You are on page 1of 3

SOALAN STRUKTUR : PENGISIAN KURIKULUM

1. Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama
guruatau tidak. Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk
meraihkecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Berdasarkan pernyataan di atas, rangkakan lima kemahiran bernilai tambah
berserta dengan maksud kelima-lima kemahiran tersebut.

i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________
iv. _______________________________________________________
v. _______________________________________________________







2. Aspek kedua dalam senarai pengisian kurikulum Bahasa Melayu sekolah
rendah ialah nilai. Berdasarkan pernyataan diatas, nyatakan empat sebab
mengapa komponen nilai perlu lebih ditekankan.
i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________
iv. _______________________________________________________


Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu dimana ianya adalah
amat penting dalam laluan bagi melahirkan generasi yang berbudi pekerti tinggi,
berakhlak mulia dan mampu menjadi modal insan seterusnya bakal menjadi
pemimpin yang dinamik pada masa depan
JAWAPAN SOALAN STRUKTUR :

1. LIMA KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH BERSERTA DENGAN MAKSUD
KELIMA-LIMA KEMAHIRAN TERSEBUT
Kemahiran berfikir
Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan
kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer
untuk tujuan komunikasi dalam menyempurnakan tugasan harian.
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid
supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang
berkesan.
Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan
pengetahuan.
Kajian masa depan
Satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku
pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.
Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat,
serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat
yang maksimum.


2. EMPAT SEBAB MENGAPA KOMPONEN NILAI PERLU LEBIH
DITEKANKAN.
Tanpa nilai murni sebahagian daripada objektif pembelajaran pasti tidak
akan tercapai. Oleh hal demikian, guru Bahasa Melayu mesti
menyerapkan nilai murni dalam setiap pelajaran.
Sukatan pelajaran mencatatkan bahawa penerapan nilai murni dalam
pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik
serta memiliki akhlak mulia.
Penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk
generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.
Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia
perlu dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, selaras
dengan nilai sejagat.
Penekanan terhadap nilai murni selaras dengan hasrat Wawasan 2020
untuk membentuk generasi baharu dengan acuan kita sendiri, iaitu
generasi yang sarat dengan nilai murni.

You might also like