You are on page 1of 2

JIKA ANAK 2 HINGGA 6 TAHUN MENGAMUK

by Prof. Dr. Rozieta Shaary


Ada bebarapa orang bertanya; 'BAGAIMANA UNTUK MENGAWAL ANAK-ANAK
YANG BERUSIA 2HINGGA 6 TAHUN YANG SUKA MENGGAMUK'.
Pertama - Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri
anda pula.
Kedua - Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa,
maka tenangkan emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda
melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila
mereka resah.
Ketiga - Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia
diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda
tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to
match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi
BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila
anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata-kata anda dengan perlahan sedikit dari
segi nada dan sebutan.
Empat - ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dgn tenang dan dalam-dalam.
Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dgn
tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.
Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa
yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.
Bayangkan begini, jika anda di pejabat dan suatu perkara mengejutkan dan mungkin
berbahaya berlaku. Semua orang panik. Semua orang jadi rasa tidak menentu dan hilang-
punca. Pada ketika itu, jika ketua di pejabat itu pun sama naik hilang punca dan menjerit-jerit
dan mengeluarkan kata-kata tidak baik dan marah-marah dan menyalahkan anda, bagaimana
pandangan anda kepada ketua itu? Anda mengharapkan dialah yang boleh memimpin semua
untuk boleh tenang dan bertindak bijak. Tapi kepimpinannya menyebabkan keadaan menjadi
lagi kecuh dan keruh. Bolehkah anda menghormati kepimpinannya itu?
Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi
badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak
membawanya keluar dpd keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan
sama, maka bertambah teruklah keadaan. Sama seperti ketua di pejabat tadi. Our children
need our leadership especially in situation like this. Itu sebabnya marah yang melulu,
tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka
panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi... hati dan
jiwa mereka tercalar.

Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat
maka bila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda, kerana anda tidak
menunjukkan kepada mereka anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh
hormat dan kasih sayang dan tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.
Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak
dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk
menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia
hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan
berperangai seperti hantu? Adakah mereka ini keturunan Adam a.s yang taat dan kasih
kepada Allah atau keturunan Iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini
memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila
mereka lemah pada ketika itu.
Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk
hanya kerana memang itu tabiatnya. Itulah sebabnya, bila kita mengawal diri kita, kita boleh
tahu, anak ini mungkin letih, mungkin overwhelm, mungkin rasa tidak dikasihi dsb. Dan
semua itu ada ubatnya. Jadi soalan bagaimana hendak mengawal anak-anak yang suka
mengamuk, membaling barang atau mengeluarkan perkataan tidak baik;
- tenangkan diri anda dulu - Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakan apinya
- lihat punca mengapa dia mengamuk dsb
- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi
lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
- minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham
'space' mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus
invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not
demanded.
- setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik
utk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati
mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya. So
that they know, that is the right behavior.
- Avoid power struggle. They know you are in control when you actually show that you can
manage situation like this with full of wisdom, love and empowering.
Semoga ini akan dapat membantu anda mengendalikan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun
yang suka mengamuk.

You might also like