Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
27Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Fertiliti Di Kalangan Wanita Bekerja

Fertiliti Di Kalangan Wanita Bekerja

Ratings: (0)|Views: 1,592 |Likes:
Published by yugesvaran

More info:

Published by: yugesvaran on Nov 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/03/2013

pdf

text

original

 
FERTILITI DI KALANGAN WANITA BEKERJA: KAJIAN KES GURU-GURUWANITA DI SEKITAR TANJONG MALIM
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada masa kini, di kebanyakan negara proses migrasi dan mortaliti telah mencapaisatu paras yang stabil, tetapi faktor fertiliti sahaja yang tinggal sebagai faktor dinamisdalam pertumbuhan penduduk. Fertiliti merupakan satu fenomena sosial yangkompleks dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap semua aspekpembangunan. Fertiliti dapat mempengaruhi struktur keluarga, bekalan guna tenaga,kadar untuk menyediakan kemudahan awam dan lain-lain proses masyarakat. Olehitu, fertiliti dapat mempengaruhi semua dimensi hidup sesuatu masyarakat makafertiliti pernah menjadi tumpuan kajian ramai pengkaji (Usman, 1989).Menurut Freedman (1962), seperti yang dirujuk oleh Usman (1989) fertiliti adalahsatu daripada tiga komponen yang penting dalam bidang demografi. Fertiliti jugamempunyai kaitan langsung dengan pertambahan penduduk. Dari sudut biologi,fertiliti boleh ditakrifkan sebagai satu penyatuan antara tiga faktor iaitu, kesuburanibu, persenyawaan telor dan kemungkinan ‘embryo’ tersebut untuk terus hidup.Walaupun secara asasnya fertiliti adalah salah satu faktor biologi tetapi faktor sosialmempunyai peranan yang penting dalam menentukan faktor biologi ini (Usman,1989).Fertiliti juga boleh didefinisikan sebagai kadar kesuburan. Kesuburan ialah bilangansebenar anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita sepanjang tempoh ia bolehmengandung dan amalan-amalan pembiakan. Ia boleh dinyatakan dalam bentuksaiz keluarga yang dicapai atau purata bilangan anak yang dilahirkan olehseseorang wanita pada suatu peringkat tertentu dalam umur pembiakannya (15hingga 49 tahun) (Usman, 1989). Kemerosotan kesuburan nampaknya bukanlahkerana perubahan dalam struktur umur penduduk. Perancangan keluargamemainkan peranan yang penting dalam kemerosotan kesuburan, tetapi ini sukar untuk ditentukan. Penggunaan pelbagai kontraseptif dan kemahuan bagiperancangan keluarga telah berkembang pada tahun-tahun kebelakangan ini dan jika arah aliran ini berterusan maka akan berlakulah kemerosotan kesuburanselanjutnya yang dijangkakan.Poo Bee Tin, Liew Chei Siang & Norlaila Abu Bakar (2003) pula menyatakanbahawa kesuburan merupakan satu elemen demografi penting yang akan memberikesan kepada pertumbuhan penduduk sesebuah negara yang seterusnya akanmenyumbang kepada pertambahan dalam bilangan tenaga kerja apabila pendudukmencapai umur 15-49 tahun. Justeru itu, kesuburan manusia merupakan satuproses semula jadi yang bertanggungjawab terhadap penggantian biologi danpemeliharaan masyarakat manusia supaya terus wujud. Ini bermakna, tanpakesuburan manusia penduduk dunia tidak akan bertambah. Ia juga dianggap satukomponen pertumbuhan penduduk yang penting selain daripada kematian danmigrasi (Usman, 1989).
 
Selain itu, faktor demografi juga memainkan peranan penting dalam kesuburan.Faktor demografi terdiri daripada struktur umur, komposisi jantina, tahap pekerjaandan tahap pembandaran. Jadi, memang terdapat pelbagai faktor yang menyebabkankemerosotan kadar kesuburan wanita. Pada masa dulu, kadar fertiliti di kalanganwanita adalah tinggi (Usman, 1989). Hal ini berlaku kerana dalam masyarakatprimitif dan masyarakat tradisi, anak yang ramai akan menandakan ketua rumahmempunyai kekuasaan dan kekayaan kerana anak akan memberi pendapatan danmenyumbang tenaga untuk membantu ibu bapa mereka (Andorka, 1978: 24).Kajian tentang fertiliti sama ada di peringkat mikro (negara) ataupun makro(antarabangsa) adalah berkait rapat dengan masalah pertambahan penduduk.Dalam hal menilai keruncingan masalah penduduk sebagai satu masalah yangmenjejaskan kehidupan manusia terdapat dua aliran pendapat yang bertentangan.Satu aliran ‘pessimistsyang menganggap masalah penduduk telah mencapaiperingkat kritikal dan patut diberi perhatian yang serius. Aliran yang keduanyaadalah aliran ‘optimist’. Aliran ini mengatakan bahawa dengan perkembangankemajuan dalam teknologi, kita dapat menyelesaikan masalah penduduk. Oleh yangdemikian, banyak daripada kajian-kajian fertiliti adalah dengan tujuan menjelaskankeadaan sebenarnya paras fertiliti sesuatu negara. Data-data fertiliti ini bolehdigunakan sebagai satu panduan dalam pembentukan polisi-polisi kerajaan sepertiPerancangan Perbelanjaan Negara. Di samping itu, data-data fertiliti juga digunakanuntuk membuat unjuran penduduk dan memberi gambaran tentang saiz, struktur danarah perkembangan penduduk dalam sesuatu negara pada masa akan datang.Maklumat fertiliti juga merupakan alat penting dan berfaedah dalam perancangandan asas penyelesaian masalah sedunia (Barclay, 1987).Pada keseluruhannya, perubahan yang berlaku pada paras fertiliti, mortaliti danmigrasi akan memberi kesan secara langsung kepada kadar pertumbuhanpenduduk. Justeru itu, kadar pertumbuhan penduduk mempunyai kaitan yang amatrapat dengan tahap pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Ini kerana tahappembangunan sosioekonomi akan mengubah kualiti hidup diri dan keluarga.Perubahan kualiti hidup itu boleh dijelaskan dari segi semakin tinggi tahappendidikan atau semakin meluas kadar kenal huruf, semakin peka seseorang itukepada masalah-masalah sosial dan sentiasa bersedia untuk mewujudkankehidupan sesebuah keluarga yang sempurna dan bahagia (Hairi, 1989; 55).
KAJIAN-KAJIAN TENTANG FERTILITI
Fertiliti merupakan satu skop kajian yang kompleks dan luas. Ramai pengkaji telahmembuat penyelidikan tentang fertiliti di kalangan wanita. Pengkaji-pengkaji telahmengemukakan pelbagai teori berkenaan dengan konsep fertiliti. Kebanyakan teori-teori fertiliti yang dikemukakan adalah berdasarkan pengalaman dari negara-negarabarat. Jadi, adalah penting untuk kita menilai sama ada teori-teori perlakuan fertilitiini adalah selaras dengan perkembangan dalam keadaan sebenar di negara-negaraDunia Ketiga (Usman,1989).Teori Transisi Demografi bukanlah suatu yang baru dan ia penting dalam kajiankependudukan. Demografi merujuk kepada tingkah laku kumpulan (iaitu beberapabahagian daripadanya) dan bukan kepada tingkah laku individu (Barclay, 1987).Menurut Mohd. Shamsudin Zahid Sopian (1995) pula, beliau melihat demografi
 
sebagai satu pengkajian tentang kependudukan manusia yang melibatkan elemenfertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian) dan migrasi. Ia melibatkan pengkajian yangsaintifik tentang saiz, penyebaran ruang dan komposisi serta bagaimana ketiga-tigakomponen ini berubah mengikut masa. Justeru itu, demografi pada asasnya ialahpengkajian saintifik dan statistik tentang fertiliti, mortaliti serta migrasi danbagaimana komponen ini berubah mengikut masa dan kemudiannya mempengaruhisaiz dan taburan kependudukan manusia di sesuatu kawasan. Dalam hal ini, semuakomponen untuk mengukur demografi dikenali sebagai pemboleh ubah demografi.Pemboleh ubah demografi ini pula amat penting kepada sesebuah negara kerana iaakan mempengaruhi faktor sosial, politik dan ekonomi. Jadi, para pengkaji sedangmencari satu teori untuk menerangkan perubahan-perubahan yang berlaku dalamkesuburan dan sebab-sebab berlakunya perbezaan kesuburan di kalangan manusia.Penemuan teori ini dapat dijadikan asas dalam meramalkan kesuburan yang akandatang. Setakat ini, teori-teori kesuburan yang telah dikemukakan dapat dibahagikankepada dua iaitu, Teori Sosial dan Teori Ekonomi.
PENYATAAN MASALAH
Sejak kebelakangan ini, fertiliti dan pekerjaan merupakan dua pemboleh ubah yangmendapat perhatian oleh para ahli ekonomi, demografi dan sosiologi semenjakbermulanya disiplin tersebut (Tiun, 1985: 23). Menurut Tiun (1985), hubungan tahappekerjaan dan kadar fertiliti adalah bersifat songsang iaitu semakin ramai wanitabekerja semakin menurun kadar fertiliti. Menurut Bolssfeld (1998) dan Cochrane(1983) seperti yang dirujuk oleh Usman, (1989) wanita yang berpendidikan tinggilebih suka menangguhkan umur perkahwinan mereka kerana mempunyai komitmenyang lebih untuk bekerja dan mereka berpendapat bahawa melahirkan anak akanmengganggu pekerjaan mereka dan ini akan menyebabkan kadar fertiliti semakinmenurun. Jadi, boleh dikatakan penurunan kadar fertiliti adalah diakibatkan olehpeningkatan penglibatan wanita bekerja di luar rumah.Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil, daripada sebuahnegara pengeluar bahan mentah seperti getah pada tahun 1971, kini Malaysia telahberubah menjadi sebuah negara pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru(Aiken, Leinbach, Leigh & Moss, 1994). Kemajuan ekonomi yang dicapai olehMalaysia telah mengubah corak hidup sesebuah keluarga. Saiz keluarga yang besar semakin kecil disebabkan kehidupan moden. Jadi, keluarga yang besar semakinmerosot. Bagi sesetengah keluarga bilangan anak yang ramai sering kali dianggapakan menyusahkan keluarga dan ia juga akan menyukarkan sesebuah keluargauntuk mengekalkan satu taraf hidup yang optimum. Dalam hal ini, adalah menjadilumrah bagi golongan yang berpendapatan tinggi dan berkedudukan baik tidak mahubilangan anak yang ramai. Sebaliknya, keluarga yang berpendapatan rendahberkeadaan sebaliknya.Perkembangan pelbagai bidang pekerjaan di Malaysia secara tidak langsungmewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada golongan wanita. Misalnyadalam bidang perguruan golongan wanita mendapat peluang yang banyakberbanding dengan golongan lelaki. Malah berlandaskan kemajuan ekonomi yangdisokong oleh pencapaian akademik yang tinggi akan memberi peluang kepadagolongan wanita untuk memiliki karier yang baik seperti guru. Bagi kaum wanita

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Syah Kyu Hyun liked this
Nurul Farhana liked this
Ain Mizzpinky liked this
yu liked this
Hanna Kham liked this
Aku Dan Kamu liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->