You are on page 1of 17

TAJUK : E.

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN


Pertama sekali marilah kita mengenali sukan itu sendiri. Sukan terdiri daripada
aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya,
berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan
tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat
khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber
pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan
melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan juga ialah aktiviti yang mengandungi
latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan mempunyai peraturan-peraturan
tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Pernahkah kita melihat kekasaran,pergaduhan dan sebagainya sewaktu
melihat orang bersukan mahupun kita sendiri yang melakukan sukan tersebut
bersama rakan-rakan atau sebagainya? Apakah yang terjadi? cedera?, tulang
patah?, ataupun mati? dan bagaimana hal ini boleh berlaku?. Hal ini berlaku apabila
seorang ahli sukan menjadi agresif sewaktu bermain oleh sebab perkara-perkara
tertentu. Terdapat beberapa definisi berkaitan keagresifan dalam sukan yang
diutarakan oleh penyelidik.Me n u r u t Si l v a ( 1 9 8 1 ) , k e a g r e s i f a n
s e b a g a i s a t u p e r l a k u a n u n t u k me n y a k i t k a n a t a u mengakibatkan
kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha
untuk mengel akkan t i ndakan t er sebut . Wann ( 1997 ) , sat u t i ndakan
yang ber mat l amat unt uk mengakibatkan kecederaan secara fi zikal,
verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan yang mendatangkankerosakan
harta benda yang berpunca dari kemarahan..Menurut Baron dan Richardson (1994),
keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat
untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi
untuk mengelakkan diri dari dicederakan.


Selain daripada itu, keagresifan boleh ditakrifkan sebagai satu keganasan dalam
sukan yang boleh menyebaban kecederaan yang serius.Kebiasaan keganasan ini terjadi dalam
sukan yang memerlukan kontak seperti sukan ragbi, bolasepak, hoki ais dan sebagainya. Namun
begitu, keagresifan dalam sukan bukan sahaja berpunca daripada peserta atau atlit malah
faktor-faktor lain seperti penyokong, dan kepengadilan yang berat sebelah boleh
menjadi punca keagresifan iu berlaku.Menurut Gill ( 1986 ) bagi menghasilkan sesuatu
tingkah laku atau tindakan yang dikategorikan sebagai agresif mesti menepati empat
kriteria iaitu yang pertama keagresifan itu adalah satu tingkah l aku berbentuk
fizikal semata-mata tanpa perasaan, sikap atau motivasi .
Kedua,keagr esi f an sat u t i ngkah l aku yang di l akukan dengan
sengaj a i ai u t anpa ni at . Ket i ga, Keagr esi f an sat u t i ngkah l aku yang
di t uj ukan kepada benda hi dup. Yang t er akhi r i al ah keagresifan suatu
tingkah laku yang dilakukan dengan niat untk mencederakan seseorang
individu sama ada dari segi fizikal atau mental.. Kesimpulan dari definisi-definisi tadi,
terdapat persamaan iaitu kedua-duanya memasukkanunsur niat, perlakuan
secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermoti vasi
untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya
adalah elemenkerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira
kerosakan harta bendasebagai hasil dari tindakan yang agresif.
Tingkah laku agresif atau ganas dalam sukan melibatkan beberapa individu
seperti atlet atau pemain, pegawai, jurulatih dan penonton. Seseorang atlet akan
melakukan keagresifan apabila berada dalam keadaan tertekan dan kekecewaan.
Kekecewaan boleh berpunca dari keputusan pertandingan dan keputusan pengadil
yang dirasakan berat sebelah. Kekecewaan ini akanmenyebabkan pemain akan
bertindak lebih agresif semata-mata memuaskan hatinya.Keagresifan yang berpunca
daripada pegawai atau jurulatih biasanya terjadi apabila merekamemberi tekanan
yang melampau kepada pemainnya. Jurulatih juga boleh membangkitkansemangat
anak buahnya. Dalam keadaan yang menang, pemain mungkin lebih
bersemangatuntuk berman dengan mempamerkan aksi yang lebih baik. Bagi
pasukan yang kalah, tekanandaripada jurulatih dan emosi yang tidak
terkawan akan melahirkan tindakan yang agresif kepada pasukan lawan.


Selain daripada atlit atau pemain dan jurulatih, penonton yang hadir
menyaksikan juga boleh menimbulkan banyak tindakan agresif. Tingkah laku
agresif ini boleh berlaku di kalangan pemain yang berada di atas padang atau
dikalangan penonton dengn penonton pihak lawan. DiMalaysia tindakan agresif
penonton biasanya berlaku dalam sukan bola sepak. Ada kalanyakeagresifan
penonton ini melibatkan kecederaan yang serius. Keganasan di kalangan
penonton biasanya terjadi kepada penonton kepada pasukan yang kalah.
Kekecewaan kekalahan pasukannya menyebabkan penonton bertindak liar dengan
membakar harta-harta dalamstadium, melontar botol air kepada pemain di padang dan
membuat provokasi. Contohnya bekas penjaga gol Kelantan yang bertindak menerpa
dengan kaki ke arah penonton. Kejadian ini harusdipandang serius kerana boleh
menjejaskan imej sukan negara.

Keagresifan biasanya berlaku disebabkan gangguan sama ada gangguan
dalaman atau gangguan luaran. Gangguan dalamanialah berpunca daripada
tekanan dan kebimbangan. Semakin besar pertandingan semakin kuattekanan yang
dihadapi. Gangguan luaran pula boleh berpunca daripada visual, ganguan bunyidan
kamunikasi.Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi
penonton ke atas pemain bolaker anj ang, di dapat i bahawa pemai n
yang t i dak t er ganggu dengan gangguan t er sebut menunjukkan prestasi
serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yangterganggu. Prestasi
pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitanyang keterlaluan
menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuanterhadap
permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contoh yang sering kita
lihatialah dalam permainan bola sepak, apabila seseorang pemain itu diprovokasi oleh penonton
atau pemain lawan, pemain itu akan menunjukkan keagresifan yang membawa
kepada layangan kadkuning ataupun kad merah. Kesan daripada keagresifan
pemain tersebut menyebabkan prestasi pasukan terjejas.Perbezaan ketara mata
atau jaringan akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku
dalam permainan.





Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin
besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan
dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ). Lokasi
perlawanan juga boleh menjadi faktor berlakunya keagresifan dalam sukan.
Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih agresif
kerana mereka mendapatsokongan penyokong sendi r i ser t a i ngi n
menj aga mar uah pasukan sebagai t uan r umah. Bagai manapun,
menur ut Russel l ( 1981) , i a ber gant ung kepada cor ak keagr esi f an
yangditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola
sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana
mereka ingin mempertahankankedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia
adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan
(Cullen&Cullen, 1975). Penggunaan Steriod menyebabkan seseorang hilang kawalan
dan bertindak di luar batasan. Sa l a h s a t u s e b a b p e n g h a r a ma n
p e n g g u n a a n s t e r o i d d a l a m s u k a n i a l a h k e r a n a k e s a n
sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan
keagresifanindividu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai
jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak
terlibat dalam pengambilan bahanterlarang ini demi kebaikan orang lain.

Walaubagaimanapun, keagresifan dalam Sukan boleh diatasai menggunakan
beberapa cara. Ada kalanya keagresifan dalam sukan tidak dapat dielakkan
tetapi masih ada cara untuk mengatasinya dan jurul atih memainkan
peranan yang penting dalam mengatasi masalahtersebut. Berikut ialah
beberapa aspek yang difikirkan perlu diberi perhatian dalam mengatasi keagresifan
dalam sukan. Pertama, dari sudut aspek Kurikulum Sukan itu sendiri. Melentur buluh
biarlah dari rebongnya. Begitu juga dengan masalah keagresifan daam sukan. Satu
kurikulum sukan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah rendah lagi di
mana dalam kurikulum ini mempunyai modul yang mengajar etika sebagai penonton dan
sebagai ahli sukan ataupun atlet.




Dalam adanya etika ini nilai -nilai murni dapat disemai secara terus.
Oleh itusemangat kesukanan tinggi dan tulen dapat dibentuk sejak
dibangku sekolah l agi. Denganadanya program sukan secara terus dalam menyemai
nilai-nilai murni, adalah diharapkaan sikapmulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk
bermula dari pengajaran pendidikan j asmani di peringkat awal sekolah.Melalui
pendidikan sukan seorang guru bukan sahaja mendidik atlet malah jurulatih juga
perlumengahadiri program bagaimana untuk membentuk seorang atlet yang
bernilai murni dan beretika.

Kedua adalah dari sudut kursus motivasi. Selain daripada kurikulum sukan,
kursus-kursus motivasi juga perlu kerap diadakan bila-bila masa sebagai sal ah
sat u pr ogr am kesedar an t er hadap pent i ngnya semangat
kesukanan dikalangan atlet atau pemain. Selain daripada atlet jurulatih
juga harus mendalami kursus berkaitan semangat kesukanan dan jati diri. Cara
ketiga pula adalah Teknik Mengurus Perasaan. Adat ketika bertanding, ada yang menang dan
ada yang kalah. Namun berapa ramai yang bolehmenerima kekalahan dalam
pertandingan. Sebagai pemain, jurulatih dan pegawai sukan harusada satu
kemahiran dalaman iaitu teknik mengawal perasaan semasa pertandingan dan
dapatmenerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari
keupayaan diri sendiri danmenghargai orang lain atau pihak lawan. Selain itu,
para atlet dan jurulatih harus sentiasa menanamkan sikap bahawa kemenangan
bukanlah segala-galanya. Keempat pula ialah Teknik Mengurus Keagresifan. Setiap individu
harus mempamerkan satu tingkah laku altenatif yang perlu dipraktikan
secara berulang kali supaya akan menjadi satu kelaziman pada diri sendiri. Antara
tingkah lakutersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan
pendirian, pengurusan konflik yang dihadapi secara langsung tanpa berselindung,
mengelakkan diri dari tingkah laku menyalahkan orang lain dan memberikan tindak balas yang
positif kepada orang lain. Selain itu tingkah laku yang perlu diamalkan adalah penilaian semula
matlamat dan harapan, berehat danrelaksasi buat sementara waktu.




Kelima pula ialah Penyesuaian Diri. Setiap atlet atau pasukan dalam
sesebuah pertandingan mempunyai tekanannya tersendiri. Tekanan hidup tidak
seharusnya dielakkan kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat
menyiapkan dan mematangkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau
bahaya dengan berada pada tahap yang lebih berjaga-jaga. Kita harus menyesuaikan diri
dengan sebarang bentuk tekanan yang umum brbanding tekanan semasa pertandingan
yang lebih khusus. Akhir sekali adalah dari sudut Peranan Jurulatih itu sendiri.
Per anan j ur ul at i h sangat pent i ng bagi at l et at au pasukan semasa
per t andi ngan sedang berlangsung dalam mengawal emosi atlet atau
pemainnya apabila mengalami kekecewaankerana kekalahan, kesakitan fizikal,
kesilapan pengadi l , keaiban atau bermain di bawah keupayaan
sebenar . j ur ul at i h per l u memai nkan per anan a gar keagresifan dapat
dikawal.

Kesimpulannya disini, berdasarkan semua maklumat yang telah dikupas
berkaitan keagresifan dalam sukan, ia satu perbuatan yang terjadi atau dilakukan
berdasarkan faktor-fakor yang telah dibincangkan tadi. Keagresifan boleh berlaku
kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang tidak boleh mengawalemosi dan
tidak boleh menerima kekalahan. Namun begitu terdapat cara-cara
mengatasi keagresifan ini supaya tingkah laku agresif ini dapat dikurangkan. Dalam
sukan semua yang terlibat harus memainkan peranan penting dalam mengurangkan
tingkah laku agresif dalam sukan terutamanya sikap agresif yang membawa kepada
keadaan yang lebih negatif.












BORANG SOAL SELIDIK
KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK


Arahan :
Tandakan jika terjumpa jawapan yang berbentuk .




A. MAKLUMAT RESPONDEN
i. Umur : Tahun
ii. Jantina :

iii. Bangsa :





Lelaki Perempuan
Melayu Cina India Bumiputra


B. SOALAN
SOALAN Betul Tidak
1. Saya mengasari pihak lawan kerana saya suka melihat
pihak lawan tercedera sewaktu bermain bola sepak

2. Saya mengasari pihak lawan sewaktu bermain bola
sepak kerana disuruh oleh jurulatih

3. Saya menggunakan kekerasan sewaktu bermain bola
sepak kerana dipengaruhi rakan untuk membalas
dendam dan mengasihani rakan yang dikasari oleh
pihak lawan

4. Saya mengasari pihak lawan kerana mahu
mempertahankan kumpulan saya dari dibolosi sewaktu
diserang.

5. Saya mengasari pihak lawan kerana sikap pengadil
yang berat sebelah.

6. Saya mengasari pihak lawan secara tidak sengaja
sewaktu bermain kerana mahu memenangi
pertandingan dan bukan kerana untuk membalas
dendam atau sebagainya.

7. Saya mengasari pihak lawan oleh sebab badan saya
lebih besar dari pemain lain dan boleh melakukan apa
sahaja yang saya suka untuk menakutkan pihak lawan.

8. Saya mengasari pihak lawan kerana dipengaruhi oleh
penonton yang bersikap tidak professional.

9. Saya mengasari pihak lawan oleh kerana pasukan saya
tertekan dan perlu menjaringkan goal supaya tidak
keluar dari pertandingan.

10. Saya mengasari pihak lawan kerana dicabar oleh pihak
lawan.






Bilangan kekerapan jawapan yang ditandakan pada borang soal
selidik yang diberikan kepada responden.


No.
SOALAN

BILANGAN
1 10
2 8
3 13
4 8
5 9
6 5
7 7
8 7
9 9
10. 13












Kesimpulan Hasil Dapatan
Berdasarkan kekerapan jawapan pada borang soal selidik yang telah saya
lakukan kepada 15 orang responden yang rata-ratanya di bawah umur 12 tahun,
kekerapan jawapan yang saya dapati 13 orang menandakan YA pada soalan 3
iaitu Saya menggunakan kekerasan sewaktu bermain bola sepak kerana
dipengaruhi rakan untuk membalas dendam dan mengasihani rakan yang dikasari
oleh pihak lawan dan soalan 10 iaitu saya mengasari pihak lawan kerana dicabar
oleh pihak lawan.. Setelah mendapat bilangan tersebut saya juga telah
mencerahkan keputusan tersebut dalam bentuk graf bar dan carta pie agar mudah
untuk melihat perbezaan dan kekerapan jawapan tersebut.

Rajah 1 : Graf Bar kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak
berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik


0 2 4 6 8 10 12 14
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
GRAF BAR KEKERAPAN JAWAPAN
BORANG SOAL SELIDIK
KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK
Bilangan





Rajah 2 : Carta Pie kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak
berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik

Melalui keputusan borang soal selidik ini, dapatlah saya menjawab dan
merungkaikan persoalan saya iaitu adakah keagresifan itu berlaku disebabkan oleh
pengaruh pihak lawan yang saling cabar-mencabar. Persoalan saya terjawab
apabila daripada 15 orang responden tersebut yang diwakili oleh 8 orang lelaki dan
7 orang perempuan masing-masing berumur dalam lingkungan bawah 12 tahun
tersebut, rata-rata daripada mereka telah menjawab YA pada soalan 3 dan soalan
10. Soalan tersebut maksudnya adalah lebih kurang sahaja kerana kedua-duanya
memberi maksud kepada cabar-mencabar antara satu sama lain walaupun telah
dididik untuk sentiasa berdisiplin sewaktu bermain oleh jurulatih.

CARTA PIE KEKERAPAN JAWAPAN
BORANG SOAL SELIDIK
KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10



Pada umur responden yang rata-ratanya berumur 12 tahun, terdapat
responden yang boleh mengawal emosi mereka walaupun dicabar oleh pihak lawan.
Hal tersebut terbukti apabila responden-responden tersebut mengatakan TIDAK
pada borang soal selidik tersebut. Walaubagaimanapun, responden tersebut berada
dalam kumpulan terkecil kerana mereka sudah mempunyai kematangan dan boleh
mengawal emosi dengan baik sewaktu bermain lebih-lebih lagi responden tersebut
akan berpindah ke bangku sekolah menengah pada tahun hadapan. Selain daripada
itu, Responden yang menjawab YA pula rata-ratanya adalah berumur 11 tahun dan
masih mudah menerima pengaruh pihak lawan supaya saling cabar-mencabar
melalui mulut, dan akhirnya berlaku kekerasan dari segi fizikal yang boleh
mendatangkan kecederaan kepada diri masing-masing.Seperti kata seorang penulis
iaitu Justin Magian dan Mohd Sufian Omar Fauzee, Kebanyakan tindak balas
seumpama ini akan menyebabkan beberapa kerosakan yang khusus dan tindakan
berkenaan lazimnya akan menjadi perbuatan kelak

Selain daripada itu, seorang penulis berkata Illegitimate violence in sport can
occur in all activities Adam Epstein, daripada dapatan ini juga, saya dapat
simpulkan bahawa perasaan cabar-mencabar memang biasa berlaku sewaktu
pertandingan. Tidak kiralah dari segi percakapan ataupun teknik semasa bermain.
Semua kumpulan mahukan kemenangan. Cabar-mencabar ini berlaku sebelum,
semasa dan selepas bermain. Apatah lagi dalam lingkungan umur seperti ini,
mereka akan sentiasa bertanding dan gembira apabila lebih handal daripada orang
lain. Seperti kata seorang penulis, Research has shown that when athletes place a
strong emphasis and beating others(in contrast to focusing on personal improvement
and their own performance) they are more likely to endorse cheating and perceive
intentionally injurious acts as more acceptables .










Rajah 3 : Dua orang kanak-kanak melakukan keagresifan tolak menolak


Rajah 4 :Keagresifan bertumbuk akibat daripada cabar-mencabar sewaktu
bermain












KEAGRESIFAN DALAM SUKAN DARI SUDUT CABAR-MENCABAR DAN
MEMBALAS DENDAM DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK BOLEH
MEMPENGARUHI MUTU SUKAN NEGARA DAN MEMBERI KESAN KEPADA
ATLET SERTA JURULATIH SUKAN

Keagresifan ini sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut berbeza iaitu dari
sudut positif dan sudut negatif. Jika hal ini memberikan impak yang baik kepada
mutu sukan Negara, atlet serta jurulatih maka perkara tersebut digunakan sebaiknya
dari sudut positif dan merupakan satu keuntungan kepada kemajuan sukan tanah air
dan negeri Sabah khususnya. Jika digunakan dengan sudut negatif maka perkara
tersebut menjadi satu kerugian besar terhadap kemajuan sukan Negara itu sendiri.

Cabar-mencabar dalam sepasukan mahupun dengan pihak lawan terutama
sekali apabila bermain bola sepak sebenarnya merupakan satu motivasi kepada
setiap pemain untuk melakukan yang terbaik sebelum dan semasa perlawanan.
Dalam sesuatu perlawanan, semua kumpulan menginginkan kemenangan dan ingin
mendapatkan ganjaran seperti wang ringgit, piala dan lain-lain lagi untuk
membuktikan mereka kumpulan terhandal dan diiktiraf. Oleh kerana ganjaran ini
jugala yang mempengaruhi keagresifan pemain di dalam padang. Jika dilihat dari
sudut positif, mutu sukan Negara akan lebih berkembang apabila keagresifan ini
dilatih dan dikawal melalui latihan yang diberikan oleh jurulatih yang bertauliah.
Jurulatih inilah yang akan berperanan besar mengingatkan pemain-pemainnya
bagaimana untuk menggunakan keagresifan dengan sebaiknya tetapi bukan dengan
sengaja untuk menumbuk ataupun sengaja untuk mematahkan pemain lawan
sewaktu bermain akan tetapi pasukan tersebut bermain dengan semangat juang
yang jitu dan mengikut undang-undang serta peraturan. Jikalau jurulatih tidak
memainkan peranan yang baik dan hanya melatih atlet-atletnya menggunakan
kekerasan sewaktu bermain maka mutu sukan Negara khusunya di Sabah akan
sentiasa di pandang sebagai pasukan yang mempunyai masalah disiplin, samseng
dan sebagainya.





Apabila pasukan kita bermain untuk membalas dendam oleh kerana
kekalahan lalu, maka bermainlah mengikut peraturan dan undang-undang.
Jurulatihlah yang akan berperanan besar dalam meningkatkan mutu permainan
pasukannya. Jika tidak, keagresifan yang melampau akan tercetus tanpa kawalan
dengan pasukan lawan, penonton dan pihak-pihak lain yang turut serta. Pergaduhan
adalah keagresifan yang tercetus adalah tidak asing lagi jika tidak melibatkan bola
sepak, pemain, jurulatih, penonton serta pengadil. Akhirnya, mutu sukan Negara
akan kelihatan selalu mundur kerana setiap kali bermain bola, setiap kali itulah
berlaku kecederaan, pukul-memukul, dan yang paling teruk sekali apabila
berlakunya kematian. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu kita elakkan dalam
bola sepak tanah air kita khususnya di negeri saya sendiri iaitu negeri Sabah di
Bawah Bayu.

Sebenarnya bukan senang untuk kita mengubah fenomena pergaduhan ini
dalam arena bola sepak tanah air kita. Banyak perkara yang perlu kita titikberatkan
seperti pemilihan pemain, perlantikan jurulatih yang berilmiah, dan pemilihan
pengadil yang berkelayakan. Pemilihan pemain biarlah dipilih mengikut disipilin
dahulu dan barulah melihat teknik mereka bermain. Displinlah yang akan
menggambarkan mutu sukan sesuatu Negara itu. Tanpa disiplin, walau hebat mana
pun seseorang itu, dia tidak akan kemana-mana kerana setiap kali latihan dia
sentiasa mendatangkan masalah kepada organisasi sesuatu pasukan. Dari sudut
perlantikan jurulatih dalam pasukan, pilihlah jurulatih yang berilmiah dan mempunyai
lessen dan rekod pencapaian yang baik. Terdapat juga jurulatih yang selalu
menggunakan taktik kekerasan terhadapa pemainnya sewaktu bermain. Oleh itu,
lihatlah dahulu rekod pencapaian sesorang jurulatih tersebut.









Pemilihan pengadil juga sangat penting supaya keagresifan melampau tidak berlaku.
Apabila pemain itu sudah mula cabar-mencabar sewaktu bermain, pengadillah yang
akan memainkan peranan yang besar untuk pandai memerhati tingkah laku
merekadan memberikan amaran atau hukuman yang sepatutnya kepada
mereka.Pastikan keputusan pengadil tidak berat sebelah agar pemain berpuas hati
sewaktu bermain. Pastikan juga pengadil tiada rekod rahsuah. Keagresifan akan
berlaku pada bila-bila masa dan pengadil akan menjadi mangsa utama pemain dan
ribuan penonton yang berada di tempat perlawanan.
Oleh itu, hasil dapatan yang dapati ini mampu untuk menggerakkan mutu
sukan tanah air, atlet dan jurulatih sukan sekiranya sahaja menggunakan
keagresifan cabar-mencabar dan membalas dendam itu dengan cara yang betul,
mematuhi undang-undang serta peraturan dan juga pengadil yang mengadili
perlawanan itu sendiri. Kesemua perkara tersebut akan menjadi satu kerugian jika
tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Semoga mutu sukan Negara akan
mencapai sasaran yang diinginkan pada suatu hari nanti.

You might also like