You are on page 1of 1

Maun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Maun atau juga dikenali sebagai herbivor merujuk sejenis pemangsaan di mana haiwan
tersebut memakan autrotof seperti tumbuh-tumbuhan, alga serta bakteria yang
menjalankan fotosintesis. Dari pengertian tersebut, banyak kulat dan haiwan,
sesetengah bakteria dan protis serta sejumlah tumbuhan parasit boleh dikenali sebagai
organisma maun. Walau bagaimanapun, maun pada umumnya terbatas untuk haiwan pemakan
tumbuhan sahaja. Kulat, bakteria dan protis yang memakan tumbuhan hidup dikenali
sebagaipatogen tumbuhan. Mikrob yang memakan tumbuhan mati pula dikenali
sebagai saprotof sementara tumbuhan berbunga yang mendapatkan zat daripada tumbuhan
hidup dikenali sebagai tumbuhan parasit. Secara umumnya, organisma yang
memakan autrotof dikenali sebagai pengguna primer.


Seekor rusa dan dua anaknya sedang memakan dedaun.
Contoh haiwan maun[sunting | sunting sumber]
Arnab
Gajah
Kambing
Lembu
Tenuk
Kura-kura
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Maging
Maserba

You might also like