You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : 1

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27/1/2014 31/1/2014

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di Sekolah


27/2/2014 (Isnin)

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum Athirahsahazana binti
Zakaria telah sampai ke sekolah pada jam 7.10 pagi dan kami melapor diri kepada
Encik Hasni bin Yusof, Guru Besar SK Balun Bidai. Kami memperkenalkan diri dan
menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada kerani am untuk disahkan. Guru Besar
memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah,
termasuklah:

- peraturan, disiplin dan budaya sekolah
- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong
kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata
pelajaran dan tugas staf sokongan
- latar belakang murid dan masyarakat setempat
- tugas dan tanggungjawab guru dan murid di sekolah
- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-makiumat lain yang berkaitan

Setelah diberi taklimat oleh guru besar, saya dibawa ke bilik guru untuk
diperkenalkan oleh guru-guru SK Balun Bidai. Saya berpeluang untuk berkenalan
dan melawat sekolah yang dibawa oleh guru pembimbing, Puan Norlela binti
Kasiar@Mohd Mahpoz. Guru pembimbing, Puan Norlela juga telah memberi sedikit
taklimat tentang sekolah dan perlaksanaan praktikum di sekolah. Saya telah diberi
jadual pengajaran Tahun 3 dan Tahun 5.

28/2/2014 (Selasa)
Pada hari kedua saya telah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa
Melayu Tahun 3. Saya telah diberi 10 waktu Bahasa Melayu iaitu 6 waktu
diperuntukkan untuk pengajaran Tahun 3 dan 4 waktu diperuntukkan untuk Tahun 5.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari kedua berjalan dengan lancar. Saya
telah berkenalan dengan murid-murid Tahun 3 dan melakukan aktiviti suai kenal
untuk mengetahui tahap murid.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
29/2/2014 (Rabu).
Pada hari ketiga, saya dapat menjalankan RPH seperti biasa. Namun terdapat
beberapa masalah berlaku apabila saya terkadang gagal menguruskan kelas dan
menguruskan masa semasa saya mengajar. Saya mungkin menggunakan bahan
bantu mengajar yang tidak sesuai atau membosankan murid-murid.


JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke-1

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27/2/2014-30/2/2014

Tajuk Jurnal : Kaedah mengatasi masalah pelajar yang kurang
menghormati guru.


1. Masalah /Peristiwa:

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran pertama saya pada minggu ini terhadap
Tahun Tiga, saya mengalami sedikit masalah dari segi pengurusan kelas.
Disebabkan pada pertama kali saya masuk ke kelas, saya sudah menunjukkan
sikap baik dan peramah kepada pelajar saya, maka pada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya, mereka tidak beberapa menghormati saya dan
tidak patuh kepada arahan yang saya berikan. Terdapat beberapa orang pelajar
yang selalu membuat bising dan tidak mempedulikan arahan saya. Jika hal ini
berterusan, saya bimbang sekiranya mereka tidak dapat memberikan kerjasama
kepada saya sepanjang tempoh saya menjadi guru mereka.
2. Analisis

Berdasarkan pemerhatian, hari pertama saya mengajar, iaitu pada hari Rabu,
pada awalnya murid memberikan perhatian kerana saya menetapkan syarat dan
peraturan di dalam kelas . Namun selang 30 minit selepas itu, murid telah mula
membuat bising dan ada yang tidak memberi perhatian kepada apa yang saya
katakan. Pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
3. Cadangan Tindakan Susulan
1. Saya akan hanya memberikan peraturan kepada pelajar saya.
2. Dalam peraturan yang saya nyatakan, saya meminta pelajar patuh akan
setiap arahan yang saya berikan. Pelajar juga perlu mengangkat tangan jika
ingin menjawab soalan. Selain itu, apabila masuk ke kelas, saya yang akan
bagi salam dan pelajar hendaklah membaca doa dengan sopan dan bukan
main-main. Pelajar perlu menghormati saya dan membuat segala kerja
sekolah yang saya berikan.


4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Pelajar dapat mengikut arahan dalam tempoh 3 hari waktu pengajaran. Saya
juga akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang peraturan ketika di dalam
kelas.





















Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................

You might also like