You are on page 1of 19

Definisi

Pengamatan ialah kefahaman


terhadap sesuatu perkara atau
situasi melalui sensori atau deria.
Ianya berkait rapat dengan
pemikiran manusia dengan
memberikan makna melalui
pengalaman-pengalaman yang
dilalui oleh seseorang individu.

Janet W. Learner (1971) dalam
bukunya Children With Learning
Disabilities telah mentafsirkan
bahawa pengamatan adalah satu
proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas panca indera
atau mekanisme yang mentafsirkan
sesuatu pergerakan panca indera
dengan kuasa intelek.

Konsep Pengamatan
Pengamatan ialah kefahaman
terhadap sesuatu perkara atau
situasi melalui pancaindera setelah
berlakunya proses dalam mental.

Pengamatan merupakan satu
proses yang menimbulkan makna
kepada tugas-tugas panca indera
dengan pertolongan pengalaman-
pengalaman lalu.

Masalah Pengamatan.
Guru boleh membantu
mengatasi masalah pengamatan
menerusi latihan-latihan
pengamatan yang melibatkan
Pengamatan Penglihatan,
Pengamatan Pendengaran, Taktil
(haptic)dan Kinestetik


Ciri-Ciri Kesukaran Dalam Komponen
Komponen Pengamatan

Penglihatan
Diskriminasi
- Ketidakbolehan membezakan bentuk,
saiz, warna, huruf, nombor dan
perkataan.

Ingat Kembali
- Ketidakbolehan mengingat kembali apa
yang diamati.

Orientasi Kedudukan
- Ketidakbolehan membezakan
kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan
nombor.

Turutan
- Ketidakbolehan mengingati sesuatu
mengikut susunan huruf-huruf dalam
perkataan.

Menyudah atau Melengkapkan
- Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda
atau Melengkap objek, nombor, perkataan
atau ayat.

Menyalin
- Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk,
huruf, nombor, perkataan atau ayat.

Rajah Latar Belakang
- Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti
bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang
sesuatu gambar atau rajah.

Koordinasi Motor
- Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan
motor mata dan tangan.

Pertalian Jarak (Ruang)
- Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak
kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek
dengan objek yang lain.


Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah
- Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk,
huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk tetap
dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-
mana keadaan.

Gambar Bersiri
- Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak
ke satu babak yang lain.


Mazing atau Mencari Jalan Keluar
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

Benda Tersembunyi
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah
yang abstrak.


Pendengaran
Antara masalah dalam pengamatan
pendengaran berpunca daripada
kecacatan organisma telinga.
(refer slaid pendengaran)

Taktil dan Kinestetik
Juga dikenali dengan Pengamatan
Sensori-motor. Ia melibatkan koordinasi
pergerakan tubuh badan, koordinasi
motor kasar dan motor halus. Manakala
psikomotor merujuk kepada lateraliti dan
dominan .
Lateraliti ialah pergerakan seseorang
itu dan dominan ialah penguasaan
satu bahagian otak ke atas bahagian
kiri atau kanan badan. Bahagian ini
pula menguasai pergerakan otot-otot
kiri atau kanan anggota (bahagian kiri
otak akan menguasai bahagian kanan
anggota dan sebaliknya) Lateraliti dan
dominan ada kaitan dan saling
pengaruh-mempengaruhi antara satu
sama lain.


Masalah Pengamatan Penglihatan
Aspek pertalian jarak atau kedekatan
- Tidak dapat memadankan benda yang sama
- Sukar mengamati bahan bacaan

Aspek keserupaan
- Tidak dapat membezakan bentuk huruf yang
hampir sama.
- Tidak dapat membezakan saiz bentuk yang
dilihat.
- Tidak dapat membezakan bilangan banyak dan
sedikit antara dua benda yang sama daripada dua
kumpulan.


Aspek kelengkapan
- Tidak dapat memadankan benda yang sama
- Tidak dapat menyambungkan titik ke titik
- Tidak dapat melengkapkan gambar yang diberi.

Aspek pengamatan bersama
- Tidak dapat menanggap perlakuan guru (guru
menggaru kepala dikatakan hendak
memukulnya.)
- Nasihat yang diberi, dikatakan guru membenci
atau memarahinya


Aspek bentuk mengatasi latar
- Tidak dapat menyusun gambar mengikut objek
yang asal
- Tidak dapat menyalin huruf mengikut contoh
yang diberi.
- Celaru dengan bentuk rajah atau penggunaan
simbol dalam matematik yang ditunjukkan.

Aspek turutan
- Tidak dapat melengkapkan bentuk yang disusun
secara berurutan
- Tidak dapat memenuhkan angka berturutan
yang tertinggal.
- Tidak dapat menginterpretasi sesuatu yang
abstrak.

You might also like