e.Bagaimanakah harga runcit produk petroleum ditentukan?f.Berapa harga sebenar minyak dan bahan petroleum jika tiada subsidi?g.Berapakah perbelanjaan Kerajaan untuk subsidi minyak?h.Apakah maksud kehilangan cukai?i.Apakah kesan negatif daripada subsidi? j.Apakah kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat?
Tujuan kajian
Bagi menangani ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia dan masa depansumber tenaga maka saya mencadangkan tiga langkah strategik segera dilaksanakan secaralebih menyeluruh, dipantau Suruhanjaya Tenaga dengan lebih terancang dan melibatkanseluruh lapisan masyarakat.Pertama mengkaji semula dasar subsidi minyak sedia ada supaya dilaksanakan secaralebih selektif menggunakan kaedah triple bottomline yang mengambilkira faktor ekonomi,sosial dan alam sekitar. “Tarif lestari“ yang baru dirangka perlulah mendorong ke arah pelestarian tenaga, dan tidak seharusnya terlalu terikat dengan faktor populariti menjelang pilihanraya. Sehubungan itu golongan pengubal dasar, ahli akademik, penyiar dan semua pihak yang prihatin mestilah sama-sama membantu memberi penjelasan tentang rasional“tarif lestari” tersebut.Kedua mempergiatkan usaha untuk menguruskan permintaan secara lebih lestarimenerusi pengalakan pelbagai aktiviti penjimatan, mempertingkatkan keefisisenan danmemberi insentif supaya pelaburan dibuat pelbagai pihak ke arah pengurangan tahap penggunaan secara pukal. Ketiga mempergiatkan usaha mencari sumber tenaga baru yangdigunakan secara besar-besaran sama ada disepadukan dengan grid elektrik kebangsaan ataudibekalkan secara setempat. Antara potensi sumber tenaga tempatan yang murah tetapi masih belum dibangunkan sepenuhnya ialah biojisim dan tenaga solar. Ketika ini, usaha ke arah itumasih belum digembleng sepenuhnya.
Hipotesis kajian
Bedasarkan tujuan dan limitasi kajian, dua hipotesis nol dibentuk seperti berikut :
•
Ho (1) :Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan kenaikan harga minyak dalam kalangan masyarakat
•
Ho (2) :Terdapat hubungan diantara status dengan sumber pendapatan sesebuahkeluarga di daerah Rompin
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNULHAK CIPTA TERPELIHARA