You are on page 1of 12

0 PENGENALAN

1.1 Konsep Pengajaran



Apakah yang anda faham dengan pengajaran? Sejauh manakah anda telah memperolehi
daripada guru anda? Tugas guru ialah mengajar. Lantaran itu, pengajaran boleh dihuraikan
sebagai menyalurkan penegetahuan, kemahiran dan nilai kepada kumpulan sasaran yang
dipanggil pelajar atau murid agar mereka dapat berfungsi dengan baik dalam dunia ini.

1.2 Model Pengajaran Dan Implikasinya Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran

i) Ekspositori

Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan yang bermakna untuk mempamerkan
dan melaksanakan. Dalam konsep pengajaran, ekspositori berkaitan dengan tindakan guru,
membekalkan fakta, idea dan maklumat penting yang lain kepada murid. Sebagai contoh,
sekiranya anda ingin emnayampaikan konsep pelancongan di Malaysia menggunakan strategi
ekspositori, anda mungkin akan mempamerkan peta tentang destinasi tarikan pelancong,
gambar, brosur dan sebagainya untuk menyokong penjelasan anada. Dalam contoh ini, anda
sebagai guru, telah memberi penjelasan dengan menggunbakan data, media dan sumber
maklumat yang lain. Pengajaran ekspositori boleh dan seharusnya melibatkan murid,
melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti pembelajaran yang mencabar yang mampu membina
kemahiran pemikiran kritikal. Tujuan pengajaran ekspositori adalah untuk menyalurkan
pengetahuan dan kemahiran daripada orang yang tahu ( misalnya guru dan buku teks ) kepada
mereka yang tidak tahu.

2.0 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Pendekatan pemerosesan maklumat bergantung kepada computer sebagai model untuk
pembelajaran manusia. Seperti computer, otak manusia menerima maklumat, melakukan
operasi terhadap maklumat tersebut agar dapat mengubah bentuk dan kandunagan,l
menyimpan maklumat, mengeluarkannya apabila perlu dan melaksanakan tindakbalas
terhadapnya. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat,
atau merekod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan. Semua
proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir
melalui system.

Ramai orang membandingkan system pemerosesan maklumat manusia dengan komponen
komputer. Maklumat direkod atau dimasukkan, disimpan secara sementara dalam ruang kerja
dan disimpan dalam simpanan jangka panjang. Setelah disimpan, maklumat diperoleh kembali
ke dalam ruang kerja untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah.

Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana maklumt disimpan atau
dipindahkan. Sementara anak panah menunjukjkan pengaliran maklumat. Kotak di atas rajah
mewakilki proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem berkenaan.

Langkah pertama dalam model proses maklumat, bermula apabila satu atau lebih deria kita (
pendengaran, penglihatan dan sebagainya ) menerima rangsangan dari dunia luar. Sensori ini
disimpan untuk seketika dalam daftar sensori. Di mana sensori itu, dikanlpasti atau dilihat
misalnya kita lihat seekor kucing atau mendengar nama kita.

Sensori yang menganal yang menganalpasti rangsangan akan seterusnya memnidahkan
rangsangan tersebut keingatan jangka pendek, iaitu tempat simpanan yang mempunyai ruang
yang terhad. Inatan janka pendek juga berfungsi sebagai working memory yang menyimpan
apa yang sedang kita fikirkan pada sesuatu pada masa tertentu maklumat yang diaktifkan.

Dengan sedikit pemikiran dan pemprosesan, mnaklumat boleh dipindahkan keingatan jangka
panjang. Apabia kita memerlukan maklumat dari ingatan jangka panjang kita akan mencarinya.
Adakalanya, pencarian itu dilakukan secara sedar, seperti ketika anda melihat kawan
menghampiri anda dan anada mencari namanya dalam ingatan anda. Pada ketika lain, lokasi
dan penggunaan maklumat dari ingatan jangka panjang adalah automatik. Seperti ketik anada
menelefon, anda tidak perlu berfikir dan mencari sebelm melakukan setiap langkah dalam
proses berkenaan. Maklumat dalam jangka panjang, lazimnya tampil dalam working memory
dan bergabung dengan maklumat baru yang diterima untuk membantu kita memberi makna
kepada situasi semasa.

Anda boleh menganggap ingatan jangka panjang sebagai para besar yang dipenuhi alat dan
bekalan yang boleh dibawa ke tempat kerja working memory untuk mencapai sesuatu tugasan.
Ingatan jangka panjang menyimpan banyak maklumat, tetapi mungkin sukar untuk mencari
maklumat yang kita hendaki dalm masa yang singkat. Tempat kerja adalah kecil, tetapi apa
yang ada dalmnya dapat diperoleh serta merta. Oleh sebab tempat kerja ini kecil cebisan
maklumat kadang kala hilang apabila tempat kerja mengandungi maklumat yang melebihi
hadnya ( Gagne, 1985 )

Elemen terakhir model pemerosesan maklumat adalah kawalan eksekutif. System ini
memantau dan mengarah kesemua proses, daripada peringkat memberi tumpuan sehingga
peringkat mencari maklumat yang dipelajari satu masa dahulu. Kembali kepada analogi bilik
kerja kita, proses proses kawalan eksekutif tersebut diatas membolehkan anda memfokus
perhatian anda kepada maklumat baru dalam working memory dan menentukan apa yang
anda perlu daripada simpanan ingatan jangka panjang untuk menyelesaikan sebarang
masalah. Sepanjang masa working memory akan memimpin pencarian untuk maklumat yang
diperlukan.


Dengan menggunakan model pemerosesan maklumat, Gagne menerangkan bahwa maklumat
akan melalui beberapa siri trand\formasi apabila ia melalui ketiga tiga peringkat ingatan iaitu
daftar sensori, ingatan jangka pandek dan ingatan jangka panjang.

2.1 Model Inkuiri

Inkuiri bermaksud menanya soalan, mencari maklumat atau menjalankan penyiasatan. Justeru,
strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatka murid dalam memberi pendapat
dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul
dan menyususun dan untuk menguji hipotesis dan membuat inferens dan kesimpulan. Ia
merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada
soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan.

Teknik inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah.
Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jamatau
jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur agar
merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik
penyelesain masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John
Dewey.

Terdapat lima langkah inkuiri;
mendefinisikan masalah
membentuk hipotesis
mengumpul data
menilai bukti menganalisis dan menafsir data
membentuk kesimpulan
Antara kebaikan model inkuiri adalah arahan kendiri, memajukan kemahiran pemikiran keritikal
dan kemahiran pemikiran aras tinggi. Inkuiri bersifatkan murid dimana murid terlibat secara aktif
dalam pembelajaran. Ia menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid
memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan yang berkaitan. Perasaan
ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya. Guru berperanan sebagai fasilitator yang
membantu murid mengenal pasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang menjamin
kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi
sokongan psikologi. Terdapat pelbagai model inkuiri antaranya Model Inkuiri Sains, Model
Inkuiri Juris Prudential, Model Inkuiri-Penemuan dan sebagainya.

2.1.1 Model Inkuiri Sains
Ia melibatkan proses inkuiri yang bersifat saintifik. Kaedah-kaedah berbentuk saintifik
digunakan digunakan bagi melibatkan diri murid untuk menyelesaikan sesuatu pemasalahan
dan persoalan.

Antara langkah model inkuiri sains;
Mengenal pasti masalah
Mencari maklumat rumusan
Membuat hipotesis
Menguji Hipotesis
Menilai dan membuat rumusan
2.1.2 Model Inkuiri Juris Prudential

proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan untuk mencari kebenaran dan
ketepatan isu-isu. Sesuatu masalah didebat bagi mendapatkan cara penyelesaian terbaik.
Inkuiri juris prudential ini terbahagi kepada:

Inkuiri terbimbing
guru membimbing murid-murid sebelum semasa dan selepas
menjalankan semua proses kajian. Ia sesuai untuk murid sekolah rendah
dan sekolah menengah rendah

Inkuiri terbuka
murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan semasa proses kajian. Dan
ia sesuai untuk pelajar sekolah menengah atas dan lebih tinggi

2.1.3 Model Inkuiri Penemuan

Ia merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui.Model inkuiri
ini memerlukan kemahahiran-kemahiran membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang
utama untuk membentuk satu generalisasi yang diharapkan.

Langkah-langkah Model Inkuiri Penemuan ialah;
Mengenalpasti topik kajian
Merancang strategi penyelesaian
Mengumpul maklumat yang berkaitan
Mengkaji dan menganalisis maklumat
Membual generalisasi atau rumusan
2.2 Implikasi Model Inkuiri Dalam Proses Pengajaran

Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar dan menyediakan bahan
pelajaran yang sesuai.
merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun teori dengan jelas
dan teperinci
membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang tepesong daripada objektif pelajaran
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan
peranan sebagai pemudahcara yang berkesan
Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri
pelajar.

3.0 TEORI PEMBELAJARAN LANGSUNG

Pembelajaran langsung merupakan satu kaedah pembelajaran yang berorientasikan matlamat
dan distruktur oleh guru. Kaedah pembelajaran ini sesuai sekiranya setiap pelajar perlu untuk
memahami dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh kemahiran-kemahiran untuk
menyelesaikan permasalahan matematik. Pembelajaran langsung adalah tidak sesuai jika
pembelajaran memerlukan aktiviti penyiasatan dan penemuan. Contoh bagi mata pelajaran
sains yang memerlukan kajian ataupun eksperimen untuk membuktikan kasahihan sesuatu
projek yang dilakukan.

3.1 Langkah-Langkah Dalam Pengajaran Langsung

Diantara lanfkah-langkah yang terdapat dapat pengajaran langsung ialah, guru memberitahu
objektif pembelajaran berorientasikan pelajar hasil pembelajaran yang dikehendaki dan
faedah pembelajaran tersebut kepada pelajar. Selain daripada itu, guru juga akan meninjau
prasyarat yang diperlukan untuk memahami tajuk yang hendak diajar kepada murid-muridnya
manakala guru juga akan membentang bahan baru yang merupakan pengajaran sebenar
contohnya seperti membentang maklumat, memberi contoh dan membuat demonstrasi kepada
murid-murid. Guru melaksanakan penyiasatan pembelajaran (learning probes) disamping
memberikan peluang untuk pelajar mempraktikan sendiri kemahiran dan konsep yang baru
mereka perolehi. Selepas itu, guru seterusnya meninjau perlakuan pelajar mempraktik sendiri
kemahiran baru dengan memberi latihan atau kuiz sebagai peneguhan dan guru beri peluang
pelajar praktis konsep dan kemahiran baru dengan memberi latihan.

Menurut KENNY (1980) sesuatu pembelajaran langsung itu mestilah mempunyai kompenen-
kompenen seperti:

Matlamat jelas. Matlamat jelas bermaksud sesuatu yang hendak diajar oleh guru tersebut
perlulah mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya jika guru itu mengejar subjek kajian
tempatan. Guru perlulah tahu apa matlamat yang ingi disampaikan melalui subjekk yang
ajarinya, contohnya melalui subjek kajian tempatan salah satu matlamat ialah berkenaan
dengan alam sekitar dan sebagainya. Selain daripada itu masa juga perlulah mengcukupi bagi
guru dalam melaksanakan proses p & p. sesuatu isi yang hendak disampaikan mestilah luas.
Hal ini kerana dengan penyampaian isi yang luas pemikiran murid dapat dirangsang seterusnya
murid dapat menjana idea dengan sendiri. Guru juga perlu sedar mengenai soalan yang dibuat
adalah mengikut tahap murid. Pastikan tindak balas murid berkeadaan segera dan matlamat
pengajaran hendaklah berada di bawah kawalan guru.

Menurut HUITT (1996) beliau berpendapat, melalui pembelajaran langsung, guru akan dapat
mengajaran melalui satu pembentangan yang efektif. Selain daripada itu guru juga Dapat
menarik tumpuan pelajar agar memberikan sepenuh tumpuan semasa proses p&p berlangsung.
Guru dapat dedah isi kandungan dengan lebih langjut, hal ini murid akan lebih memahami isi
kandungan yang dipelajari. Disamping mengajar, guru boleh memberi penyerapan nilai2
motivasi kepada muridnya. Ilmu yang disampaikan guru juga bersesuaian dengan murid,
penerangan lebih tersusun, banyak contoh digunakan guru untuk menambah kefahaman murid.
Dan akhir sekali guru akan menguji kefahaman murid.

3.2 Implikasi Teori Pengajaran Langsung

Murid lebih memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Dengan memilih bahan yang
sesuai mengikut tahap intelektual. Murid tidak akan rasa terbeban akan ilmu yang dipelajarinya
dan penguasaan terhadap ilmu murid menjadi lebih kompleks.

4.0 PEMBELAJARAN MASTERI

4.1 Definisi Pembelajaran Masteri

Menurut Bloom (1968), pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam suatu perkara yang diajar.
Pembelajaran masteri juga berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua
murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid
itu menguasai pembelajarannya.

Manakala munurut Anderson dan Block (1975), pembelajaran masteri ialah satu set idea
dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara
konsisten . Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid
apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi untuk
murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.

Pembelajaran masteri boleh disimpulkan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu unit pembelajaran dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Pembelajaran masteri wajar dilaksanakan kerana murid mempunyai kebolehan dan keperluan
yang berbeza mengikut keupayaan masing-masing. Malahan juga, murid memerlukan
pendekatan pembelajaran yang sesuai dan berkesan di dalam kelas. Serta, murid mesti
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan oleh guru di dalam kelas.

4.2 Prinsip Asas Dalam Pembelajaran Masteri

Terdapat empat prinsip-prinsip asas di dalam pembelajaran masteri ini. Yang pertama
ialah, murid-murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. Ini membolehkan
murid-murid mempelajari segala isi kandungan yang dipelajari. Yang kedua, pembelajaran
dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya murid murid mudah menguasai subjek
tersebut. Secara tidak langsung, ini dapat memberi kefahaman kepada murid-murid.

Yang ketiga pula, murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu
hasil pembelajaran yang ditentukan. Guru perlu menyusun masa dengan teliti untuk memberi
masa yang mencukupi bagi murid-murid menguasai unit-unit kecil pembelajaran. Prinsip yang
terakhir ialah, arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah
jelas. Ini memberi kemudahan kepada pelajar untuk memahami isi kandungan pengajaran guru.

4.3 Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya ialah hasil pembelajaran
perlu ditentukan. Guru perlu menentukan matlamat pembelajaran sebelum memulakan
pengajaran di dalam kelas. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit
pembelajaran. Guru juga perlu menyusun aras kesusahan supaya memudahkan murid-murid
menguasai unit-unit kecil dalam pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah
bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan. Bersesuaian dengan peringkat
tumbesaran pelajar, mereka gemar kepada benda-benda yang menarik minat mereka. Secara
tidak langsung, ia akan memberi kesan kepada pemahaman mereka terhadap pembelajaran
yang dilaksanakan oleh guru.

Pembelajaran masteri juga mempunyai penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).
Ini merupakan salah satu ciri-ciri pembalajaran masteri. Ujian penilaian ini dilaksanakan
berujuan untuk mengetahui aras pemahaman murid-murid terhadap pengajaran yang telah
dilaksankan oleh guru. Guru perlulah menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dan berkaitan di dalam pengajaran. Ini bertujuan supaya isi kandungan pengajaran guru
tidak terpesong dan songsang.

Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Dengan adanya ujian penilaian, guru
bolehlah mengetahui tahap pemahaman murid-murid terhadap isi pengajaran. Aktiviti
pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. Ini membolehkan
pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran boleh mengikuti pembelajaran di dalam kelas
khas. Ia bertujuan supaya murid tersebut tidak ketinggalan jauh dalam pembelajaran
berbanding rakan-rakannya. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai
aras masteri. Latihan diberikan oleh guru kepada pelajar yang telah mencapai aras masteri.

4.4 Langkah-langkah Pembelajaran Masteri

Bagi melaksanakan Pembelajaran Masteri, guru-guru perlulah mengikuti empat langkah
yang telah disediakan bagi memudahkan guru tersebut menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Antara langkah-langkah yang perlu diikut ialah :

a) Penentuan hasil pembelajaran.
b) Pengajaran dan pembelajaran.
c) Penilaian.
d) Tindakan susulan.

4.4.1 Penentuan Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid
pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan bagi mengenal pasti
apa yang perlu dikuasai oleh murid. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai
sesuatu perkara sebelum berpindah kepada perkara yang baru. Memberi tumpuan dalam
penguasaan hasil pembelajaran. Guru perlu memberi penekanan kepada apa yang perlu
pelajar kuasai di dalam sesuatu subjek. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar.
Ini memudahkan menarik minat pelajar untuk belajar dan memberi pembaharuan kepada aktiviti
pengajaran guru. Secara tidak langsung, ia membantu membina ujian formatif dan sumatif.

Hasil pembelajaran dinyatakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran yang telah
diberikan oleh guru. Guru hanya perlu mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hasil
pembelajaran dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Guru
harus mengajar pelajar mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

4.4.2 Penentuan Pengajaran Dan Pembelajaran

Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil kira
perkara-perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid adalah berbeza-beza. Ini bermakna,
guru harus memahami kebolehan setiap murid di dalam kelasnya. Oleh yang demikian, guru
perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, ini
dapat memberi faedah kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Guru juga harus
menggunakan kemudahan yang sedia ada seperti komputer riba, projektor, bahan bantu
mengajar dan sebagainya di dalam aktiviti pengajaran. Guru harulah menggunakan masa yang
diperuntukkan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru guru perlu mengenal
pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kaedah dan bahan pengajaran perlu
dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan
menghayati kandungan pelajaran. Secara tidak langsung, ia juga memberi kemudahan kepada
guru tersebut. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. Ini
bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada murid-murid.

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan
murid. Di dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan ialah
seperti penerangan, penjelasan, memberi nota, demonstrasi dan sebgainya. Manakala, di
dalam pendekatan berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan ialah seperti bercerita,
bacaan, latih tubi, inkuiri penemuan, sumbang saran, projek dan sebagainya.

4.4.4 Penilaian

Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan
dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam pembelajaran masteri
bertujuan untuk mengesan pencapaian murid di dalam pembelajaran. Ia juga bertujuan
mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah di dalam pembelajaran. Guru boleh
mengenal pasti para pelajar sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai
sepenuhnya. Secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti sebab-sebab kelemahan murid
di dalam sesuatu unit pembelajaran. Seterusnya, guru dapat menentukan keberkesanan
kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir
oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria
(URK). Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai
seperti semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu di dalam kelas guru bertanya terus kepada
murid-murid. Ia juga boleh dilakukan semasa sesuatu unit pemmbelajaran dan yang terakhir
iaitu selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor murid-
murid.

4.4.5 Tindakan Susulan

Tindakan susulan dalam pembelajaran masteri dijalankan setelah kelemahan dan
kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Aktiviti susulan ini bertujuan memastikan
kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Hal ini dapat
memberi kesan negatif kepada pelajar tersebut di dalam pembelajarannya. Ia juga bertujuan
memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dikuasai.

Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan iaitu
pengukuhan dan pengembangan ataupun senang dikenali sebagai latihan. Aktiviti pemulihan
merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri.
Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti.
Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan murid. Antara contoh aktiviti pemulihan mengajar semula mengguna kaedah atau
bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk
mengingat semula, mempermudah dan mempelbagaikan latihan dan sebagainya.

Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti
pengayaan dirancang bagi memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang
lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid,
menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan
semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu aktiviti
pengukuhan dan aktiviti pengembangan.

Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang
boleh dijalankan ialah memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam
pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti
peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota dan banyak lagi.

Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini boleh dijalankan oleh
murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan ialah membuat projek, membuat
tugasan dan membuat kajian. Dalam menjalankan aktiviti pengembangan kemahiran yang
boleh dipertingkatkan adalah : membuat pemerhatian, mengumpul data, mengakses maklumat,
membanding, mengklasifikasi, meringkas, merekod, mentafsir, membuat keputusan, membuat
andaian, menganalisis, melapor dan menyelesaikan masalah.

You might also like