You are on page 1of 25

EDU 3105

Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah: Pn. Zainab binti Ahmad
Lai Wai Ni
Nora Anak Juli
Nur Adiba binti Anuar
Nur Izzati Amira binti Ridzwan
Rohafieza binti Haji Matassan
4 PISMP Matematik (A)
Definisi
Teknologi
Pendidikan
Aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk
mereka dan membina sesuatu bagi
menjalankan sistem pengajaran dan
pembelajaran. (Good: Dictionary or
Education, 1973)
Penggunaan kemahiran dan teknik
moden dalam keperluan pendidikan dan
latihan yang meliputi kemudahan belajar
dengan menggunakan persekitaran
setakat mana ia menimbulkan
pembelajaran. (Uhwin & Derek: Applying
Educational Technology, 1976)
Proses yang kompleks dalam menganalisis
keperluan pendidikan secara sistematik,
saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka
bentuk dan mengaplikasikannya secara
sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah
dan tatacara untuk mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. (Persatuan Teknologi
Pendidikan Malaysia, 1988)
Aplikasi media, sistem, pendekatan
dan teknik-teknik ke arah pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. (Bahagian Teknologi
Pendidikan, 1991)
Kepentingan
Teknologi dalam
Pengajaran Masa Kini
1. Pembelajaran kendiri
2. Meningkatkan keberkesanan
pembelajaran
3. Peluang belajar kepada semua
Pembelajaran kendiri
Melatih pelajar agar bertanggungjawab terhadap
perkembangan dan prestasi akademik mereka
tanpa bergantung kepada guru.
Contohnya:
Tugasan yang disediakan lengkap dengan
arahan, membolehkan pelajar mencari dan
mengumpulkan maklumat yang dikehendaki
dan seterusnya menyediakan peta minda serta
bahan grafik untuk memindahkan bahan yang
diperolehi kepada satu bentuk yang mudah
difahami.
Meningkatkan keberkesanan
pembelajaran
Bahan visual yang menarik dan konkrit
dapat meningkatkan pemahaman murid
terhadap sesuatu tajuk serta mampu
meninggalkan kesan yang mendalam
dalam jiwa murid.
Peluang belajar kepada semua
Pelajar boleh belajar dengan cara jarak
jauh dan ini dapat menjadikan proses
pembelajaran lebih terbuka serta bebas.
Pelajar mampu menguasai sebarang ilmu
dan kemahiran melalui komputer.
Adakah pengajaran tradisional
tidak berkesan yang menyebabkan
teknologi diperlukan?
Cara pengajaran di sekolah yang
berpusatkan guru (pengajaran tradisional),
bahan pengajaran yang digunakan adalah
setakat buku teks, gambar rajah dan carta.
Kebanyakan murid berasa bosan dan tidak
berminat untuk belajar.
Penghafalan maklumat dan fakta kurang
menyediakan kehidupan dunia sebenar di
luar bilik darjah.
Penggunaan teknologi boleh dijadikan sebagai
gaya penarik & menimbulkan minat murid
untuk belajar.
Teknologi dapat membantu guru untuk
menjelaskan sesuatu konsep dengan
penggunaan media.
Teknologi dapat memberikan penyelesaian dari
segi penjimatan masa, tenaga dan kos dalam
P&P.
Murid dapat memperoleh pelbagai ilmu dan
pengalaman melalui kaedah penerokaan
menggunakan teknologi.
Menurut Gagne & Briggs dalam
Rosenberg (2000), komputer dapat
digunakan sebagai media pembelajaran
kerana memiliki keistimewaan yang tidak
dimiliki oleh media pembelajaran yang
lain iaitu:
Pengulangan
Hubungan interaktif
Maklum balas dan peneguhan
Pengulangan
Komputer membolehkan pengguna
mengulangi apabila perlu untuk
memperkuatkan lagi pembelajaran dan
memperbaiki ingatan.
Aktiviti pengulangan amat memerlukan
kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar
(Clements, 1995).
Hubungan Interaktif
Komputer membolehkan wujudnya
hubungan di antara rangsangan dengan
jawapan.
Komputer dapat menggalakkan inspirasi
dan meningkatkan minat.

Maklum Balas dan Peneguhan
Media komputer membolehkan pelajar
memperoleh maklum balas terhadap
pembelajaran secara serta merta.
Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar
memberikan jawapan dapat memotivasikan
pelajar.

Kepentingan Penggunaan Teknologi
dalam Pengajaran
1. Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi
gambaran visual dan memudahkan pengiraan
kompleks.
2. Merangsang murid untuk belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minimum.
3. Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah
dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.
4. Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama
kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan
dan kecerdasan.
5. Membantu murid mendapat dan mengumpul
maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam
keadaan biasa.
6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok,
mencabar dan berbentuk penerokaan.
7. Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba dalam
kalangan murid.
8. Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi
murid.
9. Menggalakkan murid merealisasikan:
Pembelajaran terarah kendiri
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran kadar kendiri



Contoh
SUBJEK : Matematik
TOPIK : Ruang Dan Bentuk
PENGGUNAAN TEKNOLOGI : Guru boleh
menggunakan perisian GSP untuk
memperkenalkan bentuk 2D dan 3D kepada
murid.
Contoh
SUBJEK : Sains
TOPIK : Planet
PENGGUNAAN TEKNOLOGI : Guru
menggunakan video yang menarik bagi
memperkenalkan jenis-jenis planet.
Soalan
1) Apakah kepentingan teknologi dalam
pengajaran masa kini?
2) Apakah keistimewaan penggunaan komputer
sebagai media pembelajaran?
3) Berikan 3 kepentingan penggunaan teknologi
dalam pengajaran.
Rujukan
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2012).
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Siarap, & Hasrina
Mustafa. (2006). Penggunaan Komputer dalam
Pengajaran-Pembelajaran dalam Kalangan Guru
Sekolah Menengah. Kajian Malaysia, 24(1), 205.
Dipetik daripada http://web.usm.my/km/24-
06/km%20art%2011.pdf
Sekian,
terima kasih!!!

You might also like