A.
Selain itu, pengkaji turut mendapatkan maklumat melalui dokumentasi
bergambar sebelum dan selepas rawatan dijalankan bagi menyokong
kajian yang dijalankan. Pengkaji juga menggunakan kaedah temubual
untuk mendapatkan data yang lebih jitu walaupun telah melakukan
pemerhatian di awal.

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan amalan kebersihan diri dalam
kalangan murid tahun 4 Pintar Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh,
Kepala Batas, kesan daripadapenggunaan kaedah tunjuk cara. Bahagian
ini akan menerangkan dengan terperinci bagaimana kajian ini dijalankan
dan kaedah-kaedah yang digunakan.







5.2 CaraMengumpul Data


5.2.1 Instrumen Kajian

Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap
perubahan tingkah laku responden ialah pemerhatian, temubual, dan
dokumentasi bergambar.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara
kritikal. Pada minggu pertama, pengkaji telah membuat pemerhatian
awal menggunakan catatan lapangan untuk mengenalpasti tahap
amalan kebersihan diri dalam kalangan murid 4 Pintar. Setelah selesai
membuat pemerhatian awal pengkaji telah memilih dua orang murid
untuk dijadikan sebagai responden kajian.

Selepas itu, pengkaji membuat pemerhatian menggunakan borang
senarai semak untuk melihat tahap amalan kebersihan diri yang
diamalkan responden. Pengkaji melihat sejauh manakah responden
menjaga kebersihan diri kelas mereka sebelum dan selepas kaedah
rawatan dijalankan. Pemerhatian dijalankan beberapa kali untuk
mendapatkan data yang sah dan lengkap. Hasil dari dapatan kajian ini
dianalisis bagi melihat perubahan tingkahlaku responden tersebut.

Temubual

Bagi mendapatkan maklumat dari temu bual pengkaji telah menjalankan sesi
temubual sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Sesi temubual dijalankan ke
atas responden untuk memperoleh maklum balas terhadap perubahan tingkah
laku, perasaan dan kefahaman responden tentang aspek kebersihan yang telah
diamalkan.


Dokumentasi Bergambar

Bagi mendapat maklumat yang lebih tepat pengkaji telah menggunakan
kaedah dokumentasi bergambar untuk menyokong kajian yang telah
dijalankan.


5.3 CaraMenganalisis Data

Setelah kajian tindakan dilaksanakan, data-data yang diperoleh ditafsir
dan dianalisis. Pengkaji akan menggunakan analisis diskriptif atau
penceritaan ke atas kaedah yang telah digunakan. Melalui analisis ini,
pengkaji dapat menilai keberkesanan kajian yang telah dijalankan.



















6.0 ANALISIS DATA
Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan hasil dapatan data-data
yang diperoleh melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi bergambar
dan jadual kebersihan diri. Selain itu, data-data yang diperoleh akan
menjawab semua soalan yang terdapat di dalam bab tiga iaitu:

i. Sejauh manakah murid-murid 4 Pintar mengamalkan amalan
menjaga kebersihan diri di 4 Pintar?
ii. Sejauh manakah murid-murid 4 Pintar mengaplikasikan amalan
kebersihan diri di 4 Pintar?
iii. Sejauh manakah kaedah tunjuk cara dapat meningkatkan amalan
kebersihan diri dalam kalangan murid 4 Pintar?

6.1 Sejauh manakah murid-murid tahun 4 Pintar mengamalkan amalan
menjaga kebersihan diri di sekolah?

Instrumen Pemerhatian
Pemerhatian awal ini dilaksanakan untuk menilai amalan kebersihan diri
yang diamalkan oleh murid-murid 4 Pintar. Berdasarkan pemerhatian,
pengkaji mendapati masih terdapat murid 4 Pintar yang kurang menitik
beratkan aspek kebersihan diri mereka. Antara dapatan pemerhatian
awal yang dapat dilihat ialah masih terdapat murid 4 Pintar yang tidak
mencuci tangan sebelum makan pada waktu rehat. Di samping terdapat
juga yang tidak memotong kuku dan menjaga kebersihan diri mereka.

6.2 Sejauh manakah murid-murid tahun 4 Pintar mengaplikasikan
amalan kebersihan diri di 4 Pintar?

Instrumen 1: Pemerhatian

Bahagian ini membincangkan data-data yang diperoleh hasil dari
pemerhatian yang telah dijalankan terhadap murid 4 PIntar dari segi
aspek kebersihan diri menggunakan borang senarai semak.


6.2.1 Mencuci tangan sebelum makan


Responden 1
Sepanjang pemerhatian pengkaji berada di kantin, pengkaji mendapati
responden 1 jarang membasuh tangan apabila hendak makan.
Walaupun telah diarahkan oleh guru, responden masih malas untuk
pergi membasuh tangan.

Responden 2

Pengkaji mendapati responden 2 juga seperti responden 1 yang kuraang
diterapkan dengan penjagaan kebersihan samada di rumah atau
disekolah. Pengkaji juga melihat responden 2 tidak bergerak apabila
diarahkan oleh guru berulang kali.


Responden 3

Pengkaji mendapati responden 3 hanya mengikut ara responden1 dan
responden 2 yang tidak membasuh tangan ketika makan.


Bahagian ini membincangkan data yang telah diperoleh dari hasil temu
bual yang telah dijalankan terhadap tiga orang responden dan guru
kelas 4 Pintar. Temu bual dijalankan berdasarkan soalan kajian.








Jadual 2: Temu Bual Bersama Responden

Soalan Jawapan responden
Pengkaji: Adakah kamu membasuh
tangan sebelum makan?

R1: Dak cikgu..( B.R1.S1)

R2: Dak juga.. (B.R2.S1)
R3: (Senyum). (B.R3.S1)
Pengkaji: Kenapa dak basuh
tangan?
R1 : Lapaq dah ni.. (B.R1.S2)
R2 : Sinki jauh la cikgu.. (B.R2.S2)
R3 : (Senyum).. (B.R3.S2)
Pengkaji: Kalau cikgu suruh
basuh, baru nak basuh ka?
R1: Emm.cikgu suruh kami
basuh la..(B.R1.S3)
R2 Nanti saya basuh la.
(B.R2.S3)
R3(Bangun dan basuh) (B.R3.S3)



Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden melalui temu bual
yang dijalankan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa responden
jarang membasuh tangan bukan shaja di sekolah malah kemungkinan
dari rumah.. Responden hanya akan membasuh tangan setelah ditegur
berulang kali oleh guru.

Jadual 3: Temubual Bersama Pembantu
Soalan Jawapan Guru Kelas
Pengkaji: Adakah responden yang
dikaji membasuh tangan sebelum
makan?
Saya pun tak pasti kerana saya
makan awal dari mereka. Tetapi
pandangan saya mereka sudah
diajar tentang kebersihan.

Berdasarkan temubual tersebut, pengkaji mendapati responden sudah
di ajar cara menjaga kebersihan semasa prose pengajaran dan
pembelajaran . Namun responden tidak mempraktikan cara yang telah di
ajar.

Instrumen 3: Dokumentasi Bergambar

Pengkaji juga mengumpul data melalui dokumentasi bergambar untuk
menjawab persoalan kajian. Berdasarkan dokumentasi bergambar yang
terdapat di lampiran B, pengkaji mendapati responden mempunyai sikap
sambil lewa dalam menjaga kebersihan diri. Responden dilihat tidak
mempraktikan pelajaran yang di ajar oleh guru.

Sejauh manakah kaedah tunjuk cara dapat meningkatkan amalan
kebersihan diri dalam kalangan murid 4 Pintar?

6.3.1 Mencuci tangan sebelum makan

Responden 1

Selepas penggunaan token ekonomi dilaksanakan, pengkaji mendapati
sikap responden 1 semakin berubah. Responden 1 dilihat sudah boleh
membasuh tangan sebelum makan. Selain itu, pengkaji tidak perlu
mengulang arahan berulang kali supaya responden membasuh tangan.

Responden 2

Selepas sesi rawatan dijalankan, sikap responden 2 dilihat semakin
berubah. Responden 2 sudah boleh membasuh tangan tanpa disuruh.
Responden 2 tidak lagi memberi alasan untuk membasuh tangan

Responden 3

Selepas sesi rawatan dijalankan, sikap responden 3 dilihat sudah
mempunyai pendirian yang tetap tanpa mengikut rakan yang lain.
Responden 3 dilihat lebih bersemangat untuk sebelum membasuh
tangan.






INSTRUMEN 2: TEMU BUAL

Jadual 2: Temu Bual Bersama Responden

Soalan Jawapan responden
Pengkaji: Adakah kamu membasuh
tangan sebelum makan?

R1: Dah cikgu..( B.R1.S1)

R2: Dah (B.R2.S1)
R3: Dah..(Senyum). (B.R3.S1)
Pengkaji: Kamu suka tak kalau
kamu sakit sebab tak basuh
tangan?
R1 : Tak suka cikgu.. (B.R1.S2)
R2 : Tak suka.. (B.R2.S2)
R3 : Ta.. (B.R3.S2)
Pengkaji: Kalau tak suka sakit kena
buat apa?
R1: Kena basuh tangan..(B.R1.S3)
R2 basuh dengan sabun.
(B.R2.S3)
R3Basuh tangan (B.R3.S3)


Hasil dapatan data temu bual menunjukkan responden sudah boleh
menyimpan membaasuh tangan sebelum makan. Responden juga sudah
boleh membasuh tangan dengan teknik yang betul. Namun begitu,
responden perlu sentiasa diingatkan oleh guru untuk menjaga
kebersihan diri mereka supaya ianya menjadi amalan harian responden.

INSTRUMEN 3: DOKUMENTASI BERGAMBAR

Perubahan terhadap amalan kebersihan turut dirakamkan menggunakan
kaedah dokumentasi bergambar. Berdasarkan dokumentasi bergambar
yang telah dirakam, pengkaji mendapati kesemua responden sudah
menunjukkan peningkatan dalam mengamalkan amalan kebersihan diri
selepas kaedah tunjuk cara dilaksanakan seperti dalam lampiran B.




7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7.1 Pendahuluan

Dalam bahagian ini akan diterangkan tentang rumusan dan
perbincangan secara keseluruhan berkaitan dengan data-data yang
diperoleh melalui kajian yang telah dijalankan. Dapatan yang diperoleh
menggunakan instrumen pemerhatian, dokumentasi bergambar dan
jadual kebersihan diri.

i. Sejauh manakah murid-murid 4 Pintar mengamalkan amalan
menjaga kebersihan diri di sekolah?
ii. Sejauh manakah murid-murid tahun 4 mengaplikasikan amalan
kebersihan diri di sekolah?
iii. Sejauh manakah kaedah tunjuk cara dapat meningkatkan amalan
kebersihan diri dalam kalangan murid 4 Pintar




7.2 Dapatan Pemerhatian

Dapatan melalui pemerhatian ini menyokong persoalan pertama, kedua
dan ketiga kajian. Bagi persoalan pertama, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa amalan kebersihan diri yang di amalkan oleh
murid-murid 4 Pintar di SK. Permatang Buloh masih berada di tahap
yang kurang memuaskan. Selain itu, guru 4 Pintar juga kurang memberi
penekanan terhadap kebersihan kelas selepas selesai sesuatu aktiviti
dijalankan.

Hal ini menyebabkan murid 4 Pintar kurang bertanggungjawab terhadap
kebersihan kelas mereka. Bagi persoalan kedua dan ketiga, pengkaji
dapat menyimpulkan bahawa sebelum rawatan dijalankan, responden
dilihat kurang menjaga kebersihan kelas mereka. Namun, selepas
kaedah tunjuk cara dilaksanakan, terdapat perubahan dari segi amalan
kebersihan diri yang diamalkan oleh responden.

Responden juga dilihat semakin rajin menjaga kebersihan diri 4 Pintar
dan menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Secara keseluruhan
kaedah tunjuk cara berjaya meningkatan amalan kebersihan diri dalam
diri responden.

7.3 Dapatan Temu Bual

Dapatan melalui temu bual adalah untuk menjawab persoalan kedua dan
ketiga kajian. Daripada kutipan data-data yang diperoleh melalui
instrumen temu bual, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa responden
juga sudah menunjukkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan
diri mereka. Sesi temu bual telah dijalankan sebanyak dua kali iaitu
sebelum dan selepas rawatan.

Berdasarkan soalan kajian yang telah dibina, Adakah kamu membasuh
tangan sebelum makan? Kalau tak suka sakit, kena buat apa sebelum
makan?. Melalui jawapan yang diberikan, pengkaji mendapati
responden sudah boleh menunjukkan sikap positif selepas penggunaan
tunjuk cara, di mana responden sudah boleh meyimpan alat tulis yang
digunakan ke dalam bekas pensel berbanding sebelum rawatan
dijalankan, di mana responden jarang membasuh tangan jika tidak
diarahkan oleh guru.

Selain itu, pengkaji turut menyoal kefahaman murid terhadap
kepentingan menjaga kebersihan kelas mereka, Adakah perlu untuk
kamu untuk menjaga kebersihan diri? Sebab apa perlu?. Berdasarkan
temu bual yang dijalankan, responden sudah boleh memahami
kepentingan menjaga kebersihan diri mereka. Responden menunjukkan
pemahaman dengan menyatakan bahawa keperluan menjaga kebersihan
diri supaya lebih sihat dan tidak mendapat sakit

Disamping itu, pengkaji turut menyoal responden dari segi perasaan
mereka.
Adakah kamu suka kelas kamu kotor? Kalau tak suka kena buat apa?.
Berdasarkan jawapan yang diberikan, pengkaji mendapati responden
menunjukkan persaaan tidak suka jika kelas mereka kotor. Responden
juga menyatakan mereka akan membuang sampah selepas selesai
membuat kerja yang diberikan dan akan menyimpan pensel dan gunting
selepas menggunakannya.

Kesimpulannya, selepas pemberian token ekonomi dilaksanakan,
pengkaji mendapati responden lebih bertanggungjawab terhadap
kebersihan persekitaran kelas mereka dengan baik. Responden juga
dapat menyatakan perasaan tidak suka jika kelas mereka berada dalam
keadaan kotor. Malah responden juga dapat menyatakan kepentingan
menjaga kebersihan kelas mereka dengan baik.


7.3 Dapatan Dokumentasi Bergambar

Hasil dapatan dari dokumentasi bergambar adalah untuk menyokong
persoalan kedua dan ketiga yang telah dijalankan oleh pengkaji.
Sebelum rawatan dijalankan pengkaji mendapati responden kurang
menjaga kebersihan diri kelas mereka. Selepas rawatan diberikan
melalui kaedah tunjuk cara ini, sikap murid terhadap amalan kebersihan
diri dapat ditingkatkan. Ini dibuktikan dengan pemerhatian yang
dijalankan.














7.5 Rumusan
Secara keseluruhannya, melalui hasil kajian yang telah dijalankan
mendapati amalan
kebersihan persekitaran yang diamalkan oleh responden menunjukkan
peningkatan
selepas rawatan dijalankan menggunakan kedah program token
ekonomi. Dapatan
kajian ini disokong oleh pendapat yang telah dikemukan oleh Anhalt,
McNeil dan Bahl
(1998) dalam Filcheck dan McNeil (2004) iaitu penggunaan token
ekonomi untuk
mengatasi masalah tingkah laku di peringkat kelas prasekolah telah
terbukti berkesan.
Ini dibuktikan melalui perubahan sikap yang ditunjukkan oleh
responden terhadap
kebersihan persekitaran kelas mereka selepas penggunaan kaedah
token ekonomi.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan responden semakin rajin
mengemas alat tulis, alat
mainan yang digunakan, membantu rakan mengemas meja kumpulan
dan bekerjasama
dengan rakan-rakan membersih kawasan prasekolah. Namun begitu,
responden perlu
sentiasa diingatkan oleh guru supaya sentiasa menjaga kebersihan
kelas. Mengikut
Sharifah Alwiyah (1968), ingatan bolehlah dianggap proses intelek yang
menyimpan
dan kemudian mendapatkan semula perkara-perkara yang telah
dipelajari kembali.
Ingatan yang kekal bagi kanak-kanak mungkin bermula selepas umur
lapan tahun. Oleh
itu, pengkaji sentiasa perlu mengingatkan responden agar sentiasa
menjaga kebersihan
kelas supaya tingkah laku positif responden sentiasa berlaku dan tidak
terhapus.
Selain itu, kenyataan oleh Paul Dix (2007), manusia akan bermotivasi
melalui
penghargaan terhadap kerja yang dilakukan, pujian dan ganjaran. Beliau
juga
berpendapat bahawa pujian merupakan alat yang sangat berkuasa untuk
menangani
masalah tingkah laku di dalam kelas. Selain itu, dapatan ini adalah selari
dengan
kenyataan Kazdin, 1977, 1982b, McLaughlin dan Williams,(1988) dalam
Klimas dan
McLaughlin (2007):One of the most powerful and data-based
procedures to improve
classroom behavior has been to employ a token economy. Ini
menunjukkan bahawa,
kaedah token ekonomi memberi kesan yang sangat besar terhadap
perubahan tingkah
laku seseorang individu atau kumpulan.
Kesimpulannya, pengkaji berpendapat kaedah token ekonomi dapat
mengubah
sikap dan tingkah laku murid-murid prasekolah supaya lebih
bertanggungjawab terhadap
kebersihan persekitaran kelas mereka.

8.0 CADANGAN














Reeesbsbjbkgs bnkskdwjnjbbskhfkdssjbbN M
B \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\




















































































``````````gggealljbkllalaxalallklsoa;ksk









































\wwedddddd














SdffghhhytrrewqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqXAAX |
~




































Fjjhgjvmnmjjduueuiiuriyfh jjjjbjbjbjjjjhjhjhjjhjjhjhhjjjhhjjhhj
rrrrrrrv
gvfmknsnbejerwjjwenfbfbhjfjffjfjjggfdkkkekkkkffkkffgjgjgjfkmmmkrkrkfm
f,emwndkwndkwndknnwnkwqwnkjjjdjbjdbdwjbdwbdwbwdjbjd

You might also like