Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Soalan Sejarah Malaysia

Soalan Sejarah Malaysia

Ratings: (0)|Views: 1,031 |Likes:
Published by _ClaRa_

More info:

Published by: _ClaRa_ on Nov 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/02/2013

pdf

text

original

 
Bincangkan tindak balas pribumi terhadap campur tangan British diPahang, Kelantan dan Terengganu.
 
Sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeriMelayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negerinaungan Siam. Tetapi selepas tahun 1874, British mula mengubah polisinya terhadap Negeri-negeri Melayu dari dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Pada mula-mulanya, British campur tangan di Perak, Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Seterusnya,campur tangan mereka merebak ke negeri Kelantan dan Terengganu selepas PerjanjianBangkok 1909 ditandatangani. Campur tangan mereka di negeri-negeri tersebut telahmembawa kepada perubahan pelbagai aspek dalam negeri tersebut. Keadaan ini telahmenjejaskan kepentingan penduduk pribumi dan akhirnya mereka bangun bertindak untuk menentang pemerintahan British. Di Pahang, perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen Inggeris pertama amat tidak disenangioleh pembesar-pembesar terutamanya Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Mereka ini pernahmembantu Wan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863) untuk merebut takhta kerajaandaripada abangnya, Wan Mutahir. Sebagai balasan, pmbesar-pembesar itu dianugerahigelaran oleh Sultan Ahmad. Dato’ Bahaman dilantik sebagai Orang Kaya Semantan, Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar Raja. Apabila J.P. Rodger dilantik sebagai ResidenPahang pada bulan Oktober 1888, beliau mengambil langkah terburu-buru untumemperkenalkan peraturan baru yang bercanggah dengan sistem tradisional Pahang. Keadaaninilah yang menjadi punca kepada tercetusnya peristiwa penentangan yang dipimpin olehDaro’ Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada bulan Disember 1891, orang Melayu Pahang di bawah pimpinan DatoBahamanmelancarkan tentangan terhadap pentadbiran baru yang diwujudkan oleh Inggeris. Beliaumendapat sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. DatoBahamanmelancarkan serangan ke atas rombongan C.E.B. Desborough yang menawan dan engganmenyerahkan tiga orang pengikut Dato’ Bahaman yang dituduh mengutip cukai secaraharam. Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya datang ke Bentong berjumpa denganPenghulu di situ untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Bentong. Pada awal tahun1892, Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar Pahang mengadakan perjumpaan sulit di PulauTawar. Sultan Ahmad berjanji akan mengekalkan kedudukan tradisi pembesar. Sementara itu, para pembesar akan merujuk kepada Sultan terlebih dahulu sebelum menghubungi ResidenInggeris. Pada bulan Mac 1892, Dato’ Bahaman melancarkan serangan ke atas Lubuk Truadan berjaya menawan bandar Temerloh. Pasukan Inggeris di bawah pimpinan Hugh Low danE.A. Wise bersama angkatan Tengku Ali membuat serangan balas ke atas Dato’ Bahaman diTemerloh dan pertahanannya dimusnahkan. Beliau dan pengikut-pengikutnya sempatmengundurkan diri ke dalam hutan. Pada bulan April 1892, Panglima Muda Jempulmenyerang Pekan. Beliau telah membunuh dua orang pegawai Inggeris iaitu Harris danSteward. Pada 8 Mei 1892, berlaku pertempuran di Batu Hampar. Dato’ Bahaman dikalahkandan anaknya Awang Hamat terbunuh sementara Mat Lela pula cedera. Seterusnya, pengikut- pengikut Mat Kilau melancarkan serangan terhadap Inggeris dan menyebabkan beberapaorang Cina dan polis Sikh terbunuh pada awal bulan Mei 1892. Apabila Inggeris membuatserangan bebas, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya berundur ke KualaCeka tetapi mereka diserang di situ oleh tentera Inggeris. Akibatnya, Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Terengganu. Pada bulan Ogos 1892, Tok Gajahdan keluarganya berundur ke Kuala Tembeling dan bergabung dengan gerakan menentang
 
Inggeris. Akhirnya, menjelang bulan September 1892, para pejuang Pahang mengundurkandiri ke Kelantan dan Terengganu. Inggeris memujuk Dato’ Bahaman dan Tok Gajah supayamenyerahkan diri dan dijaminkan pengampunan. Namun demikian, mereka enggan menyerahdiri. Ketika bersembunyi di Terengganu, para pejuang Pahang mendapat perangsang dari seorangulama bernama Tokku Paloh. Tokku Paloh menanam semangat perang jihad danmenghadiahkan sebilah pedang bertulis ayat al-Quran. Pada bulan Jun 1894, Dato’ Bahaman,Tok Gajah dan Mat Kilau serta pengikut-pengikutnya melancarkan serangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling. Lima orang polis terbunuh. Kemudian mereka menyerang danmenawan Kubu Jeram Ampai untuk mempertahankan kedudukan mereka. Pasukan Inggerisdengan bantuan orang Pahang telah melancarkan tindak balas. Pertempuran berlaku di JeramAmpai dan pihak Inggeris menawan kubu itu. Para pejuang Pahang sekali lagi terpaksamengundurkan diri ke Kelantan dan Terengganu. Hugh Clifford mengetuai sepasukan askar untuk memberkas mereka tetapi tidak berjaya kerana Sultan Kelantan dan Sultan Terengganutidak memberi kerjasama yang diharapkan. Pada bulan November 1895, beberapa orang pembesar termasuk Dato’ Bahaman berundur ke Siam dan menetap di situ. Pembesar- pembesar lain seperti Tok Gajah dan Mat Kilau diwartakan meninggal dunia.Keseluruhannya perjuangan orang Melayu Pahang pada tahun 1891 hingga tahun 1895mengalami kegagalan. Di Kelantan pula, kebangkitan menentang British bermuka sejak termeterainyaPengisytiharaan Inggeris-Siam 1902. Menurutnya, seorang Inggeris bernama WilliamAmstrong Graham dilantik sebagai penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada bulanJulai 1903. Beliau telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru dan ini menimbulkan rasatidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Kebangkitan ini semakin hebat apabilaPerjanjian Bangkok 1909 ditandatangani antara British dengan Siam. Penglibatan Britishdalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga tercetusnyakebangkitan di daerah Pasir Putih pada tahun 1915 yang diketuai oleh Haji Mat Hassan binMunas (Tok Janggut). Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dandisokonh oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh danTok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru serta menentang Inggeris. Pad 28 April 1915, Encik Abdul Latiff, PegawaiDaerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita yang Tok Janggut dan pengikutnya bermesyuaratdi Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapaorang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai.Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff.Peristiwa pembunuhan itu mencetuskan penentangan bersenjata rakyat Kelantan terhadapInggeris di Jeram. Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis tiba di Kampung Kelubi, merekadiberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih.Dengan itu, Encik Abdul Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bharu dengan botmelalui Kuala Semerak. Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan tiga penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira pukul 4 petang pada29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat-pejabat kerajaan,menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkankerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar Jeram sebagai Raja Jeram dna Tok Janggutsebagai Perdana Menteri. Penasihat Inggeris, W. Longham Carter menerima berita ke atasserangan Pasir Putih pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya
 
menguatkan pertahanan Kota Bharu. Penasihat Inggeris meminta bantuan dari Singapura.Pada 5 Mei 1915, bantuan dari Singapura tiba di Tumpat dengan Kapal H.M.S. Cadmus yangterdiri daripada 239 orang di bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow. Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang terlibat.Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar.Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Saiddibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang polis Sikh dan 7 orang Eropahdatang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Dalam Pupuhakhirnya bertempur dengan pasukan Inggeris. Dalam pertempuran ini, Engku Besar JeramTun Ahmad telah mengalami kecederaan dan diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Negeri Thai. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bhasa. Setelah diarak, mayat beliaudigantungkan dengan kepala di bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bharuselama satu jam sebelum dimakamkan di Pasir Putih. Kebangkitan ini berjaya buat sementarasahaja dan mengalami kegagalan pada akhirnya disebabkan tindak balas British yang cepatdan handal. Usaha British meluaskan kuasa di Terengganu turut menyebabkan kebangkitan rakyatmenentang British antara tahun 1922 hingga 1928. Punca kebangkitan ini juga disebabkanoleh tindakan British yang memperkenalkan peraturan yang mencabul kepentingan penduduk  pribumi Terengganu dan peraturan yang bercanggah dengan agama Islam. Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong.Penentangan bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atastuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenarandaripada Kerajaan Inggeris. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjayamembebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam. Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang campur tangan British berlaku di KualaTelemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang yang telah membersihkan tanahkepunyaan Tengku Haji Nik dan tanah kerajaan yang terbiar untuk bercucuk tanam tanpameminta pas kebenaran. Kebangkitan ini telah mendapat sokongan yang kuat daripada rakyatTerengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitantersebut. Peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemongmenambahkan lagi kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyatTerengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang. Penduduk KualaBerang, Kampung Pelam, Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanamtanpa mengambil pasa kebenaran daripada pihak Inggeris. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkitmenentang British. Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telahmenguasai pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai Inggerisdi Kuala Berang telah berundur ke Kuala Terengganu. Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah merekakepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan Inggeris telah menghantar sepasukan polisdi bawah pimpinan Datuk Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara diPadang Kachong. Di situ, Datuk Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Abdul Azeem liked this
Fai Hana liked this
nasidagangse liked this
Khai Kerr liked this
Fatin Anati Esa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->