You are on page 1of 4

Parti Demokrat (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Parti Demokrat

Pengerusi Parti Howard Dean
Ketua Senat Harry Reid
Ketua Dewan Nancy Pelosi
Diasaskan 1820s (moden)
1792 (lama)
Ibu pejabat 430 South Capitol Street SE
Washington, D.C.
20003
Ideologi politik Liberalisme
Progresif
Kiri tengah
Afiliasi
antarabangsa
Perikatan Demokrat Amerika
dan Eropah
1

Warna Biru
2

Laman www.democrats.org
1
Institut Demokratik Kebangsaan merupakan sebuah organisasi that
dikenalipasti bersama-sama dengan party berkenaan.
2
Biru telah digunakan oleh kebanyakan media dan pengulas-pengulas
semenjak 2000; ia menjadi rasmi semenjak 2006; sila lihat red state vs.
blue state divide.
Parti Demokrat merupakan salah seorang daripada dua parti politik kontemporari di
dalam Amerika Syarikat; satu lagi adalah Parti Republikan. Masakini, semasa Kongres ke-109,
Parti Demokrat merupakan parti minoriti di dalam Senat Amerika Syarikat dan Dewan
Perwakilan. Demokrat menguasai 22 governor dan 19 state legislature. Sepuluh state
legislatures telah dibahagikan antara dua parti. Di dalam pilihanraya pertengahan penggal 2006,
Parti Demokrat mendapat kenaikan penguasaan majoriti dalam kedua-dua House of
Representatives dan Senat Amerika Syarikat , dan akan menyambung tugas sebagai parti
majoriti apabila Kongres ke-110 bersidang dalam tahun 2007;
[1]
Parti Demokrat akan mempunyai
28 gabenor negeri serta menguasai kebanyakan badan perundangan negeri-negeri di Amerika
Syarikat.
[2]

Isi kandungan
[sorokkan]
1 Pilihan Raya Presiden 2004
2 Pemilihan Calon Presiden 2008
3 Lihat juga
4 Notes
5 Pautan Luar
o 5.1 Rasmi
o 5.2 Tidak rasmi
Pilihan Raya Presiden 2004[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Kempen presiden John Kerry 2004 dan Primari presiden Parti Demokrat
(Amerika Syarikat) 2004
Kempen bermula pada seawal Disember 2002, apabila Al Gore mengumumkan bahawa
beliau tidak bertanding sekali lagi dalam Pilihan Raya Presiden 2004 . Howard Dean, bekas
Gabenor Vermont, seorang yang anti-perang dan membantah sokongan segelintir wakil
Demokrat yang menyokong perang, adalah calon pertama yang memasuki gelanggang
Pemilihan Demokratik.Dean telah menyatakan bahawa beliau telah mendapat sokongan
daripada akar umbi, terutama daripada sayap kiri Parti Demokratik. Senator
MassachusettsJohn Kerry, seorang calon yang lebih di peringkat Persekutuan dan
mendapat sokongan kuat daripada Majlis Kepimpinan Demokratik,telah dicalonkan kerana
dilihat lebih "layak dipilih" berbanding Dean.
[3]

Oleh kerana terdapat pembuangan pekerja dalam pelbagai industri disebabkan oleh proses
"outsourcing", segelintir ahli Demokrat (termasuk Dean dan calon jawatan senator North
Carolina Erskine Bowles) mula menukar pendirian mereka dalam isu perdagangan bebas
dan ada pihak yang mempersoalkan sokongan mereka sebelum in terhadap perdagangan
bebas. Menjelang tahun 2004, kegagalan pentadbriran George W. Bush untuk mengesan
senjata pemusnah besar-besaran di Iraq, ratusan kematian dan kecederaan tentera A.S. di
negara itu, dan ketiadaan apa-apa titik akhir untuk Perang Menentang Keganasan adalah isu
yang selalu diperdebatkan dalam pilihan raya kali ketika itu. Pada tahun itu, ahli Demokrat
umumnya berkempen pada tuntutan pengurangan kadar pengangguran, penyelesaian krisis
di Iraq dan penentangan terhadap keganasan yang lebih efisien.


Senator John Kerry dari Massachusetts adalah calon Parti Demokratik 2004 untuk jawatan presiden.
Apabila keputusan Pilihan Raya Presiden A.S. dikeluarkan, Kerry tewas dalam kiraan undi
popular kerana kekurangan sebanyak 3,012,499 undi kepada Bush yang mendapat
sebanyak 62,040,610 dan kekurangan undi Badan Pemilih sebanyak 19 undi. Ahli-ahli
Republikan turut menperoleh empat kerusi dalam Senat dan tiga kerusi dalam Dewan
Perwakilan. Selain itu, buat pertama kali sejak tahun 1952, pemimpin Demokratik di dalam
Senat tewas dalam pemilihan semula.Selepas semua undi dikira, terdapat seramai 3,660
orang penggubal undang-undang negeri dari Demokratik seluruh negara berbanding hanya
seramai 3,557 orang dari Republikan. Calon Demokratik berjaya memperoleh jawatan
Gabenor di Louisiana, New Hampshire and Montana. Walaubagaimanpun, mereka gagal
mepertahankan jawatan Gabenor Missouri dan majoriti di Dewan Perwakilan Negeri
Georgiamerupakan dewan perwakilan yang menjadi kubu kuat Demokratik selama ini.
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan ini. Selepas pilihan raya itu,
kebanyakan penganalisis menyimpulkan bahawa Kerry merupakan seorang calon yang tidak
hebat sebagai perayu undi.
[4][5]
Sekumpulan veteran Perang Vietnam yang mengelarkan diri
mereka sebagai the Swift Boat Veterans for Truth membantah cara Kerry berkempen kerana
menggunakan rekod perkhidmatannya sebagai anggota tentera ketika Perang Vietnam
untuk meraih undi. Kerry tidak mampu menegaskan sama ada beliau menyokong Perang Di
Iraq atau membantah perang itu ketika Pilihan Raya Presiden 2004, .
[4]
Republikan
melancarkan ribuan iklan televisyen yang menyatakan bahawa Kerry mempunyai dasar yang
tidak menentu dalam isu Perang Iraq. Apabila Massachusetts negeri yang diwakili Kerry
membenarkan perkahwinan sejenis, ia menyebabkan berlaku perpecahan pendapat di
kalangan mereka yang berfahaman liberal dan konservatif dalam Demokratik dan parti
bebas yang lain (Kerry sepanjang kempennya menyatakan bangkangan beliau kepada
perkahwinan sejenis tetapi membenarkan perhimpunan sivil). Ahli Republikan telah
mengeksplotasikan isu perkahwinan sejenis ini dengan mengadakan pungutan pendapat di
11 negeri yang konservatif yang membawa kepada jumlah yang keluar mengundi di negeri
ini tinggi; kesemua negeri ini memberi kemenangan kepada Republikan.
[6]
Pelanggaran
peraturan dalam sistem pengiraan undi turut menyumbang kepada kekalahan Kerry
(lihat 2004 U.S. presidential election controversy and irregularities). Senator Barbara
Boxer daripada California dan beberapa Ahli Dewan Perwakilan A.S. daripada Demokratik
(termasuklah John Conyers daripada Michigan) telah membangkitkan isu pelanggaran
peraturan pengiraan undi di Ohio apabila Kongres ke-109 mula bersidang, tetapi usul
mereka ditolak dengan 31 undi menyokong kepada 267 undi menolak di Dewan Perwakilan
manakala di Senat ditolak dengan 74 undi menentang dan hanya 1 undi menyokong. Faktor
lain yang menyebabkan kekalahan pada Pilihan Raya 2004 termasuklah pasaran kerja yang
sihat, kenaikan pasaran saham, urus niaga perumahan yang aktif dan kadar pengangguran
yang rendah.
Pemilihan Calon Presiden 2008[sunting | sunting sumber]
Senator Hillary Clinton telah mendahului calon lain dalam percalonan jawatan Presiden
Amerika Syarikat bagi menjadi calon Parti Demokratik , walaupun beliau belum lagi
membuat sebarang kenyataan rasmi tentang percalonan itu.Sementara itu , Senator
Delaware Joe Biden, Senator Connecticut Christopher Dodd, bekas Senator Alaska Mike
Gravel, dan Gabenor Iowa Tom Vilsack telah mengumumkan keinginin masing-masing untuk
mencuba dalam pemilihan bagi calon Parti Demokratik. Calon lain yang berpotensi untuk
dicalonkan ialah bekas-bekas calon kebangsaan Demokratik untuk jawatan presiden
A.S. John Kerry, John Edwards, dan Al Gore, termasuk juga Jeneral Bersara Wesley Clark,
Senator Indiana Evan Bayh, Senator Illinois Barack Obama (yang mampu menjadi calon
presiden Afrika Amerika pertama dari sebuah parti politik utama), dan Gabenor New
Mexico Bill Richardson (yang mampu menjadi calon presiden Hispanik yang pertama atas
tiket parti politik utama). Berdasarkan urutan pilihan-pilihan raya yang lalu, penganalisis
berpendapat bahawa mereka yang serius hanya akan mengumumkan keinginan untuk
menjadi calon presiden menjelang akhir tahun 2006 bagi memberi jaminan sumbangan dana
kempen dan untuk mendapatkan ketampakan sokongan yang tinggi.

You might also like