You are on page 1of 1

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai

Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah
(kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". Al-
Baqarah (2) : 120
Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di
dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu
hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". al-Hijr (15) : 39-40
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal
umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan,
maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah
(wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah
berada di atas jalan yang lurus. al-Hajj : 67
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya
memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah.
Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu
semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. - Hadis riwayat al-
Nasaai, no: 959.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang
bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.
( Riwayat Abu
Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.
(Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

You might also like