You are on page 1of 27

NUR DIYANA BINTI ZUBIRUDDIN

NOR ADILLA BINTI CHE MOHAMAD


NURUL NAZIHAH BINTI JAMALUDIN
Tingkah laku atau behaviour merujuk
kepada aksi atau reaksi manusia atau
haiwan dalam bentuk gerakbalas hasil
daripada rangsangan dalaman atau
luaran.

Menekankan hubungan persekitaran dengan
tingkah laku yang dapat dilihat sahaja.

Tingkah laku merujuk kepada peristiwa yang
konkrit pada organisma yang nyata.

Proses pembelajaran yang berlaku secara
berulang dan memberi penekanan kepada latih
tubi.

Pembelajaran berlaku apabila ada rangsangan
dan gerak balas.
Dipelopori oleh Ivan Pavlov (1849-1936)

Berkaitan mengenai tingkah laku
pembelajaran.

Contoh paling terkenal pelaziman air liur
terhadap anjing kajian Pavlov.


Thorndike memperkenalkan istilah celik akal
dan hukum kesan untuk mengkaji sesuatu.

Sesetengah rangsangan akan mengakibatkan
tingkah laku yang dilemahkan.

Kanak-kanak dikatakan memperoleh bahasa
melalui proses cuba jaya.

Mementingkan proses pengulangan dalam
pemerolehan bahasa atas alasan bahasa lahir
sebagai gerak balas terhadap sesuatu
rangsangan.


Sebelum Pelaziman
RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur
tidak keluar)

Semasa Pelaziman
RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar
air liur)

Selepas Pelaziman
RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

RTT = Rangsangan Tak Terlazim RT = Rangsangan Terlazim
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim GT = Gerak Balas Terlazim

Pembelajaran berlaku apabila terdapat
perubahan tingkah laku secara spontan,
sama ada diteguhkan melalui ganjaran atau
dilemahkan melalui hukuman.




.


TEORI PELAZIMAN OPERAN
pengukuhan
hukuman
penghapusan
Dipelopori oleh Bloomfield dalam bukunya
Language (1933).

Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan
bukan semata-mata ilmu.

Pendapat ini melahirkan aliran yang
menganggap Pengajaran dan Pembelajaran
bahasa adalah proses mekanikal untuk
membentuk tabiat melalui latihan
pengulangan.
Bahasa ialah proses perilaku yang
mementingkan satu rangkaian turutan
sebab dan kesan.

Teori ini menganggap bahasa sebagai
hasil operasi rangsangan dan gerak balas
yang semata-mata bergantung kepada ciri-
ciri naluriah yang ada pada manusia.
Faktor persekitaran dianggap sebagai
rangsangan manakala tindakbalas terhadap
rangsangan dianggap sebagai gerak balas.

Teori ini menolak sebarang pendapat yang
menghubungkan proses penghasilan bahasa
dengan operasi mental.

Penekanan teori ini bahawa bahasa ialah
perilaku dan individu banyak belajar melalui
pengalaman menerusi otak mereka.
Teori ini tidak mementingkan fungsi mental
dan apa-apa yang perlu dikaji seperti data-
data (kalimat-kalimat yang diamati dan
diukur).

Bahasa dalam bentuk kalimat-kalimat
sebagai tingkah laku yang secara langsung
diamati dan diselidiki.

Bentuk-bentuk linguistik diberi penekanan
penting dalam teori ini.

Dalam pemerolehan kemahiran bahasa, latihan dan
latih tubi perlu dijalankan secara kerap kerana
kemahiran bahasa dipandang sebagai satu
kebiasaan. Oleh itu, murid-murid perlu diberi
peluang berlatih berulang kali untuk membentuk
tabiat dalam diri mereka.

Ianya bermaksud, bahasa perlu dikuasai melalui
proses pengulangan kerana teori ini beranggapan
bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses
mekanis yang tiada bersangkutan dengan
pemikiran atau daya mental.
Teori ini berasaskan cara pemerolehan
bahasa pertama kanak-kanak.

Kanak-kanak belajar secara tidak formal
melalui proses peniruan daripada ibu bapa
atau ahli keluarga mereka.

Mereka menguasai bunyi-bunyi dan
menyebut perkataan yang telah didengari
oleh mereka berulang kali sehingga mereka
dapat mengujarkan ayat yang lengkap.
Alan Healey (1975: 285) Memberikan
pendapat bahawa latihan pengulangan
secara mekanis ini sangat penting untuk
pengurusan bahasa.

Teori ini juga beranggapan bahawa bahasa
ialah satu tingkah laku manusia yang lahir
sebagai gerak balas terhadap sesuatu
rangsangan. Kemahiran bahasa diperoleh
melalui latihan pengulangan dan latihan.
Fokus penting bagi teori ini adalah aspek
lisan seperti percakapan atau pertuturan
kerana bagi manusia bahasa ialah alat
untuk berkomunikasi.

B.F. Skinner: Bahasa hanya akan dapat
dikuasai hasil daripada operasi rangsangan dan
tindak balas yang merupakan proses naluriah
semata-mata ( bukan proses mental dan kognitif
).

Beliau lebih mengutamakan rangsangan dan
tindak balas serta mengetepikan fungsi mental
atau otak kanan kerana bagi beliau, hubungan
mental tidak dapat diamati.

Oleh itu, pembelajaran bahasa merupakan
penguasaan satu biasaan yang diperoleh
dengan mengulang-ulang melakukan
aktiviti yang hendak dikuasai.

Bloomfield: Bahasa ialah satu tingkah
laku manusia yang sama dengan tingkah
manusia yang lain.

Bermakna, jika tingkah laku manusia
berpunca daripada adanya rangsangan,
bahasa dapat dilahirkan sebagai gerak
balas terhadap rangsangan tersebut.
Beliau juga berpendapat, tingkah laku
yang harus dikaji ialah ucapan yang lahir
daripada mulut seseorang sehingga
ucapan itu diterima dan difahami
pendengar.

Bahasa juga ialah sejumlah isyarat atau
tanda yang mempunyai unsur-unsur bunyi
yang dinamakan bentuk linguistik.
Golongan Behaviorisme berpendapat,
pengukuhan sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Pengukuhan ini dapat dilakukan dengan
memberikan ganjaran kepada seseorang
murid apabila mereka memberikan gerak
balas yang betul.
Bahasa ialah lisan dan komunikasi. Oleh
itu, haruslah dimulakan dengan bahasa
lisan atau pertuturan yang kemudiannya
diikuti dengan kemahiran bacaan dan
tulisan.

Penguasaan bahasa boleh diperoleh
secara mekanis. Jadi pengajaran perlulah
diberi penekanan kepada pengulangan
dan latih tubi.
Kemahiran bahasa boleh dikuasai secara
pengulangan.

Bahasa ialah hasil daripada operasi
rangsangan dan gerak balas.

Oleh itu, pengajaran perlu diwujudkan
dalam situasi yang boleh menimbulkan
rangsangan dan gerak balas (alat bantu
mengajar amat penting).
Bahasa yang diutamakan ialah lisan. Tulisan
kedua penting
Bahasa adalah tabiat / kebiasaan
Pengukuhan penting dalam P&P
Latihan bahasa perlu diperkukuhkan
Model-model bahasa yang terbaik perlu
diutamakan
Wujudkan unsur ransangan dan tindakbalas
dalam P&P
Teori Behaviorisme boleh dikuasai melalui
proses pengulangan.

Kecekapan sesuatu kemahiran akan dikuasai
jika sering berlatih.

Pengukuhan penting dalam menggalakkan
sesuatu perlakuan itu diulangi.

Kepelbagaian rangsangan akan mewujudkan
kesan pembelajaran yang menyeronokkan.

You might also like