You are on page 1of 2

Apa Yang Telah Dilalui Sepanjang Praktikum?

Saya Jaim Domunih telah menjalani latihan praktikum di Sekolah


Kebangsaan Sungai Nibong, Pulau Pinang. Praktikum ini mengambil masa selama
satu bulan (31 Mac 2014 25 April 2014) dan saya mesti mengikuti segala aktiviti
yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.

Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan
pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan
awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu memgajar subjek Major saya
iaitu Muzik dalam 10 masa yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Setelah saya
meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga
menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan.

Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya
tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami
pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran.
Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran
berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri
seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah
seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih
diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses
penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P)
melalaui pemerhatian, interaksi dan refleksi.

Setelah empat minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara
yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran
harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta
rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik
dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang
berbaki 1 minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi
tugasan-tugasan yang belum saya laksanakan.

Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru
dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya dengan
masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-
murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan
semua tugasan dengan konsisten.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah
dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersesuaian dengan tahap kebolehan dan
penguasaan murid. Oleh itu, Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian perlu dilakukan dengan teliti agar murid dapat mempelajari sesuatu
daripada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Dalam tempoh praktikum juga, saya juga sedar bahawa untuk mengajar kita
perlu membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas
sekali kejayaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan
bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga,
sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja last minute dapat dikikis. Walaupun
saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang menarik
untuk diletakkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian saya namun saya akan
cuba sedaya upaya untuk melakukannya.

You might also like