You are on page 1of 3

NAMA : NUR SHAADA BINTI ABIDIN

NO. K/PENGENALAN : 910223-12-5832


Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan
tugasan Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai jenis-jenis kemahiran
asas kaunseling serta kepentingannya dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, menyediakan satu penulisan kritis tentang penggunaan
kemahiran-kemahiran ini dalam proses. Tugasan ini telah dilaksanakan sepanjang
menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Pauh, Arau.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan
cara perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih
mudah. Saya juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada
pelajar dan guru mengenai hasil pengumpulan data yang telah saya lakukan. Saya
banyak mendapatkan cadangan dan panduan-panduan asas bimbingan dan
kaunseling daripada guru kaunseling iaitu Puan Salme Binti Budin. Beliau tidak
lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.

Manakala refleksi selepas melakukan tugasan ini, saya dapati ada
perubahan pada diri saya terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif
dalam keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan
berakhlak. Saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam topik kemahiran-
kemahiran asas kaunseling dan kaunseling kanak-kanak terutamanya. Saya telah
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan
berkolaborasi dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan berbincang
dengan rakan-rakan lain. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik
antara pensyarah, guru kaunseling, guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Pauh, Arau.
Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin
berkongsi bersama yang mana saya berasa sangat bangga kerana berjaya
menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu
saya turut berasa gembira kerana berpeluang mengambil pengalaman
melaksanakan dan mengendalikan sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri.
Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi
guru yang lebih baik contohnya dari aspek pengawalan kelas. Selain itu saya turut
berasa terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan oleh guru kaunseling,
Puan Salme yang tidak pernah jemu membetulkan kesalahan yang telah saya
lakukan dan tidak kedekut dalam berkongsikan ilmu dan pendapat beliau. Juga
kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Zulkipli Bin Othman yang banyak
membantu menambahkan idea-idea bernas dalam menyiapkan tugasan ini.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal
pasti semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari
maklumat dan info-info yang berkaitan daripada buku-buku rujukan. Saya banyak
merujuk nota-nota internet dan pendapat serta panduan daripada guru-guru di
sekolah. Saya akui wujudnya masalah ini disebabkan kekangan masa menjalani
praktikum. Seterusnya saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk
tidak mengulanginya lagi.

Apakah pengajaran yang telah diperoleh hasil daripada tugasan ini? Hasil
keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai
seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat
apabila saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya
telah beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang
yang lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan
semasa pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap
masalah yang terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing dan membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran
dalam kelas. Akhirnya, saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada
pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya
rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin
memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta
menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan
menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan
klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.
Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah
tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor
harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke
atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.
Intihanya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam meperolehi
pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak
dan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan
dan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di
sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan
mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak.
Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai
etika keguruan yang positif kelak.

You might also like