You are on page 1of 1

Mozilla Bahasa Melayu 0.9.

5

Mozilla Bahasa Melayu 0.9.5, adalah gabungan diantara Perisian pelayar internet
(browser) Mozilla, dikeluarkan oleh Projek Mozilla (http://www.mozilla.org) dengan
langpak bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Projek Meksom
(http://ikhlas.com/meksom/).

Gabungan ini membolehkan internet dilayari dengan antaramuka (UI) berbahasa
Melayu berserta ciri-ciri Pelayar yang menarik.

Ciri-Ciri Mozilla

Menepati Piawaian (Standard Compliant)
Mozilla memenuhi piawaian Internet WC3, seperti
HTTP, HTML, CSS, XML.

Pelayaran Bertab (Tabbed Browsing)
Mozilla boleh memuatkan beberapa laman dalam satu
tetingkap, dengan cara ini dapat memudahkan
pengguna.

Pencarian pada bar lokasi
Pengguna juga boleh membuat pencarian internet
dengan hanya menulis perkataan pada bar lokasi dan
klik "Cari"

Pengurus Cecikut
Pengguna boleh mengawal kemasukan cecikut
berdasarkan kepercayaan. Ini dapat mengelakkan
daripada sesebuah laman web menjejaki tabiat
pelayaran pengguna.

Pengurus katalaluan
Mozilla boleh membantu mengingat katalaluan untuk
laman tertentu, ini memudahkan pengguna yang
selalu memasuki laman yang sama berulangkali
Pengurus Borang
Mozilla boleh membantu mengingat borang yang diisi
pada sesuatu tapak untuk digunakan pada laman lain
kelak.

Sidebar
Sidebar adalah satu ruang dimana, pencarian internet
boleh dilakukan. Pengguna juga boleh menambah tab
pada sidebar untuk kegunaan tersendiri seperti
mendapatkan berita terkini.


Warkah Mozilla
Warkah mozilla boleh digunakan untuk mendapatkan
email daripada pelbagai akaun pop3 dan IMAP. Ianya
juga boleh digunakan untuk Newsgroup. Ianya boleh
mengimport mesej dan tetapan daripada Outlook
Express dan Eudora.

Penggubah Mozilla
Penggubah Mozilla boleh menggubah laman web
secara WYSIWYG, dan mempunyai tab untuk melihat
kod sumber ataupun preview. Laman web digubah
oleh Penggubah Mozilla adalah menepati piawai.


Pemasangan Mozilla Bahasa Melayu
Untuk menggunakan Mozilla Bahasa Melayu, Pengguna perlu
1. Muaturun Pelayar daripada http://www.mozilla.org/releases/
2. Pasang perisian tersebut.
3. Muaturun dan memasang langpak daripada: -
a) Menu "View" -> "Language and Web Content" -> "Download more"
ATAU
b) http://ikhlas.com/meksom/
4. Ulanghidupkan Mozilla, dan Pilih Bahasa Melayu.

Cekupan Skrin
Cekupan skrin Mozilla Bahasa Melayu boleh didapati di: -
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99/files/cekupan_mozilla/

Hasbullah Bin Pit (sebol)
email : sebol@ikhlas.com
Projek Meksom (Projek lokalisasi Bahasa Melayu Mozilla)
http://ikhlas.com/meksom/

You might also like