You are on page 1of 17

34 KESILAPAN YANG SELALU

DILAKUKAN OLEH IBU BAPA


DALAM MENDIDIK ANAK-
ANAK.

1
1. KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
 Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah swt.
 Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang
rendah,sombong dan berfikiran negatif.
 Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak.

2. MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.


 Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.
 Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.
 Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat
diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak
mampu berdikari.

3. KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.


 Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu
kehidupan seharian.
 Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati
keputusan yang dibuat oleh ibu bapa. Cth : waktu belajar,
mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.

4. LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN


POSITIF.
2
 Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi
bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
 Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan
kesilapan mereka.
 Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak
melakukan perbuatan tersebut.

5. KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.


 Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan
perasaan, mengadu hal dan bermain.
 Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus
menjadi seperti kawan mereka.

6. KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-


ANAK.
 Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan
kepada anak-anak.
 Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya
merupakan penawar segala penyakit dan menambahka
kemesraan anak kepada ibu bapa.

7. SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.

3
 Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan
menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari
kedamaian diluar rumah.

8. MENEGUR SECARA NEGATIF.


 Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan
dikritik akan membentuk minda yang negatif.
 Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”,
“malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut.
Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.

9. KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA MODEL-


MODEL YANG CEMERLANG.
 Model model yang cemerlang patut didedahkan kepada
anak supaya nilai murni dapat ditanamkan dalam diri
anak
 Pendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan
bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk
keazaman yang tinggi.

10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.

4
 Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh
tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Cth:
makan, tidur,beribadat dan sebagainya.

11. MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.


 Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu
bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan
kelemahan dihadapan anak-anak.
 Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.

12. KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJAKERJA RUMAH.


 Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah
supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak
menghargai pekerjaan orang lain.
 Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan
selepas makan.

13. MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK DIDALAM


RUMAH TANGGA.
 Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk dalam
rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai seperti

5
merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun dan
sebagainya.
 Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-
anak.

14. TIDAK MENGANTUNG ROTAN DITEMPAT YANG BOLEH


DILIHAT OLEH AHLI KELUARGA.
 Mengantung rotan ditempat yang boleh dilihat oleh ahli
keluarga menunjukan disiplin yang kuat dalam rumah
tangga. Rotan memberikan ingatan kepada mereka.

15. KURANG MENGAWASI PENDEDAHAN KEPADA TV DAN


VEDIO.
 TV dan Vedio memberikan kesan yang mendalam kepada
anak-anak yang menonton.
 Ibu bapa harus memberikan pengawasan yang rapi dan
menjelaskan isu-isu yang kurang sesuai untuk tontonan
anak-anak dirumah.

16.KURANG MENGAJAR ANAK KEMAHIRAN SOSIAL.


 Mengajar anak berinteraksi dengan orang lain adalah
tanggung jawab ibu bapa . Kemahiran bercakap dengan

6
orang yang lebih tua, bercakap dengan tetamu,melayan
sahabat dan sebagainya.
 Kemahiran ini diperolehi dari ibu bapa melalui contoh dan
tauladan.

17. KURANG MENITIKBERATKAN MAKANAN YANG SEIMBANG


ATAU SESUAI UNTUK ANAK-ANAK.
 Makanan yang seimbang adalah penting dalam
pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.
 Tenaga yang kuat dan mental yang cerdas dating daripada
pemakanan yang seimbang dan berzat.
 Makanan yang tidak seimbang akan membantu
pertumbuhan mental anak.

18. TIDAK BERSAMA-SAMA ANAK KETIKA MAKAN.


 Waktu makan adalah masa yang paling sesuai untuk
berbual-bual dengan anak-anak.
 Rasa kemesraan dan kekeluargaan akan dapat dinikmati
jika makan bersama.

19. MEMPAMERKAN PILIH KASIH TERHADAP ANAKANAK.

7
 Anak akan mudah berasa kecil hati jika kasih saying
diberikan secara tidak adil.
 Jangan wujudkan perbezaan dalam memberikan kasih
sayang kepada anak-anak .
 Setiap pembelian barang dan sebagainya diberikan secara
adil dan saksama antara satu sama lain.

20. TIDAK MERAIKAN ANAK-ANAK KETIKA MEREKA PERGI DAN


BALIK DARI SEKOLAH.
 Anak – anak sangat suka di raikan oleh ibu bapa semasa
pergi dan balik dari sekolah.
 Mereka merasai dirinya amat disayangi dan diberikan
perhatian.
 Berikan pelukan, salam, dan ciuman kepada anak kerana
belian seumpama ini akanj menbentuk kecerdasan otak,
jiwa, yang tenang, berdisiplin, dan bersifat pengasih.

21. KURANG MEMBERIKAN PENGHARGAAN KEPADA BANTUAN


ANAK.
 Setiap bantuan yang anak berikan haruslah diberikan
perghargaan.

8
 Anak-anak akan merasa dirinya dihargai dan bersedia
untuk membantu pada masa akan datang.

22. KURANG MEMBERI PENGAWASAN DAN PENYELIAAN


MENGENAI PELAJARAN ANAKANAK.
 Anak-anak memerlukan bimbingan dan pengawasan
semasa mereka sedang berlajar.
 Berada bersama mereka semasa mereka melakukan kerja
rumah akan membuatkan mereka berasa di sokong dan
dibimbing.
 Ibu bapa akan dapat mengawasi gerak laku anakanak.

23. KURANG MEWUJUDKAN BUDAYA ILMU DALAM


RUMAH TANGGA.
 Setiap rumah seboleh-bolehnya mempunyai
perpustakaan keluarga dann cara ini akan menwujudkan
budaya ilmu dalam rumah tangga.
 Menwujudkan budaya membaca dalam rumah tangga
dengan mengadakan bahan-bahan bacaan seperti akhbar,
majalah, buku dan pelbagai bahan bacaan lain.

24. KAEDAH BERKOMUNIKASI YANG KURANG BERKESAN.

9
 Teknik berkomunikasi dengan anak-anak adalah berbeza
jika dibandingkan dengan orang dewasa.
 Anak-anak perlukan belaian dan pujian semasa
berkomunikasi.
 Ibu bapa seharusnya memahami kehendak anak dan
melebihkan perkataan yang positif dalam komunikasi
dengan anak.
 Anak suka berterus terang dan benci pembohongan dan
penipuan.

25. TERLALU MEMANJAKAN ANAK.


 Anak yang selalu dimanjakan akan menjadikan mereka
bergantung kepada orang lain.
 Selalu menunjukan sifat mengada-ngada dan tidak
menghormati orang tua.
 Meningkatkan keegoaan dan sukar menerima orang lain.

26. TERLALU MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA ANAK-ANAK.


 Kebebasan memmpunyai batasannya.
 Kebebasan yang melampau akan menjadikan anak lupa
diri dan merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja.

10
 Kebebasan dengan disiplin yang ketat akan menjamin
peribadi yang mulia.

27. TERLALU MENGONGKONG KEBEBASAN ANAKANAK.


 Anak yang terlalu dikongkong akan menjadikan mereka
hilang keyakinan diri.
 Mereka akan cuba melepaskan kongkongan tersebur
dengan melakukan penipuan dan pembohongan kepada
kedua ibu bapanya.

28. MUNGKIR JANJI KEPADA ANAK-ANAK.


 Ibu bapa yang mungkir janji dengan anak-anak akan
menghilangka kepercayaan anak kepada mereka.
 Setiap anak akan menaruh harapan kepada setiap perkara
yang dijanjikan kepada mereka.

29. KURANG MEMBERI LAYANAN KEPADA PERTANYAAN DAN


KEMUSYKILAN ANAK-ANAK.
 Setiap anak ingin mengetahui perkara-perkara yang baru.
 Pertanyaan anak hendaklah di layan, kalau tidak dilayan
anak merasakan diri mereka tidak diendahkan dan akan

11
menjadi lemah semangat, kecewa dan akhirnya menjadi
manusia pendiam.
30. MEMBERI HUKUMAN YANG TERLALU KERAS.
o Hukuman yang terlampau keras tidak akan mengubah
perlakuan anak malahan membentuk perasan dendam
dalam diri anak.
o Anak akan sentiasa merasa takut untuk mencuba sesuatu
yang baru.
o Hukuman yang keras akan menyebabkan anak mengalami
kecederaan yang serius cth; pukul dengan benda yang
keras.

31. MENGGUNAKAN KAEDAH MENGANCAM ATAU MENGUGUT


UNTUK MENDAPAT PERHATIAN ATAU TINDAKAN.
 Mengancam dan mengugut anak akan hanya
menambahkan perasaan benci dan dendam dalam diri
anak.
 Ancaman dan ugutan akan menyebabkan anak sentiasa
dihantui perasaan takut setiap masa.

32. MENANGGUHKAN TEGURAN DAN HUKUMAN.

12
o Segala teguran dan hukuman hendaklah dilakukan serta
merta. Jika ditangguhkan anak-anak akan merasakan ia
menjadi kurang penting dan berpontensi mengulangi
perbuatan tersebut.

33. TIDAK KONSISTEN DALAM MEMBERI TEGURAN ATAU


HUKUMAN.
 Segala teguran dan hukuman yang diberikan kepada anak
mestilah dilakukan secara konsisten.
 Jika tidak, anak akan merasa terkeliru dengan teguran
dan hukuman yang diberikan.
 Setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah diberikan
hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

34. TIDAK MENGALAKAN ANAK-ANAK UNTUK BERDOA.


o Mengalakan anak-anak berdoa menjadikan mereka
bertambah yakin dengan bantuan Allah swt.

13
Download E buku percuma di

Kampung E Buku
1. KOMIK AKU DIA DAN TEST

2. TANDA-TANDA KIAMAT

3. APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM


DOWNLOAD

14
4. PETUA MEMILIH JANTINA ANAK
download

5. KOLEKSI PETUA ISTIMEWA WANITA

DOWNLOAD

15
6. 20 PETUNJUK MEMILIH ISTERI

7. RAHASIA GERAKAN FREEMASONRY DAN ROTARY CLUB

16
Dan banyak lagi di

KampungEbuku

17

You might also like