You are on page 1of 17

PENGENALAN

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah.
Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat
aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga
dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-
saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila
berada di tempat yang tinggi.

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik
penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas.
Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah
peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut.

Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta,
terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini
kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan
keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta.
Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan
lebih baik.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING

TALI

Tali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua jenis tali yang
digunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali dinamik.

 Tali Dinamik
- Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenama
seta pengeluarannya
- Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan
- Saiz : 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm
- Tali dinamik standard - tidak mempunyai balutan kalis air tetapi boleh
digunakan pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi
- Tali dinamik double dry - lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasi
serta keadaan cuaca yang lembap
 Tali Statik
- Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi
- Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat
- Saiz : 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm
- Agak keras dan tidak mudah dibengkokkan

Tali kermantle
SAIZ TALI DAN KEGUNAANNYA

Saiz Sheath Jenis Berat /meter Kekuatan Kegunaan

7.5 mm Menyelamat. 39 gm 15.6 kN Tali kecemasan

9 mm Biasa Rekreasi 53 gm 19.3 kN Untuk safety lines.

10 mm Flex Rekreasi 74 gm 23.1 kN Pendidikan outdoor abseiling, top roping

10 mm Biasa Rekreasi 74 gm 23.1 kN Caving

11 mm Flex Menyelamat 82 gm 26.9 kN Keselamatan

11mm biasa Rekreasi 82 gm 26.9 kN Aktiviti lasak - caving (fixed ropes)

11mm Flex Aktiviti lasak 82 gm 26.7 kN Outdoor, climbing gyms (top-roping)

12.5mm Flex Menyelamat 104 gm 40.5 kN Fire Service, rescue teams, height safety

BAHAN DALAMAN TALI

FIBRE ASLI (Tali Manila)

• Hemp (kuat, lembut, senang dibentuk)

• Sisal (kembang dan licin bila basah)

• Sabut (ringan dan kurang kukuh)

• Cotton (lembut dan mudah rosak)


BUATAN MANUSIA (dua kali lebih kuat)

• Nylon

• Polyester

PUNCA-PUNCA KEROSAKAN TALI

Geseran
- mungkin disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang
tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan
lembar tali
Terluka
- belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk kedalam tali, kesan
pergeseran yang menyebabkan lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi
putus.
- Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih
besar
Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena dengan air
Tali tidak tersusun dengan baik dan menyebabkannya bengkok
Cuaca terlalu panas
- Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat
- Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada jangka masa yang
lama
Asid / alkali
- Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi apbila terkena asid
atau pelarut atau sperid yang kuat akan merosakkan tali
- Tali manila akan mengalami kerosakan yang teruk apabila terkena bahan
kimia terutama asid dan alkali
- Sebagai langkah keselamatan,semua tali yang tercemar hendaklah
diberhentikan penggunaanya. (dihapuskan sama sekali)
Terkena serangan Cendawan @ kulat
- Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena
cendawan atau kulat
- Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa
menggunakan haba jika tidak digunakan

PENJAGAAN TALI

• Elakkan dari memotong tali

• Elakkan dari simpulan tetap

• Elakkan dari melalui bucu tajam

• Elakkan dari tersentap semasa menggunakan nya

• Simpan di tempat yang kering dan tinggi

• Jika basah jemur di tempat yang redup/teduh

• Periksa tali selalu

• Simpan di dalam bekas atau beg kanvas / plastik bagi mengelakan kekotoran serta
mudah dibawa.

• Simpan di tempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak atau
bahan kimia
• Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat

• Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan sejarahnya

• Apabila membuat ikatan di pokok, tali harus dilapik dengan guni untuk mengelakan
daripada tergeser dengan benda tajam.

CARA MEMBERSIH TALI

• Bersihkan tali dengan air suam / normal

• Jemur tali di bawah bangunan beratap dan mempunyai pengaliran udara yang baik

CARA MENYIMPAN TALI

• Tali – tali perlu dikemaskan supaya mudah dibawa, tidak berjuntai dan paling penting
ia dapat melerai dengan bebas dan tanpa kekusutan ketika dilontarkan

• Beberapa teknik menggulung tali ialah :

o Mountaineers Coil
o Butterfly Coil
JENIS IKATAN

Simpul angka lapan / Figure of eight

Simpul pengail / Fisherman Knot

Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung
tali yang licin.
Double fisherman knot

Bunga geti berganda / double sheet band

- Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama
besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal.
Tindih kasih / Bowline

Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan
membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke
atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.

Ikatan Manuk / Clove Hicth

Simpul rama-rama / Butterfly knot

Simpul balak / Timber hicth

- Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar
supaya tidak licin.

CARABINAR
Diperbuat daripada aloi / besi yang tahan lasak. Kekuatan carabinar hendaklah
sekurang-kurangnya mampu menampung kekuatan empat orang (di uji). Ia biasanya
mampu bertahan sehingga 10 tahun. Namun begitu, ia bergantung pada tugas yang
akan dilakukan oleh carabinar

JENIS CARABINAR

Screw gate

Bend gate

Auto lock

BENTUK-BENTUK CARABINAR

 Bentuk ‘D’ – penyambung antara peralatan berpermukaan bulat dan peralatan


berpermukaan petak
 Bentuk‘O ‘– penyambung antara bermukaan bulat dan peralatan berpermukaan
bulat dan peralatan berpermukaan bulat

CARA PENGGUNAAN CARABINAR


Huit / Huit Antibrulure

o digunakan untuk penurunan abseiling

o sesuai untuk penurunan jarak jauh

Figure Of 8 Classic

o Untuk penurunan rappelling

o Sesuai untuk penurunan jarak dekat

Rescue 8

o Untuk tugas-tugas menyelamat

Contoh carabinar

HARNESS
Harness diperbuat daripada webbing yang kuat dan kukuh. Jangka hayat sesuatu
harness ialah antara 5 tahun atau bergantung pada tugas yang dilakukan oleh harness
tersebut.

JENIS-JENIS HARNESS

FULL BODY HARNESS


SEAT HARNESS
CHEST HARNESS

Contoh dan pemakaian harnes


SARUNG TANGAN

Digunakan sebagai pelindung tangan daripada melecet akibat geseran tali.

• Sarung tangan luar

• Sarung tangan dalam

HELMET

Helmet yang kukuh, ringan dan tahan lasak adalah baik untuk aktiviti abseiling. Helmet
dapat mengelakan peserta dari mengalami kecederaan yang serius semasa
kemalangan berlaku. Cara pemakaian helmet mestilah betul dan tidak longgor apabila
memakainya.
SEBELUM TURUN DENGAN TALI…

• Pastikan semua peralatan yangkan digunakan berada dalam keadaaan siap

• Pastikan semua peralatan telah dipakai dan dipasang dengan sempurna

• Pastikan anda melapor kepada pengawas diatas sebelum keluar ke platfom

SEMASA TURUN DENGAN TALI…

• Pastikan Belaying berada dalam keadaan sedia

• Keluar ke platform dengan pelahan-lahan dan tangan berada dalam kedudukan brek

• Apabila mendapat arahan dri pengawas barulah anda mula bergerak ke bawah

•Apabila anda selamat sampai di bawah laporkan kepada pengawas bertugas sekiranya
anda mempunyai rasa pening, sengal, terseliuh dan sebagainya.

SISTEM BELAY
• Bertugas menjaga keselamatan penurun ketika turun

• Tali akan ditarik untuk memberhentikan penurun dan mengendur tali untuk penirun
bergerak semula.

• Tangan atas bertugas sebagai penegang

• Tangan bawah bertugas sebagai pengimbang

• Petugas harus menumpukan perhatian kepada penurun sehingga ia selamat sampai


ke bawah.

• Petugas juga hendaklah memerhatikan peralatan selepas dibuka oleh penurun.

Arahan – arahan abseiling

On belay Belay on : adakah belay sudah bersedia?

Up rope : Menegangkan tali Menegangkan tali serta merta jika terdapat kenduran

Slack : Mengendurkan sedikit tali Kendurkan sedikit tali untuk turun

Tension : Kukuhkan sedikit tali dan tegangkan tali Tegangkan tali untuk mengelakan
pelatih jatuh

Falling : Kedudukan kukuh dan bersedia untuk jatuh Tali di tegangkan

Off belay : Belay out Selamat mendarat


Contoh gambar abseiling
Rujukan

J.C. Turner and P. van de Griend (ed.), The History and Science of Knots
(Singapore: World Scientific, 1996)

Lane, Frederic Chapin, 1932. The Rope Factory and Hemp Trade of Venice in the
Fifteenth and Sixteenth Centuries, Journal of Economic and Business History, Vol. 4
No. 4 Suppl. (August 1932).

Plymouth Cordage Company, 1931. The Story of Rope; The History and the Modern
Development of Rope-Making, Plymouth Cordage Company, North Plymouth, Mass.

Sanctuary, Anthony, 1996. Rope, Twine and Net Making, Shire Publications Ltd.,
Cromwell House, Princes Risborough, Buckinghamshire.

Teeter, Emily, 1987. Techniques and Terminology of Rope-Making in Ancient Egypt,


Journal of Egyptian Archaeology, Vol. 73 (1987).

Tyson, William, no date. Rope, a History of the Hard Fibre Cordage Industry in the
United Kingdom, Wheatland Journals, Ltd., London

Smith, Bruce&Padgett, Allen, 1996. On Rope. North American Vertical Rope


Techniques, National Speleological Society, Huntsville, Alabama.

Gaitzsch, W. Antike Korb- und Seilerwaren, Schriften des Limesmuseums Aalen Nr.
38, 1986

Gubser, T. Die bäuerliche Seilerei, G. Krebs AG, Basel, 1965

Militzer-Schwenger, L.: Handwerkliche Seilherstellung, Landschaftsverband


Westfalen-Lippe, 1992

Nilson, A. Studier i svenskt repslageri, Stockholm, 1961

Pierer, H.A. Universal-Lexikon, Altenburg, 1845

Schubert, Pit. Sicherheit und Risiko in Fels und Eis, Munich, 1998

Strunk, P.; Abels, J. Das große Abenteuer 2.Teil, Verlag Karl Wenzel, Marburg,
1986

Hearle, John W. S. & O'Hear & McKenna, N. H. A. Handbook of Fibre Rope


Technology, CRC Press, 2004

You might also like