You are on page 1of 11

1

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


QGJ 3043 : RITMA DAN PERGERAKAN
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
ZAINON BT. HASSAN @ ABU HASSAN D20102043853
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 51 (A122 PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING Puan Fairus Fariza binti Zainudin
TARIKH SERAH: 03 Mei 2013
PEMARKAHAN
1. Merancang Kareografi Persembahan Untuk Pertandingan Pergerakan Kreatif.
2. Penyediaan Rubrik Pemarkahan
2
Isi Kandungan Halaman
Pendahuluan 3
1.0 Perancangan Kareografi Persembahan 4-5
2.0 Hurian Kareografi mengikut segmen jenis pergerakan. 5-12
3.0 Penutup 12
4.0 Rubrik Penilaian Pergerakan Kreatif. 13-15
Bibiliografi
3
Pendahuluan.
Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti
pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan mesti dilaksanakan
supaya penumpuan khas dapat diberikan untuk perkembangan murid. Pergerakan kreatif bermaksud
pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Ia dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria
untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang
ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil
digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut.
Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma,
kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan
pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif, pelajar
akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan
memberi peluangkepada kanak-kanak untuk memperkembangkan kesedaran dan kefahaman
merekamengenai konsep sesuatu pergerakan yang dilakukan. Setiap perlakuan kreatif yang dilakukan
mempunyai penceritaan dan maksudnya yang tersendiri. Terdapat empat unsur utama dalam
pergerakan kreatif. Empat unsur tersebut itu ialah kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kesedaran
masa dan kesedaran daya.
Pergerakan - kreatif yang akan ditunjukkan nanti mempunyai satu penceritaan dan setiap sekuan yang
dilakukan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Pergerakan kreatif yang ditunjukkan di
bawah ini menceritakan mengenai kehidupan nelayan di suatu perkampungan nelayan di Pantai Timur.
4
1.0 Perancangan Kareografi Persembahan
Tajuk : Kehidupan Nelayan
Masa Persembahan : 15 minit
Objektif:
Kognitif
1.Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh badan
sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.
2. Memperkembangkan imaginasi pergerakan
3. Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif
Psikomotor
1. Melakukan aktiviti di ruang diri dan di ruang am dalam berbagai arah, aras, dan ekstensi.
2. Memberi pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan daya cipta kreatif
Afektif
1.Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif terhadap rangsangan bunyi (muzik,
suara) dan visual (design)
2. Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu serta semangat berkumpulan dalam
pergerakan
3.Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu daya, masa dan ruang. Jumlah
Murid : 10 orang
5
Alatan / props / costume : jala, model perahu, pendayung, Pakain Nelayan ( seluar panjang , t- shirt ,kain
ikat kepala dan terendak.pita rakaman bunyi ombak,angin,ayam berkokok, dan kicauan burung.
Latar Bunyi / irama / lagu yang akan digunakan : Balada seorang nelayan tua
Aspek keselamatan yang harus diutamakan :
1. Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin terutamanya semasa
berada dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah Memberi
penjelasan/ taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang kejohanan berlangsung.
Mempastik setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang
kejohanan. Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa pertandingan sedang berjalan.
Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena pertandingan.Kedudukan hakim garisan, pembantu hakim,
dan penjaga masa hendaklah pada kedudukan yang betul bagi keselamatan sepanjang pertandingan.
Para penonton adalah di larang untuk memasuki arena pertandingan. Kedudukan jurulatih dan gimnas
simpanan dengan gelanggang persembahan ialah pada jarak lebih kurang 8 m.
2.0 Hurian Kareografi Mengikut Segmen Jenis Pergerakan.
SEGMEN 1
1. Jenis Pergerakan
sebaik sahaja lagu balada seorang nelayan tua dimainkan, semua murid naik ke atas pentas melakukan
situasi yang menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang berehat atau tidur di suatu malam di
sebuah perkampungan nelayan. Kemudian,bunyi ayam berkokok dan kicauan burung ,seorang demi
seorang akan bangun kerana hari beransur siang dan mereka perlu menyiapkan diri untuk bekerja.
2. Tema dan unsur pergerakan
Dalam situasi ini, tema yang terdapat dalam perlakuan ini adalah kesedaran ruang yang menjurus
kepada arah pergerakan secara terlentang iaitu kedudukan tubuh badan yang berada dalam keadaan
tidur terlentang.
6
3. Masa mengikut segmen
1 minit
4. Rangsangan
Manusia akan cepat memberi tindak balas kepada persekitarannya atau keadaan diri mereka sendiri
sama ada berada dalam keadaan tubuh badan yang cergas atau keletihan. Jadi perlakuan manusia yang
perlu berehat atau tidur adalah sesuatu yang melibatkan pergerakan statik.
Segmen 2
1. Jenis Pergerakan.
sekumpulan manusia yang sedang melakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan di mana-mana tempat.
Aktiviti mandi atau membersihkan diri selepas bangun dari tidur, sering dilakukan oleh semua orang di
awal pagi.
2. Tema dan unsur pergerakan
Tema yang terdapat di dalam situasi di atas adalah berkaitan dengan kesedaran tubuh badan manusia
supaya menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan diri sendiri dan keluarga.
3. Masa mengikut segmen
2 minit
4. Rangsangan
Setiap manusia yang mempunyai akal yang waras perlu tahu menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Dalam perlakuan mandi atau menjaga kebersihan diri ini akan memberitahu kepada kita secara tidak
langsung mengenai cara-cara menjaga kebersihan diri dengan betul.
7
Segmen 3
1. Jenis Pergerakan
Seterusnya lagu Balada Seorang Nelayan Tua dimainkan .Ketika itu perlakuan yang menjadi keperluan
manusia iaitu situasi yang menunjukkan sekumpulan manusia sedang berkongsi makanan dan
menikmati makanan yang berkhasiat dan lazat di suatu pagi.
2. Tema dan unsur pergerakan
Penyesuaian terhadap rakan melalui hubungan dan komunikasi dalam sesuatu kumpulan menerusi
pergerakan-pergerakan asas semasa melakukan aktiviti tersebut dapat diterapkan dalam perlakuan
seperti gambar di atas.
3. Masa mengikut segmen
2 minit
4. Rangsangan
Perlakuan ini sangat penting dalam kehidupan seharian.Sarapan pagi dapat memberikan sesuatu tenaga
baru untuk memulakan tugasan pada hari tersebut tanpa mengakibatkan masalah kepada pelakunya.
SEGMEN 4
1. Jenis Pergerakan
Perlakuan seterusnya adalah suatu pergerakan asas yang biasa dilakukan oleh sekumpulan nelayan yang
berjalan secara berkumpulan menuju ke pantai atau laut untuk menjalankan aktiviti menangkap
ikan.Ketika ini bunyi ombak dan angin serta lagu balada seorang nelayan tua dimainkan sekali lagi
dimainkan bagi mengwujudkan suasana di pantai.
2.Tema dan unsur pergerakan
Dalam situasi ini, tema yang diterapkan adalah mengenai kesedaran tubuh badan manusia. Pergerakan
ini mengawal aliran pergerakan lokomotor tubuh badan.Pergerakan aktiviti berjalan ini boleh dilakukan
secara bebas atau terkawal. Sebagai contoh mengikut rentak atau irama muzik.
8
3. Masa mengikut segmen
2 minit
4. Rangsangan
Sepertimana yang diterangkan di atas, pergerakan ini boleh dilakukan secara bebas,terkawal , secara
individu atau berkumpulan. Ia dirangsangankan dengan rentak irama muzik atau perilaku seseorang
yang melakukan pergerakan mengikut sifat-sifat individu lain sebagai contoh berjalan seperti seorang
model atau pramugari.
Segmen 5
1.Jenis pergerakan
Situasi di atas merupakan suatu aktiviti kebiasaan sebagai seorang nelayan untuk memulakan pekerjaan
mereka di kawasan pantai. Perlakuan ini menunjukkan sekumpulan nelayan yang sedang menolak bot
nelayan ke gigi air laut.
2. Tema dan unsur pergerakan
Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangan kepada beban dan masa.Tema
ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan terdapat rintangan. Seseorang yang mencangkung untuk
mengangkat suatu beban dapat menghasilkan kesan berat - kuat kepada pergerakan tersebut.
3. Masa mengikut segmen
2 minit
4.Rangsangan
Situasi di atas adalah merupakan suatu aktiviti yang biasa berlaku dalam kehidupan harian setiap
manusia. Mereka yang melakukan aktiviti pergerakan tersebut akan merasa sedikit kepenatan dan
kehausan selepas mengangkat suatu bebanan yang berat.
9
Segmen 6
1.Jenis Pergerakan
Situasi ini pula adalah merupakan suatu pekerjaan yang sudah menjadi kebiasaan kepada setiap nelayan
yang mahu menggerakkan bot mereka di laut secara tradisional.Aktiviti ini dipanggil mendayung.Ianya
perlu dilakukan dengan betul supaya bot yang naiki tidak terbalik.Bagi melancarkan perlakuan ini
seorang pengemudi diperlukan supaya arah adalah tempat yang betul
2. Tema dan unsur pergerakan
Dalam situasi ini juga, penyesuaian terhadap rakan dan persekitaran menjadi tema yang diterapkan
dalam pergerakan tersebut. Ia berbentuk kerjasama di dalam satu kumpulan atau pasukan. Hubungan
yang berlaku dengan rakan boleh dilakukan melalui ketua dan pengikut dan antara ahli kumpulan.
3. Masa mengikut segmen
2 minit
4. Rangsangan Perlakuan ini mempunyai banyak perkara yang dirangsangkan untuk dilakukan dengan
betul. Ahliahli kumpulan akan menerima arahan dari pengemudi untuk memulakan dayungan dan
mengawal bot nelayan mereka dari pukulan ombak dengan cara yang selamat.
Segmen 7
1. Jenis Pergerakan
Situasi yang berlaku seterusnya adalah sekumpulan nelayan sedang memasang pukat tunda untuk
dipasangkan ke dalam laut.Perlakuan ini perlu dilakukan dengan cara berkumpulan.Ia juga dilakukan
dengan cara da teknik yang betul dan tepat.
2. Tema dan unsur pergerakan
Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma yang berkaitan dengan pekerjaan. Ianya
adalah suatu komponen yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif. Perlakuan
10
pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat , di mana ritma yang
terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh bergerak.
3. Masa mengikut segmen
2 minit
4. Rangsangan
Di sini terdapat beberapa rangsangan yang telah diterapkan di dalam situasi begini . Contohnya
bagaimana seseorang nelayan itu mendapat rangsangan melalui pergerakan memasang pukat tundanya
yang berkeadaan berat dan panjang.
Segmen 8
1. Jenis Pergerakan
Perlakuan seterusnya adalah menggambarkan sekumpulan nelayan sedang menarik pukat tunda ke
dalam bot nelayan. Dalam situasi ini para nelayan yang mencari rezeki di lautan terpaksa berpanas dan
berhujan semasa menjalan aktiviti pekerjaan mereka di tengah lautan.
2. Tema dan unsur pergerakan
Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma yang berkaitan dengan pekerjaan. Ianya
adalah suatu komponen yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif.Perlakuan pekerjaan ini
berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat , di mana ritma yang terdapat semasa
melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh bergerak.
3. Masa mengikut segmen
2 minit
11
Segmen 9
1. Jenis Pergerakan
Situasi seterusnya adalah saat-saat yang dinantikan oleh setiap orang nelayan iaitu mengutip hasil
tangkapan mereka yang terdapat di pukat mereka.Di masa inilah mereka mengasingkan jenis tangkapan
yang diperolehi untuk dijual nanti.
2. Tema dan unsur pergerakan
Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma yang berkaitan dengan pekerjaan. Ianya
adalah suatu komponen yang paling terkenal dalam pergerakan kreatif.Perlakuan pekerjaan ini
berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang sesuatu alat , di mana ritma yang terdapat semasa
melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara tubuh bergerak.
3. Masa mengikut segmen
2 minit
Segmen 10
1.Jenis Pergerakan
Setelah pulang ke daratan sekumpulan nelayan tersebut terus mengangkat hasil tangkapan mereka
untuk dijual kepada pemborong atau untuk keperluan sendiri. Situasi di atas di mana sekumpulan
nelayan sedang memikul bakul yang berisi ikan untuk dijual kepada peraih.
2.Tema dan unsur pergerakan
Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangankepada beban dan masa. Tema
ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan mendapat rintangan. Seseorang yang memikul barang
yang berat dapat menghasilkan kesan berat-kuat kepada pergerakan tersebut.
3. Masa Mengikut segmen
1 minit
12
4 . Rangsangan
Rangsangan yang telah diselitkan atau diterapkan dalam perlakuan di atasa dalah mereka sentiasa
menunjukkan kerajinan dan sentiasa saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa menunggu
arahan daripada ketua.
3.0 Penutup
Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang mendalam
kepada murid-murid. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-guru memerlukan latihan supaya pergerakan
yang dilakukan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Apa yang diperlukan ialah semangat yang
cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah
membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan
sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri.
Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid membesar dan
berkembang sebagai individu . Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-
murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran.
13
Pergerakan Kreatif
Cara Penilaian: Pemerhatian
Tajuk/Tema:
Sekolah :
Tahun :
KRITERIA
PETUNJUK
Pergerakan Tubuh Badan
Adakah murid dapat menggunakan tubuh badan sebagai alat komunikasi dalam pergerakan kreatif itu?
Lakuan
. Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
berdasarkan pergerakan kreatif.
Penggunaan Perangsang Sebagai Ritma
Adakah murid dapat memberi idea daripada rangsangan yang ditunjukkan)
( lukisan, objek, dan muzik)
. Pergerakan yang menunjukkan perasaan dan
idea yang sesuai berdasarkan rangsangan
bunyi.
Daya Cipta Kreativiti
Adakah murid dapat menunjukkan jenis-jenis pergerakan dalam daya cipta kreativitinya?
. Pergerakan mengikut kreativiti sendiri
Perasaan individu atau semangat berkumpulan.
Adakah murid dapat menunjukkan pergerakan kreatif secara individu atau berkumpulan.
.Pergerakan kreatif secara individu dan
kumpulan.
Olahan Kreatif
Adakah murid dapat membuat rangkaian pergerakan berasaskan sesuatu tema atau sub-tema yang
diberikan dipelajari?
. Murid dapat menunjukkan satu persembahan
yang kreatif.
14
4.0 RUBRIK PENILAIAN PERGERAKAN KREATIF
KOD
PEMBERATAN
ASAS PENILAIAN
PK 1
20%
Murid dapat membuat pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor berdasarkan pergerakan kreatif.
PK 2
20%
Murid dapat menunjukan pergerakan dengan perasaan dan idea yang sesuai berdasarkan rangsangan
bunyi.
PK 3
20%
Murid dapat melakukan pergerakan mengikut kreativiti sendiri.
PK 4
20%
Murid dapat membuat pergerakan kreatif secara individu dan berkumpulan.
PK 5
20%
Murid dapat menunjukkan persembahan kreatif yang telah dipelajari.
15
SENARAI SEMAK
Komponen : Pergerakan Kreatif
Cara Penilaian : Pemerhatian
Tajuk/ Jenis Pergerakan :
Sekolah :
Bil.
Nama
Kriteria (Tandakan /)
Jumlah
%
PK1
PK2
PK3
PK4
PK5
skala
100% 80% 60% 40% 20%
Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Perlu Bimbingan
16
Bibiliografi
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Modul Latihan Guru Bestari:
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif .
Buku Panduan Guru Tahun 3: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. (1988). Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun3. (1998). Pusat PerkembanganKurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1983).Buku Panduan Khas Pendidikan JasmaniTahun Tiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liyod, M. L Adventures in Creative Movement Activities. Petaling Jaya: Federal Publications Sdn. Bhd.
1990.
Wee Eng Hoe. ( 2001 ). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:Karisma Publications
Sdn. Bhd.
17

You might also like