Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorangpengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskanidea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akanmerumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahlikumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedahmenggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakansatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana iaadalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yangsingkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh muridberbanding dengan kaedah analitikal biasa.
2.2
BerceritaAktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yangboleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dankeseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagaipengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-muridmembaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuaidengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperananuntuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-muriddan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru bolehmenggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatangmainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulahmempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepadamurid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapatmelengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasaterutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moralsesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalamteknik bercerita ialah :
- 3 -