You are on page 1of 2

Hikayat Monyet dan Sang Kancil

Nyamannya suasana rimba di pagi hari. Mergastua bergembira menikmati


keindahan alam semula jadi. Di alam inilah tinggalnya sang kancil yang bijaksana
dengan sahabat karibnya kura-kura. Mereka hidup rukun damai, bebas bergembira,
tolong-menolong dan bekerjasama di taman peliharaan merek.
Kelihatan seekor monyet berdekatan kawasan taman peliharaan sang kancil dan
kura-kura. Sungguh lincah si monyet, bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan
kebolehannya. Awas, monyet! jangan ganggu ketenteraman penghuni yang lain.
Tiba-tiba monyet berhenti bergayut dan memerhatikan sesuatu, apa pula yang
dilihatnya? Ranumnya buah-buahan di sini. siapa punya agaknya? kata monyet. Oh,
rupanya sang kancil dan kura-kura. Balas monyet sendiri selepas melihat sang kancil
dan kura-kura yang ada di situ. Begitu rajin mereka bekerja. bukan seperti engkau
monyet.
Lantas itu, monyet bergerak ke arah sang kancil dan kura-kura sambil
memegang perutnya. eh, ini mesti ada apa-apakan monyet? Tolong, tolong! dah empat
hari aku tak makan. Tolonglah, berikan aku sedikit makanan. kasihanlah aku. Monyet
berpura-pura sakit di depan dua sahabat baik itu. Sang kancil dan kura-kura saling
berpandangan, lalu sang kancil berkata, kesiannya, empat hari tak makan. Baiklah
monyet. Ambil sajalah apa yang engkau nak dari taman kami. Makanlah sepuas hati
engkau monyet. Sang kancil yang begitu prihatin dengan kesakitan yang dihadapi
monyet menghulurkan bantuan. Terima kasih kancil, terima kasih kura-kura. Ujar
monyet setelah berjaya memperdaya sang kancil dan kura-kura.
Aku nak itu, aku nak itu! pinta monyet dalam nada mendesak, sambil jarinya
menuding ke arah pokok cili yang nampak menarik itu. Eh, tak boleh monyet. kita tak
boleh makan buah tu. larang sang kancil sambil dibantu kura-kura di sebelahnya. Aku
tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga. Monyet yang tamak dan degil itu masih
berkeras mahu mengambil cili itu untuk dimakannya. Jangan monyet, jangan! belum
pun sempat kancil menghabiskan ayatnya, monyet telah mengambil cili itu lalu
memakannya beberapa batang sekali gus. Apa lagi, terasa berapi dan merah muka
monyet akibat kepedasan yang melampau. Ha, rasakan engkau monyet. Beginilah
jadinya mereka yang tidak menerima nasihat orang. Ujar kura-kura yang geram melihat
kedegilan monyet.
Selang beberapa hari kemudian, sang kancil dan kura-kura bersiar-siar di taman
peliharaan mereka. Apa khabar pula dengan si monyet? bicara sang kancil kepada
kura-kura. Kasihan, ingat-ingat monyet. jangan diulang lagi." Kata kura-kura yang
terlihatkan monyet yang masih berada di situ.

Pengajaran:
1. Jangan tamak
2. Mendengar nasihat orang lain
3. Jangan berdendam

You might also like