You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Di dalam penulisan 'write out' ini terdapat tiga tajuk yang


diperbincangkan iaitu Teknik dan Kaedah Pengajaran, Pengajaran Mikro dan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Pengajaran dalam Pedagogi
Bestari.

Secara umumnya Teknik dan kaedah Pengajaran ada 5 iaitu teknik


sumbangsaran, bercerita, perbincangan, demonstrasi dan penyelesaian
masalah. Setiap teknik pengajaran ini terdapat pro dan kontra, iaitu kebaikan
dan keburukan, tetapi secara keseluruhannya kesemua teknik ini sangat
membantu di dalam P&P.

Pengajaran Mikro pula adalah latihan tentang pelbagai kemahiran


mengajar. Di dalam tajuk ini, komponen-komponen yang ditekankan di dalam
penagajran mikro adalah konsep , kepentingan dan kelebihan, peringkat
pelaksanaan dan kemahiran-kemahiran mengajar dalam penhajaran mikro.

Di dalam peringkat pelaksanaan pula terbahagi kepada 4 peringkat


iaitu merancang pengajaran, mengajar, mengimbas kembali dan mengajar
semula. Seterusnya di dalam kemahiran-kemahiran mengajar, terdapat enam
bahagian yang perlu diketahui, yang diantaranya adalah kemahiran
memulakan pengajaran atau induksi set serta kemahiran mempelbagai variasi
rangsangan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Pengajaran dalam


Pedagogi Bestari ada sepuluh iaitu direktur, meditif, generatif, pemerhatian,
konstektual, metakognatif, kajian luar, kajian masa depan, koperatif dan
kolaborasi. Selain itu penintegrasian kemahiran generik dalam P&P juga
menjadi fokus di dalam tajuk ini, di mana terdapat 3 bahagian kemahiran
generik iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
kemahiran pemudahcaraan.
2.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

2.1 Sumbangsaran

Sumbangsaran adalah merupakan satu aktiviti perbincangan yang


dijalankan secara berkumpulan, Topik perbincangan adalah ditentukan oleh
guru, tetapi tajuk yang dipilh mestilah sesuai dengan minat dan kebolehan,
serta sesuai dengan peringkat umur pelajar. Tempoh masa untuk
mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Kebiasaannya masa yang
ditentukan oleh guru adalah 20 minit.

Setelah guru memberikan tajuk perbincangan, murid-murid akan


dibahagikan dalam kumpulan. Bilangan ahli kumpulan yang dicadangkan
adalah diantara 8 hingga 12 bagi setiap kumpulan. Murid-murid akan
membincangkan tajuk yang diberi dalam kumpulan masing-masing sebelum
membuat pendirian masing-masing.

Dalam setiap kumpulan pula, seorang pengerusi mesti dilantik sama


ada oleh guru atau ahli kumpulan. Tugas pengerusi adalah untuk
menyelaraskan idea-idea dalam kumpulan. Ini kerana dalam perbincangan
dalam kumpulan mesti terdapat banyak saranan idea, oleh itu pengerusi akan
memilih satu idea sahaja melalui pemuafakatan untuk diberitahu kepada
kelas.

Dalam sesi sumbangsaran ini, murid-murid diberikan peluang untuk


mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat mengenai tajuk
perbincangan. Semua idea yang diberi oleh pelajar adalah dianggap betul,
dan dicatat di papan hitam. Dalam perbincangan kumpulan, ahli-ahli
kumpulan digalakkan untuk memberi idea dari pelbagai sudut pandangan.
Kaedah sumbangsaran ini sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk mendapatkan banyak idea
dalam tempoh yang singkat. Murid-murid juga lebih banyak memberi idea
baru berbanding dengan keadah analitikal biasa.
2.2 Bercerita

Kaedah bercerita adalah salah satu kemahiran generik yang boleh


digunakan di dalam kelas. Kaedah ini adalah lebih berpusat kepada guru.
Oleh itu guru-guru mestilah inovatif dalam mencari mempersembahkan cerita
yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran. Guru juga bukan
sahaja perlu memastikan cerita yang dipilih sesuai dengan umur murid-murid,
malah guru perlu mempersembahkan cerita yang menarik.

Guru boleh mempelbagaikan teknik bercerita ini dengan menggunakan


bahan-bahan sampingan seperti tali, gambar, boneka, binatang permainan,
kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama guru perlu menguasai teknik
bercerita iaitu memek muka dan intonasi. Guru perlu mempelbagaikan suara
dan nada, serta membuat memek muka supaya cerita yang disampaikan
lebih menarik.

Kemahiran-kemahiran yang perlu guru gunakan dalam teknik bercerita


adalah kemahiran verbal dan nada suara. Kemahiran verbal adalah seperti
projeksi suara, penekanan frasa dan penggunaan ayat-ayat mudah. Nada
suara yang dimaksudkan pula, guru perlu memanipulasikan mimik muka
untuk menunjukkan emosi yang berlainan.

Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk


menguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincangan
hendaklah merangkumi:

a. Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang


disampaikan.
b. Latihan tatabahasa
c. Merumuskan isi-isi penting dalam cerita.
Secara tidak langsung kaedah bercerita juga menggalakkan
pelajar berfikir secara kreatif dan kritis selain kemahiran bahasa
melalui sesi perbincangan di akhir pembelajaran.

2.3 Perbincangan

Kaedah ini melibatkan interaksi sesama pelajar di dalam kumpulan


dalam membincangkan masalah atau isu. Murid berpeluang
mengemukakan isu-isu, pendapat, idea mengenai topik, di akhir
pembelajaran pula, murid-murid bersama guru akan merumuskan apa
yang dibincangkan.

Matlamat sesuatu perbincangan yang dijalankan bergantung


kepada guru sama ada untuk mengumpul fakta ataupun
menyelesaikan sesuatu masalah. Topik yang dipulih oleh guru
mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta
daapt menarik minat pelajar.

Kaedah perbincangan ini sesuai untuk dijalankan dalam semua


matapelajaran di sekolah. Antara kebaikan-kebaikan teknik ini
terhadap pelajar adalah:

a. Dapat melatih murid membiasakan diri bercakap dalam


situasi formal.
b. Dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri
pelajar.
c. Dapat memupuk unsur-unsur bekerjasama,
menghormati, menghargai dan mendengar pendapat
orang lain.
Guru pula berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing pelajar
sepanjang sesi perbincangan. Guru juga perlu mengemukakan soalan-
soalan divergen dan menggalakkan mereka menyoal kembali idea dari rakan-
rakan mereka. Semasa sesi perbincangan, guru juga perlu memastikan
pelajar-pelajar dalam keadaan terkawal iaitu menumpukan pada sesi
perbincangan.

2.4 Tunjuk Cara atau Demonstrasi

Kaedah tunjuk cara ini adalah melibatkan demonstrasi oleh guru


dihadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau
langkah pembelajaran. Teknik ini sesuiai untuk pengajaran tarian, olahraga,
ujikaji, permainan dan sebagainya.

Sebelum demonstrasi, guru perlu membuat perancangan yang teliti


iaitu menentukan topik, objektif, serta menyediakan alatan atau bahan yang
akan digunakan. Semasa demonstrasi pula, guru perlu memberikan
penerangan yang jelas supaya pelajar memahami dengan jelas.

Guru juga perlu memastikan yang murid-murid memberikan perhatian


sepenuhnya pada demonstrasi. Selepas demonstrasi pula, sesi
perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara. Guru juga boleh
meminta pelajar membuat laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut.

2.5 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang


memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari
idea-idea alternatif dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran tertentu.
Kaedah ini menggalakkan pemikiran pelajar untuk bersedia
menghadapi masalah, menyelesaikan dan seterusnya membuat pilihan dan
keputusan yang tepat. Melalui kaedah ini juga, memberi peluang kepada
pelajar untuk mengemukakan idea-idea yang luar biasa dan tidak terfikir oleh
pelajar lain. Secara tidaka langsung, pelajar dapat membina keyakinan diri
khasnya apabila menghadapi masalah.

Permasalahan yang diberi oleh guru mestilah berkaitan dengan topik-


topik di didalam matapelajaran. Guru perlu merangsang pelajar untuk
menyelesaikan masalah. Langkah-langkah didalam teknik penyelesaian
masalah ini adalah:

a) Mengenalpasti masalah
b) Memahami masalah
c) Menentukan cara-cara penyelesaian
d) Mencuba cara penyelesaian yang baru
e) Merumus dan menilai penyelsaian

Teknik–teknik lain juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah


yang diberi oleh guru seperti teknik inkuiri, sumbangsaran, perbincangan dan
simulasi.
3.0 PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGAJAR MELALUI PENGAJARAN
MIKRO

Sebagaimana yang diketahui umum, tugas guru ialah mengajar. Tugas


ini iaitu tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran
yang perlu dikuasai oleh para guru. Oleh itu, para guru perlu menjalani
latihan dan pendedahan yang cukup. Bakal-bakal guru dilatih di Institut
Pendidikan Guru tentang pelbagai kemahiran mengajar. Latihan-latihan yang
dijalankan atau dilaksanakan dalam suatu program dinamakan sebagai
pengajaran mikro.

Terdapat beberapa subtopik yang doleh diklasifikasikan daripada


pengajaran mikro ini iaitu konsep pengajaran mikro, rasional menjalankan
pengajaran mikro, kepentingan dan kelebihan pengajaran mikro, peringkat
pengajaran mikro serta kemahiran-kemahiran mengajar dalam pengajaran
mikro.

3.1 Konsep Pengajaran Mikro

Mengajar ialah suatu kemahiran. Oleh itu, dalam mengajar ia


melibatkan pelbagai kemahiran-kemahiran kecil yang perlu dikuasai oleh para
guru. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran
menjelaskan isi pelajaran, mengawal kelas, menyoal dan menarik perhatian
murid terhadap pelajaran.

Bakal-bakal guru perlu berlatih supaya dapat menguasai kemahiran-


kemahiran tersebut. Guru dilatih melalui sesi latihan mengajar berskala kecil
iaitu mengajar satu konsep sahaja dalam masa yang singkat antara 5 hingga
10 minit dan dalam sekumpulan pelajar yang kecil sekitar 10 orang. Latihan
tersebut dinamakan sebagai Pengajaran Mikro.

Menurut Dwight Allen, pengajaran mikro dilaksanakan sebagai usaha


mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal guru. Bagi Allan dan Eve (1968)
pula, pengajaran mikro merupakan satu sistem kawalan praktikal dengan
memberi tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan latihan
untuk mengajar dalam situasi terkawal. Manakal Paintal (1980) pula
menghuraikan pengajaran mikro sebagai satu teknik latihan mengajar kepada
6 hingga 10 orang pelajar dalam masa 5 hingga 10 minit dan ditumpukan
kepada satu kemahiran mengajar.

Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa pengajaran mikro ialah sebagai
satu sesi pengajaran yang bercorak latihan atau pendedahan berbentuk
simulasi pengajaran dan pembelajaran yang mengambil masa 10 hingga 15
minit dengan memfokuskan kemahiran-kemahiran mengajar tertentu.

3.2 Rasional menjalankan pengajaran mikro

Cooper dan Allen (1971) telah menyenaraikan rasional-rasional yang


dikemukakan oleh para pendidik guru tentang peranan pengajaran mikro bagi
melatih bakal guru. Antara rasional-rasionalnya ialah :

a) Pengajaran mikro merupakan satu pengajaran sebenar walaupun


dilaksanakan secara terancang dalam situasi latihan.
b) Latihan ini dapat mengurangkan kerencaman pengajaran di bilik
darjah sebenar dan guru dapat menumpukan perhatian untuk
mencapai kemahiran mengajar yang dirancang.
c) Pengajaran ini juga memberi maklumat secara spesifik tentang
kemampuan guru untuk menguasai kemahiran yang dirancang
melalui maklum balas dan komen daripada pensyarah dan rakan-
rakan.
d) Keupayaan pelatih dapat dilihat dengan membenarkan guru
memilih kandungan pelajaran yang difahami dalam melakukan
kemahiran mengajar yang dirancang.
e) Latihan ini menyediakan satu sesi pengajaran yang membolehkan
bakal guru mengajar pelajar-pelajar pelbagai latar belakang,
keupayaan intelektual sebelum mengajar di sekolah.
f) Latihan ini juga membenarkan kawalan yang lebih luas semasa
mengajar ke atas persekitaran bakal guru.
g) Pengajaran mikro menyediakan situasi pengajaran yang kondusif
dan dapat mengurangkan kegelisahan guru jika berhadapan
dengan bilik darjah sebenar.
h) Selain itu, ia menyediakan situasi pengajaran yang berisiko
rendah kerana ia dijalankan di luar kurikulum sekolah.
i) Pengajaran ini juga menyediakan kemahiran khusus yang akan
dipratikkan dalam bilik darjah sebenar.
j) Pengajaran ini merupakan latihan bersifat ulangan yang
membenarkan bakal guru mengulang kembali kemahiran yang
ditentukan.
k) Jika kemahiran diterapkan satu persatu dalam satu tempoh yang
lama, jadi bakal guru dapat mengingat kembali kemahiran yang
dipelajari dengan mudah.

3.3 Kepentingan dan kelebihan pengajaran mikro

Pendedahan secara amali tentang pelbagai kemahiran mengajar amat


penting semasa melalui proses pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik
darjah. Dapat dinyatakan di sini bahawa pengajaran mikro memberi peluang
kepada bakal guru membuat refleksi kendiri dan menilai tentang keupayaan
dan pencapaiannya semasa mengajar.

Selain itu, langkah pertama bagi melaksanakan latihan mengajar bagi


bakal guru ialah pengajaran mikro. Melalui pengajaran mikro, guru-guru
dapat membiasakan diri dengan aktiviti-aktiviti pengajaran secara praktikal
pada peringkat awal. Oleh itu, segala teknik dan kaedah yang dipelajari
hendaklah diaplikasi dan dipratikkan dalam amalan pengajaran bilik darjah.

Pengajaran mikro juga dapat membina dan memberi keyakinan


kepada guru untuk mengajar di dalam bilik darjah. Ini kerana guru
berpeluang untuk mempratikkan kemahiran-kemahiran asas dengan lebih
mudah dan terancang sebagai persediaan sebelum menempuh sesi
pengajaran di bilik darjah sebenar. Guru juga boleh menggabungkan
beberapa kemahiran yang dipelajari dalam satu pengajaran. Pengajaran
mikro mewujudkan suasana yang terkawal dan selamat. Ini kerana isi
kandungan yang dipilih minimum, bilangan pelajar yang kecil dan dalam masa
yang singkat.

Pengajaran mikro juga melatih bakal guru untuk membuat penilaian


kendiri tentang prestasi pengajaran individu dengan menonton pengajaran
yang telah dirakam. Melalui penilaian kendiri dan perbincangan ini, maka
guru akan mendapat input yang berguna tentang pengajarannya daripada
maklum balas dan komen-komen daripada pensyarah atau rakan-rakan.
Kelemahan dan kesilapan yang dikesan akan diperbaiki dan sesi pengajaran
akan dirakam dan dinilai semula.

Selain itu, guru juga dapat meningkatkan tahap keberkesanan


pengajaran mereka menerusi pengajaran mikro. Pengajaran mikro juga
berfungsi bagi membuat penilaian terhadap keberkesanan kurikulum yang
dilaksanakan atau pendedahan tentang kaedah pengajaran baru dari masa
ke masa.

3.4 Peringkat pelaksanaan pengajaran mikro.

Pada dasarnya, pengajaran mikro terdiri daripada aspek mengajar, menilai


pengajaran, dan mengajar semula. Pengajaran mikro ini boleh dilakukan
secara individu dan berulang-ulang sehingga dapat menguasai kemahiran
mengajar yang dilatih. Pengajaran mikro dilaksanakan secara berkumpulan
dan dirancang secara berperingkat-peringkat. Sekurang-kurangnya terdapat
empat peringkat pelaksanaan pengajaran mikro secara berkumpulan iaitu
merancang pengajaran, mengajar, mengimbas kembali atau refleksi dan
mengajar semula.
3.4.1 Perancang Pengajaran

Pengajaran mikro perlu dirancang dengan teliti walaupun dikatakan


sebagai berskala kecil. Pengajaran ini dijalankan secara berkumpulan yang
mana satu kumpulan terdiri daripada 5 hingga 10 orang guru pelatih.
Terdapat dua langkah yang perlu dititikberatkan iaitu langkah pertama ialah
semua ahli kumpulan dikehendaki untuk berbincang bagi membuat
persediaan teknikal bagi mengadakan sesi pengajaran mikro contohnya dari
segi bilik pengajaran mikro, peralatan rakaman dan pembahagian tugas.

Langkah kedua pula ialah persediaan tentang pengajaran guru itu


sendiri. Guru tersebut perlulah bersedia dari segi kemahiran mengajar yang
difokuskan, konsep atau kemahiran yang akan diajar, bahan-bahan
pengajaran yang diperlukan serta aktiviti kelas yang akan dijalankan.

Topik atau isi pengajaran haruslah mudah, jelas dan tidak terlalu luas.
Satu konsep atau kemahiran yang diajar memadai dengan hanya 10 minit.
Selepas itu, guru perlu membina beberapa objektif perlakuan yang
diharapkan atau yang dapat dicapai oleh pelajar dalam sesi pengajaran
tersebut. Masa yang diperlukan untuk latihan menguasai konsep dan
kemahiran yang diajar diambil kira.

Oleh itu, rancangan mengajar yang mengandungi objekti pengajaran


dan langkah-langkah pengajaran ke arah mencapai objektif yang telah
disenaraikan perlu dirancang. Rancangan pengajaran ini akan dijadikan
sebagai panduan oleh guru pelatih yang akan mengajar sesi pengajaran
mikro. Antara persoalan yang boleh dikaitkan ialah adakah pengajaran yang
akan dilaksanakan akan berjalan seperti yang dirancang.
3.4.2 Mengajar

Pada peringkat ini, guru akan mengajar mengikut rancangan mengajar


telah disediakan. Ahli-ahli kumpulan yang lain akan bertindak sebagai pelajar
dan penilai. Salah seorang dari ahli kumpulan akan bertindak sebagai
jururakam video. Semasa berlakunya sesi pengajaran, ahli-ahli yang
bertindak sebagai pelajar hendaklah memberi sokongan moral kepada guru
pelatih yang mengajar supaya sifat malu, takut dan cemas dapat dikikiskan
malah dapat membina keyakinan terhadap guru tersebut.

Ahli-ahli yang bertindak sebagai penilai pula akan memberi perhatian


terhadap kemahiran yang ditunjukkan dan mencatat maklum balas yang akan
diberikan berdasarkan prinsip-prinsip berkaitan kemahiran mengajar tersebut.
Rakaman video pula hendaklah dilakukan secara teliti agar kemahiran yang
ditunjukkan semasa mengajar dapat dikesan.

3.4.3 Mengimbas kembali atau refleksi

Selepas selesainya sesi pengajaran mikro, sesi mengimbas kembali


diadakan bagi memberi maklum balas dan komen-komen kepada guru pelatih
yang mengajar tentang tingkah laku yang ditunjukkan semasa mengajar.
Dalam sesi ini, maklum balas yang diberikan hendaklah dinyatakan dalam
bentuk membina dan disokong dengan fakta yang tepat. Cadangan-
cadangan penambahbaikan diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya
kritikan. Rakaman video ditonton oleh semua ahli kumpulan bagi
mengukuhkan maklum balas yang diberikan. Guru pelatih tersebut juga boleh
menonton sendirian dan membuat penilaian kendiri.

Dwight Allen mencadangkan agar guru pelatih sendiri membuat komen


atau kritikan terhadap pengajarannya. Manakala ahli-ahli kumpulan yang lain
akan mengemukakan 2 komen positif dan 2 cadangan penambahbaikan.
Seterusnya pensyarah pula yang akan merumuskan tentang komen-komen
tersebut serta memberi komennya sendiri.
3.4.4 Pengajaran semula

Selepas berlakunya sesi refleksi, komen-komen yang diterima akan


digunakan oleh guru pelatih untuk merancang semula dan memperbaiki
pengajarannya dan melaksanakan pengajaran semula. Beberapa pindaan
dibuat berdasarkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan.
Pengajaran semula ini juga dirakam supaya dapat melihat berlakunya
penambahbaikan. Pengajaran semula ini juga sepatutnya hendaklah berbeza
dan lebih baik daripada pengajaran pertama kerana guru pelatih berkenaan
telah pun menerima komen-komen dan teguran daripada pensyarah
mahupun ahli-ahli kumpulan yang lain.

3.5 Kemahiran-kemahiran mengajar dalam pengajaran mikro.

Sebagaimana yang diketahui, pengajaran mikro dilaksanakan untuk


melatih bakal guru supaya mahir dalam kemahiran mengajar. Terdapat
gabungan antara kemahiran-kemahiran yang diajar dalam pengajaran
sebenar di bilik darjah. Namun sebagai bakal guru, kemahiran-kemahiran ini
dipisahkan bagi membolehkan guru pelatih mahir tentang kemahiran-
kemahiran tersebut.

Omardin Ashaari (1997) dalam bukunya Prinsip Pengajaran Mikro telah


menggariskan pelbagai kemahiran pengajaran yang perlu diketahui oleh guru
pelatih iaitu :
a) Kemahiran memulakan pengajaran atau set induksi.
b) Kemahiran mempelbagai atau variasi ransangan.
c) Kemahiran menerang.
d) Kemahiran menyoal.
e) Kemahiran pengukuhan.
f) Kemahiran menggunakan papan tulis.
g) Kemahiran menggunakan alat bantu mengajar.
h) Kemahiran menggunakan contoh dan ilustrasi.
i) Kemahiran menutup.
4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI
BESTARI.

4.1 Direktif

Murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep / kemahiran oleh


guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan
bimbingan guru. Contoh strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru
ialah kuliah dan latih tubi.

4.2 Mediatif

Dalam strategi mediatif, murid-murid diajar oleh guru untuk :

a. Mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.


b. Membuat keputusan.
c. Mengenalpasti andaian.
d. Menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis.

Contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan
mediatif ialah penaakulan dialektikal, pemerolehan konsep, pembentukan
konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.

4.3 Generatif

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid untuk menjanakan


idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid unyuk
menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea-idea yang
asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan
oleh guru ialah pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif.
4.4 Pemerhatian

Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikut perbuatan guru


atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran
yang boleh dilakukan ialah tunjuk cara.

4.5 Kontekstual

Guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan


pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya.
Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu
pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai
ahli keluarga dan masyarakat. Pembelajaran kontekstual penting kerana ia
mengaitkan pembelajaran kepada reality kehidupan. Jenis pembelajaran lain
yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran
“eksperential” , pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan
pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini lebih mementingkan
penyelesaian masalah. Ia memberi pengakuan bahawa situasi pengajaran
dan pembelajaran boleh juga berlaku didalam rumah ataupun masyarakat. Ia
mengajar murid-murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri
supaya mereka lebih berdikari. Terdapat beberapa prinsip-prinsip penting
dalam kaedah kontekstual iaitu :

a. guru menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama


lain.
b. guru menggunakan penilaian sebenar.
c. pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan
spatial.
d. guru dapat menyepadukan matapelajaran yang berlainan.
e. penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.
4.6 Strategi metakognitif

Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses


pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.
Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada muridnya
dalam strategi metakognitif ialah :

a. apakah yang saya telah belajar?


b. Apakah bantuan yang saya perlu ?

Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa


mereka menjalani latihan praktikum atau membuat refleksi . Pemikiran
metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-
murid.

4.7 Kajian Luar

Kaedah kajian luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


dilaksanakan oleh guru diluar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam
kaedah ini, peranan guru adalah sebagai seorang fasilitator dimana dia akan
cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan
memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada diluar
bilik darjah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selepas menyediakan
aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara
individu atau mengikut kumpulan.

4.8 Kajian masa depan

Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid


mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks
persekolahan, kajian masa depan adalah penting untuk golongan remaja dan
murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran
jauh dan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi pada masa
akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan
sahajalah merupakan ruang dimana kita mempunyai kuasa dan pilihan untuk
bertindak atau melakaukan sesuatu dan terdapat bukan hanya satu masa
depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan
kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab
oleh guru. Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh guru ialah “
bagaimanakah keadaan lalulintas di Malaysia pada suatu hari nanti ?”.

4.9 Pendekatan Koperatif

Pendekatan koperatif berasaskan konsep dimana murid-murid belajar secara


kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid
dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran.
Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif adalah seperti berikut :

a. guru sampaikan pelajaran baru.


b. murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara
koperatif.
c. ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid
dalam setiap kumpulan.

Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang.

4.10 Pendekatan kolaboratif

Mengikut Kamus Dewan (1998) , kolaboratif bermaksud kerjasama erat


diantara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan
murid yang berusaha bersama kea rah mencapai prestasi yang cemerlang
sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Melalui
pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan, nilai social
dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurangkan.
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai cirri-ciri yang hampir sama
dimana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli
kumpulan.
5.0 PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN.

Kemahiran generic terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran teknologi


maklumat dan komunikasi serta kemahiran pemudahcaraan. Dalam
melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan
kemahiran-kemahiran generic seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi serta kemahiran pemudahcaraan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

5.1 Kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir engan


kritis dan krestif, strategi berfikir dan kemahiran berfikir menaakul. Kemahiran
berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan
ia bersifat evaluatif. Strategi berfikir ialah proses ber fikir yang lebih tinggi
peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa
kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir menaakul membantu
kita sebagai pelincir dalam membuat perkembangan secara rasional kepada
semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir secara kritis
banyak menggunakan aktiviti P&P , membanding dan membezakan,
mengumpul dan mengelaskan, mencirikan, membuat urutan, menganalisis,
mengesan kecondongan, menilai dan membuat kesimpulan. Kemahiran
berfikir kreatif pula banyak mementingkan aspek menjanakan idea membuat
inferens, membuat hubungkaitan, meramal, membuat hipotesis, membuat
gambaran mental dan merekacipta.
5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran ini melatih murid-murid supaya cerdas dalam


menggunakan teknologi computer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan konsep “ world clss education “.
Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah ntuk menghasilkan tenaga kerja
yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan teknologi.
Untuk guru mengajar kemahiran ini, sekolah perlu ada kemudahan makmal
computer, bilik media, bilik internet dan bilik studio. Dalam mengajar
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan
cara penilaian “ on-line “.

5.3 Kemahiran Pemudahcaraan

Kemahiran pemudahcaraan ialah satu kemahiran yang amat penting dan


sesuai untuk aktiviti perbincangan. Kemahiran pemudahcaraan merupakan
satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan. Dari segi pendidikan,
ia adalah satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran. Seorang
pemudahcara disebut juga sebagai fasilitator. Dalam kemahiran ini, peranan
guru kurang dititikberatkan. Sebaliknya, peranan murid lebih
dititikberatkan.Komponen-komponen yang terdapat dalam kemahiran
pemudahcaraan ialah :

a. menentukan struktur perbincangan.


b. Teknik memulakan perbincangan.
c. Membimbing murid merumus dan membuat cadangan pada
penghujung sesuatu sesi pemudahcaraan.
d. Teknik mengawal proses perbincangan.
Kelebihan pengajran denganmenggunakan kemahiran pemudahcaraan ialah :

a. murid dapat melibatkan diri secara aktif


b. murid telah bersedia lebih awal untul belajar.

Guru boleh menjalankan proses P&P tanpa gangguan. Kelemahan


pengajaran dengan menggunakan kemahiran pemudahcaraan ialah murid
kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.
BIBLIOGRAFI

1. Dr ragbir Kaur a/p Joginder Singh, Panduan Ulangkaji Ilmu


Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah
Rendah dan Menengah, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lmpur.

2. Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub, 2004, Pengantar


Kaedah Mengajar Mata Pelajaran Ilmu Kemanusiaan, Karisma
Publications Sdn Bhd, Shah Alam.

3. Modul 1/3 Ilmu Pendidikan ( Pengajian Professional), Kursus


Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah, 2003, Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like