ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyaikeupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semulasegala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antarapengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangankognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan,penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untukpenyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mentalyang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yangaktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpandan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksudbaru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah.Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalampersekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik danmencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan danpengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari,diingati atau dilupakan.Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadapteori pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel.